Pengenalan Darul Ulum Ihya Ulumuddin
Pengenalan Darul Ulum Ihya Ulumuddin
Bersyukur Kehadrat ilahi dan dengan izin dari Allah S.W.T dapat mendirikan pusat pengajian agama islam pada 9 syawal 1415 bersamaan 1 March tahun 1995 dengan membuka bahagian lelaki, Pada tanggal 2000 darul ulum melangkah setapak lagi dengan membuka bahagian wanita yang merangkumi dua bahagian pengajianā¦
Pertama: bahagian hafalan Al-quran
Kedua: bahagian ilmu diniah (usuluddin)
Matlamat Penubuhan
1- Melahirkan para ilmuwan yg dapat berbakti kepada orang ramai dan ikhlas dan di redha oleh Allah S.W.T
2- Melahirkn para hafiz dan Hafizah yg berilmu dan yang dapat memberi manafaat kepada orang ramai
3- Melahirkan para daāie yang bergerak keseluruh alam
Sejarah
Kira-kira lima belas tahun dahulu iaitu pada 1/Mac/1995 tertegaklah sebuah Madrasah yang diberi nama Maahad Tahfiz Ihya Ulumuddin, Kemudian pada tahun 2002 dinaik taraf dan diberi nama Darul Ulum Ihya Ulummudin,ia di bangunkan diLot 74- A , Jln.Langgar Alor Setar,Kedah. Pada mulanya Darul Ulum mempunyai satu bangunan yang sangat usang tetapi atas usaha yang gigih oleh mudir darul ulum Maulana Muhammad Abdul Khadir AnNadwi serta dari bantuan dan doa orang ramai dapatlah Darul Ulum melangkah selangkah demi selangkah untuk meneruskan impian Darul Ulum, iaitu mengeluarkan pelajar-pelajar yang mempunyai kualiti dan sedia untuk berkidmat kepada masyarakat setiap masa.
Pada mulanya Darul Ulum mempunyai hanya sepuluh orang pelajar sahaja, Atas doa orang ramai Darul Ulum telah mengeluarkan pelajar-pelajar yang mampu memberi bakti kepada masyarakat.
InsyaAllah , DarulUlum Ihya Ulumuddin ini akan terus berkembang hingga meningkat menjadi sebuah pusat pendidikan ilmu Islam yang unggul pada suatu hari nanti.
Darul Ulum ini juga diasaskan atas dasar menghidupkan ilmu agama Islam secara teperinci, Memupuk dan membimbing kearah pertubuhan akhlak yang cemerlang, Mewujudkan generasi yang memeliki akhlak yang mulia dan meletakkan islam sebagai cara hidup.
Peringkat Pengajian dan Sukatan Pelajaran
Bahagian Pertama
Pengajian Qismul Uluum Diniah mengandungi dua ujian .
- 1- Peringkat pertama di panggil Thanawi ia mengambil masa empat tahun
- 2- Peringkat kedua di panggil Al Aliah ianya juga mengambil masa empat tahun.
Peringkat yang pertama (Thanawi), Darul Ulum Amat menitik beratkan
Hafalan kitab,Bahasa Arab dan pelajaran ilmu fekah
Peringkat yang kedua (Al Aliah), Darul Ulum amat mementingkan pengajian
Ilmu Hadis,sastera arab dan kitab fekah yang tinggi.
Mata pelajaran Darul Ulum
Peringkat Ibtidai
1) Asas Nahu Bahasa Arab (Hafalan di utamakan)
2) Asas Ilmu Sorof (hafalan di utamakan)
3) Asas Ilmu Tauhid (hafalan di utamakan)
4) Insyak - Karangan Dalam Bahasa Arab (hafalan di utamakan)
5) Asas Tajwid
6) hafalan Surah-surah Pilihan
Peringkat Thanawi
1) Pengajian Ilmu Bahasa Arab (Nahu)
2) Pengajian Ilmu Sorof
3) Ilmu Fiqah
4) Ilmu Kalam
5) Pengajian Hadith Nabawi
6) Insyak
7) Mutalaah Arabiah
8) Pengenalan Sastera Arab
9) Asas Usul Ilmu Hadith (hafalan Di utamakan)
Peringkat Al'Aliah
1) Pengajian Tafsir Al-Quran
2) Pengajian Hadith Nabawi
3) Pengajian Ilmu Fiqah
4) Pengajian Usul Fiqah
5) Pengajian Usul Hadith
6) pengajian Usul Tafsir
7) Ilmu Balaghah , Bayan Badi'
8) Sejarah Islam (Bahasa Arab)
9) Pengajian Sastera Islam
10) Falsafah Islam
11) Manthiq
12) Maqalah (tesis)
Bahagian Kedua
Pengajian Qismu Tahfizil Quran mengandungi empat peringkat iaitu:
1-Peringkat Nazirah - melancar dan memperbetulkan
bacaan dari sudut makhraj dan tajwid dalam tempoh
enam bulan.
2-Peringkat Hafiz - menghafal 30 juz Al Quran dalam
tempoh tiga tahun.
3-Peringkat Daur - mengulang dan memantapkan
hafalan dalam tempoh 1 tahun.
4-peringkat syhadah pelajar perlu mengkhatamkan al-quran 30 juz
dalam masa satu hari dengan menghafalnya
Organisasi Darul Ulum
Darul Ulum Ihya Ulummudin ditadbirkan oleh seorang mudir dan dibantu oleh beberapa kakitangan yang tertakluk kepada satu Lembaga Pengelola yang dilantik mengikut sistem syura berdasarkan kepada syarat-syarat tertentu.

Tenaga Pengajar
Seramai 22 tenaga pengajar sepenuh masa mengajar di Darul Ulum ini yang dibiayai oleh hasil sumbangan dari pihak-pihak tertentu dan kutipan yuran pelajar yang digunakan untuk urusan keperluan pelajar dan pentadbiran Darul Ulum ini

Permohonan Kelas [Hafiz Dan Hafizah]
1) Mereka Yang Berminat
1) Mereka Yang Berminat
2) Yang Dapat Membaca Al-Quran
3) umur Tidak Lebih Dari 14 TahunLulus Ujian Yang Akan Dilakukan Oleh Pihak Darul Ulum
Lokasi Kelas Dan Asrama Pelajar Hafiz
Ianya terletak di lot 16-2189 Taman Rakyat Alor Malai,Alor Setar,Kedah.Lot tersebut terdapat sebuah bangunan yg bahagian atasnya dijadikanasrama dan bahagian bawahnya di jadikan kelas dan sebuah bilik ustaz

Lokasi Kelas Dan Asrama Hafizah
59-F batu 3, jalan sungai petani tandop Alor Setar Kedah Malaysia.Ianya terdapat tiga buah bangunan,bangunan asas dijadikan kelas dan asrama pelajar,Bangunan yang kedua dijadikan rumah tukang masak serta warden madrasah hafizah,Bangunan yang ketiga dijadikan dewan makan dan ruangan dapur masak.

Permohanan Kelas [Alim Dan Alimah]
M Mereka Yang Berminat
2) Umur Tidak Lebih Dari 18 Tahun (jika lebih boleh di pertimbangkan)
3) Dapat menulis jawi dengan sempurna
4) Lulus Ujian Yang Akan Di Lakukan Oleh Pihak Darul Ulum
Lokasi Kelas Dan Asrama Pelajar 'Alim
Kelas dan asrama 'alim untuk pelajar lelaki telah dibuka
di No. 197, Lorong Datok Keramat ,
Jln Langgar, Alor Setar, Kedah.D.A.
Bangunan pertama dijadikan asrama,surau dan bilik untuk guru-guru
di No. 197, Lorong Datok Keramat ,
Jln Langgar, Alor Setar, Kedah.D.A.
Bangunan pertama dijadikan asrama,surau dan bilik untuk guru-guru
Bangunan yang kedua dijadikan kelas dan sebuah pejabat.
Tujuh buah kelas di sediakan
Lokasi Kelas Dan Asrama Pelajar 'Alimah
Ianya terletak di Kilometer 7,jln langgar Alor Setar,Kedah Darul Aman.Kawasan tersebut mempunyai enam buah bangunan,tiga daripadanya dijadikan sebagai asrama pelajar,dan sebuah daripadanya dijadikan sebagai kelas yang dibahagikan kepada tujuh buah kelas.Bangunan yang kelima dijadikan dewan dan perpustakaan.

Ulasan
Catat Ulasan