Sangkar Kehidupan

Sankar kehidupan


   Pernahkah kita perhatikan gelagat burung di dalam sangkar? Atau haiwan yang terkurung didalam zoo? Atau perhatikan dalam-dalam wajah ikan yang sedang berenang didalam akuarium.
   Kehidupan yang merdeka ialah anugerah yang amat berharga bagi setiap makhluk, lebih-lebih lagi kepada manusia. Tiada makhluk bernyawa, secara fitrah suka atau redho dirinya terkurung, dirantai atau dibelenggu kehidupan mereka, apatah lagi jika diperlakukan sebagai hamba.
   Lantaran itulah apabila haiwan terkena jerat atau diperangkap didalam sangkar, mereka akan berusaha sedaya upaya untuk melepaskan diri. Ikan yang terkena pukat juga akan berusaha meloloskan diri sedaya upayanya. Usaha yang dilakukan ibarat perjuangan antara hidup dan mati.
   Mengapa demikian? Ini kerana kehidupan didalam sangkar bukanlah kehidupan yang sebenar.Makhluk bernyawa yang direntap kebebasan mereka akan hilang makna kehidupan mereka. Apa erti hidup yang dikurung tampa kebebasan dan menanti saat disembelih dan digulai sahaja? Munkinkah itu perasaan ayam daging ternak yang nampaknya amat jinak?
   Bagaimana pula kita sebai manusia? Apakah kita benar-benar merasai kebebasan dalam hidup ini, atau masih banyak masaalah yang masih membelenggu kita? Zahirnya kita tidak terpenjara, tetapi tidak mustahil masih ramai yang terpenjara jiwanya oleh jiwa yang lain, atau terbelenggu oleh dirinya sendiri.
Bebaskan Jiwamu

   Saya teringat doa Rasulullah s.a.w. Kepada kita, mafhumnya: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada rasa keluh-kesah dan kesedihan, dan aku berlindung kepada-Mu daripada rasa lemah diri dan kemalasan,  dan aku berlindung kepada-Mu daripada sikap pengecut dan kebakhilan, dan aku berlindung kepda-Mu daripada cengkaman hutang dan pernindasan terhadap orang.”
   Nah! Inilah sangkar yang membelenggu kita, tanpa kita sedari. Dan jadilah kita sebagai manusia yang tidak bebas merdeka sebagai hamba Allah s.w.t.
   Bebaskan diri kita daripada perasaan sedih ,sayu, pilu, resah, gelisah dan yang seumpamanya. Bangunlah jiwa yang positif, kawallah perassan nagatif yang merosakkan hati dan jiwa kita. Melayan perasaan di atas tidak akan membawa kita ke mana-mana kecuali kelemahan, kemerosotan dalam harga diri, kehilangan jati diri dan akhirnya kita tewas kepada diri sendiri sebelum berjuang dalam kehidupan. Oleh itu, mohonlah kepada Allah s.w.t. agar kita bijak dan berupaya mengawal emosi kita dan jangan sesekali membiarkan emosi yang mengawal diri dan kehidupan kita.
 

   Manusia yang terpenjara lazimnya membiarkan diri dibelenggu oleh sifat lemah dan malas. Lemah dan malas merupakan dua pembunuh senyap mematikan potensi dan nilai diri seseorang. Orang yang kuat fizikal , sihat tubuh, cukup panca indera, tetapi lemah jiwa dan malas sikapnya, pasti akan tewas dalam saigan kehidupan.
   Betapa ramai kita lihat, orang yang berstatus OKU (orang Kelainan upaya), lemah jasadnya, tidak sempurna anggota tubuhnya atau serba kekurangan fizikalnya, tetapi lantaran memiliki jiwa yang kuat, keazaman yang tinggi, hasrat dan cita-cita yang mengunung, usaha yang gigih serta semangat juang yang mantap, maka mereka akhirnya Berjaya dalam kehidupan. Allah s.w.t. maha adil dan Allah pasti memberikan hasil dan natijah kepada mereka yang ikhlas dan gigih berusaha.
   Empat belenggu terakhir yang mungkin memerangkap kita ialah pengecut, bakhil, hutang dan penindasan orang lain. Pengecut dan bhakil adalah dua sifat mazmumah atau tercela yang perlu kita ubati. Didiklah jiwa kita agar dihiasi dengan sifat mahmudah yang berlawanan, iaitu sya’ah (berani) dan pemurah. Berani yang dimaksudkan adalah dalam berani mempertahankan al-haq, tidak pernah tunduk kepada tekanan musuh dan tidak reda perintah Allah dipermainkan.
   Manakala bebas dari belenggu bhakil diperoleh oleh mera yang merdeka daripada kerakusan kepada harta dan kebendaan dunai yang sementara, kita dianjurkan supaya membangunkan kehidupan kita agar bebas daripada hutang dan cengkaman orang lain . Negara yang merdeka adalah negara yang bebas daripada penjajahan pihak lain dan dapat menguruskan ekonomi dan kekayaannya sendiri. Begitu juga jiwa yang merdeka akan diperolehi  apabila kita bebas daripada cengkaman hutang dan tidak perlu tunduk kepada tekanan, penindasan, paksaan dan perintah orang lain yang tidak bertepatan dengan perintah Allah s.w.t. dan perintah Rasul s.a.w.
   Akhirnya, yang paling utama ialah kemerdekaan jiwa yang sebenar sebagai hamba Allah s.w.t. Ialah kita bebas daripada belenggu kufur dan kesesatan,menjadi mukmin yang hakiki. Kehidupan akan lebih bahagia dan bermakna jika kita bebas dari sistem-sistem ciptaan manusia dan kembali kepada fitrah dan system ilahi.
   Ruba’I bin Amir, tatkala berhadapan dengan Rustum, panglima tentera parsi, denggan penuh izzah, keberanian dan jiwa merdeka, malafazkan:
   “Kami dating untuk membebaskan manusia daripada hamba sesame manusia, agar menjadi hamba kepada Allah s.w.t. Dan kami dating dan membawa keindahan Islam, sebagai ganti kepada kesesatan agama-agama dan penindasan system lain.”

Daripada: Ir. Ahmad Jais Alias
Pengurus besar koperasi muslimim Malaysia Berhad.
Jurutera professional dan matan Pengarah Radio Ikim.fm.
Boleh dihubungi melalui e-mail pakhafiz@gmail.com

Ulasan

Catatan Popular