Penderitaan Nabi s.a.w. (vol1)
Baihaqi memberitakan dari Abdullah bin Ja'far
ra. katanya: Apabila Abu Thalib telah meninggal dunia, mulailah Nabi SAW
diganggu dan ditentang secara terang-terangan. Satu peristiwa, beliau telah
dihadang di jalanan oleh salah seorang pemuda jahat Quraisy, diraupnya tanah dan
dilemparkan ke muka beliau, namun beliau tidak membalas apa pun.
Apabila beliau tiba di rumah, datang salah
seorang puterinya, lalu membersihkan muka beliau dari tanah itu sambil menangis
sedih melihat ayahnya diperlakukan orang seperti itu. Maka berkatalah Rasulullah
SAW kepada puterinya itu: 'Wahai puteriku! Jangan engkau menangis begitu, Allah
akan melindungi ayahmu!' beliau membujuk puterinya itu.
Beliau pernah berkata: Sebelum ini memang kaum
Quraisy tidak berani membuat sesuatu seperti ini kepadaku, sehinggalah selepas
Abu Thalib meninggal dunia, mulailah mereka menggangguku dan mengacau
ketenteramanku. Dalam riwayat yang lain, beliau berkata kepadanya karena
menyesali perbuatan jahat kaum Quraisy itu: Wahai paman! Alangkah segeranya
mereka menggangguku sesudah engkau hilang dari mataku!
(Hilyatul Auliya 8:308; Al-Bidayah Wan-Nihayah
3:134)
Thabarani telah memberitakan dari Al-Harits
bin Al-Harits yang menceritakan peristiwa ini, katanya: Apabila aku melihat
orang ramai berkumpul di situ, aku pun tergesa-gesa datang ke situ, menarik
tangan ayahku yang menuntunku ketika itu, lalu aku bertanya kepada ayahku: 'Apa
sebab orang ramai berkumpul di sini, ayah?' 'Mereka itu berkumpul untuk
mengganggu si pemuda Quraisy yang menukar agama nenek-moyangnya!' jawab ayahku.
Kami pun berhenti di situ melihat apa yang terjadi. Aku lihat Rasulullah SAW
mengajak orang ramai untuk mengesakan Allah azzawajaila dan mempercayai dirinya
sebagai Utusan Allah, tetapi aku lihat orang ramai mengejek-ngejek seruannya itu
dan mengganggunya dengan berbagai cara sehinggalah sampai waktu tengah hari,
maka mulailah orang bubar dari situ.
Kemudian aku lihat seorang wanita datang
kepada beliau membawa air dan sehelai kain, lalu beliau menyambut tempat air itu
dan minum darinya. Kemudian beliau mengambil wudhuk dari air itu, sedang wanita
itu menuang air untuknya, dan ketika itu agak terbuka sedikit pangkal dada
wanita itu. Sesudah selesai berwudhuk, beliau lalu mengangkat kepalanya seraya
berkata kepada wanita itu: Puteriku! lain kali tutup rapat semua dadamu, dan
jangan bimbang tentang ayahmu! Ada orang bertanya: Siapa dia wanita itu? jawab
mereka: Itu Zainab, puterinya - radhiallahu anha.
(Majma'uz-Zawa'id 6:21)
Dalam riwayat yang sama dari Manbat Al-Azdi,
katanya: Pernah aku melihat Rasulullah SAW di zaman jahiliah, sedang beliau
menyeru orang kepada Islam, katanya: 'Wahai manusia sekaliani Ucapkanlah 'Laa
llaaha lliallaah!' nanti kamu akan terselamat!' beliau menyeru berkali-kali
kepada siapa saja yang beliau temui. Malangnya aku lihat, ada orang yang
meludahi mukanya, ada yang melempar tanah dan kerikil ke mukanya, ada yang
mencaci-makinya, sehingga ke waktu tengah hari.
Kemudian aku lihat ada seorang wanita datang
kepadanya membawa sebuah kendi air, maka beliau lalu membasuh wajahnya dan
tangannya seraya menenangkan perasaan wanita itu dengan berkata: Hai puteriku!
Janganlah engkau bimbangkan ayahmu untuk diculik dan dibunuh ... ! Berkata
Manbat: Aku bertanya: Siapa wanita itu? Jawab orangorang di situ: Dia itu
Zainab, puteri Rasuluilah SAW dan wajahnya sungguh cantik.
(Majma'uz Zawa'id 6:21)
Ulasan
Catat Ulasan