Apakah Hukum Memberi Salam? Sunat, Harus, Makruh, Wajib, atau Haram?

Oleh: ust. salman maskuri


Umum mengetahui hukum memulakan salam adalah sunat. Dalil-dalilnya juga telah banyak kita temui. Menjawab salam pula hukumnya wajib. Tetapi disana terdapat beberapa tempat yang tidak disunatkan kita memberi salam dan tidak wajib menjawab.

Telah dinukilkan dalam kitab “ghizaul albab” karangan As-safarini jilid 1 m/s 242. Dimakruhkan memberi salam kepada beberapa kumpulan diantaranya:

  • Orang yang berwudhuk ( ketika sedang mengambil wudhuk )
  • Orang yang sedang berada didalam tandas
  • Orang yang sedang makan dan minum
  • Orang yang sedang berperang
  • Orang yang sedang membaca al-quran @ berdoa
  • Orang yang sedang berzikir dan bertalbiah ( ketika haji dan umrah )
  • Orang yang sedang mengajar,berkhutbah dan memberi nasihat
  • Orang yang mendengar khutbah dan nasihat.
  • Orang yang sedang azan dan iqamat.
  • Orang yang sedang qada’ hajat.
  • Orang yang sedang bersama isteri (jima’)
  • Orang yang sedang iqamat
  • Orang yang sedang mabuk.
  • Orang yang sedang sibuk dengan urusan qadhi
  • Orang yang sedang solat
  • Orang gila
  • Kanak-kanak
  • Orang yang mengantuk @ sedang tidur
  • Orang yang sedang dalam urusan penghakiman
  • Salam pemuda kepada pemudi @ sebaliknya yang ditakuti membawa fitnah
  • Sesiapa yang memberi salam ditempat yang tidak sepatutnya maka tidak wajib jawab…

Haram menjawab salam dalam solat dan batal solatnya.

Haram bagi seorang lelaki memberi salam kepada perempuan ( yg bukan mahram ) yang cantik yang boleh menimbulkan fitnah…jika diberi salam haram bagi perempuan tersebut menjawab salam begitu juga haram perempuan memberi salam kpada lelaki…jika lelaki menjawab maka hukumnya makruh.Sekiranya perempuan tua yang tidak mendatangkan fitnah, harus dia memberi salam kepada lelaki dan wajib lelaki menjawab salamnya.Boleh bagi lelaki memberi salam kepada sekumpulan perempuan begitu juga boleh bagi sekumpulan lelaki memberi salam kepada seorang perempuan.Ini semua sekiranya tidak menimbulkan fitnah samada kepada lelaki dan perempuan.

Ulasan

Catatan Popular