Doa jangan minta disegerakan


Doa jangan minta disegerakan

Firman allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan tuhanmu berfirman: ‘berdoalah kepadaku nescaya akan  kuperkenankan bagimu.’ Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-ku akan dimasukkan ke neraka jahanam dalam keadaan hina.” (Surah Ghafir40: 60)

   Ketika mentafsirkan ayat suci ini, al-Allamah Ibn Kathir telah menukilkan kata-kata Qatadah:
   “Ka’bul Ahbar berkata antara kelebihan umat ini berbanding umat terdahulu ialah nabi terdahulu digatakan kepada mereka: ‘Berdoalah kepada-ku pasti aku perkenankan doamu.’ Sedangkan kepada umat ini Allah berfirman: “Berdoalah kepada-ku nescaya aku perkenankan kepadamu sekalian.”
   Ayat ini bermaksud Allah s.w.t. telah memberi keistimewaan buat umat ini dengan menmjanjikan bahawa segala doa yang kita panjatkan pasti diperkenankan oleh-Nya berbanding dengan seruan Allah seperti yang dinyatakan di atas yang hanya tertentu pada nabi-nabi terdahulu sahaja.

   Syeikh Abul Qasim al-Qusyairi telah mengatakan dalam risalah Qushairiahnya: “ Doa adalah kunci segala hajat, penghibur orang miskin, pelindung orang kesempitan dan pemberi ketenangan buat manusia yang berkeinginan.”
   Doa merupakan ibadah dan bukti pengakuan terhadap sifat lemah seorang hamba terhadap kekuasaan dan kesempurnaan zat-Nya. Bahkan Allah s.w.t. mencintai hamba-hamba-Nya yang sentiasa berdoa dan merintih akan pemberian-Nya.

Bila Doa Hendak Dikabulkan?

   Dalam satu kuliah yang disampaikan, penulis pernah ditanya: “Ustaz, mengapakah doa kita tidak dimakbulkan oleh Allah sedangkan Allah menjanjikan kepada hamba-Nya bahawa setiap doa yang dibisikkan pasti akan diperkenankan. Bukankah Allah menegaskan bahawa dia tidak akan menjalahi janji-Nya?”
   Tnya mereka lagi: “Saya dah berkahwin hampir 15 tahun dan tidak putus-putus berdoa agar dikurniakan zuriat. Sampai sekarang Allah s.w.t. belum kabulkan doa saya!”
   Benar bukan? Barangkali inilah yang sering bermain dalam fikiran anda apabila mengalami situasi sebegini. Syaitan pasti menambahkan kekeliruan agar ia berkesudahan dengan sikap berputus asa. Sedangkan berputus asa itu dilarang oleh Allah s.w.t.
   Bagi menjawab persoalan ini, ada baiknya penulis menukulkan kata-kata Syeikh Ibn Athaillah seperti yang dinyatakan dalam al-Hikam:
   Maksudnya: “Jangan berputus asa jika Allah s.w.t. melewatkan penerimaan doa sekalipun kamu sudah bersungguh-sungguh berdoa kerana Allah menjamin penerimaan semua doa menurut yang dia tentukan untukmu bukannya menurut kehendakmu dan (akan dikabulkan) pada waktu yang ditentukan-Nya bukan pada waktu yang ditentukan-Nya bukan pada waktu yang ditentukan olehmu.
   ”Inilah hakikat doa yang kita bisikkan. Semuanya adalah menurut kehendak-Nya kerana dialah yang maha mengetahui apa yang terbaik di sisi-Nya buat makhluk yang tidak berdaya ini. Kenyakinan dan kesabaran dalam menerimaanugerah-Nya adalah sifat yang dituntut dalam membina keyakinan dan bersagka baik pada Allah s.w.t.

   Bahkan doa Nabi Musa dan Nabi Harun seperti yang dirakam oleh Allah s.w.t. dalam surah yunus ayat 88 dan 89 yang mengiginkan agar Firaun dan tenteranya dibinasakan oleh Allah s.w.t. dikabulkan setelah 40 tahun mereka berterusan dalam keingkaran.
   Begitu juga dengan doa Nabi Zakaria yang sentiasa merintih kepada Allah s.w.t. agar dikurniakan zuriat. Al-Quran mengisahkan kepada kita sebagaimana firman-Nya dalam surah Maryam ayat 2 hingga 10 bahawa doa Nabi Zakaria itu dikabulkan ketika usianya telah lanjut serta uban memenuhi kepalanya.
   Subhanallah! Maha suci Allah yang maha mengetahui segala yang terbaik buat hamba-hamba-Nya yang berdoa. Sedangkan dia pasti mengabulkan segala doa mengikut keinginan-Nya. Tunduk dan patuhlah kita dalam menerima kurnian-Nya dan jangan sekali-kali kita berputus asa. Bukankah Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
   “Doa seseorang daripada kamu pasti akan diperkenankan selama kamu tidak minta disegerakan pengabulannya dengan mengatakan, ‘Aku sentiasa berdoa kepada tuhan tetapi mengapa masih belum dikabulkan?’” (Muttafaqah ‘alaih)
 Oleh sebab itu, berdoa dan bersangka baiklah. Wallahu’alam.
  

Ulasan

  1. Hahaha.. Indah nama dari wajah..
    Nama "sufi" tapi perangai (kata-kata) bagaikan salafi.

    Kalau aku syaitan, aku cuma boleh gelak masa engkau tulis artikel ni. Ada peneman.. HaHaHaHaHaHa..

    Wahai manusia yang bertuhankan nafsu! Telah disesatkan kerana nafsumu! HaHaHaHa

    BalasPadam
  2. Saya sedang mencari sebuah komen yang dirasakan tersalah tempat tulis. Saya ingin menegur sebuah blog yang menggadaikan agama namun terlupa dimana telah ditulis; gagal mengesannya semula, sebuah komen berkenaan 'sufi'. Jika tertulis ditempat tuan, saya ingin memohon maaf diatas kesilapan itu. Diharap dapat menghapuskan ia sekiranya tertulis di artikel tuan.. Terima kasih. Barangkali saya terlalu menurut nafsu amarah. Sekali lagi ingin memohon maaf. Sila hapuskan komen ini sekali, tanpa kira samada tulis betul ataupun salah. Terima kasih. :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular