Pengambilan Pelajar Baru Lelaki Dan Wanita


PENGAMBILAN PELAJAR BARU



SESI 2016/1437 (1 Januari)

 Pendaftaran kini di buka untuk pelajar Tahfiz Al-Quran dan pengajian Usuluddin, Di Darul Ulum Ihya Ulumuddin bagi lelaki dan wanita, bagi yang berminat boleh la menghubungi pihak Darul Ulum, boleh mendapatkan borang disini.

Mudir Darul Ulum: Maulana Muhammad Abdul Khadir : 017:5916566
Ustaz Waliyallah Bin Muhammad (Alim/Alimah/ Hafizah) 012:4667684
Ustaz Mahar Bin Murad (Hafiz) 013:4726968 


Syarat penerimaan kemasukan pelajar baru
1: Salinan sijil kelahiran/ kad pengenalan pemohon
2: Salinan Kad pengenalan ayah dan penjaga
3: Berminat untuk menjadi Hafiz dan Alim 
4: Mempunyai keazaman untuk menjadi insan yang berakhlak mulia
5: Sedia mematuhi undang-undang dan jadual yg ditetapkan oleh Darul Ulum

Keistimewaan Darul Ulum Ihya Ulumuddin
1: Pemantapan bahasa arab sehingga dapat membaca kitab-kitab arab baru dan kitab-kitab arab lama tanpa baris dan dapat bertutur bahasa arab dengan baik.
2: Amat tekankan hafalan kitab.
3: Pengajian ilmu hadis adalah teras utama didalam Darul Ulum.
4: Memasukkan mata pelajaran Kitab arab Turokh dan kitab arab karangan ulama yang baru.
5: Pengajian Kitab Hadis Sihah Sittah(Kitab Bukhari, Muslim, Abu Dawud, tirmizi, Nasai dan Muwattoq.
6: Pengajian ilmu feqah dengan mendalam beserta 4mazhab. 
7: Menjadikan usaha dakwah dan pikir agama masuk kedalam diri para pelajar.
8: Mengeluarkan pelajar yang dapat berbakti kepada masyarakat. 

Produk Darul Ulum.
Setakat ini Darul Ulum berjaya mengeluarkan banyak produk yang berkualiti antaranya seorang pelajar perempuan darul ulum sekarang menjadi profesor di pusat pengajian islam terkemuka dunia di Darul Zahra Yaman. Yang lain pula menbuka madrasah tahfiz diselarung panjang kulim kedah,sungai petani, ada juga yang membuka pusat pengajian alim diserata tanah air seperti perak, johor, pahang, serawak dan juga di selatan Thailand.   


Pendaftaran Masuk RM100
Bulanan Rm180 
 (Termasuk bayaran asrama, makan dan minum)

Marilah Belajar Di Darul Ulum Ihya Ulumuddin  

   
   

Ulasan

  1. Assalamualaikum, kalau saya grad dari UIA umur 24 tahun, adakah saya layak untuk menuntut belajar di KIDU?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular