Penderitaan Nabi Vol 2
Imam Bukhari meriwayatkan dari Urwah r.a. katanya:
Aku bertanya Amru bin Al-Ash ra. mengenai apa yang dideritai Nabi SAW ketika
beliau berdakwah mengajak orang masuk Islam, kataku: 'Beritahu aku tentang
perbuatan yang paling kejam yang pernah dibuat oleh kaum musyrikin terhadap
Rasulullah SAW? Maka Amru berkata: Ketika Nabi berada di Hijir Ismail, tiba-tiba
datang Uqbah bin Abu Mu'aith, lalu dibelitkan seutas kain pada tengkuk beliau
dan dicekiknya dengan kuat sekali. Maka seketika itu pula datang Abu Bakar ra.
lalu dipautnya bahu Uqbah dan ditariknyanya dengan kuat hingga terlepas
tangannya dari tengkuk Nabi SAW itu. Abu Bakar berkata kepada Uqbah: 'Apakah
engkau hendak membunuh orang yang mengatakan 'Tuhanku ialah Allah!' padahal dia
telah membawa keterangan dari Tuhan kamu?!' (Al-Bidayah Wan-Nihayah
3:46)
Suatu riwayat yang dikeluarkan oleh Ibnu Abi
Syaibah, dari Amru bin Al-Ash ra. katanya: Aku tidak pemah lihat kaum Quraisy
yang hendak membunuh Nabi SAW seperti yang aku lihat pada suatu hari di bawah
lindungan Ka'bah. Mereka bersepakat merencanakan pembunuhan beliau sedang mereka
duduk di sisi Ka'bah. Apabila Rasulullah SAW datang dan bersembahyang di Maqam,
lalu bangunlah Uqbah bin Abu Mu'aith menuju kepada Rasulullah SAW dan
membelitkan kain ridaknya ke tengkuk beliau, lalu disentaknya dengan kuat
sekali, sehingga beliau jatuh tersungkur di atas kedua lututnya.
Orang ramai yang berada di situ menjerit, menyangka beliau telah mati kerana cekikkan keras dari Uqbah itu. Maka ketika itu segeralah Abu Bakar ra. datang dan melepaskan cekikan Uqbah dari Rasulullah SAW itu dari belakangnya, seraya berkata: Apa ini? Adakah engkau hendak membunuh orang yang mengatakan 'Tuhanku ialah Allah!' Uqbah pun segera berundur dari tempat Rasuluilah SAW itu kembali ke perkumpulan teman-temannya para pemuka Quraisy itu. Rasulullah SAW hanya bersabar saja, tidak mengatakan apa pun.

Beliau lalu berdiri bersembahyang, dan sesudah selesai
sembahyangnya dan ketika hendak kembali ke rumahnya, beliau berhenti sebentar di
hadapan para pemuka Quraisy itu sambil berkata: 'Hai kaum Quraisy! Demi jiwa
Muhammad yang berada di dalam genggaman Tuhan! Aku diutus kepada kamu ini untuk
menyembelih kamu!' beliau lalu mengisyaratkan tangannya pada tenggorokannya,
yakni beliau rnenjanjikan mereka bahwa mereka akan mati terbunuh. 'Ah, ini semua
omong kosong!' kata Abu jahal menafikan ancaman Nabi SAW itu. 'Ingatlah kataku
ini, bahwa engkau salah seorang dari yang akan terbunuh!' sambil menunjukkan
jarinya ke muka Abu jahal. (Kanzul Ummal 2:327)
Ulasan
Catat Ulasan