Pengenalan Dan Sukatan Pengajian Alim & Alimah (ilmu diniah (usuluddin)




Matlamat Dan Objektif penubuhan
1. Melahirkan para Alim dan Alimah yang bertaqwa, berketerampilan, di iktiraf selaras dengan keperluan ummah dan Negara.
2. Untuk melahirkan para pelajar yang berakhlak mulia dengan berpandukan kepada ajaran Al-Quran dan kehidupan baginda Rasulullah SAW dan mereka juga dibimbing supaya menjadi seorang insan yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT. 
3. Melahirkan pelajar yang dapat memberi manafaat kepada masyarakat serta dapat mengorbankan diri, harta untuk agama Allah kepada Ummat.  
Lokasi kelas dan asrama Alim & Alimah
 
Lokasi  Kelas Dan Asrama Pelajar 'Alim

Kelas dan asrama 'alim untuk pelajar lelaki telah dibuka
di No. 197, Lorong Datok Keramat ,
Jln Langgar, Alor Setar, Kedah.D.A.


Terdapat dua buah bangunan, Bangunan pertama dijadikan asrama Untuk pelajar serta surau
Bangunan yang kedua, tingkat atas dijadikan 8 buah kelas, bahagian bawah terdapat, sebuah dewan serbaguna, sebuah pejabat dan dua buah bilik untuk ustaz

Lokasi Kelas Dan Asrama Pelajar 'Alimah

Ianya terletak di Kilometer 7,jln langgar Alor Setar,Kedah Darul Aman.Kawasan tersebut mempunyai enam block bangunan,tiga daripadanya dijadikan sebagai asrama pelajar,dan sebuah daripadanya dijadikan sebagai kelas yang dibahagikan kepada tujuh buah kelas.Bangunan yang kelima dijadikan dewan, perpustakaan dan pejabat.




Peringkat Pengajian dan Sukatan Pelajaran

Bahagian Pertama

Pengajian  Qismul Uluum Diniah mengandungi  dua perjalanan . 

1.     Peringkat pertama di panggil Thanawi ia mengambil masa empat tahun 

2.     Peringkat kedua di panggil Al Aliah ianya juga mengambil masa empat tahun.

Peringkat yang pertama (Thanawi),  Darul Ulum Amat menitik beratkan
Hafalan kitab,Bahasa Arab dan pelajaran ilmu fekah.
Peringkat yang kedua (Al Aliah), Darul Ulum amat mementingkan pengajian
Ilmu Hadis,sastera arab dan kitab fekah yang tinggi.

Hafalan 

Setiap pelajar diwajibkan menghafal 5 buah kitab dalam masa 4 tahun.

1. Kitab Nahu (Matan Aljurmiah)

2. Kitab nahu ( Matan Mimmah)

3.Kitab Sorof (Matan Bina'a wal'asas)

4. Kitab Tauhid (Matan Ummul'brohim)

5. Kitab Feqah ( matan Ghoyah wataqrib)

Setiap pelajar yang tamat menghafal kitab matan ini, pelajar perlulah menghafal 1000 buah hadis dari bab-bab yang ditetapkan oleh ustaz, Pada tahun akhir pelajar digalakkan menghafal 1000 hadis dari kitab Al-Bukhary.




Mata Pelajaran Alim dan Alimah

assanawi 1

1. Kitab Nahu ( Matan Aljurmiah )

2. Kitab Sarof ( Matan Bina' wal asas )

3. Kitab Tauhid (Matan Ummul barohim )

4. Kitab Hadis ( Matan Arbai'n )

5. Kitab Mutalaah ( Qisosun Nabiyin juzuk 1&2 )

6. kitab karangan ( Muallimul Insyak juzuk 1 )

7. Kitab Fiqah ( Safinatun Naja dan Matan Ghoyah Wa taqrib ) 

8. Tulisan Jawi

 assanawi 2

1. Kitab Nahu ( Matan Mimmah Juzuk 1&2 )

2. Kitab Sarof ( Kailani ) 

3. Kitab Tauhid ( Fathul Majid )

4. Kitab Hadis ( Jawahirul Bukhary )

5. Kitab Mutalaah ( Qisosun Nabiyyin juzuk 3 & Qiratul Rashidah juzuk 1 )

6. Kitab Karangan ( Muallimul Insyak juzuk 2 )

7. kitab Feqah (  syarah fathul qorib 1 )

assanawi 3


1. Kitab Nahu ( syarah qotrunnada )

2. Kitab Sarof ( I'nwanu zorfi )

3. Kitab Tauhid ( Kifayatul Awam )

4. Kitab Hadis ( Riyadhus Sholihin)

5 kitab Mutalaah ( Qisosun Nabiyyin juzuk 4 & Qiratul Rashidah juzuk 2 )

6 Kitab Karangan ( Muallimul Insyak juzuk 3 )

7. Kitab Feqah ( syarah fathul qorib juzuk 2 )

Assanawi 4

1. Kitab Nahu ( Shuzu ruzzahab )

2. Kitab Sorof ( Shazal U'ruf )

3. Kitab Tauhid ( Syarqowi )

4. Kitab Hadis ( Bulughul Murom hadis 4 mazhab )

5. Kitab Mutalaah ( Mansurat )

6. Kitab Karangan ( Muallimul Insyak juzuk 4 )

7. Kitab Feqah (Fathul Muin juzuk1 )

Al-Aliah 1

1. Kitab Nahu ( Shuzu ruzzahab Sambungan )

2. Usul Fiqah ( Matan Waraqot )

3. Usul Hadis ( Mustholah Hadis )

4. Kitab Mutalaah ( Mukhtarot juzuk1 )

5. Karangan ( Muallimul Insyak juzuk 4 sambungan )

6. Kitab Hadis ( Miskatul Masobih 1&2 )

7. Kitab Feqah ( Fathul Muin juzuk 2 )

Al-Aliah 2

1. Usul Hadis ( Muqoddimah Mishkat )

2. Usul Fiqah ( Syarah Warakhot sambungan )

3. Tafsir ( Tafsir Jalalain )

4. Usul Tafsir ( Fauzul Khobir )

5. Kitab Mutalaah ( Mukhtarot juzuk 2 )

6. Kitab Hadis ( Miskatul Masobih juzuk3&4)

7. Kitab Feqah ( Fathul Muin juzuk3 )

Al-Aliah 3

1. Usul Hadis ( Nukhbatul Fikar )

2. Fiqah ( Fathul Wahab )

3. Hadis ( Sunan Tirmizi )

4. Tafsir ( Tafsir Baidhowi )

5. Sastera Arab ( Asalul Musoffa )

6. Kitab Karangan ( Thoriq ilal-madinah )

Al- Aliah 4

1. Hadis ( Sohih Bukhory )

2.  Hadis ( Sohih Muslim )

3. Hadis ( Sunan Abu Daud )

4. Hadis ( Sunan Ibnu Majah)

5. Hadis ( Al Muwattho )

6. Hadis ( Sunan Tirmizi )

7. Hadis ( Sunan Nasa'i )



Aktiviti Darul Ulum

1. Setiap Hari Khamis Pelajar Akan Membentangkan syarahan bahasa Arab di hadapan   pelajar-pelajar.

2. Sebulan sekali Darul Ulum Akan Mengadakan Ihya Idin ( Bengkel Umat ) Pelajar Kelas Atas (akan di utamakan) Akan Membuat pembentangan tentang masaalah umat islam dizaman sekarang, serta pengajian kitab-kitab dari karangan Imam Al-Ghozali.

 
Permohanan Kelas [Alim Dan Alimah]

1.Umur Tidak Lebih Dari 18 Tahun (jika lebih boleh di pertimbangkan)

     2.Dapat menulis jawi

3.Lulus Ujian Yang Akan Di Lakukan Oleh Pihak Darul Ulum


Pertanyaan 

Ust Mohamad        012:4667684

Ust Abdul Halim    012:4847077

Ustaz Waliyallah   013:4399228





Ulasan

  1. Salam. Saya agak jahil dlm pengetahuan pengajian agama ni. Boleh tuan terangkan adakah pengajian alim dan tahfiz berbeza? Moga di balas prtanyaan ini inshaAllah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wkslm.wbr.
      Untuk makluman Tn., pengajian alim / alimah adalah sebahagian dpd pengajian tahfiz. Ianya Di panggil peringkat pengajian. Peringkat permulaan ialah hafazan Quran. Di akhir pengajian pelajar akan ditentukan nilai kemahiran melalui ujian Di panggil "syahdah" (sila rujuk penjelasan awal dr blog). Selepas selesai syahdah, barulah pelajar Boleh menduduki pula pengajian alimah.

      Sekian, coretan ringkas saya. Mohon dibetulkan Jika ada kesilapan pencerahan.
      Jazakallahukhair.

      Padam
  2. Assalamualaikum.. Adakah berumur 26 tahun boleh masuk ke sini ? Sebab saya nak habiskan hafazan al-QUran dahulu .

    BalasPadam
  3. Umur 44 tahun boleh diterima masuk belajar ke Ustaz

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular