Logo Halal Swasta Tidak Lagi Di Terima Oleh JAKIM


LOGO HALAL MALAYSIA

Logo halal bermaksud logo yang dikeluarkan oleh JAKIM/JAIN/MAIN.

ciri-ciri Logo Halal :

1. Bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan

2. Perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang.

3. Diikuti tulisan rumi “HALAL

4. Bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا dalam perkataan Arab

5. Dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.

Masih banyak premis makanan didapati masih menggunakan logo yang dikeluarkan pihak swasta walaupun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melarang mereka berbuat demikian mulai bulan lepas.

Kira-kira tujuh premis makanan mendapati kebanyakan logo halal yang dipamerkan di premis mereka masih dikeluarkan oleh syarikat swasta antaranya Islamic Food and Research Centre Asia (IFRC).

Hanya sebuah premis makanan didapati mempamerkan logo halal Jakim iaitu Old Town White Coffee.

Sementara itu, pengusaha Restoran dan Kafe Hailam Kopitiam, Alvex Wee memberi alasan dia mengalami kesukaran mendapat kelulusan bagi logo halal Jakim selepas empat kali permohonannya ditolak.

“Jakim meminta agar setiap produk makanan disenaraikan bahan mentahnya satu persatu dan ia adalah sukar ditunaikan,” katanya di sini semalam.
Beliau berkata, premis perniagaannya masih menggunakan logo halal IFRC dan benar-benar berharap mendapat sijil halal Jakim supaya pelanggan beragama Islam merasa lebih yakin makan di restorannya.

Logo JAKIM berkuat kuasa semalam semua premis makanan diwajibkan mempamerkan logo halal yang dikeluarkan Jakim.

Tahun lepas, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengharamkan dengan serta-merta penggunaan logo halal yang dikeluarkan oleh 6 buah syarikat swasta di semua restoran, kafe, hotel dan medan selera di sekitar Selangor.

Kesemua syarikat itu yang selama ini mengeluarkan sijil halal kepada kira-kira 100 pengusaha restoran dan makanan di negeri ini dilarang menerima permohonan baru untuk mendapatkan sijil tersebut.

Keenam-enam syarikat terbabit ialah Bahtera Lagenda Sdn. Bhd., Islamic Food and Research Council (IFRC), SAS-H Consultancy, Perak Religious Officer Association, Halal Food Council S.E.A dan IFANCA International.

Pengharaman enam logo halal itu di seluruh negeri kerana terdapat banyak keraguan dari segi hukum syarak apatah lagi MAIS tidak pernah mengiktirafnya.

MAIS menjelaskan kenapa tanda logo halal itu diharamkan adalah disebabkan juga syarikat-syarikat terbabit didapati tidak menjalankan pemantauan selepas mengeluarkan sijil logo halal kepada pemohon seperti yang dilakukan oleh MAIS dan JAKIM.

Tindakan tegas MAIS turut mendapat sokongan padu dari JAKIM dan Majlis Agama Negeri.
Begitupun menurut Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mereka tidak boleh mengambil sebarang tindakan kepada pengusaha yang menggunakan sijil halal yang keluarkan oleh pihak swasta kerana tiada peruntukan yang mewajibkan pengusaha menguna sijil halal dari JAKIM dan MAIM sahaja.

Begitu juga dengan Majlis Agama Negeri lain seperti Pulau Pinang, Terengganu, Johor dan Perak turut tegas dalam menangani penggunaan tanda logo halal di negeri masing-masing.

LOGO HALAL YANG TIDAK DIBENARKAN

 Pantau restoran  makanan anda  pastikan ada logo Halal.Makanan Yang Halal membawa kepada kesejahteraan hidup dan diterimanya amalan adapun makanan yang haram membawa kita ke Neraka.

Ulasan

  1. Kalau logo swasta dan antarabangsa tidak diterima konsep halal akan menjadi sempit dan kecil skopnya. Ruang mesti dibuka supaya konsep halal tidak menyebabkan umat Islam bertambah sukar mencari makanan yang halal dan baik.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular