Pengambilan Pelajar Baru

Pengambilan Pelajar Baru

Asrama Lelaki

Asrama Lelaki

Banguan B (kelas)

Banguan B (kelas)

Bangunan Kelas Dan Asrama Pelajar Hafizah

Bangunan Kelas Dan Asrama Pelajar Hafizah

Bangunan Alimah Dan Hafizah (Wanita)

Bangunan Alimah Dan Hafizah (Wanita)

Isnin, 30 Januari 2012

Rahsia Ka’abah yang tidak ramai ketahui


Sedikit maklumat berkaitan Kaabah…

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi=doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

22 Sifat Buruk Bangsa Yahudi




Dalam Al-quran sedikit sebanyak disebutkan 22 sifat buruk bangsa Yahudi iaitu:

1. Keras hati dan zalim (Al Baqarah:75,91,93,120,145,170; An-Nisa:160; Al-Maidah:41)


2. Kebanyakan fasik dan sedikit beriman kepada Allah S.W.T (Ali Imran:110; An-Nisa:55)

3. Musuh yang paling bahaya bagi orang-orang Islam (Al-Maidah:82)

4. Amat mengetahui kekuatan dan kelemahan orang-orang Islam seperti mereka mengenal anak mereka sendiri (Al-An’am:20)

5. Mengubah dan memutarbalikkan kebenaran (Al Baqarah:75, 91,101,140,145,211; Ali Imron:71,78; An-Nisa:46; Al-Maidah:41)

6. Menyembunyikan bukti kebenaran (Al-Baqarah:76,101,120,146; Ali Imron:71)

7. Hanya menerima perkara-perkara atau kebenaran yang dapat memenuhi cita rasa atau nafsu mereka (Al-Baqarah:87,101,120,146; Al-Maidah:41)

8. Ingkar dan tidak dapat menerima keterangan dan kebenaran AlQuran (Al-Baqarah:91,99; Ali Imron:70)

9. Memekakkan telinga kepada seruan kebenaran,membisukan diri untuk mengucapkan perkara yang benar, membutakan mata terhadap bukti kebenaran dan tidak menggunakan akal untuk menimbangkan kebenaran (Al-Baqarah:171)

10. Mencampuradukkan yang benar dan yang salah,yang hak dan yang batil (Ali Imran:71)

11. Berpura-pura mendukung orang Islam tetapi apabila ada dibelakang orang-orang Islam, mereka mengutuk dengan sekeras-kerasnya (Al-Baqarah:76; Ali Imran:72,119)

12. Hati meraka sudah tertutup akan Islam kerana dilaknat oleh Allah S.W.T yang disebabkan oleh kekufuran mereka sendiri (Al-Baqarah: 88,120,145,146)

13. Kuat berpegang pada rasa kebangsaan mereka dan mengatakan bahwa mereka adalah bangsa yang istimewa yang dipilih oleh Allah dan menyakini agama yang selain daripada Yahudi adalah salah (Al-Baqarah:94,111,113,120,135,145; Al-Maidah:18)

14. Tidak akan ada kebaikan untuk seluruh manusia jika mereka memimpin (An-Nisa:53)

15. Tidak suka,dengki,iri hati terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah :90,105,109,120)

16. Mencintai kemewahan dan kehidupan dunia, bersifat tamak dan rakus, menginginkan umur yang panjang dan mengejar kesenangan serta takut akan kematian (Al-Baqarah:90,95,96,212)

17. Berkata bohong, mengingkari janji dan melampaui batas (Al-Baqarah :100,246,249 Ali Imran:183,184; An-Nisa:46)

18. Berlindung di sebalik mulut yang manis dan perkataan yang baik (Al-Baqarah:204,246; Ali Imron:72; An-Nisa:46)

19. Mengada-ada perkara-perkara dusta dan suka kepada perkara-perkara dusta (Ali Imran:24,94,183,184; Al-Maidah:41)

20. Berlaku sombong dan memandang rendah terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah:206,212,247)

21. Tidak amanah dan memakan hak orang lain dengan cara yang salah (Ali Imran:75,76; At-Taubah:34)

22. Selalu melakukan kerosakan dan menganjurkan peperangan (Ali Imran:64)


9 Jenis Anak Syaitan







9 Jenis anak syaitan | Pekerjaan Syaitan :

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari


P/s : Jadi yang mana satu jenis anak syaitan yang sering mengganggu anda? Adakah Zalituun? Murrah? Masuud? atau mungkin Walahaan iaitu was-was untuk menyebarkan maklumat ini?

Rabu, 25 Januari 2012

Doa jangan minta disegerakan


Doa jangan minta disegerakan

Firman allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan tuhanmu berfirman: ‘berdoalah kepadaku nescaya akan  kuperkenankan bagimu.’ Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-ku akan dimasukkan ke neraka jahanam dalam keadaan hina.” (Surah Ghafir40: 60)

   Ketika mentafsirkan ayat suci ini, al-Allamah Ibn Kathir telah menukilkan kata-kata Qatadah:
   “Ka’bul Ahbar berkata antara kelebihan umat ini berbanding umat terdahulu ialah nabi terdahulu digatakan kepada mereka: ‘Berdoalah kepada-ku pasti aku perkenankan doamu.’ Sedangkan kepada umat ini Allah berfirman: “Berdoalah kepada-ku nescaya aku perkenankan kepadamu sekalian.”
   Ayat ini bermaksud Allah s.w.t. telah memberi keistimewaan buat umat ini dengan menmjanjikan bahawa segala doa yang kita panjatkan pasti diperkenankan oleh-Nya berbanding dengan seruan Allah seperti yang dinyatakan di atas yang hanya tertentu pada nabi-nabi terdahulu sahaja.

   Syeikh Abul Qasim al-Qusyairi telah mengatakan dalam risalah Qushairiahnya: “ Doa adalah kunci segala hajat, penghibur orang miskin, pelindung orang kesempitan dan pemberi ketenangan buat manusia yang berkeinginan.”
   Doa merupakan ibadah dan bukti pengakuan terhadap sifat lemah seorang hamba terhadap kekuasaan dan kesempurnaan zat-Nya. Bahkan Allah s.w.t. mencintai hamba-hamba-Nya yang sentiasa berdoa dan merintih akan pemberian-Nya.

Bila Doa Hendak Dikabulkan?

   Dalam satu kuliah yang disampaikan, penulis pernah ditanya: “Ustaz, mengapakah doa kita tidak dimakbulkan oleh Allah sedangkan Allah menjanjikan kepada hamba-Nya bahawa setiap doa yang dibisikkan pasti akan diperkenankan. Bukankah Allah menegaskan bahawa dia tidak akan menjalahi janji-Nya?”
   Tnya mereka lagi: “Saya dah berkahwin hampir 15 tahun dan tidak putus-putus berdoa agar dikurniakan zuriat. Sampai sekarang Allah s.w.t. belum kabulkan doa saya!”
   Benar bukan? Barangkali inilah yang sering bermain dalam fikiran anda apabila mengalami situasi sebegini. Syaitan pasti menambahkan kekeliruan agar ia berkesudahan dengan sikap berputus asa. Sedangkan berputus asa itu dilarang oleh Allah s.w.t.
   Bagi menjawab persoalan ini, ada baiknya penulis menukulkan kata-kata Syeikh Ibn Athaillah seperti yang dinyatakan dalam al-Hikam:
   Maksudnya: “Jangan berputus asa jika Allah s.w.t. melewatkan penerimaan doa sekalipun kamu sudah bersungguh-sungguh berdoa kerana Allah menjamin penerimaan semua doa menurut yang dia tentukan untukmu bukannya menurut kehendakmu dan (akan dikabulkan) pada waktu yang ditentukan-Nya bukan pada waktu yang ditentukan-Nya bukan pada waktu yang ditentukan olehmu.
   ”Inilah hakikat doa yang kita bisikkan. Semuanya adalah menurut kehendak-Nya kerana dialah yang maha mengetahui apa yang terbaik di sisi-Nya buat makhluk yang tidak berdaya ini. Kenyakinan dan kesabaran dalam menerimaanugerah-Nya adalah sifat yang dituntut dalam membina keyakinan dan bersagka baik pada Allah s.w.t.

   Bahkan doa Nabi Musa dan Nabi Harun seperti yang dirakam oleh Allah s.w.t. dalam surah yunus ayat 88 dan 89 yang mengiginkan agar Firaun dan tenteranya dibinasakan oleh Allah s.w.t. dikabulkan setelah 40 tahun mereka berterusan dalam keingkaran.
   Begitu juga dengan doa Nabi Zakaria yang sentiasa merintih kepada Allah s.w.t. agar dikurniakan zuriat. Al-Quran mengisahkan kepada kita sebagaimana firman-Nya dalam surah Maryam ayat 2 hingga 10 bahawa doa Nabi Zakaria itu dikabulkan ketika usianya telah lanjut serta uban memenuhi kepalanya.
   Subhanallah! Maha suci Allah yang maha mengetahui segala yang terbaik buat hamba-hamba-Nya yang berdoa. Sedangkan dia pasti mengabulkan segala doa mengikut keinginan-Nya. Tunduk dan patuhlah kita dalam menerima kurnian-Nya dan jangan sekali-kali kita berputus asa. Bukankah Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
   “Doa seseorang daripada kamu pasti akan diperkenankan selama kamu tidak minta disegerakan pengabulannya dengan mengatakan, ‘Aku sentiasa berdoa kepada tuhan tetapi mengapa masih belum dikabulkan?’” (Muttafaqah ‘alaih)
 Oleh sebab itu, berdoa dan bersangka baiklah. Wallahu’alam.
  

Jumaat, 20 Januari 2012

Kisah Pendakwah dengan Mubaligh Kristian

















Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gathering di sebuah restoran mamak……
Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam?
Pendakwah : Salah tu bro. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam.
Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah, satu kotak berwarna hitam? Apakah ALLAH itu dalam Kaabah?

Belum sempat pendakwah menjawab …. Handphone N95 missionary berbunyi ….. Missonary menjawab panggilan telefonnya …. Pendakwah sabar menanti ….. Setelah Missionary selesai menjawab panggilan di N95-nya, dia merenung kepada Pendakwah …. Pendakwah tersenyum ….
 
Missionary : Mengapa tersenyum? Bila awak hendak jawab soalan saya?
Pendakwah : Erm … perlukah saya menjawab soalan awak?
Missionary : Awak tak ada jawapan?
Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Tadi saya cuba gunakan teori yang awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya. Saya dapati awak kurang siuman.
Missionary : Mengapa awak cakap begitu?
Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri, ketawa dan tersenyum seorang
diri. Dan awak mencium handphone tu sambil cakap “I love you mom” …
 
Missionary : Saya bukan cakap seorang diri. Saya bercakap dengan emak saya. Dia yang telefon saya tadi.
Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak awak.
Missionary : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya jawab gunakan telefon. Apa masalahnya? (Nada suara Missionary semakin tinggi dan marah). Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir?
Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak?
Missionary menghulurkan N95nya kepada Pendakwah. Pendakwah mengambi N95 tersebut….. Pendakwah membelek-belek N95 tersebut …. Pendakwah menggooncang-goncang N95 tersebut  sambil mengetuk-ngetuk N95 tersebut ke muka meja … Lantas …. Pendakwah menghempaskan sekuat hati N95 tersebut ke lantai ….. bersepaiiiiiiiiii …..Merah padam muka Missionary menahan marah.
 
Pendakwah merenung muka Missionary sambil tersenyum  ….
Pendakwah : Mana emak awak? Saya tengok taka da pun. Saya pecahkan handphone ni pun taka da emak awak dalam handphone.
Missionary : MENGAPA AWAK NI B**** SANGAT? Teknologi komunikasi sudah maju. Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan teknologi wireless. Awak tak guna otakkah?
Pendakwah : Alhamdulillah (sambil tersenyum) …. Begitu juga halnya dengan ALLAH. Umat Islam menyembah menghadap Kaabah, bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah. Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH. ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah.  Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah.
 
Begitu juga dengan awak dan telefon. Emak awak menelefon awak menggunakan handphone Nokia N95, ini bukan bermakna emak awak ada dalam N95 tu. Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor awak, barulah talian akan bersambung antara awak dan emak awak, dan awak boleh berbual melalui N95 walaupun emak awak tiada dalam handphone tu.
 
Kemudian Pendakwah bangkit dari kerusinya, mengeluarkan wallet, dan menghulurkan RM 1500 kepada Missionary …  Nah ini duit untuk awak beli N95 yang baru …. Pendakwah terus meninggalkan Missionary yang masih kelihatan confuse …. Mungkin dia bingung. Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada segala persoalan berbanding agamanya …

Soal Jawab Isu Ajaran Sesat Di Malaysia


Pendahuluan 


Fenomena kemunculan ajaran sesat seringkali berlaku, kewujudannya merentasi masa, tempat dan keadaan, sama ada dizaman awal peradaban Islam, di alaf melenium mahu pun akan datang.
Paparan isu kebanyakannya oleh pihak media secara terbuka. Memandangkan ia berkait rapat dengan Agama Islam, maka perhatian terhadapnya diberi satu tumpuan yang mendalam, oleh itu ustaz Abdullah Tohir akan cuba mendedahkan isu ajaran sesat melalui soal jawab.
Dengan ini diharap dapat merongkaikan segala ke tidakpahaman ummah terhadap ajaran salah dan menyeleweng ini, serta dapat membentuk identity dan jati diri umat islam yang sebenar sepertimana yang diwarisi dari baginda Rasulullah s.a.w.

Isu Ajaran Sesat Di Malaysia

1-    Apakah pendapat saudara tentang ajaran sesat? 

-         Isu ajaran sesat bersifat subjektif, ia memerlukan penjelasan teperinci, Al-Quranulkarin telah mengigatkan kita tentang bentuk kesesasatan dalam perbagai sudut, antaranya kesesatan hawa nafsu, kejahilan, pujuk rayu syaitan dan pengaruh persekitan, sama ada teman, perubahan masa dan keadaan. Tentunya indikasi ajaran sesat atau ajaran salah, berbeza dengan prinsip ahli sunnah wal-jamaah.
      Sesuatu fahaman atau ajaran tidak dikatakan salah atau sesat kecuali jelas kandungannya bertentangan dengan sumber perundangan islam. Sehubungan itu kita perlu definasi yang tepat dalam memahami hakikat ajaran sesat atau ajaran salah.

Ajaran salah atau ajaran sesat: ialah sesuatu ajaran, fahaman atau amalan  yang didakwa sebagai ajaran islam tetapi hakikatnya ia terpesong dari ajaran islam, nahkan bertetangan dengan ajaran islam. Contohnya seperti ajaran taslim, qadyani, bahai, ahmad laksamana, ayah pin dan lain-lain.

                2-      Mengapakah ajaran sesat ini selalu mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti ibadat Solat?

   -   Aktiviti ajaran sesat asasnya berdasarkan kepada     nafsu dan semangat amalan semata-mata
       mereka tidak menjadikan ilmu sebagai wacana teras dalam ajaran mereka, situasi ini menjadikan
       kepercayaan atau tindakan mereka tidak berpaksikan kepada sumber ilmu yang jelas, malah ia
       dilihat sebagai keputusan akal yang bebas dari individu atau kumpulan tertentu sahaja. Hasilnya    
       segala ketentuan hukum seperti: wajib, sunat, harus haram dan makruh di abaikan dan diubah   
       suai. 
     
3-   Bagaimanakah ajaran sesat mencemarkan kesucian Al-Quran dan As-Sunnah? 

 -    Mereka bermaksud untuk menafsirkan kembali akidah, tentang Al-Quran dan As-Sunnah,
      mereka tidak memandang pentingnya ijmak sebagai punca pengetahuan  islam mereka mahu
      merongkai semula segala ajaran-ajaran agama dan ilmu-ilmu islam daripada Al-Quran dan As-
      Sunnah dan mereka menjadikan ajaran mereka itu sebagai alat untuk mencemarkan Al-Quran
      dan As-Sunnah serta menyusun semula  mengikut cara mereka sendiri. 

4- Mengapakah ajaran sesat itu mudah tersebar kepada orang ramai?

-    Zaman ini adakah satu zaman yang memanifestasikan kejahilan manusia, ilmu dicabut dan
     kematian para ulama yang benar lagi wara, sebahagian umat Islam selesadengan cara hidup
     mereka.
     Budaya dan hedonistic semakin menjadi-jadi, akibatnya tanggung jawab memahami Agama Islam
     dilupakan. Ilmu asas, fardu ain seperti akidah, syariah dan akhlak dipinggirkan, manakala ilmu
     keduniaan meterialistik diutamakan, kemuncaknya muncullah masyarakat yang jahil tentang
     agama tetapi sensitive dengan isu-isu Agama.
           Kejahilan terhadab sumber utama ajaran islam jua telah mendorong seseorang itu mempelajari
           Islam dari sumber yang tidak wajar, sehingga ia membuat kesimpulan dan membina kepahaman
           yang salah tentang Islam,
           Hasil dari kesilapan itu diajar pula kepada orang lain, faktor inilah pengangan akidah menjadi
           longgar dan rapuh, akhirnya menjerumuskan seseorang kedalam ajaran sesat atau ajaran salah.

     5-  Bagaimanakah bermula ajaran sesat?

     -    Sejarah kelahiran ajaran sesat atau penyelewengan akidah Islamiah ini bukan satu perkara yang
          baru, tapi ianya bermula sebelum kewafatan Nabi s.a.w. dimana telah lahir beberapa orang telah
          mendakwa dirinya sebagai nabi selepas Rasulullah s.a.w.dan menyebarkan ajarannya kepada umat
          Islam pada masa itu, seperti Musallamah al-Kazzab,Sajah dari kabilah bani Asad dan al-Aswad al-
          Nusi dari Yaman.

    6-  Siapakah yang mula-mula membawa ajaran sesat di Malaysia?

     -   untuk menyatakan siapakah yang mula-mula gengasaskan ajaran sesat suatu perkara yang
         memerlukan kajian sejarah yang terperinci, Cuma yang boleh nyatakan disini, ajaran sesat yang
         dikenal pasti paling lama bertapak ditanah melayu adalah ajaran taslim yang dibawa oleh
         mohamad bin shafie atau dikenali sebagai haji Ahmad matahari, paa akhir abad ke19. Ajaran ini
         bermula di kampong seronok, bayan lepas pulau pinang, mereka juga menggelar diri mereka
         sebagai Ikhwan.

   7-  Dimanakah lokasi ajaran sesat melakukan aktiviti mereka?

    -   Ajaran sesat kebiasaannya disebarkan secara tertutup, mereka yang menganggotai sesuatu ajaran
        kebanyakannya mempunyai pertalian yang erad antara satu sama lain, hal ini penting bagi mereka
        supaya segala maklumat dapat dirahsiakan dari pengahtahuan umum.
        Dan modus operasi merekajuga tidak dapt dihidu sewenang-wenangnya oleh pihak berkuasa, selain
        itu mereka juga menjadikan tempat-tempat yang berlokasi strategic sebagai markaz ajaran mereka.
        kebiasaannya, lokasi yang dipilih adalah dikawasan pendalaman, kawasan terpencil lagi sunyi,
       perumahan mewah, flat tertentu, kawasan hutan dan tanah milik individu milik tertentu sebagai
       pusat aktiviti

8-   Apakah tindakan yang akan dikenakan kepada pengasas dan pengikut ajaran sesat?

 -    Ajaran yang menyalahi ajaran  akidah Islam merupakan kategori kufur yang keji dan membabitkan
      hukuman serta implikasi yang amat berat, dalilnya sebagaimanayang dinyatakan Al-Quran, Firman  
      Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan sesiapa diantara kamu yang murtad (berpaling tadah) daripada
      agamanya (Agama Islam) lalu ia mati sedangkan dalam keadaan kafir, maka orang yang demikian,
      rosak binasalah segala amal usahanya (yang baik) didunia dan akhirat. Mereka itulah ahli neraka
      dan kekal didalamnya (selama-lamanya) (surah Al-Baqarah 2: 217)
      Dalil daripada hadis Nabi s.a.w. antaranya: Daripada Said bin Aslam r.a. bahawa Rasullulah s.a.w.
      bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang menukar agamanya hendaklah dipancung lehernya
      “ (al-Muatta).
      Berdasarkan nas-nas diatas, dapat disimpulkan bahawa hukuman terhadap sesiapa yang keluar dari
      agama Islam kepada mana-mana agama atau tampa agama samaada melalui pengucapan, perbuatan
      dan iktikad, atau yang kufur dan syak pada perkara yang menjadi maklum dalam agama, maka
      hukumnya adalah murtad dan kafir, dia juga layak dikenakan hukuman bunuh.

9-  Berapa lama hukuman akan dijatuhkan?

-    Mengikut hokum syarak, mereka akan disuruh bertaubat jika mereka enggan, mereka akan dikenakan
     hukum pancung, mengikut akta pengurusan Islam diMalaysia, khususnya dalam kes yang berkaitan
     dengan isu ajaran sesat dan penyelewengan akidah, hukumannya rm3,000, 5 tahun penjara atau 6
     kali sebatan. Jadi tiba masanya untuk kita menambah baik system perundangan Islam kea rah
     memantapkan lagi perundan islam dimalaysia.
     Hal ini penting supaya bidang penguatkuasaan bukan hanya bertindak sebagai penghukum,
     tetapi dilihat sebagai badan yang mendidik masyarakat, khususnya berkaitan dengan ajaran sesat.

10- Nyatakan Contoh-contoh Ajaran Sesat Yang Selalu Diamalkan DiMalaysia?

-   Apabila kita membicarakan tentang ajaran sesat, kita juga perlu mendedahkan sebahagian intisari
    ajaran mereka , hal ini penting supaya masyarakat jelas dengan identity mereka yang sebenar.
    Contoh-contoh yang ringkas ini diharap memberi imput kepada orang ramai bahawa golongan ini
    sebenarnya bukan dari kalangan ahli Sunnah-waljamah, antara ajaran sesat atau menyeleweng
    yang kontemporari ialah:

       1)      Para pelampau Syiah, fahaman-famanan mereka seperti berikut:
       Mereka ini fanatik kepada Saidina Ali Karrama Allah Wajhah dan keturunannya, mereka menganggap Al-Quran kini tidak sempurna, mengamalkan perkahwinan mut’ah (kontrak), solat dengan menggunakan tanah dari karbala dan menanti kemunculan Imam Mahdi iaitu: Hasan Al-Askaryy.

      2)      Pelampawi Wahabi @ Salafi moden, fahaman mereka seperti berikut:
      Mereka ini terlalu fanatic kepada Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim dan Muhammad Abdul Al- Wahhab Al-Banniyy dan lain-lain, mempraktik nusus mutasyabihat secara lahir, memahami konsep bid’ah secara ghuluw (melampau), mentakfir dan menyesatkan umat Islam dengan perkara yang furu dan tidak menghormati pendapat para Ulama.

      3)      Islam Liberal, fahaman mereka seperti berikut:
      Mereka ini pula memahami Islam menurut barat, ia bermula era 80an di Amerika Utara, dan dicetuskan oleh pemikir Yahudi, disebar luas berdasarkan prinsip rasional, memecah belahkan umat Islam, antara egennya:
      Sisters in Islam, Mohammed al-Koun, Bainah Anwar, Astora Jabat, Farish Noor dan lain-lain

      4)      Ajaran Hasan anak limau @ rimau/ayah pin.
Pengasas ini tiada guru dan kitab agama yang muktabar, pengikutnya pula fanatic terhadap guru dan ajaran, gurunya menggaku sebagai tuhan dan mendakwa sebagai utusan para nabi dan dewa-dewa, tidak perlu bersolat, Al-Quran sebagai merepek, hari kiamat tidak wujud serta mendakwa menguasai kerajaan langit      danbersetubuh dengan guru dapat menghapuskan dosa.

5)   Famanan Black Matel.
Mereka ini menghina kewujudan tuhan semua agama, pemujaan syaitan dalam muzik dn lirik
lagu, Menggunakan symbol-simbol syaitan, aktivitinya dijalan secara rahsia, mengoyak dan
membakar Al-Quran dan fanaik kepada ketua.

6)    Fahaman anti Hadis.
Pengikut-pengikut fahaman ini hanya menggunakan Al-Quran sahaja, mereka tidak mahu
menerima Hadis sebagai system perundangan Islam: mereka mendakwa Hadis perlu dinilai
semula, mereka banyak menggunakan logic akal, taasub kepada satu pandangan dan tidak mahu
menerima pandangan orang lain. Ejennya Jemaah Al-Quran Malaysia (Jam): Kasim Ahmad dan
kumpulannya.

7)     Ajaran Al-Arqan@ Rufaqa

8)     Fahaman jangan ikut tuhan (jit)

9)     Ajaran Ahmad laksamana

10)     Komunisme / Sekularismi / Orientalisme

11)     Ajaran haji kahar

12)     Ajaran Bahai

13)     Ajaran Qadyani

14)     Ajaran pemuda kahfi

15)     Ajaran Ahmad nahkoda dan lain-lain

11- Adakah anda bersetuju bahawa ajaran sesat akan merosakkan perpaduan Ummah? Berikan ulasan tentang pendapat anda.

-      Ya!!! Ini kerana kumpulan yang membawa dan menyebarkan ajaran sesat akan merosakkan akidah 
       seseorang.
       Jika akidah yang yang suci menjadi tercemar dan bercampur baur dengan najis ajaran sesat ia secara
       automatik menghakis ketulinan agama yang diperagakan oleh Al-Quran dan As-sunnah dan ini
       membahayakan agama, selain itu terdapat juga kesan terhadap masyarakat, contohnya: runtuhnya
       institusi kekeluargaan, keretakan boleh berlaku didalam keluarga dan masyarakat yang menganut
       ajaran sesat disebabkan perbedaan akidah dan rasa curiga sesama mereka,kesan kedua, ialah
       perpaduan umat tergugat, sikap fanatik penganut ajaran sesat terhadap kumpulan dan pemimpin
       mereka, menyebabkan tidak menghormati masyarakat sekeliling, manakala kesan yang ketiga ialah
       berlaku keganasan, kepatuhan membuta tuli kepada pemimpin ajaran sesat memudahkan
       pengikutnya dipergunakan untuk melakukan keganasan, ini menjejaskan perpaduan dan
       kehormatan hidup dalam masyarakat.

12- Apakah keburukan mengamalkan ajaran sesat?

-      Seseorang yang terlibat dengan ajaran sesat, menjadikan hidupnya tidak seimbang antara tuntutan
       duniawi dan ukhrawi.
       Kerana penglibatanya itu menjadikan dirinya berada dipersimpangan, dilemma dalam mencari
       pengangan dan amalan hidu yang sebenarnya, Dia juga tidak mendapat kenikmatan hidu beragama
       dan penuh ketenangan, hidupnya terasa kosong tanpa sebarang pengertian dan kesudahan, kesan
       kedua, mengikut ajaran sesat akan menyebabkan minda seseorang itu terkongkong, malah
       tercetusnya perbuatan dan kelakuan yang tidak rasional kerana ketaksuban mereka, kesan ketiga
       akan menyebabkan seseornag itu lupa akan tnaggung jawabnya dalam menguruskan hal ehwal diri
       dan keluarganya, scenario ini menjadikan pengurusan diri dan keluarganya terabai, kesan keempat
       mengamalkan ajaran sesat menyebabkan masa banyak terbuang dengan aktiviti yang tidak sihat dan
       bertentangan dengan ajaran islam, seperti memuja-muja dan melakukan amaln syirik dan khurafat.
       Kesimpulannya pemerintah perlu bertindak dan mendakwa mereka yang terlibat dengan ajaran
       sesat mengikut bidang kesalahan yang telah dilakukan, samaada dikenakan hukuman Hudud, Qisas
       atau  Tak’rur.

13- Mengapakah mereka perlu mendewa-dewakan pemimpin mereka?

-      Meletakkan Syeikh atau ketua ketaraf yang amat tinggi, iaitu satu tahap yang melebihi had
       kebiasaan manusia sehingga mencecah tahap dewa, wali dan nabi, bahkan wujud arahan dan
       kepercayaan bahawa sesuatu maksud tidak akan berhasil kecuali dengan kekuasaan syeikh tersebut.
       Tradisi ajaran sesat juga melarang para pengikutnya memberi perhatian kepada guru-guru yang lain,
       halangan ini dilakukan, kononnya tidak dapat memberi tumpuan kepada ajaran mereka,
       Dan tumpuan kepada guru yang lain dikhuatiri menghalang seseorang itu dari mendapat limpahan
       dari syeikhnya itu.
        Sebahagian besar pengikut ajaran sesat hanya mengikuti dengan taat tentang apa yang diajar oleh
        guru mereka, walaupun ajaran atau amalan tersebut menyalahi Syari’at Islamiah. Segelintir mereka
        pula yang tahu asas Agama tetapi tidak berani membantah, kononnya dikhutiri terkena sumpahan
        atau badi tertentu dari gurunya, inilah sebahagian gambaran ssikap fanatic dengan pemimpin 
        mereka.

14- Mengapa mereka menolak perkara Qot’ie dalam Islam seperti jihad?
   
-      Antara ciri teras ajaran sesat ialah mereka selalu menganggap fahaman, kepercayaan mereka sahaja
       yang benar, mereka juga mengetepikan akidah ahli sunnah-waljamaah yang dirintis oleh golongan
       Asya’irah dan Mataruddiyah menolah mazhab empat yang muktabar, menggunakan ayat-ayat
       mutasyabihat secara zahir, ini menyebab mereka menolak perkara Qot’ie yang ada didalam Al-
       Quran dan As-Sunnah seperti ajaran Bahai dan Qadyani menolak jihad.

15- Bagaiman jika ajaran sesat masih berterusan dinegara Malaysia?

-      Jika ajaran sesat masih berterusan dinegara ini nescaya gejala pencemaran akidah dan murtad akan
       berleluasa, kedua ia menganggu agenda pembangunan Islam yang dicetuskan oleh pemerintah, ini
       kerana pihak pemerintah, khususnya pihak berkuasa Agama terpaksa mengorban masa, tenaga dan     
       wang ringgit yang banyak untuk membasmi pengaruh ajaran sesat.
       Fokus terhadap ajaran sesat menyebabkan tumpuan  terhadap agenda pembangunan Ummah dan
       pemerksanya beralih arah dan terbantut, ketiganya ia akan mengancam keselamatan Agama dan
       Negara sebagai contoh pada 16 Oktober 1980 seramai 8 orang dari kumpulan ajaran sesat pemimpin
       Ahmad Nasir kemboja yang mengaku sebagai imam Mahdi setelah mereka menyerang dan
       mencederakan anggota yang bertugas dibalai polis Batu Pahat johor.
       Kesimpulannya, paparan-paparan di atas membuktikan kepada kita jika ajaran sesat ini terus
       berleluasa di negara kita akan menyebabkan bahaya kepada Agama, Negara dan Ummah, maka
       sayugianya pihak-pihak bertanggungjawab perlu membuat pemantauan terhadap kemunculan dan
       pergerakan mereka dari masa ke semasa.

16- Bagaimana untuk menghindari ajaran sesat?

 Langkah-langkahnya seperti berikut:

      1)      Kita perlu berpegang teguh dengan Al-Quran dan As-sunnah iaitu iaitu menggunakan displin dan metodologi yang jelas dalam memahaminya. Sebarang pentafsiran Al-Quran perlu merujuk kepada mufassirin, manakala hurain hadith perlu merujuk kepada muhaddithin.

      2)      Umat Islam perlu menambah nilai iman dan takwa setiap masa bagi menghadapi apa jua bentuk cabaran yang mendatang.

      3)      Setiap individu sewajarnya menghindari diri daripada terlibat dengan ajaran salah @ sesat. Bahkan perlu menjadi mata dan telinga pemerintah dalam usaha menanganinya kerana tanggung jawap Agama adalah tanggungjawap setiap individu Muslim.

      4)      Kita perlu nerujuk pihak yang arif dalam bidang Agama islam bagi menentukan kesahihan sesuatu fahaman, amalan atau pegangan, pendapat individu bukanlah sesuatu yang muktamad. Bahkan tidak boleh dijadikan mekanisme pemutusan terhadap sesuatu ajaran.

      5)      Semua pihak perlu prihatin dengan isu fahaman atau ajaran yang menyeleweng dari landasan islam.
hal ini penting supa isu-isu yang berkaitan dapat ditangani dengan baik dan berhemah, demi kesucian Agama Islam, maruah bangsa dan keperluan negara.

Wallahua’lam….






                        


                                                                
               



Ahad, 15 Januari 2012

Di Sini Ikhlas Bermula

Di Sini Ikhlas Bermula



   Rasulullah s.a.w. bersabda yang berkaksud: “Sesungguhnya Allah s.w.t. idak memandang bentuk tubuhmu dan tidak pula memandang pada kedudukan mahupun harta kekayaanmu, Tetapi Allah s.w.t. memandang pada hatimu. Barang siapa memeliki hati yang soleh maka Allah s.w.t. menyukainya. Bani Adam yang paling dicintai Allah s.w.t. ialah yang paling bertakwa” (Riwayat al-Tabarani dan Muslim)
   Di mana-mana sahaja hari ini ada orang berkata tentang ikhlas. Ikhlas sebenarnya seperti hujan yang turun di atas gersangnya tanah yang kekeringan. Ikhlas tidak hanya terbatas kepada satu golongan sahaja tetapi meliputi semua golongan. Bahkan kala usia remaja menginjak dewasa, banyak hal yang perlu kita ikhlaskan.
   Sebagai pelajar maha siswa dan penuntut ilmu, ikhlas adalah kunci untuk menjadikan segala amal dan perbuatan kita lancar.

Guni yang tetap kosong

   Namun ikhlas bukan mudah untuk kita mengamalkannya. Melaksanakan “ikhlas” tidak semudah untuk kita mengeja dan mengatakannya. Bahkan tidak sedikit yang kandas dihadapan Allah s.w.t. kerana tidak mempunyai ikhlas hatinya.
   Suatu hari seorang raja ingin mengetahui keadaan rakyat yang berada di tanah jajahannya. Ketika menjejakan kaki kepasar, sang raja melihat satu pemandangan yang sangat memprihatinkan. Di sudut pasar yang kumuh dan kotor, duduk seorang pengemis yang berpakain yang lusuh sambil menadah tangan meminta sedekah.
   Raja yang masih mempunyai rasa prihatin kepada rakyatnya ini dating menghampiri sang pengemis.  Tercetus pertanyaan dari ,mulut raja: “Wahai bapa, sudah berapa lama engkau hidup seperti ini? Apa yang dapat aku berikan untuk meringgankan bebanmu wahai bapa?” “Sudah lama aku duduk disini. Betulkah tuanku dapat memberikan apa yang aku minta:”
   Hati raja terusik dengan jawapan yang seolah-olah mencabar kewibawaan sang raja. Hati yang awalnya tulus membantu kini sedikit berubah.
   “Wahai bapa” beta sengaja dating kesini untuk membantu rakyat jelata yang sangat memerlukan seperti bapa. Lalu, apa yang beta dapat berikan agar bapa tidak seperti ini?”
   Si pengemis tua membalas kata-kata sang raja, “Jazakallah khairan kathira (semoga Allah s.w.t. membalas kebaikanmu dengan banyak). Tetapi aku ingin bertanya lagi, benarkah tuanku mampu berikan apa saja yang aku inginkan?”
   Raja menjadi hilang kesabaran. Wajahnya memerah dan ketulusan hatinya mulai terusik. Suaranya mulai meninggi. “Wahai bapa tua: aku adalah raja di sini. Aku mempunyai apa yang tidak dimiliki oleh orang lain. Kalau hanya sekadar memenuhi guni sedekahmu itu, sambil memejamkan mata aku boleh melakukannya! Katakanlah!”
   “ Baiklah, lakukanlah apa yang tuanku maksudkan itu…” jawab si pengemis dengan rasa rendah hati. Pengiring raja mula memenuhkan guni si pengemis itu dengan kepingan-kepingan wang, namun sesuatu yang aneh berlaku. Sudah dua guni kepingan emas dituangkan kedalam guni si pengemis, namun masih jua tidak penuh, seolah-olah kepingan-kepingan wang tadi langsung hilang, semua yang hadir hairan melihat kejadian tersebut. 
   Sang raja tidak mahu kehilangan air mukanya, akhirnya memerintahkan bendahara untuk mengambil semua perhiasan yang dibawa dan diberikan kepada si pengemis tadi, namun raja menjadi semakin hairan kerana, wang, emas, intan dan berlian masih belum dapat memenuhi memenuhi guni si pengemis itu.
    Si pengemis hanya menatapo wajah raja dengan tenang dan tersenyum, akhirnya raja memerintahkan pengawal-pengawal untuk berhenti memasukkan harta ke dalam guni pengemis itu.
   Raja akhirnya duduk bersimpuh dihadapan si pengemis lalu bertanya. “Apakah maksud semua ini? Mengapa semua harta yang dimasukkan ke dalam guni kamu hilang dan guni kamu tetap kosong?.
   “Benar Tuanku, guni ini kosong seperti tidak ada alas dibawahnya. Setiap kali tuanku memasukkan barang kedalamnya terus hilang. Itulah ibaratnya orang yang melakukan dan memberikan sesuatu dalam keadaan sombong, dengan terpaksa, sambil merungut-rungut atau dengan 1001 lagi niat tanpa rasa ikhlas. Semuanya menjadikannya bermanfaat sedikit pun, sebanyak mana pun ia akan hilang bagaikan hilang ditiup angin.”
   “Maka, bagaimana untuk aku memenuhkan guni ini?” “Yang dapat memenuhi guni itu yakni menjadikan amal tidak sia-sia hanyalah dengan sebuah keikhlasan, tuanku”
   Apa yang dikatakan pengemis tadi lebih berharga daripada emas yang berlimpah ruah milik sang raja.
   Seorang sahabat berkata kepada Rasulullah s.a.w., “ya Rasulullah, seseorang melakukan amal (kebaikan) dengan dirahsiakan dan apabila diketahui orang dia juga menyukainya (berasa senang).” Rasulullah s.a.w. bersabda, “baginya dua pahala iaitu pahala dirahsiakannya dan pahala terang-terangan.” (Riwayat al-Tirmizi.)

Ikhlas Sebuah Perjuagan

   Allah berfirman yang bermaksud: “dan (aku telah diperintah): “Hadapkanlah mukamu kepada agama dengan tulus dan ikhlas dan jaganlah kamu termasuk golongan orang yang musyrik.” (Surah Yunus 10: 105) Meskipun perkataan ikhlas dilihat amat mudah, namun ikhlas ibarat mutiara didasar lautan yang susah untuk didapatkan.
   Sebagai seorang penuntut,sudah sejauh mana kita menerapkan ikhlas ini didalam hidup kita? Sudahkah kita ikhlas untuk mencari ilmi kerana Allah s.w.t. semata-mata? Sudahkah kita niatkan ikhlas ini jauh didadar hati kita agar kita berani untuk memberi segala kemampuan kita bukan untuk diminta balas, dipanjang dan dipuji?

   Ikhlas merupakan satu perjuagan yang bukan mudah. Demikian ungkapan petikan dari sebuah buku Inspiring for Success: “Kehidupan didunia adalang lading bagi akhirat, iaitu tempat untuk menanam, menuai, bekerja dan berjuang. Di akhiratlah kita akan memetik hasilnya. Dunia hanya persingahan dan bukanlah pengakhiran bagi sebuah perjalanan.”
   Banyak amal yang tidak diterima kerana dikerjakan dengan hati tidak ikhlas. Ikhlas merupakan kunci bagi setiap perbuatan kita, malah amal perbuantan yang kecil jikalau ia disertakan dengan niat ikhlas kerana Allah s.w.t..

   Ramai manusia yang mencari-cari kekuatan di saat goyah. Sebenarnya keikhlasan dapat memberikan kuasa atau kekuatan yang sangat dahsyat. Ikhlas dapat menjadikan seseorang manusia out tetap kuat  pada saat hujan dan badai ujian dating melanda. Dengan sebuah keikhlasan insyaallah kita dapat menjalani setiap ujian dan masaalah dengan redha.
   Masih ingatkah kita dengan Bilal bin Rabbah? Beliau dengan tabah menahan seksaan daripada tuannya yang kejam dan teguh melantunkan, Ahad,Ahad,Ahad!” meskipun dadanya dihimpit batu besar diatas pasir yang panas membakar!
   Bilal telah mengikhlaskan dirinya untuk Islam, beriman dengan tuhan yang satu iaitu Allah s.w.t. dan mengakui hanya Nabi Muhammad s.a.w. pesuruhnya. Bilal daripada seeorang hamba bertukar menjadi raja. Beliau hanya seorang muazin, istiqamah menjaga wuduk dan solat dua rakaat. Amal yang dikerjakan dengan ikhlasitulah akhirnya menjamin dirikan dirinya sebagai penghuni syurga. Subhanallah!

Iblis Juga Takut

    Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Iblis berkata: “Ya tuhanku oleh sebab engkau telah memutuskan bahawa aku sesat pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) dimuka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semua, kecuali hamba-hamba-Mu yang ikhlas antara mereka.” Allah s.w.t. berfirman: “Ini adalah kalan yang lurus, kewajiban aku lah (menjaga mereka).” (Surah al-hijr 15: 39-49)

   Siapakah hamba-hamba yang ikhlas itu sehinggakan iblis yang bersumpah akan menyesatkan mereka yang gagal untuk menyesatkan mereka? Mukhlis adalah manusia-munusia yang diberi taufik untuk turut mentaati segala pertunjuk dan perintah Allah s.w.t. mereka inilah manusia yang Berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhiratnya.
   Masaalah seberat apa pun tidak menjadikan issan-insan yang mukhlis terasa beban kerana kuasa positif daripada sebuah keihlasan akan menjaga diri kita daripada berbagai masalah. Bukankah Allah s.w.t. telah berjanji akan menjaga hamba-hambanya yang ikhlas seperti yang telah difirmankan oleh-Nya: “Ini adalah jalan yang lurus maka kewajipan akulah (menjaganya.)”

Kunci Segala Amal

   Munkin kita pernah memberikan sesuatu kepada sahabat atu teman bahkan orang terdekat dengan kita. Munkin apa yang diberikan itu merupakan harta kesayangan atau harta yang kita tidak perlukan lagi. Dan setelah memberinya, kita tidak lagi terkenang-kenang dan berharap apa yang diberikan itu dibalas dengan imbalan yang sama atau yang lebih besar.

   Di saat kita dapat melupakan apa yang pernah kita sumbangkan atau diberikan kepada orang lain, maka disitulah ikhlas bermula.
   Ikhlas bukan hanya memberi dan mengeluarkan harta, ikhlas merupakan satu sifat yang wajib dimiliki oleh setiap insan. Ikhlas ketika menerima ujian dan musibah daripada Allah s.w.t. akan membuatkan kita muhasabah diri dan mengenag kembali apa yang telah kita lakukan.
   Ikhlas menerima kehormatan dan pujian daripada orang lain membuatkan kita rasa lebih dekat kepada Allah s.w.t. atas semua nikmat yang diberikan.

   Ingatlah ikhwah sekalian! Kunci bagi segala amal adalah ikhlas. Letakkan ikhlas pada tempatnya, ikhlas menerima kritikan kerana kegagalan membuatkan kita akan berusaha dengan lebih kuat daripada orang lain.
   Namun jangan ikhlas menerima penindasan  keran tiada kati ikhlas dalam sesebuah kezaliman, Jadilah rajadihati setiap manusia. Sesiapa yang memperbaiki hubungannya dengan allah s.w.t. maka Allah s.w.t. akan menyempurnakani hubunganya dengan manusia. Sesiapa memperbaiki apa yang dirahsiakannya, maka Allah s.w.t. akan memperbaiki rahsianya.
   Semoga kita dapat menjadi hamba-Nya yang mukhlis, insyaalah

Khamis, 12 Januari 2012

Sangkar Kehidupan

Sankar kehidupan


   Pernahkah kita perhatikan gelagat burung di dalam sangkar? Atau haiwan yang terkurung didalam zoo? Atau perhatikan dalam-dalam wajah ikan yang sedang berenang didalam akuarium.
   Kehidupan yang merdeka ialah anugerah yang amat berharga bagi setiap makhluk, lebih-lebih lagi kepada manusia. Tiada makhluk bernyawa, secara fitrah suka atau redho dirinya terkurung, dirantai atau dibelenggu kehidupan mereka, apatah lagi jika diperlakukan sebagai hamba.
   Lantaran itulah apabila haiwan terkena jerat atau diperangkap didalam sangkar, mereka akan berusaha sedaya upaya untuk melepaskan diri. Ikan yang terkena pukat juga akan berusaha meloloskan diri sedaya upayanya. Usaha yang dilakukan ibarat perjuangan antara hidup dan mati.
   Mengapa demikian? Ini kerana kehidupan didalam sangkar bukanlah kehidupan yang sebenar.Makhluk bernyawa yang direntap kebebasan mereka akan hilang makna kehidupan mereka. Apa erti hidup yang dikurung tampa kebebasan dan menanti saat disembelih dan digulai sahaja? Munkinkah itu perasaan ayam daging ternak yang nampaknya amat jinak?
   Bagaimana pula kita sebai manusia? Apakah kita benar-benar merasai kebebasan dalam hidup ini, atau masih banyak masaalah yang masih membelenggu kita? Zahirnya kita tidak terpenjara, tetapi tidak mustahil masih ramai yang terpenjara jiwanya oleh jiwa yang lain, atau terbelenggu oleh dirinya sendiri.
Bebaskan Jiwamu

   Saya teringat doa Rasulullah s.a.w. Kepada kita, mafhumnya: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada rasa keluh-kesah dan kesedihan, dan aku berlindung kepada-Mu daripada rasa lemah diri dan kemalasan,  dan aku berlindung kepada-Mu daripada sikap pengecut dan kebakhilan, dan aku berlindung kepda-Mu daripada cengkaman hutang dan pernindasan terhadap orang.”
   Nah! Inilah sangkar yang membelenggu kita, tanpa kita sedari. Dan jadilah kita sebagai manusia yang tidak bebas merdeka sebagai hamba Allah s.w.t.
   Bebaskan diri kita daripada perasaan sedih ,sayu, pilu, resah, gelisah dan yang seumpamanya. Bangunlah jiwa yang positif, kawallah perassan nagatif yang merosakkan hati dan jiwa kita. Melayan perasaan di atas tidak akan membawa kita ke mana-mana kecuali kelemahan, kemerosotan dalam harga diri, kehilangan jati diri dan akhirnya kita tewas kepada diri sendiri sebelum berjuang dalam kehidupan. Oleh itu, mohonlah kepada Allah s.w.t. agar kita bijak dan berupaya mengawal emosi kita dan jangan sesekali membiarkan emosi yang mengawal diri dan kehidupan kita.
 

   Manusia yang terpenjara lazimnya membiarkan diri dibelenggu oleh sifat lemah dan malas. Lemah dan malas merupakan dua pembunuh senyap mematikan potensi dan nilai diri seseorang. Orang yang kuat fizikal , sihat tubuh, cukup panca indera, tetapi lemah jiwa dan malas sikapnya, pasti akan tewas dalam saigan kehidupan.
   Betapa ramai kita lihat, orang yang berstatus OKU (orang Kelainan upaya), lemah jasadnya, tidak sempurna anggota tubuhnya atau serba kekurangan fizikalnya, tetapi lantaran memiliki jiwa yang kuat, keazaman yang tinggi, hasrat dan cita-cita yang mengunung, usaha yang gigih serta semangat juang yang mantap, maka mereka akhirnya Berjaya dalam kehidupan. Allah s.w.t. maha adil dan Allah pasti memberikan hasil dan natijah kepada mereka yang ikhlas dan gigih berusaha.
   Empat belenggu terakhir yang mungkin memerangkap kita ialah pengecut, bakhil, hutang dan penindasan orang lain. Pengecut dan bhakil adalah dua sifat mazmumah atau tercela yang perlu kita ubati. Didiklah jiwa kita agar dihiasi dengan sifat mahmudah yang berlawanan, iaitu sya’ah (berani) dan pemurah. Berani yang dimaksudkan adalah dalam berani mempertahankan al-haq, tidak pernah tunduk kepada tekanan musuh dan tidak reda perintah Allah dipermainkan.
   Manakala bebas dari belenggu bhakil diperoleh oleh mera yang merdeka daripada kerakusan kepada harta dan kebendaan dunai yang sementara, kita dianjurkan supaya membangunkan kehidupan kita agar bebas daripada hutang dan cengkaman orang lain . Negara yang merdeka adalah negara yang bebas daripada penjajahan pihak lain dan dapat menguruskan ekonomi dan kekayaannya sendiri. Begitu juga jiwa yang merdeka akan diperolehi  apabila kita bebas daripada cengkaman hutang dan tidak perlu tunduk kepada tekanan, penindasan, paksaan dan perintah orang lain yang tidak bertepatan dengan perintah Allah s.w.t. dan perintah Rasul s.a.w.
   Akhirnya, yang paling utama ialah kemerdekaan jiwa yang sebenar sebagai hamba Allah s.w.t. Ialah kita bebas daripada belenggu kufur dan kesesatan,menjadi mukmin yang hakiki. Kehidupan akan lebih bahagia dan bermakna jika kita bebas dari sistem-sistem ciptaan manusia dan kembali kepada fitrah dan system ilahi.
   Ruba’I bin Amir, tatkala berhadapan dengan Rustum, panglima tentera parsi, denggan penuh izzah, keberanian dan jiwa merdeka, malafazkan:
   “Kami dating untuk membebaskan manusia daripada hamba sesame manusia, agar menjadi hamba kepada Allah s.w.t. Dan kami dating dan membawa keindahan Islam, sebagai ganti kepada kesesatan agama-agama dan penindasan system lain.”

Daripada: Ir. Ahmad Jais Alias
Pengurus besar koperasi muslimim Malaysia Berhad.
Jurutera professional dan matan Pengarah Radio Ikim.fm.
Boleh dihubungi melalui e-mail pakhafiz@gmail.com

Isnin, 9 Januari 2012

Kerendahan Hati Juruhujah Nabi Thabit bin Qais

Siapakah Thabit? Thabit bin Qais bin Shammas merupakan salah seorang sahabat Nabi. beliau terkenal sebagai seorang yang petah berhujah, bicaranya mempersonakan,kata-katanya tegas dan meyakinkan serta suaranya lantang dan kuat.
   Beliau juruhujah Rasulullah s.a.w Apabila beliau berhujah, beliau berhujah dengan suara yang tinggi, melebihi suara Rasulullah. Ini semua dilakukan dengan tujuan untuk memelihara dan menjaga maruah islam. Beliau berhujah dengan penuh adab bukannya bersikap biadab di hadapan Nabi. Banyak keperibadian agung yang boleh diteladani daripada insan murabbi ini.

Bimbangkan Teguran Allah

   Allah berfirman, "Wahai orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan suaramu lebih dari suara nabi,dan janganlah kamu berkata kepadanya dangan suara kerassebagaimana kerasnya (suara) sebahagian kamu terhadap sebahagian yang lain, supaya tidak hapus (pahala) amalanmu sedangkan kamu tidak menyedari." (surah al-Hujrah 49: 2)
   ketika ayat ini diturunkan, Thabit bin Qais bin Shammas r.a. hadir. Kemudian Thabit pulang ke rumahnya, menutup pintu dan menangis teresak-esak. Beliau berkata, "Demi Allah yang tidak layak disembah selain dia, aku tidak akan keluar dari rumahku ini sehingga Allah s.w.t. mengampuiku atau aku mati di rumahku ini."
   Rasulullah s.a.w. Bertanya kepada jiran Thabit,Saa'ad bin Mu'adz r.a., "wahai Abu Amru, kenapa dengan Thabit? adakah dia sedang merintih?" Sa'ad r.a berkata, "Dia adalah jiranku dan aku tidak mendengar dia merintih sekali pun."
   Lalu Sa'ad datang ke rumahnya dan mengatakan bahawa Rasulullah bertanya khabarnya. Thabit r.a. menjawab: "Ayat ini diturunkan dan kalian sudah maklum bahawa akulah orang yang paling meninggikan suara  melebihi Rasulullah s.a.w., jadi aku adalah penghuni neraka." kemudian Sa'ad r.a. memberitahu hal itu kepada nabi s.a.w., lalu baginda bersabda, "Bukan! Dia adalah penhuni syurga." (Riwayat al-Bukhari (6/46) kitab Tafsir (surah al-Hujrat) dan Muslim no.187)
   Dapat kita bayangkan, bagaimana mulianya keperibadian sahabat Thabit bin Qais r.a. ini. Dia begitu khuatir bahawa dirinya termasuk dakam kategori orang yang meninggikan suara seperti yang terkandung dalam fiman Allah di atas (surah al-hujrat ayat 2). Jika dia tergolong sebagai orang yang di gambarkan dalam ayat ini, maka banyak sekali amal solehnya terhapus tampa di sedarinya. Oleh sebab itu, dia sudah mengira bahawa dirinya termasuk penghuni neraka.
   Begitulah keperibadian seorang murbbi yang beriman, dia amat bimbang tentang urusan akhiratnya. Dia selalu bermuhasabah diri takut-takut dalam golongan yang di benci oleh Allah s.w.t. lalu mereka berhati-hati, sensitif dan sentisa memohon keampunan.

Sentiasa Merasakan Ancaman Allah Untuk Dirinya

   Sewaktu turunya ayat mulia: "Sesungguhya Allah tidak suka orang yang bongkak dan sombong." (surah Luqman 31: 18), Thabit tutup pintu rumahnya dan duduk menangis. Lama dia terlantar kesedihan begitu sahaja, sehingga sampai beritanya kepada Rasulullah s.a.w.
   Baginda segera memanggilnya dan bertanya keadaannya. Maka jawab Thabit, "Ya Rasulullah, aku senang kepada pakaian yang indah, dan kasut yang bagus, dan sungguh aku takut dengan ini akan menjadi orang yang bongkak dan sombong!" Bicaranya itu dijawab oleh Nabi s.a.w. sambil tertawa senang, "Engkau tidaklah termasuk dalam golongan mereka itu, bahkan engkau hidup dengan kebaikandan mati dengan kebaikan dan engkau akan masuk dalam syurga!".
   Thabit bin Qais seorang yang suka kepada kekemasan dan kecantikan,adakah itu termasuk dalam sifat sombong? Sabda Baginda: "Tidak. tetapi sombong itu adalah orang yang menentang kebenaran dan memperlekehkan orang lain." (Riwayat Muslim dan Tirmizi)
   Kisah ini menjelaskan kepada kita bukannya salahberpakain indah dan cantik walaupun pada diri orang murabbi. Yang salah adalah niatmenyombongkan diri dan berbangga-bangga. Malah, Islam menganjurkan kekemasan berpakain serta rupa diri yang kemasdan rapi menjadi sunah Nabi.

Mengutamakan Islam Lebih daripada Kaum

   Pada tahun datangnya utusan-utusan dari pelbagai ceruk Semenanjung Arab berkunjunglah ke Madinah perutusan Bani Tamim yang mengatakan kepada Rasulullah s.a.w., Kami datang dengan penuh rasa bangga diri menghadap tuan, maka izinlah kepada penyair dan juru bicara kami menyampaikannya." Rasulullah s.a.w. meraikan sikap mereka sambil tersenyum.Lalu baginda, "Telah kuizinkan bagi jurubicara kalian. Silakan!"
   Jurubicara mereka Utharid bin Hajib pun berdirilah dan mulai membanggakan kelebihan kaumnya. Setelah selesai, Nabi berkata kepada Thabit bin Qais, "Berdirilah dan menjawablah!" Thabit bangkit dan menjab: "Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Langit dan Bumi adalah ciptaan-Nya dan titah-Nya telah berlaku padanya. Ilmu-Nya meliputi kerajaan-Nya, tidak satu pun yang ada kecuali dengan kurniaan-Nya. Kemudian dengan kudrat-Nya, dijadikan-Nya kita golongan dan berbangsa-bangsa. Dan dia memilih daripada makluk-Nya yang terbaik seorang Rasul-Nya. Berketurunan, berwibawa dan jujur tutur katanya. Dibekalkannya Al-Quran, dibebaninya amanat. Membimbing dalam kesatuan ummah.
Dialah pilihan Allah dalam kalangan penghuni alam semesta.
   Kemudian dia menyeru manusia beriman kepada-Nya, maka berimanlah orang Muhajirin daripada kaum kerabatnya, yakni orang yang termulia keturunannya dan yang paling baik amal perbuatannya. dan setelah itu kami kaum Ansar, adlah yang pertama pula yang memperkenankan seruannya. Kami Adalah pembela-pembela Agama Allah dan penyokong-penyokong Rasul-Nya..."
   Para utusan teruja dengan pidato itu.
Tiada perlecehan terhadap kaum tertentu yang boleh memecah belahkan, sebaliknya menghargai sumbangan semua pihak yang bersatu padu memberi kekuatan dalam dakwah Islam.

Menghormati Hak Isteri yang Minta khuluk

   Segelitir masyarakat kita menganggap isteri yang mintak khuluk (mintak cerai dengan mengembalikan maharkepada suaminya) walaupun dengan sebab yang kukuh sebagai munafik, tidak mencium bau syuga dan ingkar kepada suami.
   Mari kita meneladani bagaimana penghormatan Rasul dan Thabit bin Qais terhadap wanita yang minta di ceraikan kerana bimbang terhadap urusan akhiratnya.
   Daripada Ibn Abbas r.a. bahawa telah datng isteri Thabit  kepada Rasulullah dan mengadu kepadanya: " Wahai Rasullah. Aku tidak mencerca Thabit kerana Akhlaknya dan bukan terhadap agamanya akan tetapi aku takut akan kekufuran." Rasulullah bertanya: "Adakah kamu bersedia mengembalikan kebunnya (yang berupa maharnya)?" Jawabnya: "Ya!" Lalu Nabi memanggil Thabit dan mengarahkannya, "Terimalah kebun itu dan ceraikan dia dengan satu talak." (Riwayat al-Bhukari dan Al-Nasa'i)
Thabit bin Qais akur dan hormat hak isterinya. dia menjatuhkan talak seperti yang di inginkan.

Pengajaran

a. Sebebat mana manusia, dia tidak akan terlepas salah dan silap.
b. Tuntutan (tebus talak) yang terbaik itu ialah tidak melibihi mas kahwin

Dimuliakan Rasulullah s.a.w.

Daripada Yusuf bin Thabit bin Qais bin Shammas daripada bapanya daripada datunya bahawa Nabi s.a.w. menziarahinya ketika sakit dan bersabda yang bermaksud: "Wahai Tuhan manusia, hilangkanlah sakit daripada Thabit bin Qais." Kemudian Baginda s.a.w. Mengambil tanah dari Bat-han (lembah di Madinah) ke dalam mangkunk dan di campurkan dengan airkemudian di sapukan ke atasnya. (Tahzib al-Kamal, jil. 34, hlm.553)

Pengajaran

a. Hak saudara Muslim atas saudaranya yang muslim adalah mengziarahinya ketika sakit.
b. Mendoakan  kesejahteraan kepada pesakit adalah sunah.

Terkedepan Di medan Jihad

   Thabit telah menyertai perang Uhud bersama Rasulullah s.a.w. dan peperangan-peperangan penting selepas itu. Dalam peperangan-perangan menumpaskan orang murtad, dia akan berada di barisan hadapan dengan penuh gagah berani.
   Dalam perang Yamamah, Thabit menyaksikan berlakunya serangan mendadak yang di lancarkan oleh tentera Musailamahal-Kazzab terhadap tentera Muslin diawal pertempuran.

Suara Aneh Ketika Kewafatanya

   Uddullah bin Ubaidillah al-Ansari bercerita, " Aku ikut mengguburkan Thabit bin Qais r.a. Yang gugur dalam Perang Yamamah. Ia adalah jurubicara kaun Ansar. Nabi s.a.w. pernah mengatakan bahawa ia termasuk ahli syurga. Ketika kami memasukkan jenazah Thabit di dalam liang lahad, kami seakan-akan mendengar Thabit berkata, 'Muhammad adalah utusan Allah,Abu Bakar adalah orang yang di percayai, Umar itu seorang Syahid, dan Uthman itu seorang yang baik lagi penyayang.' Kami mendegar ucapannya itu secara langsung, padahal ia sudah menjadi mayat." (diriwayatkan oleh al-Baihaqi dan pengarang kitab al-Syifa'. Rujuk Mukhtasar Tarikh Dimasyq, jil. 1, hlm. 2195)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sociable