Pengajian Tahfiz Al-Quran



دار العلوم لإحياء علوم الدين بقدح ماليزيا


Matlamat Dan Objektif penubuhan


1-  Mengeluarkan para Huffaz, Qurra’ dan Du’at yang mahir lagi berketrampilan selaras dengan keperluan ummah dan negara.

2-Menghidupkan kembali ilmu Al Quran serta menambahkan bilangan penghafaz Al Quran 

3-Melahirkan generasi yang bertanggungjawab dalam semua aspek dan boleh bermandiri dalam menghadapi arus modenisasi. 

4-Membudayakan pembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan maklumat dalam mengembangkan dakwah Islamiah untuk kecemerlangan ummah 


Lokasi kelas dan asrama hafiz/ hafizah

59-F batu 3, jalan sungai petani tandop Alor Setar Kedah Malaysia.Ianya terdapat tiga buah bangunan,bangunan asas dijadikan kelas dan asrama pelajar,Bangunan yang kedua dijadikan rumah ustaz serta warden madrasah hafiz,Bangunan yang ketiga dijadikan dewan makan dan ruangan dapur masak.


Ianya terletak di Kilometer 7,jln langgar Alor Setar,Kedah Darul Aman.Kawasan tersebut mempunyai enam buah bangunan,tiga daripadanya dijadikan sebagai asrama pelajar,dan sebuah daripadanya dijadikan sebagai kelas yang dibahagikan kepada tujuh buah kelas.Bangunan yang kelima dijadikan dewan dan perpustakaan.



Sukatan pelajaran


Pengajian Qismu Tahfizil Quran mengandungi empat peringkat iaitu:
Pengajian Qismu Tahfizil Quran mengandungi empat peringkat iaitu:

·         1-Peringkat  Nazirah - melancar dan memperbetulkan
·         bacaan dari sudut makhraj dan tajwid dalam tempoh 
·         enam bulan.

·         2-Peringkat  Hafiz - menghafal 30  juz  Al Quran  dalam
·         tempoh tiga tahun.

·         3-Peringkat  Daur - mengulang dan memantapkan 
·         hafalan  dalam tempoh 1 tahun.

·         4-peringkat syhadah pelajar perlu mengkhatamkn al-quran 30juz
·         dalam masa satu hari dengan menghafalnya



  
Jadual harian pelajar2 hafiz


·                      1-Setiap pelajar wajib bangun pukul 5am

·         2-Setiap pelajar di wajibkan solat sunat tahajut

·         3-Setiap pelajar perlulah masuk kelas  bacaan hafalan baru sampai azan subuh

·         4-Hafalan baru di baca selepas subuh kelas ditamatkan pukul7.30am,pelajar menjamu selera yang di sediakan 

·         5-Para pelajar wajib membuat khidmat(tugas yang di berikan oleh ustaz)

·         6-Para pelajar masuk kelas semula pukul 8.15 am,pukul 9.30 pelajar perlulah membaca hafalan lama(mokhtar) semua perlulah membaca 1juz setiap seorang kelas berakhir pukul 11.30

·         7-setiap pelajar di wajibkan tidur khailulah pada pukul 12pm dan 15 minit sebelum azan pelajar perlulah bangun untuk menyiapkan diri untuk solat zohor selepas solat pelajar akan makan tengah hari

·         8-Pelajar perlulah masuk kelas pukul 2.30pm dan pelajar membaca hafalan kelmarin (para sabak) kelas tamat pukul 5pm,solat asar dan rehat

·         9-pukul 7.00pm pelajar makan malam kemudian pukul 6.45 semua pelajar masuk kelas untuk menghafal hafalan baru sehinga pukul 9pm,solat isyak,

·         10-Pelajar diwajibkan rehat dan tidur pukul 10pm 




 
 
Permohonan Kelas [Hafiz Dan Hafizah]


        Mereka Yang Berminat
      Yang Dapat Membaca Al-Quran atau tidak
       Umur Tidak Lebih Dari 15 Tahun
      


Hubungi :

 Ustaz mahar 0134726968 / 0142421575

Ustaz Ahmad Raihan 0143005526 / 0134415798
 

Ulasan

  1. 04 Jan 16, anak keempat saya mendaftar masuk, alhamdullillah tercapai jugak cita2 nya nk belajar tahfiz

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular