Cubaan Orang Yahudi mencuri jasad Rasulullah S.A.W

Peperangan antara orang islam dengan orang kafir kristian dikelanali sebagai perang salib. Ianya berlangsung begitu lama di mana kemenangan dan kekalahan silih berganti pada kedua belah pihak. Umat islam telah berjuang habis-habisan menentang pihak musuh. Segala kekuatan dikerahkan kerana itulah kesempatan yang paling baik untuk memperolehi di medan perang. Raja-raja dari semua kerajaan islam memberikan sokongan 


padu pada setiap panglima perang yang tampil memimpin pahlawan islam.
Salah seorang yang banyak berjasa dalam perang salib ini adalah SULTAN NURUDDIN ZANGKI (ZENGGI) berbagsa kurdi. Beliau diputerakan dalam tahun 118 masihi dan meninggal dunia pada tuhun 174 masihi. Baginda terkenal dengan sifat warak, taqwa dan adil. Disebabkan keadilan itulah beliau digelar Malikul Adil ( Raja yang adil).

Pada waktu malam, beliau sering bangun malam untuk bersolat tahajjud untuk berdoa agar rakyatnya hidup bahagia. Seluruh kekuatan yang dimilikinya adalah untuk menentang serangan tentera salib agar tidak dapat menjajah Negara islam. Beliaulah yang membentangkan jalan kepada Salahudddin al Ayyubi, panglima perang salib di pihak tentera islam sehingga Berjaya membebaskan bumi palestin dari cengkaman kaum salib..

Beliau sering tenang dan gembira melaya semua rakyat dan menteri-menterinya. Sekalipun Negara dalam keadaan darurat perang kerana beliau sudah bermimpi berjumpa Rasulullah s.a.w pada suatu malam. Dalam mimpi itu Sultan Nuruddin melihat Rasulullah S.A.W dalam keadaan gembira. Menandakan perjuangan jihad kaum muslimin yang dipimpinya berhasil.

Suatu hari Malikul Adil kelihatan tidak seperti biasa. Kali ini baginda Nampak risau seolah-olah ada yang tidak kena pada dirinya. Menteri-menterinya menyedari hal itu. Namun mereka tidak berani bertanya. Kerisauan dan kegelisahan itu berpunca daripada mimpinya pada beberapa hari yang lalu. Mimpi itu sangat mengerikan dan sukar ditafsirkan. Dalam mimpinya itu, beliau memakai baju yang cantik bergemerlapan dan berada di hadapan Rasulullah. Rasulullah memegang tangan Nuruddin dan menunjukkan dua orang lelaki yang berada di hadapanya dan bersabda:

 kenalilah aku, dan bebaskan aku dari dua orang itu!”

Nuruddin terbangun namun wajah Rasulullah dan dua orang lelaki itu kelihatan jelas kelihatan di hadapan seperti bukan mimpi. Wajah kedua lalaki itu kemerah-merahan. Tidak seorang pun diberitahu tentang mimpi itu dan beliau yakin bahwa yang dating itu benar-benar Rasulullah s.a.w. banginda sendiri pernah bersabda:

siapa melihat aku dalam mimpi, sama ertinya melihat aku waktu bangun kerana syaitan tidak akan datang menyerupai aku

Keyakinan Raja Nuruddin akan kesahihan mimpinya itu dikuatkan lagi oleh mimpinya yang terdahulu berhubungan dengan peperangan. Tetapi mengapa kali ini baginda kelihatan sedih? Dan siapakah lelaki yang ditunjukkan oleh Rasulullah?

Ah… ini tentu ada yang tidak kena pada keperibadian baginda yang mulia atau aka nada sesuatu yang mengancam maruah umat islam

**********************************************************************************

Dalam seminggu lamanya dia memikirkan hal itu dengan hati yang risau. Tiba-tiba mimpi itu berulang lagi. Peristiwanya seperti mimpi yang dahulu dan Rasulullah memanggil-manggil Nuruddin lagi:

 “kenalilah aku, dan bebaskan aku dari dua orang itu” 

beliau terkejutdan terjaga kemudian terus berwuduk untuk solat tahajjud dan berzikir sebanyak-banyaknya di malam yang sunyi itu.

Disebabkan terlalu lama berzikir, baginda tertidur dalam duduk dan wajah Rasulullah menjelma lagi. Dalam masa yang tidak berapa lama itu, sudah tiga kali beliau berjumpa Rasulullah dalam keadaan yang muram..

“perkara ini benar-benar serius aganya dan tdiak boleh aku simpan seorang sahaja” 

Inilah Tempat Rasulullah s.a.w. Disemadikan

apabila beliau tergerak hati untuk memanggil orang kepercayaannya, beliau teringat sabda nabi, “apabila seseorang bermimpi buruk , janganlah diceritakan kepada sesiapa pun. Insyallah tidak akan terjadi apa-apa.” Nuruddin berfikir sejenak, adakah beliau sanggup menyimpan mimpi itu seorang diri. “tidak, mimpi itu sudah tiga kali datang, dan yang datang pula adalah manusia yang paling mulia”
Selepas solat subuh Raja Nuruddin memanggil seorang menteri kepercayaanya, Jamaluddin Al Mushly. Lalaki itu sangat warak, taqwa dan amanah seperti Rajanya juga. Oleh kerana itu, dialah satu-satunya orang yang dipanggil oleh Nuruddin untuk menceritakan tentang mimpinya. Raja Nuruddin yang yakin, menterinya itu bersifat Amanah tidak akan membocorkan rahsianya itu…

Hari masih terlalu pagi, suasana masih gelap, kedengaran kokokan ayam silih berganti dan waktu kerja pun masih lambat lagi. Namun menteri Jamaluddin sudah berangkat ke istana Negara kerana menjujung titah.

“engkau adalah orang yang paling ku percayai untuk menyimpan rahsia Negara selama ini. Oleh kerana itu aku tidak merasakan ragu lagi menceritakan mimpi ini kepadamu lagi” 

Jamaluddin mendegar dengan serius dan dia sendiri turut merasa gerun mendengarkan cerita Rajanya, kemudia jamaluddin berkata, “ini memang mimpi yang benar wahai tuanku, kerana syaitan tidak akan dapat menyeruapai Rasulullah.
 betul tu, aku pun berasa demikian. Kata Raja Nuruddin menyokong pendapat Jamaluddin. Raja Nuruddin bertanya, “jadi, agaknya apakah pendapatmu tentang mimpi ku ini?” Jamaluddin menjawab. “menurut pendapat saya, ada rancangan jahat orang tertentu yang ditujukan kepada Rasulullah, dan Rasulullah tidak menyenanginya, dan tuanku diberi tugas untuk menggagalkan rancagan jahat itu.”
Nuruddin seolah-olah dikeluarkan dari kebuntuan setelah mendengar tafsiran daripada Jamaluddin itu. Beliau percaya bahawa pendapat menterinya itu benar. 

Raja Nuruddin berkata:
  pendapatmu betul, sekarang kemana dan bagaimana kita mesti mencari dua lelaki yang ditunjukkan oleh Rasulullah itu?

 Jamaluddin mengajukan Usul: bagaimana kalau tuanku pergi ke madinah terlebih dahulu. Disana tuanku dapat berdoa di makam Rasulullah yang mulia, memohon petunjuk daripada Allah disisi kubur hambanya yang dikasihi. Mudah-mudahan di sana tersingkap rahsia mimpi tuanku.”

Semua persediaan dan bekalan segera disiapkan, maka pada hari yang telah ditetapkan, beribu-ribu rakyat berpusu-pusu di hadapan istana untuk mengucapkan selamat jalan kepada raja mereka yang dihormati.

 Raja Nuruddin berangkat bersama-sama beberapa orang pegawai tinggi menuju ke Madinah. Di setiap kampung yang dilaluinya, beliau merasa puas dapat berjumpa dengan berbagai lapisan rakyatnya begitu juga dengan rakyat yang merasa gembira bertemu dengan raja yang berjiwa rakyat dan sentiasa tersenyum kepada semua rakyatnya.

Namun di sebaliknya ada perasaan risau dan ngeri yang sentiasa menghantui beliau.Tidak sesaat pun wajah kedua  lelak idi dalam mimpinya itu hilang ,dari pandangan beliau. 

Beliau juga dapat menggambarkan dengan jelas perawakan kedua lelaki itu baik dari bentuk wajah,mata,susunan gigi,mulut ,janggut bahkan kesemua seluruh  badan kedua mereka.Kalau kedua lelaki itu melintas di hadapan Baginda sudah pasti akan ditangkapnya. Disebabkan Beliau asyik memikirkan tentang kedua.

lelaki tersebut,kadang kadang beliau terpisah dari rombongannya. Namun beliau tidak berputus asa untuk mencari kedua lelaki itu, secara bersendirian. Beliau mengembara diantara bukit-bukit. Para pegawai tidak berani menegur apa-apa, sebaliknya hanya memerhatikan sahaja raja mereka dari jauh. Hanya menteri Jamaluddin sahaja yang sesekali mengingatkan beliau apabila beliau terpisah jauh dari rombongan.......

Setelah beberapa hari pejalanan, rombongan itu pun sampai di sempadan, Jamaluddin memberitahu: “tuanku, sekejap lagi kita akan memasuki kota Rasulullah s.a.w… oleh itu, bersiap sedialah tuanku” Raja Nuruddin berkata:

 “apakah cara yang harus aku lakukan untuk memasuki kota yang mulia itu?” 

Jamaluddin berakta:  “pertama, hendaklah tuanku mandi dan bersuci, kemudian masuklah ke masjid Quba’ dan bersolat tahiyatul masjid, ini adalah untuk menghormati masjid yang dibina dengan tangan Rasulullah s.a.w sendiri”  Raja dan rombongannya mengikut arahan Jamaluddin.
Setelah selesai mengerjakan solat di masjid Quba’, rombongan raja menuju ke taman raudhah. Di taman yang mulia itulah jenazah Rasulullah s.a.w. bersemadi. Perasaan mereka yang berada di hadapan tempat jenazah baginda  Rasulullah s.a.w. desemadikan adalah amat berlainan sekali. Mereka berasa seolah-olah berada di satu alam yang lain. Di kesempatan ini Raja Nuruddin berdoa dengan penuh khusyuk kepada Allah sehingga mengalir air mata, berdoa agar Allah merungkai permasalahan yang dihadapinya…

Wajah Rasulullah semakin jelas di mata Nuruddin seolah-olah Rasulullah menghulurkan tangan untuk bersalaman. Beliau terdengar suara dekat telinganya yang berbunyi 

“kenalilah aaku, dan bebaskan aku dari kedua lelaki ini”

Setelah berdoa dengan penuh khusyuk, baginda seolah-olah dapat menyingkat tafsir mimpinya. Allah telah memberikan petunjuk kepadanya. Beliau segera memanggil gabenor madinah dan berkata:
“beta mahu kamu kumpulkan semua penduduk madinah, beta ingin bersalaman dengan mereka”

********************************************************************************

Gabenor madinah itu berkata: “baik tuanku, segala titah tuanku akan patik laksanakan”. Gabenor madinah pun segera menyampaikan pesanan raja kepada penduduk madinah dan penduduk yang berhampiran kota madinah. Setelah berita itu disampaikan, maka orang ramai bersama seisi keluarga pergi ke dewan orang ramai dengan persasaan gembira. Tidak seorang pun yang tertinggal. 

Mereka yang tau dan uzur diusung sehingga banyak sekali usungan yang kelihatan dalam perjalanan menuju ke dewan orang ramai itu. Setelah raja Nuruddin sampai di dewan orang ramai, maka beliau pun memandang kepada rakyat sebagai penghormatan. Mata raja Nuruddin mencari-cari wajah yang pernah muncul dalam mimpinya yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.

Berkata gabenor Madinah kepada penduduk kota Madinah dan sekitarnya:

Atas perintah Raja Nuruddin, semua rakyat Madinah dan kawasan yang berhampiran denganya, sama ada lelaki atau wanita, tua atau muda dari berbagai jenis agama dikehendaki hadir di dewan orang ramai, kerana baginda Raja Nuruddin hendak bertemu dengan semua penduduk di sini.

Setelah berita disebarkan maka orang ramai bersama seisi keluarga segera pergi ke dewan orang ramai dengan perasaan gembira, tidak seorang pun yang tertinggal. Mereka yang tua dan uzur diusung sehingga banyak sekali usungan yang kelihatan dalam perjalanan menuju ke dewan orang ramai. Apabila seluruh penduduk kota Madinah telah berkumpul, gabenor Madinah pun melapurkan kepada Raja: “Tuanku, semua rakyat telah berkumpul dan mereka sedang menunggu kehadiran tuanku.”

 Berkata Raja Nuruddin: 

“Apakah kamu yakin bahawa semua rakyat telah datang untuk bersalaman dengan saya?” 

Berkata gabenor Madinah. “Insya Allah.” Setelah Raja mendengar penjelasan dari gabenor, Madinah, maka Raja pun segera pergi ke tempat orang ramai yang sedang menunggunya. Wajah kedua lelaki yang datang dalam mimpinya semakin mencabar di hadapannya.

Setelah baginda Raja sampai di tempat dewan orang ramai, maka baginda pun memandang kepada rakyat sebagai penghormatan. Mata Raja Nuruddin sentiasa mencari - cari wajah yang menjadi buruannya, tetapi tidak juga kelihatan. Raja Nuruddin semakin risau, beliau duduk sekejap dan berbincang dengan pegawai-pegawai dari Madinah. 

Berkata Raja, Nuruddin: 

“Apakah masih ada rakyat yang melepaskan peluang untuk bertemu dengan saya? Cuba siasat sekali lagi.”

Kemudian para pegawai dari kota Madinah berbincang sesama mereka, mereka cuba mengingati wajah - wajah yang tidak hadir. Tiba-tiba seorang pegawai berkata dengan serius dan bersemangat: “Betul tuanku, hamba ingat masih ada dua orang kenamaan di Madinah yang tidak hadir di sini, mungkin kedua mereka tidak mendengar berita tentang ketibaan baginda tuanku ke sini.”

Raja Nuruddin berkata: 

“Di mana mereka berada, dan siapakah mereka itu?” 

Denyutan jantung Raja Nuruddin semakin cepat, tetapi beliau menahan perasaannya. Orang yang mengenali kedua lelaki itu berkata: Mereka berdua adalah ahli tasawwuf dan ahli hikmah, sangat wara’ dan sangat banyak ibadahnya, sesiapa sahaja yang pergi kepada mereka akan menerima fatwa - fatwa yang menyejukkan dan menerima sedekah. Dan kedua mereka juga adalah dermawan dan telah banyak sekali membantu fakir miskin.” Raja Nuruddin sangat tertarik dengan huraian pegawainya dan beliau berkata: “Saya ingin sangat untuk bertemu dengan kedua mereka, jemputlah mereka sekarang juga.”

NURUDDIN AKHIRNYA BERTEMU DENGAN SUSPEK
                                      Didalam Masjid Inilah Terdapat Makam Rasulullah s.a.w.

Tidak berapa lama kemudian kedua mereka itu pun datang ke dewan orang ramai setelah diundang. Kedua mereka berjalan dengan tunduk dan tawadhu’, sementara mulut mereka tidak berhenti - henti berzikir kepada Allah SWT. Apabila kedua mereka berdiri di hadapan Raja Nuruddin, Raja Nuruddin terperanjat kerana kedua mereka itulah yang muncul dalam mimpinya. Dalam hati Raja Nuruddin berkata: 

Demi Allah orang inilah yang datang dalam mimpiku.” 

Walaupun kedua mereka itu berada di hadapan beliau, beliau belum pasti sama ada beliau bermimpi atau tidak, lalu beliau menggosok kedua biji mata beliau dan dibukanya mata beliau terang - terang. 

Ternyata kali ini beliau tidak mimpi, beliau kini berada betul - betul di hadapan orang yang menjadi buruan beliau. Raja Nuruddin memandang mereka dari semua segi, dari segi bentuk muka mereka, susunan gigi, mata dan lain-lain. Akhirnya beliau meyakini dengan seratus peratus bahawa memang sah kedua lelaki itulah yang muncul dalam mimpinya.

 Kalau ikutkan hati Raja Nuruddin hendak ditanya sahaja: “Siapakah kamu berdua ini.” Raja Nuruddin bertambah hairan melihat kedua mereka, ini adalah kerana kedua mereka itu begitu khusyuk dan tawadhu’, gerak-geri mereka tidak sedikit pun mencurigakan.

Segi rambut pula ikkut sunnah, serban pula ikut cara Rasulullah. Sewaktu bersalaman menunjukkan adab seorang alim dan ahli tasawwuf, tutur katanya pula penuh hikmah dan selalu berasaskan Al-Quran dan Al-Hadith. 

Tetapi mengapa Rasulullah minta dibebaskan dari dua orang itu? Apakah dosa yang telah diperbuat oeh keduanya?

Begitulah pertanyaan yang keluar dari hati Raja Nuruddin. Beliau hairan dan tidak tahu apa yang hendak dibuat, namun demikian tidak seorang pun yang dapat membaca perasaan Raja Nuruddin. 

Raja Nuruddin serba salah kerana orang ramai mengenali kedua mereka sebagai orang yang alim dan menunjukkan sikap yang penuh tasawwuf, baginda Raja juga menghormati kealiman dan ketasawwufan mereka. Oleh kerana Raja Nuruddin tidak dapat membuat apa-apa keputusan maka majlis pada hari itu bersurai setelah baginda Raja bersalam dengan semua rakyatnya seperti yang dijanjikan. 

Setelah majlis perhimpunan yang pertama selesai, orang ramai pun bersurai dan mereka merasa puas hati kerana dapat bersalam dengan Raja mereka. Gebenor Madinah merasa sangat gembira kerana majlis itu mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan. Satu-satunya orang yang tidak puas hati ialah Raja Nuruddin, kerana teka-teki yang menghantuinya belum terjawab.

Selepas menunaikan solat Raja Nuruddin beristighfar dan berzikir banyak - banyak, kemudian beliau berdoa dengan doa yang amat panjang, dalam doa tersebut beliau meminta petunjuk yang lebih jelas dari Allah S.W.T. Ketika Raja Nuruddin duduk bersendirian, lalu datang menterinya Jamaluddin dengan berkata: “Wahai tuanku, sudahkah tuanku jumpa dengan dua lelaki yang tuanku cari itu?” Berkata raja Nuruddin:

 “Ya, sudah.” 

Jamaluddin bertanya: “Yang mana satu tuanku? Berkata Raja Nuruddin: “Jemputan yang terakhir sekali, saya pasti itulah orang yang ditunjuk oleh Rasulullah SAW dalam mimpiku.” Jamaluddin diam sambil mengangguk-anggukkan kepalanya, pertanda dia sedang memikirkan sesuatu. Berkata Raja Nuruddin:

 “Tapi yang peliknya saya tidak dapat sesuatu yang mencurigakan pada diri mereka itu, keadaan keduanya memang seperti yang diceritakan oleh orang. Akhlaknya, gerak-gerinya dan tutur katanya semuanya menggambarkan keperibadian Rasulullah SAW. Inilah yang membuat saya rasa pelik sangat, entah dosa apa yang telah mereka lakukan?”

Setelah Jamaluddin mendengar kata - kata Rajanya maka dia pun berkata: “Tuanku, ketahuilah bahawa seseorang yang pada zahirnya menunjukkan baik, segalanya mengikut cara Rasulullah SAW belum tentu hatinya baik. Boleh jadi ia hanya berpura-pura supaya orang ramai tidak mencurigainya, padahal dia adalah musuh yang jahat.

Berkata Raja Nuruddin:

 “Betul katamu itu, kerana memang ramai orang-orang kafir berpura - pura Islam, sedangkan tujuannya untuk menghancurkan Islam dari dalam. Allah SWT telah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud: 
Dan di antara manusia ada yang ucapannya tentang kehidupan dunia, sangat menarik perhatianmu, dan di persaksikannya Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal ia sebenarnya adalah musuh yang jahat.”



Raja Nuruddin memang tahu tentang tipu helah orang - orang kafir yang sentiasa hendak merosakkan Islam dengan berbagai cara. Berkata Raja Nuruddin lagi:

“Apakah yang harus kita lakukan?”

Berkata Jamaluddin: “Tuanku mestilah mengadakan perisikan ke rumah orang itu secara sulit.” Raja Nuruddin dan menterinya Jamaluddin mengadakan perbincangan secara rahsia tentang cara yang terbaik untuk mendapatkan maklumat tentang pergerakan kedua lelaki yang disyaki. Setelah sekian lama mereka berbincang akhirnya mereka mendapat satu cadangan yang baik, yakni orang ramai dijemput untuk menghadiri rumah terbuka atas arahan Raja Nuruddin.

Kedua orang yang disyaki juga diundang sebagai tetamu kehormat. Rahsia ini tetap menjadi rahsia antara Raja dengan menterinya. Gabenor Madinah diberikan tugas untuk menjayakan majlis tersebut. Setelah saat yang dinantikan telah tiba, maka ramailah orang yang datang menghadiri majlis tersebut. Kedua lelaki yang disyaki juga awal - awal lagi telah berangkat menuju ke majlis diraja.

 Apabila Raja Nuruddin dan Jamaluddin melihat kedua lelaki alim itu telah keluar dari rumah mereka, kemudian Raja Nuruddin, Jamaluddin dan beberapa pengawal pergi ke rumah orang alim itu. Kesemua bahagian dalam rumah itu di periksa oleh Raja Nuruddin, malangnya tidak satu pun benda yang mencurigakan. Sebaliknya dalam rumah tersebut terdapat banyak ayat-ayat Al-Quran yang digantung dan juga hadith nabi. Dalam almari orang alim itu dipenuhi dengan kitab - kitab agama feqah dan juga tasawwuf, keadaan rumah itu menggambarkan seolah - olah pewaris Nabi SAW. Hati kecil Raja Nuruddin masih bertanya: “Apalagi yang harus aku syaki? Kenapa Baginda Rasulullah SAW minta pertolongan dariku supaya dibebaskan dari kedua lelaki ini?”

RANCANGAN YAHUDI TERBONGKAR

Setelah merasa puas dengan selidikan di rumah tersebut Raja Nuruddin mengambil keputusan untuk keluar dari rumah tersebut, tetapi apabila baginda Raja hendak melangkah keluar dari rumah tersebut, datang ilham yang membuat beliau teringin benar untuk melihat sebuah permaidani yang sangat indah terbentang di sudut rumah. Raja Nuruddin merasa sangat kagum dengan keindahan dan kehalusan permaidani yang di anggap cukup mahal itu.

Raja Nuruddin tidak puas dengan melihat sahaja kecantikan permaidani tersebut, tetapi beliau membelek-belek permaidani tersebut. Sewaktu membelek permaidani itu Raja Nuruddin terlihat di bawah permaidani itu terdapat papan dan beliau berkata:

 “Eh, ada papan.”

 Raja Nuruddin mulai curiga tentang papan itu, lalu baginda mengangkat papan itu perlahan -lahan, ternyata di bawah papan itu mempunyai sebuah terowong yang mempunyai tangga. Raja Nuruddin meneliti arah perginya terowong tersebut, akhinya beliau terkejut dan berkata: “Maasya Allah, terowong ini menuju ke arah kubur Rasulullah SAW.”

Kemudian Raja Nuruddin mengeluarkan arahan: “Tangkap kedua orang itu.” Dengan terbongkarnya rahsia itu maka yakinlah Raja Nuruddin akan makna mimpinya itu, kedua lelaki yang menyamar sebagai orang alim yang hendak mencuri jasad Rasulullah SAW. Dengan terbongkarnya rahsia kedua orang itu, maka orang ramai pun datang untuk menyaksikan peristiwa di rumah orang alim itu.

Beberapa orang telah turun ke dalam terowong yang sangat jauh itu dan akhirnya mereka mendapati bahawa terowong yang digali oleh kedua orang itu sudah hampir benar dekat pada jasad Rasulullah S.A.W. Setelah mendapat kepastian dari orang yang masuk ke dalam terowong itu, orang ramai tidak tahan sabar lagi. Lalu kedua - dua mereka dipukul dengan teruk sekali, kemudian kedua mereka dibawa ke pengadilan. Dalam mahkamah keduanya berterus terang dengan berkata bahawa kedua-dua mereka telah tinggal di Madinah lebih dari setahun sebagai agen Yahudi. Orang-orang Yahudi memberi perbelanjaan yang cukup banyak pada keduanya untuk tujuan mencuri jasad Rasulullah dari kuburnya, tujuannya ialah apabila jasad Rasulullah berada di tangan Yahudi mereka dengan mudah dapat merendahkan martabat Kekasih Allah dan seterusnya menghina umat Islam. Umat Islam di Madinah rasa tertipu oleh kedua orang Yahudi itu, akhirnya kedua orang Yahudi itu dijatuhi hukuman mati.

Raja Nuruddin sujud syukur kepada Allah S.W.T kerana tugas yang diberikan oleh Rasulullah S.A.W kepadanya telah berjaya diselesaikan dengan berkat hidayah dan pertolongan-Nya. Untuk mengelakkan supaya kejadian seperti itu tidak berulang lagi, Raja Nuruddin memerintahkan supaya ke empat penjuru sekeliling kubur Rasulullah dipagar dengan kongkrit sampai ke bawah tanah. 

Sebelum Raja Nuruddin berlepas dari Madinah sekali lagi beliau bermimpi berjumpa dengan Rasulullah SAW, kali ini Rasulullah merangkul dan memeluk leher beliau. Apabila telah tiba masanya Raja Nuruddin hendak meninggalkan kota Madinah, beliau memberi taklimat terakhir kepada penduduk Madinah akan kejahatan dan dendam orang Yahudi terhadap Islam, dendam orang Yahudi terhadap Islam akan berterusan. Raja Nuruddin pun kembali ke Mosul dengan diiringi doa dan air mata oleh sekalian rakyat yang mencintainya.

Ulasan

Catatan Popular