Poligami Rasulullah Bukan Sunnah Untuk Semua Lelaki


 

Apabila bercakap soal poligami, pasti semua lelaki teruja. Pada masa yang sama, perempuan pula membisu tidak mahu masuk campur. Dalam hati mereka bermonolong: "Nak ikutkan sunnah konon, tetapi dalam perkara yang lain tidak mahu ikut sunnah pula."

   Benarkah poligami itu sunnah Rasulullah? Ya, berdasarkan pengertian sunnah. Atau dengan kata lain, sunnah ialah perjalanan Rasulullah s.a.w. bermula dari bangun tidur, bekerja, makan dan minum, beribadah, berkeluarga, berehat sehinggalah tidur semula.

   Oleh sebab poligami termasuk dalam munakahat (fiqah perkahwinan dan kekeluargaan), maka benarlah poligami satu sunnah Rasulullah s.a.w.. Tetapi tahukah kita mengapa baginda menjalankan kehidupan berpoligami? Munkin inilah jawapan kepada persoalan mengapa wanita masa kini tidak suka kalau suami mereka berpoligami. Mereka sebenarnya yakin suami mereka tidak boleh berlaku adil seperti Rasulullah s.a.w.

   Sebelum kita mendalami persoalan ini, saya ingin mengajak anda merenung dalam-dalam, mengapa Rasulullah s.a.w. tidak berpoligami semasa khadijah r.a.h. masih hidup? munkin ada yang memberi jawapan mudah, kerana belum ada wahyu yang mengarahkan Rasulullah berbuat demikian. Kalau jawapan ini dianggap benar, mengapa pula Rasulullah melarang Ali r.a. berpoligami semasa Fatimah r.a.h. masih hidup?

   Jelas di sini, poligami bukan semudah 123 atau ABC. Jadi, marilah kita renungi dalam-dalam agar dengan itu, lelaki tidak terlalu mudah mengambil keputusan untuk berpoligami dan wanita pula tidak semudah itu menentang poligami. Ketika itu, semua pihak akan faham siapa yang layak dan siapa pula yang tidak layak berpoligami.

Poligami Rasulullah

   Semasa Rasulullah hidup bersama-sama khadijah r.a.h, Baginda bahagia walaupun isterinya 15 tahun lebih tua daripadanya. Baginda bahagia kerana keperluan hidupnya, kerja dakwahnya dan juga masa mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. terjamin. Khadijah r.ah. yang menyempurnakan semua itu.
 
   Namun selepas Khadijah r.ah. meninggal dunia, semua keperluan Baginda sudah tidak seperti sebelumnya. Tatkala Baginda lapar, tiada lagi yang menghidangkan makanan untuk Baginda, Tatkala kedinginan, tiada lagi yang menyelimutkan-Nya. Tatkala keletihan, tiada lagi yang menghiburkan-Nya. Malah ancaman Quraisy semakin menjadi-jadi.

   Setelah tiga tahun menduda dan menguruskan kehidupan sendirian, Rasulullah s.a.w. akhirnya mengahwini Sawdah binti Zam'ah. Itupun untuk melindunginya setelah Sawdah r.ah. kematian suami sebaik pulang dari Habsyah. Walaupun Sawdah r.a.h. ketika itu sudah berusia 66 tahun, tidaklah jauh berbeza dengan khadijah r.ah. namum keperluan Rasulullah dalam tiga perkara di atas masih tidak terjamin, Semuanya tidak sama seperti yang diurus oleh Khadijah r.ah.

   Untuk menghiburkan hati Rasulullah s.a.w. Abu Bakar r.a. menawarkan anaknya Aisyah r.ha. untuk dijadikan isteri Baginda. Bagi menghormati sahabatnya yang paling baik dan akrab, maka Rasulullah s.a.w. menerima tawaran itu dan terus mengadakan akad nikah sebelum peristiwa hijrah. Mereka hanya hidup bersama setelah berhijrah. Di samping itu, Rasulullah s.a.w. juga mengahwini Aisyah r.ha. disebabkan wahyu ari Allah s.w.t.

   Di sinilah bermulanya kehidupan berpoligami bagi Rasulullah s.a.w. Walaupun sudah mempunyai dua orang isteri, kebaikan Khadijah r.ha. masih segar dalam ingatan Baginda. Ini bermakna Khadijah r.ha. terlalu istimewa dan tidak ada pengantinya.

Tujuan Rasulullah s.aw. Berpoligami

   Berdasarkan perkahwinan Rasulullah di atas, kita dapat membuat kesimpulan bahawa poligami yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. sangat berkait dengan faktor sosial dan kebajikan. Bukankah Rasulullah s.a.w mengahwini Sawdah binti Zam'ah r.ha. untuk membela kebajikannya kerana beliau sudah kematian suaminya? Bukan itu sahaja, kaum kerabat Sawdah r.ha. adalah orang musyrik. Bayangkan kalau Sawdah r.ha. yang ketika itu berusia 66 tahun terbiar, sudah tentu keislamannya terancam.

   Dari sudut sosial pula, Rasulullah s.a.w. berkahwin dengan Asiyah r.ha. dan Hafsah r.ha. sebagai penghargaan kepada orang tua mereka yang sangat membantu baginda iaitu Abu Bakar al-Siddiq r.a. dan Umar al-Khattab r.a. Begitu juga perkahwinan Baginda dengan Ummu Salamah yang turut serta dalam penghijrahan ke Habsyah dan Madinah. Sewaktunya suaminya (Abu Salamah) meninggal dunia, anak-anak Ummu Salamah masih kecil dan memerlukan pembelaan dan didikan.

   Selain itu, poligami Rasulullah s.a.w. juga ada kaitan dengan politik dan dakwah. Contohnya, selain memiliki sifat terpuji dalam kangan yang terawal memeluk agama Islam, Ummu Salamah r..ha. juga dari kalangan orang kenamaan. Rasulullah s.a.w. mengahwininya untuk menguatkan ikatan kasih sayang antara kerabat dan kabilah isteri isterinya supaya mereka memeluk Islam.

Kebaikan Poligami

   Berdasarkan tujuan Rasulullah berpoligami itu, kita dapat melihat banyak kebaikannya malah menjadi penyelesaian kepada pelbagai masaalah masyarakat. suami dan isteri memperolehi kebaikan.

   Bagi suami, mereka perlu berusaha untuk bersikap adil kepada isteri-isterinya. dalam hal ini, seorang suami yang sering kali sakit dan mengalami kesukaran untuk keluar mencari rezeki tidak wajar mengimpikan berpoligami kerana dia tidak dapat menanggung isteri-isterinya dengan adil.

   Jadi, mana-mana suami yang berniat hendak berpoligamiperlu mempersiapkan diri dengan sifat dan sikap adil serta sihat tubuh badan. Manakala bagi isteri pula, mereka tentu akan mendapatkan hak masing-masing daripada suaminya. Dalam soal ini, suami tidak boleh mengurangkan nafkah seorang isterinya dengan alasan isteri mempunyai sembur kewangan sendiri, apatah lagi mengurangkan nafkah isteri pertama dengan alasan terpaksa berkongsi isteri yang baru.

    Apabila suami dapat berpegang kepada prinsip adil yang sebenar, pasti dia akan mengadili giliran isterinya tanpa mengira sama ada mereka gadis atau janda, muda atau tua, tidak juga mengambil kira taraf pendidikan. semuanya mempunyai hak yang sama rata sebagai isteri. Ketahuilah bahawa sifat adil suami ini akan menjadi penentu sama ada bahagia poligami atau sebaliknya.

   Dengan itu, isteri-isteri akan tenang malah boleh mengelak daripada berlaku pertengkaran atau saling cemburu antara mereka. mengenai susunan giliran, sebenarnya banyak memberi kebaikan kepada isteri terutama pada aspek penjagaan kesihatan kerana sewaktu ketiadaan suami, mereka boleh membuat rawatan dan mendapat kerehatan yang cukup. Pada waktu yang sama, mereka berpeluang memperbanyakkan ibadah terutama pada waktu malam. Tidakkah ini satu kebaikan buat si isteri?

Kesalahan poligami sekarang

   Amalan poligami sekarang didapati tidak menepati sunnah Rasulullah s.a.w. malah tujuan mereka berpoligami  langsung tidak sama dengan tujuan Rasulullah s.a.w. berpoligami. Sebagai bukti, cuba senaraikan 10 tujuan poligami cuba padankan dengan poligami yang diamalkan masyarakat kini. Apa yang jelas, untuk menyelesaikan masaalah keperluan seks sahaja.

   Selain itu, poligami yang diamalkan pada hari ini banyak menimbulkan masaalah, bukan menyelesaikan masaalah. Berdasarkan itu, disarankan kepada para suami agar memastikan terlebih dahulu sama ada diri layak untuk berpoligami  atau tidak berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Islam.

   Di negara kita, selain suami mesti adil seperti yang ditetapkan oleh syariat, suami yang hendak berpoligami juga perlu mendapat kebenaran daripada hakim mahkamah syariah. Syarat itu digubal bagi melindungi hak wanitayang terlibat dalam institusi kekeluargaan poligami. Harus ingat syarat ini bukan untuk menyusahkan amalan poligami.

   Dalam hal ini, wanita yang ditawarkan poligami harus sedar sudah ramai yang terpedaya dengan pujukan lelaki. Mereka tidak mematuhi syarat di atas tetapi memilih untuk melakukan pernikahan di selatan Thailand. Kesannya perkahwinan dengan wanita terbabit berakhir dengan penganiayaan. Tetapi kebanyakan mereka tidak menyedari keadaan itu, lalu menyesal di kemudian hari.

   Oleh sebab itu, umat Islam baik lelaki mahupun wanita terutama yang sudah berkahwin diharap meniliti sunnah Rasulullah s.a.w. ini sepenuhnya. Namun perlu di ingat, tidak semua lelaki layak berpoligami selagi mereka tidak mengikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Kuncinya, kalu anda tidak layak bagaimana keadilan boleh di tegakkan?

WallahHualam...  

Ulasan

  1. Rosullullah bkan seorang poligamer bliau hanya stia pd satu istri Siti Khodijah r.a.
    Bliau lama menduda antara10-14thn (yg saya tahu )lalu menikah dgn Saudah krn bliau dtinggal mati oleh suaminya.dan saudah adlah mualaf.dan takut pulang kpd orgtuany takut dsuruh mlepaskan islam.tkt dzolimi. Mka untk mlindungi bliau dnkahilah saudah yg65thn itu.kmdn menikah dg aisah atas permintan abu bakar juga krn daya hafal aisah tnyam dgunakan aisah untuk kemashlahatan umat yaitu untk mengabadikan hadis2.sunah2 Rosullullah SAW.trbukti smpai skrg Aisyah ra bnyk mriwayatkan hadist2.dn sunnahny.saudah pun sgat stuju Rosullullah menikah lg dgnya dn slbihny istri2 bliau adalah janda tua yg sudah smstiny ditolong Rosullullah brpoligami bkan untk nafsu biologisnya. Hnya ingn menolong para janda tua.seandainya Khodijah msh hdup mgkn hnya Khodijah sja yg menjdi istri bliau.maf menambahkan

    BalasPadam
  2. Assalam.
    Daripada catatan di atas, saya rasa hala tuju tulisan tuan seolah-olah poligami adalah sesuatu yang lebih kepada negative, dan mungkin tidak releven untuk dipraktiskan zaman sekarang. Adakah tuntutan ini berbeza dari masa dulu dengan masa sekarang.

    Bagaimana pula dengan golongan yang menolak poligami ini bulat-bulat hanya berdasarkan nafsu dan perasaan semata seolah2 poligami ini adalah sesuatu yg sgt buruk, tampa bersandarkan kepada syarak dan asas ilmu Islam. Sedangkan poligami ni adalah sesuatu yg di halalkan oleh ALLAH dan termaktub dalam Al Quran. Takut2 boleh membatalkan akidah.

    Mohon pencerahan sangat2.....

    Wallahu'alam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumslam....tentang soalan tuan yg pertama...adakah poligami masih releven? pendapat saya ya....hukum islam sentiasa releven setiap masa tapi persoalannya adakah kita mampu untuk menjalankan tanggung jawab kepada isteri-isteri...contohnya dalam islam isteri yg pertama mendapat baju yg berharga RM100 maka isteri yg kedua pon mesti la mendapat baju yg sama harganya, jika tidak mampu maka tidak boleh lagi berpoligami, si suami mesti la mampu dari segi zahir dan batin...

      Allah berfirman dalam Al-quran

      Nikahilah wanita-wanita (lain) yang kalian senangi masing-
      masing dua, tiga, atau empat, kemudian jika kalian takut
      tidak akan dapat berlaku adil, kawinilah seorang saja atau
      kawinilah budak-budak yang kalian miliki (hamba). Yang demikian itu
      adalah lebih dekat pada tindakan tidak berbuat aniaya. (QS
      an-Nisa’ [4]: 3).


      Soalan yang kedua hukum org yg menolak hukum poligami

      Apabila ada orang yg menolak hukum poligami maka dengan sendiri dia menolak hukum yang telah di tentukan oleh Allah s.w.t.

      Apabila seseorang itu mengharamkan benda yang di halalkan dan menghalalkan benda yang di haramkan oleh allah, maka dengan sendiri islamnya tergugur tanpa di sedarinya

      sepertimana Allah berfirman, “Dan janganlahkamu mengucapkan dusta yang disebutkan oleh lidah lidah kamu, ini halal dan ini haram, untuk kamu ada adakan dusta atas nama Allah; sesungguhnya orang orang yang mengada adakan dusta atas nama Allah tidak akan beruntung. Itu hanyalah kesenangan yang sedikit, tetapi bagi mereka ada azab yang pedih (A Nahl116-117)

      Wallahhu A"lam

      Padam
  3. Jazzakallahukhair..Masya Allah..debat poligami yg menarik wanita mmbacanya

    BalasPadam
  4. Kalau yg tak baik syaitan tak peduli.Tapi kalau yg baik syaitan berhabis untuk menghalangnya. Dunia ini ujian

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular