Pengambilan Pelajar Baru

Pengambilan Pelajar Baru

Asrama Lelaki

Asrama Lelaki

Banguan B (kelas)

Banguan B (kelas)

Bangunan Kelas Dan Asrama Pelajar Hafizah

Bangunan Kelas Dan Asrama Pelajar Hafizah

Bangunan Alimah Dan Hafizah (Wanita)

Bangunan Alimah Dan Hafizah (Wanita)

Selasa, 31 Disember 2013

Apakah Azam Terbaru Anda?



KITA akan menyambut kedatangan 2014 sebentar saja lagi. Isu biasa diperkatakan adalah mengenai azam. Azam sering merujuk kepada pengertian cita-cita. Menurut Kamus Dewan, ia bermaksud kemahuan (keinginan, cita-cita) sangat kuat, tujuan (yang sesungguhnya). Sama ada disedari atau tidak, ungkapan kalimah ini turut digunakan dalam bahasa Arab.
 
Mu'jam Lughah Fuqaha (Kamus Bahasa Fiqh) menyebut azam bermaksud tetap dan teguh, manakala dalam Mu'jam al-Arabi al-Asasi (Kamus Asas Bahasa Arab) ia bererti niat dan bersungguh-sungguh.
Kedua-dua pengertian ini membawa kepada maksud yang lebih kurang sama. Ini menjelaskan lagi hubung kait yang amat erat antara bahasa Melayu dan bahasa Arab.
 
Jika dilandaskan kepada sistem nilai menurut kacamata Islam, ia adalah satu akhlak positif yang sewajarnya menjadi hiasan peribadi setiap individu muslim.
 
Menetapkan azam untuk suatu perkara adalah suatu tuntutan. Ini bertepatan dengan hadis Rasulullah yang bermaksud: 'Hanya segala amal itu dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang mengikut apa yang ia niatkan' (riwayat al-Bukhari dan Muslim).
 
Ini menunjukkan azam dan niat yang disertakan dari awal setiap perbuatan dengan keinginan dan cita-cita yang teguh dan bersungguh-sungguh adalah suatu amalan berpahala dan amat digalakkan. Justeru, Imam al-Nawawi dan ramai ulama meletakkan hadis ini pada martabat dan tingkat amat tinggi pada sisi ajaran Islam sehingga Imam al-Syafie dan imam mazhab lain berpendapat bahawa hadis ini merangkumi sepertiga Islam kerana setiap perbuatan manusia bergantung kepada niat yang kemudian dipertuturkan melalui lisan dan diterjemahkan melalui anggota dan praktikal.
 
Merujuk kepada realiti perbuatan manusia, azam memainkan peranan amat penting dalam menjayakan sesuatu perancangan. Berjaya atau gagalnya suatu misi terletak kepada niat, azam dan kesungguhan.
Justeru, menurut perspektif Islam, azam yang baik ialah azam yang tulus dan ikhlas kerana menuntut keredaan Allah. Setiap azam tanpa keikhlasan kepada Allah tidak diterima dan sia-sia walaupun dari sudut praktikal berjaya dan berhasil.
 
Dalam merealisasikan kejayaan sesuatu perbuatan, selepas adanya niat dan azam yang tinggi, beberapa langkah seterusnya mesti digerakkan antaranya ialah:
 
(1) Perancangan, pengurusan dan strategi yang baik serta bersesuaian dengan matlamat yang ingin dicapai;
(2) Pelaksanaan yang baik dan istiqamah;
(3) Tawakal kepada Allah; dan
(4) Buat penilaian dan muhasabah secara berterusan agar perancangan dan perlaksanaan tidak lari serta tersasar daripada matlamat yang ingin dicapai.
 
Perancangan, pengurusan dan strategi memainkan peranan penting dalam menjayakan azam. Ini dijayakan dengan baik oleh Rasulullah dalam memacu kegemilangan usaha dakwah dan pembentukan negara Islam sewaktu kepemimpinan Baginda yang kemudian diteruskan Khulafa al-Rasyidin.
Dalam Islam, sesuatu azam yang diiringi dengan usaha, perancangan, pengurusan, strategi dan pelaksanaan tidak akan tercapai keberhasilannya tanpa bergantung kepada taufik dan hidayah serta inayah (pertolongan) Allah. Sebab itu ada konsep tawakal yang boleh diertikan sebagai berserah kepada Allah selepas berikhtiar dalam melaksanakan sesuatu perbuatan.
 
Ini amat bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud: 'Kemudian apabila kamu membulatkan tekad (azam), maka bertawakal kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat menyukai orang bertakwkal kepadaNya' (Surah Ali Imran ayat 159).
 
Seperkara yang penting juga dalam merealisasikan azam suatu kenyataan ialah sentiasa membuat penilaian dan muhasabah secara berterusan agar perancangan dan perlaksanaan tidak lari serta tersasar daripada matlamat yang ingin dicapai.
 
Muhasabah diri mempunyai beberapa kelebihan kepada individu muslim. Orang yang sentiasa bermuhasabah akan sentiasa menginsafi kesalahan dan kekurangan lantas melakukan perubahan ke arah kebaikan. Secara tidak langsung apabila seseorang merasakan kelemahan dirinya, pasti dia akan cuba merangka strategi memperbaiki diri. Ini hanya boleh dilakukan dengan menjauhkan perasaan ego dan sombong dalam diri. Jika fikiran, perasaan dan minda dikuasai perasaan bahawa dirinya baik tanpa kekurangan, maka selama itulah tiada perubahan yang dapat dilakukan ke arah memperbaiki diri yang lebih sempurna.
 
Maka, apabila semua kaedah ini dilaksanakan dengan baik, InsyaAllah azam yang tersemat di hati, yang dipasak kukuh di sanubari di awal tahun pasti akan menjanjikan kejayaan dan terlaksana dengan izin Yang Maha Esa.
 

Khamis, 26 Disember 2013

Jauhi Daripada Menjadi Tiga Golongan Awal Ahli Neraka



Setiap amalan yang hendak dilaksanakan mestilah ikhlas kemata-mata kerana Allah SWT. Allah SWT. tidak akan memandang sesuatu amalan yang dilaksanakan kerana riyak atau untuk mendapat pujian daripada manusia.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Barangsiapa beramal kerana riyak, Allah akan menolak amal itu pada hari kiamat." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Abu Hurairah r.a. berkata, "Aku telah mendengar Rasulullah SAW. bersabda, "Allah SWT berfirman yang bermaksud, 'Aku adalah Dzat Yang paling kaya dari persekutuan-persekutuan yang ada. Barangsiapa beramal dengan suatu amalan bercampur dengan syirik (persekutuan) di dalamnya antara Aku dengan selain Aku, Aku akan meninggalkannya dan apa yang dipersekutukan itu'." (Hadis Riwayat Muslim).

Sufyan Ash-Ashbahiny bercerita kepada 'Uqah ibn Muslim bahawa semasa memasuki Madinah, dia melihat orang sedang mengerumuni Abu Hurairah r.a. Sufyan pun menghampirinya, lalu dia duduk di hadapan Abu Hurairah yang sedang menyampaikan hadis kepada jemaah itu. Ketika Abu Hurairah berdiam diri seketika, Sufyan meminta agar dia menyampaikan hadis yang benar-benar difahami untuk dihayati. Abu Hurairah pun bersetuju seraya berkata. "Akan aku sampaikan kepadamu satu hadis yang telah disampaikan Rasulullah SAW kepadaku" Selepas berkata begitu,tiba-tiba Abu Hurairah menangis tersedu-sedu hingga hampir pengsan.

Kemudian dia diam sebentar dan setelah kembali tersedar dia berkata, "Akan aku sampaikan kepadamu satu hadis yang telah disampaikan Rasulullah SAW kepadaku di rumah ini,tidak ada orang lain selain aku dan baginda." Tiba-tiba Abu Hurairah menangis kembali tersedu-sedu sehingga hampir pengsan.

Ketika itu Abu Hurairah kembali sedar dan dia menceritakan : "Bahawa pada hari kiamat nanti, Allah SWT akan turun kepada hambanya untuk memberikan keputusan kepada mereka. Setiap umat ketika itu berlutut. Golongan terawal yang akan dipanggil adalah "orang alim" , orang kaya dan orang yang berperang di jalan Allah SWT.

Allah SWT bertanya kepada orang alim itu,"Bukankah Aku telah mengajarkanmu kitab yang telah Aku turunkan kepada rasul-Ku?"

Orang itu menjawab. "Benar,wahai Tuhan.''

Allah SWT kembali bertanya. ''Apa yang engkau kerjakan dengan ilmu yang kau miliki?''

Orang tersebut menjawab, ''Dengannya aku beribadat kepada-Mu di malam hari dan siang hari''

Malaikat berkata kepadanya, "Engkau berdusta".

Allah SWT berfirman "Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang alim''.

Kemudian dipanggil orang kaya. Allah SWT berfirman, ''Engkau telah Aku beri rezeki sehingga berkeadaan cukup".

Orang itu menjawab, ''Benar wahai Tuhan''.

Allah SWT kemudian bertanya, ''Apa yang telah engkau kerjakan dengan hartamu itu?'',

Dia menjawab, ''Dengannya aku bersillaturrahim dan juga bersedekah.''

Allah SWT berfirman kepadanya, "Engkau dusta".

Malaikat juga berkata begitu. Allah SWT berfirman, ''Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang dermawan.''

Kemudian didatangkan orang yang terbunuh selepas berperang di jalan Allah SWT.

Maka Allah SWT berfirman, ''Apa yang menyebabkanmu terbunuh?''

Dia menjawab, ''Telah diperintahkan kepadaku untuk berjihad di jalan-Mu, maka aku berperang sehingga terbunuh.''

Maka Allah SWT berfirman kepadanya ,''Engkau berdusta, malaikat juga berkata begitu."

Allah SWT berfirman, ''Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang berani''.

"Kemudian Rasulullah SAW menepuk lututku sambil bersabda, ''Wahai Abu Hurairah, ketiga-tiga orang itu adalah orang-orang yang pertama sekali merasakan seksaan api neraka pada hari kiamat.''"

Berdasarkah hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa amalan yang kita lakukan jika tidak ikhlas kerana Allah SWT dan ada matlamat dan tujuan yang lain maka ianya tidak akan di terima oleh Allah SWT. Amalan tersebut akan menjadi debu-debu yang berterbangan dan tidak ada nila di sisi Allah SWT.

Ada orang bertanya bagaimana hendak mengetahu sesuatu amalan itu ikhlas atau tidak?, sedangkan ikhlas itu terletak di hati. Tidak ada sesiapa pun mengetahuinya melainkan Allah SWT.

Memang benar ikhlas itu terletak di hati. Jika kita sendiri hendak mengesan amalan yang kita buat itu ikhlas atau pun tidak maka tandanya kita lebih suka rahsiakan daripada menceritakan kepada orang lain. Boleh di ceritakan dengan syarat ada keperluan sebagai pengajaran dan ikutan . Sedekah yang lebih baik adalah sedekah yang dilakukan secara sembunyi tanpa diketahui oleh orang lain hinggakan tangan kiri tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanan.

Bila berdakwah dan berjihad dijalan Allah SWT tidak mengharapkan ganjaran atau pun pujian orang ramai. Di hina atau di puji tidak akan melemahkan semangat atau menjadi lebih semangat, kerana tidak ada balasan ganjaran yang lebih baik melainkan ganjaran daripada Allah SWT.

Ramai Anak Muda Sekarang Tidak Mahu Belajar Ilmu Agama!!!




اُطْلُبُوْا العِلْمَ وَلَوْ في الصِّينِ

 “
Barangsiapa yang menemuh jalan menuntut ilmu agama, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju surga.” (HR. Muslim)

“Bila kamu belajar agama?Sekarang zaman moden, Mana ada orang belajar agama” ini adalah ungkapan  yang sering dikatakan oleh generasi muda sekarang, padahal kalau ditanya oleh ustaz “siapa yang mahu masuk syurga?” mereka menjawab dengan serentak “sayaaa..!!” inilah sikap yang pelik oleh generasi muda sekarang,

 Kalau mahu ingin masuk kedalam surga maka belajarlah ilmu agama..! Hanya orang-orang yang mahu berfikir yang akan mempersiapkan dirinya untuk kehidupan dunia dan akhirat. Belajar agama sangatlah penting, sudah jelas dalam hadis riwayat muslim diatas bahawa bagi siapa yang menuntut ilmu agama dengan dalam, maka Allah akan memudahkan baginya jalan untuk menuju surga. 

Tidak ada alasan bagi kita untuk tidak belajar ilmu agama, jika tidak sempat menghadiri majlis ilmu, kita boleh menggunakan cara yang lain untuk dapat belajar tentang ilmu agama. Jangan sampai kita disibukkan oleh kehidupan dunia yang tak berujung Hingga pada akhirnya kitalah yang akan diperangkap oleh dunia. 

Maka pelajarilah al-quran dan ilmu asas, seperti feqah dan tauhid pahamilah dan sampaikan walau hanya satu ayat, sesungguhnya islam adalah agama yang menghargai ilmu pengetahuan, kita perlu sentiasa mendampingi dengan ilmu yang bermanfaat untuk alam yang kekal abadi iaitu ilmu agama agar terjadi keseimbangan dalam hidup kita. 

Allah menciptakan alam semesta ini dengan keseimbangan, begitupun Manusia, kerana jika tidak ada keseimbangan antara ilmu agama dan ilmu pengetahuan umum maka boleh orang tersebut mengtuhankan ilmu pengetahuan umum yang hanya sampai pintu kubur sahaja. 

Ilmu agama bukan semata-mata untuk akhirat saja, namun ilmu agama berguna untuk membawa kita ke arah kehidupan yang benar dan baik sehingga kita tidak terlena dengan kehidupan dunia yang sementara ini, ingat hidup di dunia itu sangatlah sebentar. 

Umat nabi Muhammad Shallahu Alaihi Wassalammempunyai umurnya rata-rata lebih kurang dalam 65 tahun sahaja. Itu bagi mereka yang masih diberi kesempatan umur untuk belajar memperdalam ilmu agamanya, kalau tidak di beri kesempatan macam mana?? 

Maka persiapkanlah dari sekarang..! Bagi yang masih di beri kesempatan umur oleh Allah SWT maka gunakanlah baki umurnya untuk hal-hal kebaikan, kebenaran, dan belajar ilmu agama. 

Jangan sampai kita meninggal dalam keadaan su’ul khotimah karena su’ul khotimah adalah kematian yang sangat ditakuti oleh orang yang beriman, mengapa demikian? Karena su’ul khotimah adalah seburuk-buruknya seseorang meninggal dalam keadaan tidak beriman, dimana orang tersebut adalah orang yang benar-benar mencintai dunia, lalai dengan akhirat dan takut dengan kematian maka mereka orang-orang yang sangat rugi, mereka tidak mahu belajar dari orang-orang sebelumnya, dan ketahuilah bahawa kematian itu pasti akan datang. Janganlah kita menjadi orang-orang sebagaimana yang disebutkan dalam ayat.

Mereka hanya mengetahui yang lahir (saja) dari kehidupan dunia; sedang mereka tentang (kehidupan) akhirat benar-benar lalai.” (QS. Ar Ruum: 7). 



KEUTAMAAN MENUNTUT ILMU

Sesungguhnya Allah sendiri telah berfirman lewat Al Qur’an bahwa Allah meninggikan darjat orang-orang yang berilmu (ilmu Agama).

“Hai orang-orang beriman apabila kamu dikatakan kepadamu:

"Berlapang-lapanglah dalam majlis", maka lapangkanlah nescaya Allah

akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: "Berdirilah

kamu", maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang

yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan

(ilmu agama) beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang

kamu kerjakan.” 


(Al Mujadilah: 11)

"Allah menyatakan bahawasannya tidak ada Tuhan melainkan Dia (yang

berhak disembah), Yang menegakkan keadilan. Para Malaikat dan orang-

orang yang berilmu (Orang Alim) [188] (juga menyatakan yang demikian

itu). Tak ada Tuhan melainkan Dia (yang berhak disembah), Yang Maha

Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

(Ali Imran; 18)





BERUBAHLAH DARI SEKARANG..!!

Kesimpulannya, 

Jangan jadi orang yang bijak tanpa ada ilmu agama yang

mendampinginya, ilmu agama dan ilmu pengetahuan mesti seimbang

kerana orang yang bijak tanpa didampingi ilmu agama, ia akan

mentuhankan ilmu pengetahuan umum. Jika kita menuntut ilmu dengan

ikhlas kerana ingin mendapatkan keredhoan dari Allah semata-mata,

insyaallah Allah akan mempermudah kita untuk dapat memahami

pelajaran apa saja.


Allah Berfirman,
“Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya secara bergilir,

di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah.

Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka

merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah

menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat

menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia. Bagi

tiap-tiap manusia ada beberapa malaikat yang tetap menjaganya secara

bergiliran dan ada pula beberapa malaikat yang mencatat amalan-amalannya.

Dan yang dikehendaki dalam ayat ini ialah malaikat yang menjaga secara

bergiliran itu, disebut malaikat Hafazhah. Tuhan tidak akan merobah keadaan

mereka, selama mereka tidak merobah sebab-sebab kemunduran mereka.”(Ar-

Ra’d: 11)

Semoga kita termasuk orang-orang yang tidak rugi selama hidup di Dunia, aamiin ya robbal allamin.

Jumaat, 20 Disember 2013

Sifat Yang Perlu Ada Setiap Muslim Terhadap Ibu-Bapanya




 

Bersyukur kepada ALLAH dan kepada ibu bapa
Kedudukan ibu bapa begitu tinggi menurut pandangan Islam.Dalam surah al-isra’ ayat 23-25 Allah s.w.t menyuruh hambaNya supaya mengesakanNyadan mengabdi kepadaNya.Di samping itu Allah s.w.t mengiringi perintah itu dengan perintah berbakti kepada ibu bapa.Ini membuktikan tingginya kedudukan ibu bapa dalam pandangan syarak.Ini bermakna berbakti kepada ibu bapa adalah yang paling penting dilakukan setelah mengabdi kepada Allah.


Dalam surah Luqman, Allah s.w.t menyuruh kita supaya bersyukur kepadaNya.Selain bersyukur kepada Allah,kita juga disuruh supaya bersyukur kepada ibu bapa kita.Perintah bersyukur kepada ibu bapa disejajarkan dengan perintah bersyukur kepada Allah berdasarkan surah luqman ayat 14.

Kita disuruh bersyukur kepada Allah kerana banyaknya nikmat Allah yang kita terima.Kita disuruh bersyukur kerana ibu bapa banyak jasa yang telah diberika oleh meraka tanpa meminta sebarang balasan.Walaupun kita sudah berpuluh membelanjai dan mengurus ibu bapa kita,namun tidak terbalas oleh kita.Kerana mulianya ibu bapa serta besarnya jasa ibu bapa kepada kita,maka berbuat baik kepada mereka memberikan ganjaran pahala yang besar di sisi Allah s.w.t.

Di dalam kitab sahih bukhari ada mengatakan:
Dari Abdullah,beliau berkata: “saya telah bertanya kepada nabi s.a.w tentang amalan apa yang paling disukai Allah s.w.t.Beliau menjawab: “solat pada waktunya.”Saya tanya lagi: “kemudian apa lagi?” beliau menjawab : “kemudian berbakti kepada ibu bapa.”saya tanya lagi: “kemudian apa lagi?”Beliau mejawab: “Jihad fi sabillillah.”


Menurut hadis ini,berbakti kepada ibu bapa adalah lebih afdal setelah solat.Maksudnya berbuat baik kepada ibu bapa seimbang pahalanya dengan mengerjakan solat.

-Hak-hak ibu bapa
 Hak-hak yang harus dilaksanakan anak terhadap ayahnya antaranya ialah:

a) Jika ayahnya berhajat kepada makanan harus diberi makan
b) Jika berhajat pada pakaian harus diberi pakaian
c) Jika berhajat pada bantuan perlu di bantu
d) Jika dipanggilnya harus disahut
e) Mentaati semua suruhannya selagi tidak malanggari hukum syarak
f) Jika bercakap dengan ibu bapa mesti bercakap secara sopan, lunak dan hormat
g) Tidak memanggil ibu bapa dengan nama gelaran
h) Jika berjalan bersama ayah,anak harus berjalan di belakang
i) Seorang anak mesti berharap terjadi pada ibu bapa seperti keinginannya terjadi pada diri sendiri   dan sebaliknya.
j) Mendoakan kedua ibu bapanya supaya mendapat pengampunan Allah dan rahmatNya.

-Kemuliaan ibu

Dari Abu Hurairah katanya ada seorang lelaki mendatangi Rasulullah s.a.w kemudian bertanya:

Siapakah orang yang paling berhak ku layan dengan baik? Rasulullah s.a.w menjawab: “ibumu.”Lelaki itu bertanya lagi: “kemudian siapa lagi?”Rasulullah s.a.w menjawab: “ ibumu”. Lelaki itu bertanya lagi: “kemudian siapa lagi?”Rasulullah s.a.w menjawab: “ ibumu”. Lelaki itu bertanya lagi: “kemudian siapa?”Rasulullah s.a.w menjawab: “kemudian ayahmu.”

Berdasarkan hadis ini bererti kasih sayang kepada ibu sepatutnya 3 kali ganda daripada kasih sayang terhadap ayah.Ini sebenarnya adalah wajar kerana ibu lebih banyak berjasa kepada anaknya berbanding ayahnya kerana ibu yang mengandungkan dan bertarung dengan maut sewaktu ingin melahirkan anaknya,merasa penat ketika menyusukan dan menguruskan anaknya,membesar dan membimbing.

Layanan kepada ibu bapa bukan muslim
Seorang anak tidak seharusnya seagama dengan ibu bapa mereka.kita dapat lihat juga ibu bapa beragama kristian tetapi anak mereka beragama Islam kerana anak mereka telah masuk Islam.jadi walaupun mereka bukan beragama Islam tetapi anak itu tidak boleh memutuskan hubungan dengan ibu bapa walaupun tidak seagama.Allah telah berfirman dalam surah Al-Mumtahanah ayat 8 maksudnya:


Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama dan tidak pula mengusir kamu dari negeri kamu.
(Al-Mumtahanah:8)

Jangan mengatakan ah kepada ibu bapa
Jangan katakan kepada keduanya perkataan Ah
(Al-isra’: 23)

Menurut Abu Raja’ Al-Ataridiy yang bermaksud uf dalam ayat itu ialah kata-kata memaki dan meremehkan.Menurut mujahid maksudnya begini: “apabila mereka sudah tua,kemudian engkau melihat mereka berak atau kencing, maka jangan jijik melihatnya dan jangan mengatakan cih, tetapi bersihkanlah dengan ikhlas sebagaimana mereka mengurus engkau sewaktu kecil.”

Bukan dengan mengataka uh atau cih dikatakan derhaka bahkan dengan menjeling dengan sinis kepada ibu bapa juga dikatakan telah derhaka.

-Jangan mengherdik atau menengking ibu bapa

Allah SWT berfirman:

Dan janganlah engkau mengherdik mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia
(Al-isra’ :23)

Mengherdik maksudnya mengeluarkan kata-kata kuat atau bercakap kasar.Perkataa yang mulia maksudnya yang lemah lembut,sopan dan hormat.Kita juga disarankan tidak berbuat sesuatu yang boleh membuatkan orang tua kita tidak dimaki orang.Menurut Ata’ bin Rabah kita dilarang sama sekali untuk bercekak pinggang dan tidak mengangkat tangan di hadapan mereka ketika bercakap kepada kedua ibu bapa kita.
 

-Merendah diri kepada ibu bapa

Allah SWT berfirman:

Dan rendahkan dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan.(al-isra’:24)

Maksud firman Allah diatas ialah kita disuruh supaya menyayangi,mengasihi dan merendah diri kepada ibu bapa.Merendah diri bermaksud menjadikan atau menganggap ibu bapa lebih hebatdan lebih mulia.Mesti tunduk dan hormat dihadapan mereka.Kita juga hendaklah merendah kepada ibu bapa,baik dari segi tutur kata,cara pandang,gaya dan tingkah laku.Ini tidak mengira sama ada ibu bapa kita berpelajaran atau tidak,orang kaya atau miskin.

Terdapat kisah yang sewaktu kecilnya,dia sangat hormat terhadap jedua ibu bapanya tetapi setelah dewasa dan menjawat jawatan tinggi, dia merasakan dirinya lebih hebat daripada ibu bapanya yang tidak mempunyai pendidikan tinggi, dimana ibu bapanya tinggal di kampong dan memakai pakaian yang buruk.Dirinya dirasakan lebih hebat berbanding ibu bapanya, jadi dia memandang enteng terhadap kedua ibu bapanya.Padahal,walaupun dia jauh pintar dari ibu dan bapanyadan lebih kaya,tetapi dari segi kedudukan sebagai orang tua,ibu bapanya lebih mulia berbanding dirinya .Oleh yang demikian, Nabi SAW telah mengajarkan kepada kita bahawa kita tidak boleh berjalan dihadapan orang tua kita,tidak boleh dduduk sebelum mereka duduk dan tidak boleh memanggil dirinya dengan nama mereka.

-Besarnya jasa ibu bapa


Pepatah ada mengatakan “kasih ibu sepanjang jalan,kasih anak sepanjang galah.”kasih ibu bapa terhadap anaknya lebih tinggi berbanding kasih anak kepadanya.Kasiha anak terhadap ibu bapanya tidak berapa mendalam dan masanya bersifat sementara.kadang-kadang anak itu sayang kepada ibu bapanya disaat mereka memerlukan mereka dan perasaan sayang itu akan hilang apabila anak itu meningkat dewasa.

Kerana perasaan sayang ibu bapa terhadap anaknya,dia lebih mengutamakan anaknya berbanding dirinya sendiri.Kalau ada makanan yang hanya cukup untuk seorang,dia akan memberikan kepada anaknya,dan membiarkan dirinya lapar asalkan anaknya mendapat makanan.Kalau anaknya sakit dan memerlukan perhatian dan pengurusan,ibu rela tidak tidur malam demi untuk menguruskan anaknya itu.Dari segi pakaian,orang tua memakai pakaian yang buruk asalkan anaknya memakai pakaian yang cantik dan baru.manakala dari segi pendidikan,orang tua menginginkan supaya anaknya itu mendapat pendidikan yang baik dan jauh lebih tinggi dari dirinya.Sungguh besar jasa kedua ibu bapa kita terhadap diri kita sehinggakan Rasullullah SAW ada mengatakan:

Seorang anak belum dapat membalas jasa orang tuanya sekalipun dia mendapati orang tuanya sebagai hamba abdi kemudian dia membeli dan memerdekakannya.
Seorang lelaki datang kepada RAsullullah SAW dan berkata:

Ya Rasullullah, ibuku kini mengigau di tempatku,maka sayalah yang memberi makan dan minum dengan tanganku juga yang mengambil air sembahyang untuknya dan mengangkatnya di bahuku,apakah yang demikian itu beerti aku telah membalas jasanya? Jawab Nabi SAW: “Belum,belum satu pun jasa-jasanya (belum satu persen pun dari jasa-jasanya). Tetapi engkau telah berbuat baik, dan Allah akan memberi pahala kepadamu yang besar dan banyak terhadap amalmu yang sedikit.

-Mendoakan ibu bapa

Alllah SWT berfirman:

Dan ucapkanlah: “Ya Tuhanku,kasihanilah mereka berdua,sebagaimana mereka telah mengasuh aku sejak kecil”.
(al-isra’: 24)

Dalam ayat di atas,Allah menegaskan bahawa manusia sedar bahawa betapa susahnya orang tua mengasuh dan membesarkan anaknya.Mereka telah menumpukan sepenuh kasih sayang untuk mengasuh anaknya. Dengan menyebut demikian,diharapkan si anak pun akan bertambah sayang kepada orang tuanya.

Ayat itu menyuruh kita supaya selalu mendoakan orang tua kita. Doa ini hanya untuk dipohonkan untuk kedua ibu bapa yang beragama Islam dan tidak boleh dibacakan kepada ibu bapa yang tdak beragama Islam.

Dari Ibnu Abbas, katanya Rasullullah SAW bersabda:

Sesiapa yang semenjak petang sampai pagi meyenangkan hati orang tuanya beerti dia berpagi-pagi dan petang dalam keadaan dua pintu syurga sudah terbuka baginya.Kalau dia menyenangkan satu orang beerti terbuka satu pintu. Dan sesiapa semenjak petang sampai pagi membuat marah (jengkel)orang tuanya, beerti dia berpagi-pagi dan petang dalam keadaan dua pintu neraka sudah terbuka baginya. Kalau dia membuat marah satu orang beerti terbuka satu pintu neraka. Mendengar yang demikian ada yang bertanya: “Ya Rasullullah,walaupun orang tuanya itu zalim kepada anaknya?” Rasullullah SAW menjawab : “Ya,walaupun zalim, walaupun zalim”.

Allah SWT tahu apa yang tersembunyi di dalam hati seseorang sama ada sayang orang tuanya atau benci.Tuhan juga tahu sama ada seseorang itu menguruskan orang tuanya kerana mengharapkan harta warisan atau ingin mendapat pujian masyarakat atau ikhlas kerana Allah SWT.

Allah SWT menjanjikan keampunan bagi orang-orang yamg menguruskan orang tuanya dengan ikhlas dan juga oramg-orang yang ingin bertaubat.

Kita juga tidak boleh taat kepada ibu bapa dalam perkara yang menyalahi syarak.Perkara yang menyalahi syarak seperti orang tua kita menyuruh kita meninggalkan perkara fardhu atau menyuruh yang haram. Suruhan sebegini tidak perlu diikuti. Tetapi jika kita ingin melakukan perkara yang sunat, dan pada waktu yang sama ibu bapa kita menyuruh berbuat yang lain (yang tidak melanggari syarak), kita perlu mentaati perintah ibu bapa.

-Keutamaan berbakti kepada ibu bapa

Berbakti kepada ibu bapa adalah sesuatu yang wajar.Walaupun seandainya tiada Quran dah hadis memerintahkan agar kita berbakti kepada ibu bapa,semua orang sedia maklum bahawa berbakti kepada ibu bapa adalah sesuatu yang perlu dilaksanakan.Ini tentunya kerana melihat besarnya jasa ibu bapa terhadap anaknya. Orang yang berbakti kepada ibu bapa akan mendapat keredhaan Allah dan akan mendapat balasan yang baik di dunia dan di akhirat.

-Berbakti kepada ibu bapa adalah penghapus dosa.

Hanya dengan berbuat baik dan berbakti kepada ibu bapa dapat menghapuskan dosa- dosa.

Ibnu Omar r.a berkata bahawa seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW kemudian berkata: “sesungguhnya saya telah melakukan dosa besar,apakah masih ada kesempatan untukku bertaubat?” Rasulullah SAW bertanya: “Adakah kamu mempunyai ibu bapa?”Lelaki itu menjawab: “Tidak” . Rasulullah SAW berkata : “Adakah kamu mempunyai Khalah (ibu saudara sebelah ibu)?” Orang itu menjawab. “Ya.”Maka Rasululluh SAW berkata: “kalau begitu berbaktilah kepadanya.”
(hadis ini diriwayatkan oleh Tirmizi dan Ibnu Hibban)

-Makbulnya doa orang yang berbakti kepada ibu bapa.


Orang yang berbuat baik kepda ibu bapanya,akan terkabul segala doa-doanya.Buktinya dapat dilihat menerusi kisah tiga orang sahabat yang terperangkap dalam gua.Ada tiga orang lelaki yang sedang berjalan di kaki bukit.Rupanya tidak jauh dari tempat mereka ada sebuah gua. Hujan turun dengan tiba-tiba kemudian mereka mencari tempat perlindungan.tanpa mereka sedari,mereka sudah sampai ke mulut gua.Mereka segera masuk ke dalam gua tersebut.Sedang mereka berteduh,ada batu besarjatuh dari arah bukit dan menutup pintu gua tersebut.Mulut gua tertutup dan menghalang mereka dari keluar. Salah seorang dari mereka berkata : “kita tidak mungkin keluar dari dalam gua ini tanpa pertolongan Allah.Mari kita berdoa kepadaNya melalui amalan kita yang dianggap paling besar nilainya di sisi Allah.” Masing-masing mengingat amalmyang paling besar nilainya di sisi Allah yang telah mereka lakukan.salah seorang mereka ada yang taat kepada kedua ibu bapanya dan telah berbakti kepada mereka.Melalui amal ikhlasnya itu dia memohon kepada Allah supaya dapat keluar dari dalam gua tersebut.Dengan bantuan Allah SWT, batu besar yang menutupi gua itu bergeser dan mereka pun dapat keluar dari dalam gua tersebut.

-Berbakti kepada ibu bapa membawa berkat.

Dari Anas bin Malik r.a katanya Rasulullah SAW bersabda: “sesiapa yang ingin dipanjangkan umurnya dan ditambah rezekinya,maka hendaklah dia berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung silaturrahim.”
(H.R. ahmad)

-Kisah orang-orang yang berbakti kepada ibu bapanya

Orang yang berbuat baik kepada ibu bapanya akan mendapat keuntungan di dunia dan di akhirat.Di akhirat mereka mendapat pahala besar dan dimasukkan ke dalam syurga.Sedangkan di dunia, mereka mendapat banyak keuntungan.Ada orang yang berbakti kepada ibu bapanya menjadi makbul doanya dan ada yang mengurus kedua ibu bapanya dengan ikhlas kerana Allah mendapat rezeki yang murah.


-Dosa dan bahaya menderhakai ibu bapa

Derhaka kepada ibu bapa sangat besar dosanya dan amat dimukai oleh Allah SWT.Orang yang menderhakai kedua ibu bapanya akan mendapat balasan di dunia.

Rasulullah SAW bersabda:
Semua dosa akan ditangguhkan penyeksaannya, sesuai dengan kehendak Allah, sampai hari kiamat, kecuali dosa menderhakai ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasannya kepada pelaku ketika ia masih hidup, yakni merupakan balasan di dunia, sebelum terjadinya hari kiamat.
(H.R Al-Hakim)


-Derhaka termasuk dosa yang paling besar


Dari Abdullah bin Umar, katanya Rasulullah SAW bersabda:
“Dosa-dosa besar adalah menyekutukan Allah, menderhakai ibu bapa, membunuh jiwa dan sumpah palsu.”

-Penderhaka tidak masuk syurga

Sabda Rasulullah bermaksud janganlah kita menderhakai ibu bapa kerana akan menjarakkan diri kita dari mencium bau syurga.

-Derhaka mengakibatkan kemiskinan

Orang yang derhaka kepada ibu bapanya akan menjadi miskin.Rasulullah SAW bersabda:
“sesungguhnya seseorang akan diputuskan rezekinya kerana dosa yang dilakukannya, dan tidak ada yang boleh merubah takdir kecuali dengan doa dan tidak dipanjangkan umur kecuali berbakti.”
(hadis riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)

Kesimpulannya,berbakti kepada ibu bapa merupakan jalan untuk menuju kejayaan di dunia dan di akhirat. Selain jalan untuk menuju kejayaan, ia juga dapat meyelamatkan dari malapetaka atau seksa yang dihadapi.

Dunia Adalah tempat Untuk Mempersiapkan Bekalan Di Akhirat



"Kematian adalah suatu yang haq. Ianya pasti akan datang kepada setiap orang. Setiap orang tidak boleh mengelak darinya kerana ianya sesuatu yang telah dijanjikan oleh Allah swt. Tiada sesiapapun akan mengetahui bilakah maut akan menghampiri mereka. Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Dan pada saat inilah ruh akan tepisah daripada badan maka teputuslah segala kehidupan didunia. Sesungguhnya amal yang banyak ketika didunia akan menjadi bekalan ketika di alam barzakh nanti. Dan ingatlah bahawa semua yang berlaku adalah atas keizinan Allah swt. Allah berfirman yang bermaksud “Maha suci Allah yang ditangannyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang menjadikan mati dan hidup, supaya dia menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.”(QS. Al-Mulk 1-2)

menceritakan kisah seorang alim yang amalannya ialah apabila melalui tanah perkuburan dia mesti singgah lalu membaca al-Quran dan menghadiahkan pahala kepada penghuni kubur di tanah perkuburan itu.

Setiap kali singgah di tanah perkuburan maka dia akan meluangkan masa membaca al-Quran lalu mensedekahkan pahala itu kepada penghuni kubur.
Suatu ketika, dalam satu perjalanan, dia menemui satu perkuburan lalu beliau pun hendak melakukan amalan biasanya iaitu membaca al-Quran di kubur untuk disedekahkan kepada penghuni kubur.

Apabila dia menghampiri tanah perkuburan, tiba-tiba kedengaran suara orang membaca al-Quran. Maka beliau pun berasa gembira kerana ada juga orang lain yang membuat amal sepertinya.

Lalu dicarinya siapakah pembaca al-Quran itu tetapi tidak dijumpai sesiapa.
Dia mengikuti arah dari mana suara bacaan itu lalu didapati suara itu datang dari dalam salah satu kubur di tanah perkuburan itu.

Dia berasa hairan tetapi dia meneruskan perjalanan meninggalkan tanah perkuburan itu selepas dia menyedekahkan pahala bacaan al-Quran seperti biasa.

Pada malam harinya, dia berminpi didatangi oleh seorang lelaki yang mengucapkan terima kasih.

Maka orang alim ini bertanya kepada lelaki itu siapakah kamu?

Lelaki itu berkata bahawa dia adalah salah seorang penghuni kubur di tanah perkuburan yang siang tadi disinggahi oleh orang alim itu. Lelaki itu berkata, suara dia lah yang kedengaran dari dalam kubur itu membaca al-Quran.

Lalu lelaki itu memberitahu, dia datang sebagai wakil daripada semua penghuni kubur untuk menyampaikan ucapan terima kasih kerana mesedekahkan pahala kepada penghuni kubur sejak dahulu.

Lelaki itu berkata, asbab sedekah orang alim itu, ada penghuni kubur yang sedang diseksa dapat diringankan azab, ada penghuni diselamatkan daripada seksaan kerana sedekah itu, ada penghuni yang perlukan sedikit sahaja lagi pahala tetapi masih diazab maka dengan sedekah itu penghuni itu diangkat azab kubur dan sebagainya.

Jadi, lelaki itu mewakili seluruh penghuni kubur mengucapkan terima kasih kepada orang alim itu atas sedekahnya.

Orang alim itu bertanya, bagaimana pula lelaki itu boleh membaca al-Quran dalam kubur?

Lelaki itu menjawab bahawa semasa hayatnya dia amat suka membaca al-Quran dan dia pernah berdoa kepada Allah agar membenarkannya membaca al-Quran di dalam kubur jika Allah membenarkan seseorang membaca al-Quran dalam kubur.

Maka lelaki itu memberitahu bahawa doanya itu telah dimakbulkan dan dia telah membaca al-Quran bertahun-tahun lamanya. 

Tetapi katanya, walaupun dia telah membaca al-Quran dalam tempoh lama itu, tiada ada apa-apa pun manfaat kerana dia telah meninggal dunia dan berada di alam kubur.

"Walaupun saya membaca al-Quran sudah bertahun-tahun dalam kubur tetapi tiada apa-apa manfaat," kata lelaki itu.

Sebaliknya, katanya, orang yang masih hidup jika dia membaca walaupun sepotong ayat al-Quran maka dia akan mendapat pahala dan ganjaran yang besar dan akan memberi manfaat yang besar apabila dia meninggal dunia.
Demikian lah serba sedikit kisah yang diceritakan oleh Bai Khaled untuk memberitahu kesimpulannya kehidupan di dunia ini amat penting untuk diusahakan iman dan amal. 

Di dunia ini lah kita perlu membuat sebanyak-banyak amal sebagai bekalan hari akhirat kerana apabila sudah masuk dalam kubur tiada lagi peluang itu dan jika diberi peluang pun dalam kubur kata sudah tiada apa-apa manfaat lagi.
Bahkan ada yang meminta untuk dikembalikan ke dunia untuk membuat amal maka tidak akan berpeluang lagi.

Seorang yang mengucapkan satu subhanallah dengan ikhlas di dunia maka di akhirat 'TELAH' dibina untuknya satu pohon di syurga yang mana pohon itu amat besar hinggakan seekor kuda yang paling pantas berlari pun mengambil masa lebih 500 tahun untuk mengellilingi pohon itu.

Maknanya, di dunia ini bukan isi dunia itu dari segi harta benda itu yang bernilai tetapi amal soleh seseorang itu yang bernilai. Di situ la dunia itu penting.
Nabi Sulaiman a.s diberikan kerajaan paling besar yang tidak pernah diberikan kepada seseorang sebelum dan selepasnya hingga mengawal manusia, jin dan haiwan. 

Tetapi apabila ada seseorang mengucapkan subhanallah apabila ternampak kerajaannya lalu Nabi Sulaiman berkata, seluruh kerajaan Sulaiman akan musnah satu hari nanti tetapi satu subhanallah yang kamu ucapkan akan kekal sehingga hari akhirat.


Firman Allah yang bermaksud:

“Apabila telah datang ajal kepada mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya, barang sesaatpun dan tidak (pula) mempercepatkan” (QS. Yunus 49)

Semua makhluk yang berjiwa tidak dapat melarikan diri daripada maut. Walaupun kemana kita bersembunyi, maut akan datang menghampiri apabila telah tiba saatnya. Ini telah ditegaskan oleh Allah didalam Al-Quran.
Firman Allah yang bermaksud:
katakanlah : “Sesungguhnya kematian yang kamu lari dari padanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada(Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.”
(QS Al-Jumu’ah 8)

Ketahilah Nilai dunia ini tidak lebih seperti sebelah kepak nyamuk, kekuatan dunia tak lebih dari sarang labah-labah. Dan kampung akhirat jua la yang kekal selama-lamanya. 

Dan tempat untuk usahakan amalan ada di dunia ini. Dunia amat penting!
Iaitu amal soleh yang dilakukan di dunia amat penting, maknanya modal masa usia kita yang 60-70 tahun ini amat penting dan kritikal.


Jangan lah kita hidup di dunia ini untuk menderita di akhirat, jangan kita mengejar dunia hingga melupakan akhirat, jangan lah kita mencari keuntungan dunia hingga kerugian besar di akhirat, jangan kita kaya di dunia tapi muflis di akhirat. Harta benda kita perlu dihantar ke akhirat secepat mungkin dengan cara kita gunakan ia di jalan Allah dan untuk kebajikan dan kebaikan. Siapa sedia?


Ahad, 15 Disember 2013

Nasihat Nabi s.a.w. Ketika Menghantar Tentera Keluar Berjihad Di Jalan Allah




Dari Abdurrahman bin Aid ra, dia berkata, “Adalah Rasulullah saw apabila hendak mengirimkan pasukan, maka Beliau memberi nasihat, Bersikap lembut dan sayanglah kepada orang-orang! Jangan menyerang mereka sebelum kalian BERDAKWAH kepada mereka, dan janganlah menghancurkan rumah-rumah mereka! 

Jangan biarkan satu orang penghuni rumah pun yang ada di kota-kota mahupun di desa-desa, kecuali kalian membawa mereka ke hadapanku dalam keadaan muslim (telah memeluk Islam), kerana yang demikian itu lebih aku sukai daripada kalian datang padaku dengan membawa istri-istri dan anak-anak mereka setelah kalian membunuh suami-suami mereka! “.

(HR. Ibnu Mandah dan Ibnu Asakir dalam kitab Al Kanz jilid II halaman 294. 
Diriwayatkan juga oleh Ibnu Syahin dan Al Baghawi seperti terdapat dalam kitab Al Ishaabah jilid III halaman 153, juga Tirmidzi dalam kitabnya jilid I halaman 195).

Dari Buraidah ra, dia menceritakan, “Adalah Rasulullah saw apabila menghantar rombongan jihad atau pasukan tentara, maka Beliau Nabi s.a.w memberikan satu nasihat kepada pemimpin mereka supaya menjaga ketakwaan dirinya kepada Allah SWT dan berlaku baik terhadap orang-orang Islam yang di bawah pimpinannya. Beliau juga berpesan kepada pemimpin rombongan, “Apabila engkau bertemu dengan musuhmu orang-orang musyrik, maka ajaklah mereka kepada salah satu dari tiga perkara, jika mereka menerima salah satu dari tiga pilihan yang engkau ajukan, maka terimalah pilihan mereka dan tahanlah serangan kepada mereka!

#Pertama, ajaklah mereka untuk memeluk Islam! Jika mereka menerima, maka terimalah keIslaman mereka dan janganlah menyerang mereka.

#Kedua, ajaklah mereka untuk meninggalkan kampung halaman mereka dan tinggal di perkampungan kaum muhajiriin, lalu beritahukan kepada mereka bahawa apabila mereka melakukan yang demikian, maka mereka memperoleh perlakuan dan hak yang sama dengan kewajipan kaum muhajirin; tetapi apabila mereka menolak dan lebih suka memilih untuk tinggal di tempat mereka sendiri, maka katakan pada mereka bahawa mereka akan diperlakukan seperti orang-orang Islam Badwi, dan berlakulah ke atas mereka hukum Allah seperti yang berlaku atas orang-orang mukmin umumnya, yakni mereka tidak akan mendapat bagian dari harta rampasan perang, kecuali jika mereka ikut berjihad bersama kaum muslimin.

#Ketiga, jika mereka tidak mau menerima tawaran yang kedua, maka perintahkan kepada mereka supaya membayar jizyah! Jika mereka bersedia membayar jizyah, maka terimalah dan janganlah engkau menyerang mereka ! Tetapi jika mereka menolak membayar jizyah, maka mintalah bantuan kepada Allah dan perangilah mereka! Apabila engkau telah mengepung mereka dalam sebuah benteng, lalu mereka memintamu untuk memberlakukan hukum Allah atas mereka, maka jangan engkau penuhi permintaan tersebut, kerana sesungguhnya kalian tidak mengetahui hukum apa yang akan ditetapkan Allah atas mereka. Akan tetapi berlakukanlah pada mereka hukum kebijaksanaan kalian, kemudian putuskanlah perkara mereka setelah itu menurut kebijaksanaan yang kalian kehendaki.” (HR. Abu Daud)

Jumaat, 13 Disember 2013

Penderitaan Nabi SAW (vol3)



Uqbah meletakkan najis unta di bahu Nabi s.a.w.

Bazzar dan Thabarani telah memberitakan dari Abdullah bin Mas'ud r. a. katanya: Satu peristiwa, ketika Rasulullah SAW bersembahyang di Masjidil Haram, dan ketika itu pula Abu jahal bin Hisyam, Syaibah dan Utbah keduanya putera dari Rabi'ah, Uqbah bin Abu Mu'aith, Umaiyah bin Khalaf dan dua orang yang lain, semua mereka tujuh orang, mereka sekalian sedang duduk di Hijir, dan Rasuluilah SAW pula sedang asyik bersembahyang, dan apabila beliau bersujud, selalunya beliau memanjangkan sujudnya. Maka berkatalah Abu Jahal: 'Siapa berani pergi ke kandang unta suku Bani fulan, dan mengambil taiknya untuk mencurahkan ke atas kedua bahunya, bila dia sedang sujud nanti?' 'Aku!' jawab Uqbah bin Abu Mu'aith, orang yang paling jahat di antara yang tujuh di situ. Lalu Uqbah pergi mengambil taik unta itu, dan diperhatikannya dari jauh, apabila Rasulullah SAW bersujud dicurahkan taik unta itu ke atas kedua bahunya.

Berkata, Abdullah bin Mas'ud ra.: Aku melihat perkara itu, tetapi aku tidak berdaya untuk menghalangi atau melawan kaum Quraisy itu. Aku pun bangun dan meninggalkan tempat itu dengan perasaan kesal dan sedih sekali. Kemudian aku mendengar, bahwa Fathimah, puteri Rasulullah SAW datang dan membuangkan kotoran itu dari bahu dan tengkuk beliau. Kemudian dia mendatangi mereka yang melakukan perbuatan buruk itu, sambil memarahkan mereka, tetapi mereka diam saja, tidak menjawab apa pun. Ketika itu Rasulullah SAW pun mengangkat kepalanya, sebagaimana beliau mengangkat kepala sesudah sempurna sujud. Apabila sudah selesai dari sembahyangnya, beliau lalu berdoa: Ya Allah! Ya Tuhanku! Balaslah kaum Quraisy itu atas penganiayaannya kepadaku! Balaslah atas Utbah, Uqbah, Abu Jahal dan Syaibah! Sekembalinya dari masjid, beliau telah ditemui di jalanan oleh Abul Bukhturi yang di tangannya memegang cambuknya.

Bila Abul Bukhturi melihat wajah Nabi SAW dia merasa tidak senang, kerana dia tahu ada sesuatu yang tidak baik terjadi terhadap dirinya: 'Hai Muhammad! Mengapa engkau begini?' tegur Abul Bukhturi. 'Biarkanlah aku!' jawab Nabi SAW ' Tuhan tahu, bahwa aku tidak akan melepaskanmu sehingga engkau memberitahuku, apa yang terjadi pada dirimu terlebih dulu?!' Abul Bukhturi mendesak Nabi SAW untuk memberitahunya apa yang telah terjadi. Apabilla dilihatnya beliau masih mendiamkan diri, dia berkata lagi: 'Aku tahu ada sesuatu yang terjadi pada dirimu, sekarang beritahu!' pinta Abul Bukhturi lagi Apabila Nabi SAW melihat bahwa Abul Bukhturi tidak mahu melepaskannya, melainkan sesudah beliau memberitahunya apa yang terjadi, maka beliau memberitahunya apa yang terjadi: 'Abu jahal membuat angkara!' beritahu Nabi SAW 'Abu jahal lagi? Memang sudah aku kira, apa yang dibuat kepadamu kali ini?!' tanya Abul Bukhturi lagi. 'Dia menyuruh orang meletakkan kotoran unta ke atas badanku ketika aku sedang bersujud dalam sembahyangku,' jelas Nabi SAW 'Mari ikut aku ke Ka'bah,' bujuk Abul Bukhturi.

Abul Bukhturi dan Nabi SAW pun pergi ke Ka'bah dan terus menuju ke arah tempat duduk Abu jahal. Abul Bukhturi kelihatan marah sekali. 'Hai Bapaknya si Hakam!' teriak Abul Bukhturi. 'Engkau yang menyuruh orang meletakkan kotoran unta ke atas badan Muhammad ini?' katanya dengan keras. 'Ya,' jawab Abu Jahal. 'Apa yang engkau mahu?' Abul Bukhturi tidak banyak bicara, melainkan ditariknya cambuknya lalu dipukulnya kepala Abu jahal berkali-kali. Orang ramai di situ lari berhamburan, dan teman-teman Abu jahal hiruk-pikuk menyalahkan Abul Bukhturi. 'Celaka kamu!' jerit Abu Jahal memprotes, dan badannya terlihat kesakitan karena pukulan cambuk Abul Bukhturi itu.' Dia layak diperlakukan begitu, kerana dia menimbulkan permusuhan di antara kita sekalian, agar terselamat pula dia dan kawan-kawannya... !' tambah Abu jahal lagi. (Majma'uz Zawa'id 6:18)

Menurut Ahmad yang meriwayatkan dari Abdullah bin Mas'ud ra. katanya: Aku lihat semua orang yang dijanjikan Nabi SAW akan mati itu, semuanya terbunuh di medan Badar, tiada seorang pun yang terselamat. (Al-Bidayah Wan-Nihayah 3:44)

Jumaat, 6 Disember 2013

Penderitaan Nabi Vol 2



Imam Bukhari meriwayatkan dari Urwah r.a. katanya: Aku bertanya Amru bin Al-Ash ra. mengenai apa yang dideritai Nabi SAW ketika beliau berdakwah mengajak orang masuk Islam, kataku: 'Beritahu aku tentang perbuatan yang paling kejam yang pernah dibuat oleh kaum musyrikin terhadap Rasulullah SAW? Maka Amru berkata: Ketika Nabi berada di Hijir Ismail, tiba-tiba datang Uqbah bin Abu Mu'aith, lalu dibelitkan seutas kain pada tengkuk beliau dan dicekiknya dengan kuat sekali. Maka seketika itu pula datang Abu Bakar ra. lalu dipautnya bahu Uqbah dan ditariknyanya dengan kuat hingga terlepas tangannya dari tengkuk Nabi SAW itu. Abu Bakar berkata kepada Uqbah: 'Apakah engkau hendak membunuh orang yang mengatakan 'Tuhanku ialah Allah!' padahal dia telah membawa keterangan dari Tuhan kamu?!' (Al-Bidayah Wan-Nihayah 3:46)

Suatu riwayat yang dikeluarkan oleh Ibnu Abi Syaibah, dari Amru bin Al-Ash ra. katanya: Aku tidak pemah lihat kaum Quraisy yang hendak membunuh Nabi SAW seperti yang aku lihat pada suatu hari di bawah lindungan Ka'bah. Mereka bersepakat merencanakan pembunuhan beliau sedang mereka duduk di sisi Ka'bah. Apabila Rasulullah SAW datang dan bersembahyang di Maqam, lalu bangunlah Uqbah bin Abu Mu'aith menuju kepada Rasulullah SAW dan membelitkan kain ridaknya ke tengkuk beliau, lalu disentaknya dengan kuat sekali, sehingga beliau jatuh tersungkur di atas kedua lututnya.

Orang ramai yang berada di situ menjerit, menyangka beliau telah mati kerana cekikkan keras dari Uqbah itu. Maka ketika itu segeralah Abu Bakar ra. datang dan melepaskan cekikan Uqbah dari Rasulullah SAW itu dari belakangnya, seraya berkata: Apa ini? Adakah engkau hendak membunuh orang yang mengatakan 'Tuhanku ialah Allah!' Uqbah pun segera berundur dari tempat Rasuluilah SAW itu kembali ke perkumpulan teman-temannya para pemuka Quraisy itu. Rasulullah SAW hanya bersabar saja, tidak mengatakan apa pun. 

Beliau lalu berdiri bersembahyang, dan sesudah selesai sembahyangnya dan ketika hendak kembali ke rumahnya, beliau berhenti sebentar di hadapan para pemuka Quraisy itu sambil berkata: 'Hai kaum Quraisy! Demi jiwa Muhammad yang berada di dalam genggaman Tuhan! Aku diutus kepada kamu ini untuk menyembelih kamu!' beliau lalu mengisyaratkan tangannya pada tenggorokannya, yakni beliau rnenjanjikan mereka bahwa mereka akan mati terbunuh. 'Ah, ini semua omong kosong!' kata Abu jahal menafikan ancaman Nabi SAW itu. 'Ingatlah kataku ini, bahwa engkau salah seorang dari yang akan terbunuh!' sambil menunjukkan jarinya ke muka Abu jahal. (Kanzul Ummal 2:327)

Rabu, 4 Disember 2013

Penderitaan Nabi s.a.w. (vol1)



Baihaqi memberitakan dari Abdullah bin Ja'far ra. katanya: Apabila Abu Thalib telah meninggal dunia, mulailah Nabi SAW diganggu dan ditentang secara terang-terangan. Satu peristiwa, beliau telah dihadang di jalanan oleh salah seorang pemuda jahat Quraisy, diraupnya tanah dan dilemparkan ke muka beliau, namun beliau tidak membalas apa pun.

Apabila beliau tiba di rumah, datang salah seorang puterinya, lalu membersihkan muka beliau dari tanah itu sambil menangis sedih melihat ayahnya diperlakukan orang seperti itu. Maka berkatalah Rasulullah SAW kepada puterinya itu: 'Wahai puteriku! Jangan engkau menangis begitu, Allah akan melindungi ayahmu!' beliau membujuk puterinya itu.

Beliau pernah berkata: Sebelum ini memang kaum Quraisy tidak berani membuat sesuatu seperti ini kepadaku, sehinggalah selepas Abu Thalib meninggal dunia, mulailah mereka menggangguku dan mengacau ketenteramanku. Dalam riwayat yang lain, beliau berkata kepadanya karena menyesali perbuatan jahat kaum Quraisy itu: Wahai paman! Alangkah segeranya mereka menggangguku sesudah engkau hilang dari mataku!
(Hilyatul Auliya 8:308; Al-Bidayah Wan-Nihayah 3:134)

Thabarani telah memberitakan dari Al-Harits bin Al-Harits yang menceritakan peristiwa ini, katanya: Apabila aku melihat orang ramai berkumpul di situ, aku pun tergesa-gesa datang ke situ, menarik tangan ayahku yang menuntunku ketika itu, lalu aku bertanya kepada ayahku: 'Apa sebab orang ramai berkumpul di sini, ayah?' 'Mereka itu berkumpul untuk mengganggu si pemuda Quraisy yang menukar agama nenek-moyangnya!' jawab ayahku. Kami pun berhenti di situ melihat apa yang terjadi. Aku lihat Rasulullah SAW mengajak orang ramai untuk mengesakan Allah azzawajaila dan mempercayai dirinya sebagai Utusan Allah, tetapi aku lihat orang ramai mengejek-ngejek seruannya itu dan mengganggunya dengan berbagai cara sehinggalah sampai waktu tengah hari, maka mulailah orang bubar dari situ.

Kemudian aku lihat seorang wanita datang kepada beliau membawa air dan sehelai kain, lalu beliau menyambut tempat air itu dan minum darinya. Kemudian beliau mengambil wudhuk dari air itu, sedang wanita itu menuang air untuknya, dan ketika itu agak terbuka sedikit pangkal dada wanita itu. Sesudah selesai berwudhuk, beliau lalu mengangkat kepalanya seraya berkata kepada wanita itu: Puteriku! lain kali tutup rapat semua dadamu, dan jangan bimbang tentang ayahmu! Ada orang bertanya: Siapa dia wanita itu? jawab mereka: Itu Zainab, puterinya - radhiallahu anha.
(Majma'uz-Zawa'id 6:21)

Dalam riwayat yang sama dari Manbat Al-Azdi, katanya: Pernah aku melihat Rasulullah SAW di zaman jahiliah, sedang beliau menyeru orang kepada Islam, katanya: 'Wahai manusia sekaliani Ucapkanlah 'Laa llaaha lliallaah!' nanti kamu akan terselamat!' beliau menyeru berkali-kali kepada siapa saja yang beliau temui. Malangnya aku lihat, ada orang yang meludahi mukanya, ada yang melempar tanah dan kerikil ke mukanya, ada yang mencaci-makinya, sehingga ke waktu tengah hari.

Kemudian aku lihat ada seorang wanita datang kepadanya membawa sebuah kendi air, maka beliau lalu membasuh wajahnya dan tangannya seraya menenangkan perasaan wanita itu dengan berkata: Hai puteriku! Janganlah engkau bimbangkan ayahmu untuk diculik dan dibunuh ... ! Berkata Manbat: Aku bertanya: Siapa wanita itu? Jawab orangorang di situ: Dia itu Zainab, puteri Rasuluilah SAW dan wajahnya sungguh cantik.

(Majma'uz Zawa'id 6:21)

Isnin, 2 Disember 2013

Dakwah Nabi saw. Kepada Abu Bakar R.a.



Diriwayatkan oleh al Hafizh Abu al Hasan ath Athrabullisi dari Aisyah r.ha., katanya: Abu Bakar r.a. keluar untuk menemui Rasulullah saw. Dan mereka berdua adalah sahabat akrab sejak zaman jahiliyah. Abu Bakar menemui Baginda saw. dan berkata kepadanya, “Wahai Abu Qasim, engkau tidak terlihat dalam majelis kaummu dan mereka menuduh bahwa engkau telah mencela nenek moyang mereka.”

Rasulullah saw. bersabda, “Sesungguhnya aku adalah utusan Allah dan menyeru kamu kepada Allah.”
Ketika Rasulullah saw. selesai berbicara, Abu Bakar pun memeluk Islam. Kemudian Rasulullah saw. meninggalkannya. Tiada seorang pun yang terletak di antara dua gunung di Makkah (maksudnya penduduk Makkah) yang lebih bergembira daripada Rasulullah saw. dengan ke-Islaman Abu Bakar. Kemudian Abu Bakar r.a. berjalan menemui Utsman in Affan, Thalhah bin Ubaidillah, Zubair bin al Awwam, Sad bin Abi Waqqash dan mereka semua memeluk Islam. Keesokan harinya Abu Bakar datang menemui Utsman bin Mazhun, Abu Ubaidah bin al Jarrah, Abdur Rahman bin Auf, Abu Salamah bin Abdul Asad, dan al Arqam bin Abu al Arqam, sehingga mereka semua memeluk agama Islam. Kisah ini tertulis dalam kitab al Bidaayah (3/29).

Disebutkan oleh Ibnu Ishaq bahwa Abu Bakar ash Shiddiq r.a. menemui Rasulullah saw. dan berkata kepada beliau: “Apakah benar yang dikatakan oleh kaum Quraisy, wahai Muhammad, bahwa engkau telah meninggal kan tuhan-tuhan kami, menganggap bodoh akal kami, dan mengkafirkan nenek moyang kami?”

Rasulullah saw. bersabda, “Ya, benar. Sesungguhnya aku adalah utusan Allah dan nabi-Nya. Allah telah mengutusku untuk menyampaikan risalah-Nya dan aku menyeru kamu kepada Allah dengan haq. Maka demi Allah, sesungguhnya Dia adalah haq. Wahai Abu Bakar, aku menyeru kamu kepada Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, janganlah kamu menyembah selain-Nya, dan selalulah menaati-Nya.”

Kemudian Rasulullah saw. membacakan kepadanya ayat-ayat al Quran. Abu Bakar tidak mengiyakan atau pun menolaknya. Tak lama kemudian ia pun memeluk Islam dan mengingkari berhala-berhala, meninggalkan sekutu-sekutu Tuhan, dan mengakui hak-hak agama Islam. Abu Bakar r.a. Pulang dalam keadaan membenarkan apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw.

Ibnu Ishaq berkata: Telah bercerita kepadaku Muhammad bin Abdur Rahman bin Abdullah bin al Hushaini at Tamimi, bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Tidaklah aku menyeru seorang pun kepada Islam melainkan ia akan berhenti sebentar, ragu-ragu dan berpikir lebih dulu, kecuali Abu Bakar. Ia tidak berdiam diri terlalu lama dan tidak juga ragu-ragu.”

Riwayat di atas dinukilkan oleh Abu Ishaq berkenaan dengan kata-katanya: “Abu Bakar tidak mengiyakan dan tidak juga mengingkarinya.” Ini adalah riwayat yang tidak benar.

Kerana Ibnu Ishaq dan yang lainnya menyatakan bahwa Abu Bakar r.a. adalah sahabat Rasulullah saw. pada zaman jahiliyah sebelum Muhammad dilantik menjadi Rasul Allah. Ia sangat mengetahui perangai Rasulullah saw., baik tentang kejujurannya, sifat amanahnya, ketinggian pribadi dan kemuliaan akhlaknya yang kesemuanya menghalangi beliau dan berdusta kepada sesama manusia, maka bagaimana mungkin Rasulullah saw. berdusta kepada Allah Swt.? Oleh karena itu, hanya dengan kata-kata Rasulullah saw. yang singkat itu, Abu Bakar segera membenarkan apa yang dikatakan oleh Rasulullah saw. tanpa ragu-ragu dan berpikir lebih dulu.

Disebutkan dalam hadits shahih Imam Bukhari, dan Abu Darda r.a. di dalam sebuah hadits yang menceritakan tentang pertikaian antara Abu Bakar dan Umar r.a. Di dalamnya disebutkan: Rasulullah saw. bersabda, “Sesungguhnya Allah telah mengutusku kepada kalian, lalu kalian berkata kepadaku, Engkau telah berdusta (wahai Muhammad), dan Abu Bakar berkata, Engkau benar. dan membantuku dengan harta dan dirinya (dalam melaksanakan dakwah). Apakah kalian akan meninggalkan sahbatku ini?”


Rasulullah saw. mengulangi pertanyaan ini dua kali. Tiada yang menyakiti Abu Bakar r.a. setelah itu. ini adalah sebuah nash yang menunjukkan bahwa ia berasal dan kalangan orang yang awal memeluk Islam. Demikian tercantum dalam kitab al Bidaayah (juz 3, hal. 26-27).

Sabtu, 30 November 2013

Kenapa Pusat Dakwah Di India? Tidak Di Tanah Arab?



Ini merupakan pertanyaan yang disampaikan, dan kami mencoba berbagi pandangan dengan sdr. sekalian.
Assalamumualaikum wr. wb.
Mari kita ungkap lebih dalam perihal pertanyaan ini, dan kita jangan termasuk seperti bani Israil yang menanyakan kenapa Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi akhir zaman itu terlahir dari Arab tidak dari bani Israil. Pertanyaan ini terlontar sangat wajar karena banyak Nabi lahir di kalangan bani israil, dan memang dari turunan Nabi Ishak As ini sangat banyak Nabi. Sedangkan dari Nabi Ismail As hanya satu Nabi saja, yaitu Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi akhir zaman.
Ummat Islam ini bukan hanya berada di arab, tetapi sudah sangat tersebar ke berbagai negara. Semua sejarah mencatat dengan baik perihal dakwah, Abi Waqash RA sampai ke negera Cina. Atau kisah-kisah lainnya. Kita boleh bayangkan dengan pikiran yang normal, tanpa ada pesawat atau kendaran yang sangat hebat saat itu, tetapi kaum muslimin telah menembus negara-negara untuk menyampaikan agama Islam yang mulia ini. Jika kita perhatikan daratan yang ditempuh, gunung yang tinggi dan suhu yang dingin, tetapi mereka terus bergerak ke negara-negara jauh. KERANA SEMANGAT APA yang menjadikan mereka berani meninggal tanah air dengan waktu yang sangat panjang itu. Hal ini boleh terjadi karena FIKIR yang menjunam ke dalam diri mereka seperti mana FIKIR NABI untuk menyebarkan Islam keseluruh daerah dan tempat. Apa FIKIR NABI itu? Allah swt dengan jelas dan lugas menjelaskan fikir dan kerisauan beliau itu dalam ayat Al-quran sendiri.
Perhatikan dengan ayat At-Taubah terakhir 128-129:
Sesungguh telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, Amat belas kasihan lagi Penyayang terhadap orang-orang mukmin. Jika mereka berpaling (dari keimanan), Maka Katakanlah: Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arsy yang agung. (At-Taubah: 128-129).
Para Shahabat RA dan juga para Ulama dulu sangat memahami perihal risau ini, mereka ini menyelami kisah Nabi bagaimana ke thaif, mereka ini menyelami kisah Nabi ketika mengajak kaumnya sendiri di mekkah, mereka ini menyelami bagaimana hijrah Nabi ke Madinah, bagaimana keluarganya sendiri ada yang menghina dan mau merencanakan membunuhnya. PADAHAL apa yang diinginkan Nabi kita, Nabi Muhammad SAW, yang mulia ini. Sebuah keselamatan dan keimananan bagi ummat manusia. Nabi kita bukan mahu harta yang dapat diwariskan kepada anak-anaknya. Jadi para Sahabat dan juga para Ulama berani untuk keluar berdakwah jauh untuk menyebarkan Islam ini dengan harta dan jiwa mereka sendiri. Silahkan pelajari kisah-kisah penyebaran Islam ke Malaysia, dan terutama dengan kehadirannya orang-orang Arab di Malaysia. Kalangan Arab ini sangat berperanan dalam penyebaran Islam, dan menurut sejarah banyak dari kalangan Hadramaut yang ke Malaysia.
Kemajuan kaum muslimin di zaman Rasulullah SAW dan para Sahabat RA yang signifikan yaitu setelah ditetapkannya tempat berhimpun dan menjalankan aktiviti ijtimaiyyah kaum muslimin. Masjid ini yang menjadi titik Utama di Zaman itu. Bahkan banyak penjelasan kaum muslimin dapat dilihat dari kedatangannya ke masjid. Dan banyak ayat dan juga hadist yang menjelaskan keutamaan terhadap masjid ini. Jika Allah swt dan juga Nabi kita menekankan pentingnya masjid, maka tentunya masjid ini mempunyai peranan sangat penting bagi kehidupan kaum muslimin dari masa ke masa. Kita dapat mempelajari perihal keutamaan masjid dalam kitab yang ditulis para Ulama.
Sehingga siapapun di dunia ini yang dapat menjalankan aktiviti-aktiviti masjid itu dengan baik seperti mana yang terjadi di zaman Rasulullah SAW dan para Shahabat RA. Dan terutama dengan aktiviti dakwah Islam, kerana dakwah Islam ini mempunyai menampakkan perubahan dari tidak taat menjadi taat kepada perintah Allah s.w.t.. Kita kaum muslimin sangat dianjurkan untuk menyuruh berbuat baik dan melarang berbuat yang mungkar. Dari jelas dakwah itu merupakan aktiviti untuk melakukan perubahan dari yang tidak diredhoi menjadi yang diredhoi Allah swt. Sehingga jika daâkwah ini dijalankan di masjid, maka dengan sendirinya kesan masjid itu akan masuk ke dalam rumah-rumah kaum muslimin. Dan dakwah ini tidak mungkin dijalankan kecuali dengan ijtimaiyyah jika dilakukan di masjid kita.
Ada satu ayat yang sebenarnya cukup penting dipelajari dengan baik, bagi kaum muslimin yang menjalankan aktifitas dakwah ini,

yaitu Ali-Imran:104. Dalam ayat ini terdapat kata waltakum minkum .. terdapat dua penjelasan terhadap ayat ini oleh kalangan Ulama yaitu Membentuk sebagian dari kaum muslimin dan membentuk Ummat Islam sebagai Ummat Dakwah ... Tetapi keduanya pada prinsipnya adalah sama untuk mendorong aktiviti dakwah itu sendiri. Yang namanya membentuk .. tentunya mencetak atau menjadikan seseorang menjalankan usaha dakwah. Jika dilakukan di masjid, maka secara kemestian perlu dilakukan tertibnya atau panduannya dengan baik. Dalam hal ini kita sendiri dapat menyusun cara yang sesuai dengan kemampuan kita masing-masing.
Masjid Nabawi di Arab belum menjadikan sebagai pusat dakwah, tetapi masih dijadikan sebagai pusat pengajaran dan pendidikan (taklim) Islam. Kerana tentunya para Ulama sendiri sangat memahami apa pengaruh (efek) dari dakwah itu sendiri. Dakwah itu akan memberikan perubahan ke setiap lingkungan masyarakat, dan tentunya akan memberikan impak yang kuat untuk orang ramai untuk berdatangan ke masjid itu sendiri. Kaum muslimin sekarang juga datang ke masjid Nabawi, itupun sebenarnya kerana pengaruh dakwah (ajakan) meskipun caranya mungkin dari kata-kata ringan. Sehingga banyak juga kaum muslimin akhirnya untuk belajar di masjid Nabawi. Tetapi jika menjadikan pusat dakwah, maka akhirnya akan disebarkan ke berbagai negeri untuk menyebarkan Islam. Dan nantinya secara sendiri akan banyak orang datang ke masjid Nabawi ini, dan seterusnya kembali menyebarkan Islam. Dan akhirnya menggerakan semua aktifitas lainnya, seperti taklim, ibadah dan juga khidmat atau muamalat.
Waktunya akan datang, para Ulama di arab sendiri terutama yang mendukung kuat usaha dakwah dan tabligh seperti Syeikh Abu Bakar Al-Jazairi juga merupakan orang yang sangat paham tentang usaha dakwah, tetapi perlu mempertimbangkan dengan hikmah dan dalam. Oleh karena itu beliau sendiri hanya menjelaskan ketika ditanya usaha dakwah di masjid itu, bahwa usaha dakwah ini merupakan mutiara di akhir zaman. Jadi pengaruh dakwah dan taklim sangat berbeza hasilnya. Waktunya akan datang dengan sendirinya, ketika sudah siap semuanya. Jika tidak, maka akan sangat mudah dihancurkan dakwah ini oleh musuh-musuh Islam itu sendiri. Kisah Nabi Khidir dan Nabi Musa tentang perahu merupakan pelajaran terpenting bagi kalangan ahli dakwah, agar semuanya berjalan dengan sederhana dan maju. 
Dan Maulana Ilyas Rah beliau mula dari masjid yang sangat sederhana di daerah Nizamuddin, dan sekarang tersebar ke seluruh dunia bahkan tembus negara-negara Eropa, Amerika dan lain-lain. Bahkan beberapa tahun yang silam kaum muslimin Inggris sangat berkeinginan membangun masjid markaz ini menjadi masjid yang indah dan besar, dan hal ini disampaikan kepada maulana Inamul Hasan Rah, tidak dapat diiizinkan oleh beliau. Dan bahkan beliau mendorong untuk membangun masjid besar dan megah di England sendiri, dan hari ini menjadi perbincangan di England akan menjadi masjid terbesar di Eropah yang dibangun kalangan dakwah dan tabligh. Dorongan Maulana Inamul Hasan Rah itu sekitar 15 tahun yang lalu.
Kita boleh berkeinginan dan merencanakan. Tetapi juga kita harus menyakini bahwa Allah swt sendiri mempunyai rencana. Maulana Ilyas Rah hanya sebagai asbab saja untuk kaum muslimin, tetapi sebenarnya semua tertib itu telah tertulis dengan baik oleh para ulama dulu. Dan beliau ini hanya merongkai dari sumber-sumber itu yang saling berkaitan untuk menjadi sebuah model metoda dakwah dan tabligh, dan sekarang ijtihad itu telah banyak memberikan kesan dan pesan ke seluruh dunia, termasuk di kalangan orang arab sendiri termasuk para Ulama. Dan jika banyak mempelajari siapa Maulana Ilyas dan keluarganya. Kita akan mengetahui bahawa mereka juga merupakan turunan dari kalangan para Shahabat RA.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sociable