Di Sini Ikhlas Bermula

Di Sini Ikhlas Bermula



   Rasulullah s.a.w. bersabda yang berkaksud: “Sesungguhnya Allah s.w.t. idak memandang bentuk tubuhmu dan tidak pula memandang pada kedudukan mahupun harta kekayaanmu, Tetapi Allah s.w.t. memandang pada hatimu. Barang siapa memeliki hati yang soleh maka Allah s.w.t. menyukainya. Bani Adam yang paling dicintai Allah s.w.t. ialah yang paling bertakwa” (Riwayat al-Tabarani dan Muslim)
   Di mana-mana sahaja hari ini ada orang berkata tentang ikhlas. Ikhlas sebenarnya seperti hujan yang turun di atas gersangnya tanah yang kekeringan. Ikhlas tidak hanya terbatas kepada satu golongan sahaja tetapi meliputi semua golongan. Bahkan kala usia remaja menginjak dewasa, banyak hal yang perlu kita ikhlaskan.
   Sebagai pelajar maha siswa dan penuntut ilmu, ikhlas adalah kunci untuk menjadikan segala amal dan perbuatan kita lancar.

Guni yang tetap kosong

   Namun ikhlas bukan mudah untuk kita mengamalkannya. Melaksanakan “ikhlas” tidak semudah untuk kita mengeja dan mengatakannya. Bahkan tidak sedikit yang kandas dihadapan Allah s.w.t. kerana tidak mempunyai ikhlas hatinya.
   Suatu hari seorang raja ingin mengetahui keadaan rakyat yang berada di tanah jajahannya. Ketika menjejakan kaki kepasar, sang raja melihat satu pemandangan yang sangat memprihatinkan. Di sudut pasar yang kumuh dan kotor, duduk seorang pengemis yang berpakain yang lusuh sambil menadah tangan meminta sedekah.
   Raja yang masih mempunyai rasa prihatin kepada rakyatnya ini dating menghampiri sang pengemis.  Tercetus pertanyaan dari ,mulut raja: “Wahai bapa, sudah berapa lama engkau hidup seperti ini? Apa yang dapat aku berikan untuk meringgankan bebanmu wahai bapa?” “Sudah lama aku duduk disini. Betulkah tuanku dapat memberikan apa yang aku minta:”
   Hati raja terusik dengan jawapan yang seolah-olah mencabar kewibawaan sang raja. Hati yang awalnya tulus membantu kini sedikit berubah.
   “Wahai bapa” beta sengaja dating kesini untuk membantu rakyat jelata yang sangat memerlukan seperti bapa. Lalu, apa yang beta dapat berikan agar bapa tidak seperti ini?”
   Si pengemis tua membalas kata-kata sang raja, “Jazakallah khairan kathira (semoga Allah s.w.t. membalas kebaikanmu dengan banyak). Tetapi aku ingin bertanya lagi, benarkah tuanku mampu berikan apa saja yang aku inginkan?”
   Raja menjadi hilang kesabaran. Wajahnya memerah dan ketulusan hatinya mulai terusik. Suaranya mulai meninggi. “Wahai bapa tua: aku adalah raja di sini. Aku mempunyai apa yang tidak dimiliki oleh orang lain. Kalau hanya sekadar memenuhi guni sedekahmu itu, sambil memejamkan mata aku boleh melakukannya! Katakanlah!”
   “ Baiklah, lakukanlah apa yang tuanku maksudkan itu…” jawab si pengemis dengan rasa rendah hati. Pengiring raja mula memenuhkan guni si pengemis itu dengan kepingan-kepingan wang, namun sesuatu yang aneh berlaku. Sudah dua guni kepingan emas dituangkan kedalam guni si pengemis, namun masih jua tidak penuh, seolah-olah kepingan-kepingan wang tadi langsung hilang, semua yang hadir hairan melihat kejadian tersebut. 
   Sang raja tidak mahu kehilangan air mukanya, akhirnya memerintahkan bendahara untuk mengambil semua perhiasan yang dibawa dan diberikan kepada si pengemis tadi, namun raja menjadi semakin hairan kerana, wang, emas, intan dan berlian masih belum dapat memenuhi memenuhi guni si pengemis itu.
    Si pengemis hanya menatapo wajah raja dengan tenang dan tersenyum, akhirnya raja memerintahkan pengawal-pengawal untuk berhenti memasukkan harta ke dalam guni pengemis itu.
   Raja akhirnya duduk bersimpuh dihadapan si pengemis lalu bertanya. “Apakah maksud semua ini? Mengapa semua harta yang dimasukkan ke dalam guni kamu hilang dan guni kamu tetap kosong?.
   “Benar Tuanku, guni ini kosong seperti tidak ada alas dibawahnya. Setiap kali tuanku memasukkan barang kedalamnya terus hilang. Itulah ibaratnya orang yang melakukan dan memberikan sesuatu dalam keadaan sombong, dengan terpaksa, sambil merungut-rungut atau dengan 1001 lagi niat tanpa rasa ikhlas. Semuanya menjadikannya bermanfaat sedikit pun, sebanyak mana pun ia akan hilang bagaikan hilang ditiup angin.”
   “Maka, bagaimana untuk aku memenuhkan guni ini?” “Yang dapat memenuhi guni itu yakni menjadikan amal tidak sia-sia hanyalah dengan sebuah keikhlasan, tuanku”
   Apa yang dikatakan pengemis tadi lebih berharga daripada emas yang berlimpah ruah milik sang raja.
   Seorang sahabat berkata kepada Rasulullah s.a.w., “ya Rasulullah, seseorang melakukan amal (kebaikan) dengan dirahsiakan dan apabila diketahui orang dia juga menyukainya (berasa senang).” Rasulullah s.a.w. bersabda, “baginya dua pahala iaitu pahala dirahsiakannya dan pahala terang-terangan.” (Riwayat al-Tirmizi.)

Ikhlas Sebuah Perjuagan

   Allah berfirman yang bermaksud: “dan (aku telah diperintah): “Hadapkanlah mukamu kepada agama dengan tulus dan ikhlas dan jaganlah kamu termasuk golongan orang yang musyrik.” (Surah Yunus 10: 105) Meskipun perkataan ikhlas dilihat amat mudah, namun ikhlas ibarat mutiara didasar lautan yang susah untuk didapatkan.
   Sebagai seorang penuntut,sudah sejauh mana kita menerapkan ikhlas ini didalam hidup kita? Sudahkah kita ikhlas untuk mencari ilmi kerana Allah s.w.t. semata-mata? Sudahkah kita niatkan ikhlas ini jauh didadar hati kita agar kita berani untuk memberi segala kemampuan kita bukan untuk diminta balas, dipanjang dan dipuji?

   Ikhlas merupakan satu perjuagan yang bukan mudah. Demikian ungkapan petikan dari sebuah buku Inspiring for Success: “Kehidupan didunia adalang lading bagi akhirat, iaitu tempat untuk menanam, menuai, bekerja dan berjuang. Di akhiratlah kita akan memetik hasilnya. Dunia hanya persingahan dan bukanlah pengakhiran bagi sebuah perjalanan.”
   Banyak amal yang tidak diterima kerana dikerjakan dengan hati tidak ikhlas. Ikhlas merupakan kunci bagi setiap perbuatan kita, malah amal perbuantan yang kecil jikalau ia disertakan dengan niat ikhlas kerana Allah s.w.t..

   Ramai manusia yang mencari-cari kekuatan di saat goyah. Sebenarnya keikhlasan dapat memberikan kuasa atau kekuatan yang sangat dahsyat. Ikhlas dapat menjadikan seseorang manusia out tetap kuat  pada saat hujan dan badai ujian dating melanda. Dengan sebuah keikhlasan insyaallah kita dapat menjalani setiap ujian dan masaalah dengan redha.
   Masih ingatkah kita dengan Bilal bin Rabbah? Beliau dengan tabah menahan seksaan daripada tuannya yang kejam dan teguh melantunkan, Ahad,Ahad,Ahad!” meskipun dadanya dihimpit batu besar diatas pasir yang panas membakar!
   Bilal telah mengikhlaskan dirinya untuk Islam, beriman dengan tuhan yang satu iaitu Allah s.w.t. dan mengakui hanya Nabi Muhammad s.a.w. pesuruhnya. Bilal daripada seeorang hamba bertukar menjadi raja. Beliau hanya seorang muazin, istiqamah menjaga wuduk dan solat dua rakaat. Amal yang dikerjakan dengan ikhlasitulah akhirnya menjamin dirikan dirinya sebagai penghuni syurga. Subhanallah!

Iblis Juga Takut

    Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Iblis berkata: “Ya tuhanku oleh sebab engkau telah memutuskan bahawa aku sesat pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) dimuka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semua, kecuali hamba-hamba-Mu yang ikhlas antara mereka.” Allah s.w.t. berfirman: “Ini adalah kalan yang lurus, kewajiban aku lah (menjaga mereka).” (Surah al-hijr 15: 39-49)

   Siapakah hamba-hamba yang ikhlas itu sehinggakan iblis yang bersumpah akan menyesatkan mereka yang gagal untuk menyesatkan mereka? Mukhlis adalah manusia-munusia yang diberi taufik untuk turut mentaati segala pertunjuk dan perintah Allah s.w.t. mereka inilah manusia yang Berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhiratnya.
   Masaalah seberat apa pun tidak menjadikan issan-insan yang mukhlis terasa beban kerana kuasa positif daripada sebuah keihlasan akan menjaga diri kita daripada berbagai masalah. Bukankah Allah s.w.t. telah berjanji akan menjaga hamba-hambanya yang ikhlas seperti yang telah difirmankan oleh-Nya: “Ini adalah jalan yang lurus maka kewajipan akulah (menjaganya.)”

Kunci Segala Amal

   Munkin kita pernah memberikan sesuatu kepada sahabat atu teman bahkan orang terdekat dengan kita. Munkin apa yang diberikan itu merupakan harta kesayangan atau harta yang kita tidak perlukan lagi. Dan setelah memberinya, kita tidak lagi terkenang-kenang dan berharap apa yang diberikan itu dibalas dengan imbalan yang sama atau yang lebih besar.

   Di saat kita dapat melupakan apa yang pernah kita sumbangkan atau diberikan kepada orang lain, maka disitulah ikhlas bermula.
   Ikhlas bukan hanya memberi dan mengeluarkan harta, ikhlas merupakan satu sifat yang wajib dimiliki oleh setiap insan. Ikhlas ketika menerima ujian dan musibah daripada Allah s.w.t. akan membuatkan kita muhasabah diri dan mengenag kembali apa yang telah kita lakukan.
   Ikhlas menerima kehormatan dan pujian daripada orang lain membuatkan kita rasa lebih dekat kepada Allah s.w.t. atas semua nikmat yang diberikan.

   Ingatlah ikhwah sekalian! Kunci bagi segala amal adalah ikhlas. Letakkan ikhlas pada tempatnya, ikhlas menerima kritikan kerana kegagalan membuatkan kita akan berusaha dengan lebih kuat daripada orang lain.
   Namun jangan ikhlas menerima penindasan  keran tiada kati ikhlas dalam sesebuah kezaliman, Jadilah rajadihati setiap manusia. Sesiapa yang memperbaiki hubungannya dengan allah s.w.t. maka Allah s.w.t. akan menyempurnakani hubunganya dengan manusia. Sesiapa memperbaiki apa yang dirahsiakannya, maka Allah s.w.t. akan memperbaiki rahsianya.
   Semoga kita dapat menjadi hamba-Nya yang mukhlis, insyaalah

Ulasan

Catatan Popular