Kerendahan Hati Juruhujah Nabi Thabit bin Qais

Siapakah Thabit? Thabit bin Qais bin Shammas merupakan salah seorang sahabat Nabi. beliau terkenal sebagai seorang yang petah berhujah, bicaranya mempersonakan,kata-katanya tegas dan meyakinkan serta suaranya lantang dan kuat.
   Beliau juruhujah Rasulullah s.a.w Apabila beliau berhujah, beliau berhujah dengan suara yang tinggi, melebihi suara Rasulullah. Ini semua dilakukan dengan tujuan untuk memelihara dan menjaga maruah islam. Beliau berhujah dengan penuh adab bukannya bersikap biadab di hadapan Nabi. Banyak keperibadian agung yang boleh diteladani daripada insan murabbi ini.

Bimbangkan Teguran Allah

   Allah berfirman, "Wahai orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan suaramu lebih dari suara nabi,dan janganlah kamu berkata kepadanya dangan suara kerassebagaimana kerasnya (suara) sebahagian kamu terhadap sebahagian yang lain, supaya tidak hapus (pahala) amalanmu sedangkan kamu tidak menyedari." (surah al-Hujrah 49: 2)
   ketika ayat ini diturunkan, Thabit bin Qais bin Shammas r.a. hadir. Kemudian Thabit pulang ke rumahnya, menutup pintu dan menangis teresak-esak. Beliau berkata, "Demi Allah yang tidak layak disembah selain dia, aku tidak akan keluar dari rumahku ini sehingga Allah s.w.t. mengampuiku atau aku mati di rumahku ini."
   Rasulullah s.a.w. Bertanya kepada jiran Thabit,Saa'ad bin Mu'adz r.a., "wahai Abu Amru, kenapa dengan Thabit? adakah dia sedang merintih?" Sa'ad r.a berkata, "Dia adalah jiranku dan aku tidak mendengar dia merintih sekali pun."
   Lalu Sa'ad datang ke rumahnya dan mengatakan bahawa Rasulullah bertanya khabarnya. Thabit r.a. menjawab: "Ayat ini diturunkan dan kalian sudah maklum bahawa akulah orang yang paling meninggikan suara  melebihi Rasulullah s.a.w., jadi aku adalah penghuni neraka." kemudian Sa'ad r.a. memberitahu hal itu kepada nabi s.a.w., lalu baginda bersabda, "Bukan! Dia adalah penhuni syurga." (Riwayat al-Bukhari (6/46) kitab Tafsir (surah al-Hujrat) dan Muslim no.187)
   Dapat kita bayangkan, bagaimana mulianya keperibadian sahabat Thabit bin Qais r.a. ini. Dia begitu khuatir bahawa dirinya termasuk dakam kategori orang yang meninggikan suara seperti yang terkandung dalam fiman Allah di atas (surah al-hujrat ayat 2). Jika dia tergolong sebagai orang yang di gambarkan dalam ayat ini, maka banyak sekali amal solehnya terhapus tampa di sedarinya. Oleh sebab itu, dia sudah mengira bahawa dirinya termasuk penghuni neraka.
   Begitulah keperibadian seorang murbbi yang beriman, dia amat bimbang tentang urusan akhiratnya. Dia selalu bermuhasabah diri takut-takut dalam golongan yang di benci oleh Allah s.w.t. lalu mereka berhati-hati, sensitif dan sentisa memohon keampunan.

Sentiasa Merasakan Ancaman Allah Untuk Dirinya

   Sewaktu turunya ayat mulia: "Sesungguhya Allah tidak suka orang yang bongkak dan sombong." (surah Luqman 31: 18), Thabit tutup pintu rumahnya dan duduk menangis. Lama dia terlantar kesedihan begitu sahaja, sehingga sampai beritanya kepada Rasulullah s.a.w.
   Baginda segera memanggilnya dan bertanya keadaannya. Maka jawab Thabit, "Ya Rasulullah, aku senang kepada pakaian yang indah, dan kasut yang bagus, dan sungguh aku takut dengan ini akan menjadi orang yang bongkak dan sombong!" Bicaranya itu dijawab oleh Nabi s.a.w. sambil tertawa senang, "Engkau tidaklah termasuk dalam golongan mereka itu, bahkan engkau hidup dengan kebaikandan mati dengan kebaikan dan engkau akan masuk dalam syurga!".
   Thabit bin Qais seorang yang suka kepada kekemasan dan kecantikan,adakah itu termasuk dalam sifat sombong? Sabda Baginda: "Tidak. tetapi sombong itu adalah orang yang menentang kebenaran dan memperlekehkan orang lain." (Riwayat Muslim dan Tirmizi)
   Kisah ini menjelaskan kepada kita bukannya salahberpakain indah dan cantik walaupun pada diri orang murabbi. Yang salah adalah niatmenyombongkan diri dan berbangga-bangga. Malah, Islam menganjurkan kekemasan berpakain serta rupa diri yang kemasdan rapi menjadi sunah Nabi.

Mengutamakan Islam Lebih daripada Kaum

   Pada tahun datangnya utusan-utusan dari pelbagai ceruk Semenanjung Arab berkunjunglah ke Madinah perutusan Bani Tamim yang mengatakan kepada Rasulullah s.a.w., Kami datang dengan penuh rasa bangga diri menghadap tuan, maka izinlah kepada penyair dan juru bicara kami menyampaikannya." Rasulullah s.a.w. meraikan sikap mereka sambil tersenyum.Lalu baginda, "Telah kuizinkan bagi jurubicara kalian. Silakan!"
   Jurubicara mereka Utharid bin Hajib pun berdirilah dan mulai membanggakan kelebihan kaumnya. Setelah selesai, Nabi berkata kepada Thabit bin Qais, "Berdirilah dan menjawablah!" Thabit bangkit dan menjab: "Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Langit dan Bumi adalah ciptaan-Nya dan titah-Nya telah berlaku padanya. Ilmu-Nya meliputi kerajaan-Nya, tidak satu pun yang ada kecuali dengan kurniaan-Nya. Kemudian dengan kudrat-Nya, dijadikan-Nya kita golongan dan berbangsa-bangsa. Dan dia memilih daripada makluk-Nya yang terbaik seorang Rasul-Nya. Berketurunan, berwibawa dan jujur tutur katanya. Dibekalkannya Al-Quran, dibebaninya amanat. Membimbing dalam kesatuan ummah.
Dialah pilihan Allah dalam kalangan penghuni alam semesta.
   Kemudian dia menyeru manusia beriman kepada-Nya, maka berimanlah orang Muhajirin daripada kaum kerabatnya, yakni orang yang termulia keturunannya dan yang paling baik amal perbuatannya. dan setelah itu kami kaum Ansar, adlah yang pertama pula yang memperkenankan seruannya. Kami Adalah pembela-pembela Agama Allah dan penyokong-penyokong Rasul-Nya..."
   Para utusan teruja dengan pidato itu.
Tiada perlecehan terhadap kaum tertentu yang boleh memecah belahkan, sebaliknya menghargai sumbangan semua pihak yang bersatu padu memberi kekuatan dalam dakwah Islam.

Menghormati Hak Isteri yang Minta khuluk

   Segelitir masyarakat kita menganggap isteri yang mintak khuluk (mintak cerai dengan mengembalikan maharkepada suaminya) walaupun dengan sebab yang kukuh sebagai munafik, tidak mencium bau syuga dan ingkar kepada suami.
   Mari kita meneladani bagaimana penghormatan Rasul dan Thabit bin Qais terhadap wanita yang minta di ceraikan kerana bimbang terhadap urusan akhiratnya.
   Daripada Ibn Abbas r.a. bahawa telah datng isteri Thabit  kepada Rasulullah dan mengadu kepadanya: " Wahai Rasullah. Aku tidak mencerca Thabit kerana Akhlaknya dan bukan terhadap agamanya akan tetapi aku takut akan kekufuran." Rasulullah bertanya: "Adakah kamu bersedia mengembalikan kebunnya (yang berupa maharnya)?" Jawabnya: "Ya!" Lalu Nabi memanggil Thabit dan mengarahkannya, "Terimalah kebun itu dan ceraikan dia dengan satu talak." (Riwayat al-Bhukari dan Al-Nasa'i)
Thabit bin Qais akur dan hormat hak isterinya. dia menjatuhkan talak seperti yang di inginkan.

Pengajaran

a. Sebebat mana manusia, dia tidak akan terlepas salah dan silap.
b. Tuntutan (tebus talak) yang terbaik itu ialah tidak melibihi mas kahwin

Dimuliakan Rasulullah s.a.w.

Daripada Yusuf bin Thabit bin Qais bin Shammas daripada bapanya daripada datunya bahawa Nabi s.a.w. menziarahinya ketika sakit dan bersabda yang bermaksud: "Wahai Tuhan manusia, hilangkanlah sakit daripada Thabit bin Qais." Kemudian Baginda s.a.w. Mengambil tanah dari Bat-han (lembah di Madinah) ke dalam mangkunk dan di campurkan dengan airkemudian di sapukan ke atasnya. (Tahzib al-Kamal, jil. 34, hlm.553)

Pengajaran

a. Hak saudara Muslim atas saudaranya yang muslim adalah mengziarahinya ketika sakit.
b. Mendoakan  kesejahteraan kepada pesakit adalah sunah.

Terkedepan Di medan Jihad

   Thabit telah menyertai perang Uhud bersama Rasulullah s.a.w. dan peperangan-peperangan penting selepas itu. Dalam peperangan-perangan menumpaskan orang murtad, dia akan berada di barisan hadapan dengan penuh gagah berani.
   Dalam perang Yamamah, Thabit menyaksikan berlakunya serangan mendadak yang di lancarkan oleh tentera Musailamahal-Kazzab terhadap tentera Muslin diawal pertempuran.

Suara Aneh Ketika Kewafatanya

   Uddullah bin Ubaidillah al-Ansari bercerita, " Aku ikut mengguburkan Thabit bin Qais r.a. Yang gugur dalam Perang Yamamah. Ia adalah jurubicara kaun Ansar. Nabi s.a.w. pernah mengatakan bahawa ia termasuk ahli syurga. Ketika kami memasukkan jenazah Thabit di dalam liang lahad, kami seakan-akan mendengar Thabit berkata, 'Muhammad adalah utusan Allah,Abu Bakar adalah orang yang di percayai, Umar itu seorang Syahid, dan Uthman itu seorang yang baik lagi penyayang.' Kami mendegar ucapannya itu secara langsung, padahal ia sudah menjadi mayat." (diriwayatkan oleh al-Baihaqi dan pengarang kitab al-Syifa'. Rujuk Mukhtasar Tarikh Dimasyq, jil. 1, hlm. 2195)

Ulasan

Catatan Popular