Apakah Hukum Simpan Janggut?



HUKUM JANGGUT

1. Terdapat arahan dari Nabi s.a.w.;

خالفوا المشركين: وفروا اللحى، وأحفوا الشوارب
“Hendaklah kamu berbeza dengan orang-orang Musyrikin; kerana itu biarkanlah janggut dan buanglah misai” (HR Imam al-Bukhari dari Ibnu ‘Umar r.a.).
Berdasarkan hadis ini, para ulamak melarang lelaki muslim mencukur janggutnya. Menurut jumhur ulamak (termasuk mazhab-mazhab empat); arahan menyimpan janggut dalam hadis di atas adalah arahan wajib.


Hadis ini menerangkan alasan diperintahkannya untuk memelihara janggut dan mencukur misai, iaitu supaya berbeza dengan orang-orang musyrik. Sedang yang dimaksud orang-orang musyrik di sini ialah orang-orang Majusi penyembah api Yahudi dan Nasrani, dimana mereka itu biasa menggunting janggutnya, bahkan ada yang mencukurnya.

Perintah Rasulullah ini mengandung pendidikan untuk umat Islam supaya mereka mempunyai kepribadian tersendiri serta berbeza dengan orang kafir lahir dan batin, yang tersembunyi mahupun yang tampak. Lebih-lebih dalam hal mencukur janggut ini ada unsur-unsur menentang fitrah dan menyerupai orang perempuan. Sebab janggut adalah lambang kesempurnaan laki-laki dan tanda-tanda yang membezakan dengan jenis lain.

Namun demikian, bukan bererti sama sekali tidak boleh memotong janggut di mana kadang-kadang janggut itu kalau dibiarkan boleh menjadi terlalu panjang yang yang dapat mengganggu pemiliknya. Untuk itulah maka janggut yang demikian boleh digunting sehingga kemas, sebagaimana tersebut dalam hadis riwayat Tarmizi.

Dan Abu Syamah juga berkata: "Terdapat suatu kaum yang biasa mencukur janggutnya. Berita yang terkenal, bahawa yang berbuat demikian itu ialah orang-orang Majusi yahudi dan nasrani, bahawa mereka itu biasa mencukur janggutnya."

Kami berpendapat: Bahawa kebanyakan orang-orang Islam yang mencukur janggutnya itu lantaran mereka meniru musuh-musuh mereka dan kaum penjajah negeri mereka dan orang-orang Yahudi dan Kristian. Sebagaimana kelazimannya, bahawa orang-orang yang kalah senantiasa meniru orang yang menang. Mereka melakukan hal itu jelas telah lupa kepada perintah Rasulullah yang menyuruh supaya mereka berbeza dengan orang-orang kafir. Di samping itu mereka telah lupa pula terhadap larangan Nabi tentang menyerupai orang kafir, seperti yang tersebut dalam hadisnya yang mengatakan: "Barangsiapa menyerupai suatu kaum, maka dia itu termasuk golongan mereka." (Riwayat Abu Dawud)


Kebanyakan ahli-ahli fiqah yang berpendapat tentang haramnya mencukur janggut itu berdalil perintah Rasul di atas. Sedang tiap-tiap perintah asalnya menunjukkan pada wajib, lebih-lebih Rasulullah sendiri telah memberikan alasan perintahnya itu supaya kita berbeza dengan orang-orang kafir. Dan berbeza dengan orang kafir itu sendiri hukumnya wajib pula.

Tidak seorang pun ulama salaf yang meninggalkan kewajiban ini. Tetapi sementara ulama-ulama sekarang ada yang membolehkan mencukur janggut kerana terpengaruh oleh keadaan dan memang kerana bencana yang telah meluas. Mereka ini berpendapat, bahawa memelihara janggut itu termasuk perbuatan Rasulullah yang bersifat duniawiah, bukan termasuk persoalan syara' yang harus ditaati. Tetapi yang benar, bahawa memelihara janggot itu bukan sekadar fi'liyah Nabi, 

bahkan ditegaskan pula dengan perintah dan disertai alasan supaya berbeza dengan orang kafir,
Ibnu Taimiyah menegaskan, bahawa meyimpan janggut memberi perbezaan orang islam dengan orang kafir adalah suatu hal yang ditekankan oleh syarak. Dan menyerupai orang kafir dalam lahiriahnya dapat menimbulkan perasaan kasih dalam hatinya, sebagaimana perasaan kasih dalam batin dapat menimbulkan perasaan pada zahiriah. Ini sudah dibuktikan sendiri oleh suatu kenyataan dan diperoleh berdasarkan suatu percubaan.

Selanjutnya ia berkata: Al-Quran, Hadis dan Ijma ulama sudah menegaskan terhadap perintah supaya penampilan orang islam mesti berbeza dengan orang kafir dan dilarang menyerupai mereka secara keseluruhannya. Apa saja yang kiranya menimbulkan kerosakan walaupun agak tersembunyi, maka sudah dapat dikaitkan dengan suatu hukum dan dapat dinyatakan haram. Maka dalam hal menyerupai orang kafir pada lahiriahnya sudah merupakan sebab untuk menyerupai akhlak dan perbuatannya yang tercela, bahkan akan boleh berpengaruh pada kepercayaan. Pengaruhnya ini memang tidak dapat dikonkritkan, dan keburukan yang ditimbulkan akibat dari sikap menyerupai itu sendiri kadang-kadang tidak begitu jelas, bahkan kadang-kadang sukar dibuktikan. Tetapi setiap hal yang menjadi sebab timbulnya suatu kerusakan, syara' menganggapnya suatu hal yang haram.

Dari keterangan-keterangan di atas dapat kita simpulkan, bahawa masalah mencukur janggut ini ada   pendapat dari 4 mazhab :

1)Hanbali & Maliki: haram hukum mencukur janggut 
2)Hanafi: Makruh Tahrim
3)Syafi'iy: haram hukum mencukur janggut (Qadhi 'Iyadh dan fuqaha' Syafi'iy)(ulama fikah mazhab syafie) berpendapat makruh tidak dikenakan sebarang hukuman atau celaan).

Tetapi barangkali yang agak moderat dan bersikap tengah-tengah iaitu pendapat yang menyatakan makruh. Sebab tiap-tiap perintah tidak selamanya menunjukkan pada wajib, sekalipun dalam hal ini Nabi telah memberikan alasannya supaya berbeza dengan orang kafir. Perbandingan yang lebih mendekati kepada persoalan ini ialah tentang perintah menginai rambut supaya berbeza dengan orang Yahudi dan Kristian.

Betul tidak ada seorang pun ulama salaf yang mencukur janggut, tetapi barangkali saja kerana mereka tidak begitu memerlukan, kerana memelihara janggut waktu itu sudah menjadi kebiasaan mereka.


sumber:
al halal wal haram fil Islam
lil Syeikh Yusuf al Qaradhawi
DR YUSUF AL QARADHAWI"

Ulasan

Catatan Popular