Pengambilan Pelajar Baru

Pengambilan Pelajar Baru

Asrama Lelaki

Asrama Lelaki

Banguan B (kelas)

Banguan B (kelas)

Bangunan Kelas Dan Asrama Pelajar Hafizah

Bangunan Kelas Dan Asrama Pelajar Hafizah

Bangunan Alimah Dan Hafizah (Wanita)

Bangunan Alimah Dan Hafizah (Wanita)

Ahad, 25 Mac 2012

Jenis air yang keluar daripada kemaluan


1) Air mani

adalah air yang keluar dari kemaluan lelaki dan perempuan apabila seseorang itu telah mencapai ke tahap memuncak kepuasan nafsunya. Ia berwarna putih. Apabila basah ia pekat dan mempunyi bau. Jika ia kering pula ia berdebu akibat digosok.

Hukumnya wajib mandi bagi orang yang keluar air mani.
Air mani ini suci dari segi syarak jadi pakaian yang terkena air mani boleh dibawa solat..

Hadis Saidatina Aisyah r.a:
Diriwayatkan daripada Alqamah r.a katanya:
Bahawa suatu pagi seorang sahabat mencuci pakaiannya. Lalu Saidatina Aisyah r.a berkata: Sepatutnya kamu membasuh sebahagiannya sahaja.
Sekiranya kamu melihat kekotorannya, basuhlah tempat kotor tersebut.
Sebaliknya jika tidak kelihatan, memadailah dengan kamu memercikkan air disekitarnya sahaja. Sesungguhnya aku pernah mengikis air mani yang terdapat pada pakaian Rasulullah s.a.w seterusnya baginda menggunakan pakaian tersebut untuk mendirikan sembahyang.
(Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #434,Bab Hukum Air Mani)


2) Air wadi
warnanya putih dan cair. Ia sejenis cecair yang keluar dari kemaluan lelaki dan perempuan apabila seseorang itu kepenatan seperti berlari, jogoing dan lain-lain daripada pekerjaan yang menggunakan tenaga.
Hukumnya tidak wajib mandi hanya dikehendaki membasuh anggota yang terkena air wadi tersebut.
Air wadi ini najis dan tidak sah dibawa solat.

3) Air Mazi
Warnanya jernih dan bertali. Ia merupakan air yang keluar dari kemaluan lelaki dan wanita apabila seseorang itu berada dalam keghairahan (syahwat).

Hukumnya tidak wajib mandi setelah keluar air tersebut.
Ia najis dan wajib dibasuh anggota yang terkena air mazi dan tidak boleh dibawa solat.
further discussion : forum iLuvislam.com

10 ulasan:

  1. salam. apakah boleh solat qada terus selepas solat fardu tanpa perbaharui wuduk? kerana selama ini saya tahu ustazah kata boleh saja kerana bukan najis.. kemudian saya lihat pendapat lain kata ianya najis.. jd selama ni sy solat qada tanpa perbaharui wuduk la.. kemudian saya terbaca mengenai air wadi.. dan saya sudah keliru cecair yg keluar itu wadi atau keputihan..adakalanya keluar byk dan jernih serta kental/bertali. ada masanya x byk dan keluar sedikit dan ada kala x keluar hanya sy rasakan angin yg keluar.

    kadang2 terkencing dalam solat..ada masa sy tidak pasti terkencing atau terkeluar air dari faraj. bila cek ada kalanya x ada air pada tisu yg dilapik dan ada masanya ada air..jd sy selalu terpaksa berulang solat.kadangkala rasa keluar something masa solat. jd bila selesai solat sy cek xde air sy anggap angin yg keluar dari kemaluan dan sy terpaksa ulang wuduk dan solat.

    sy juga selalu mengalami masalah kentut. keadaan2 ini sgt menyukarkan sy untuk solat. ada yg mengatakan kalau dah selalu jd maka boleh terus solat sampai habis dan x perlu ulang tp ada jgk yg kata klu jarang berlaku kena wuduk semula.. jd sy terpaksa amik wuduk berkali2..masalah sy berselang seli..jika bukan begini, jd begitu dan segitulah seterusnya..mohon pendapat sgt..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummslam. untuk jawapan yg pertama: solat qada selepas solat fardu kerana terkeluar sesuatu dari kemaluan adalah wajib membasuh kemaluan dan ambik wuduk yg lain, wuduk yang pertama sudah terbatal kerana terkeluar sesuatu dari kemaluan,dan bagi org yg (sulusul baul) org yg kencing tidak lawas perlulah dia membasuh kemaluannya dan letakkan kapas ditempat itu dan mengambil wuduk setiap kali hendak solat fardu.

      soalan yg kedua: jikalau terasa ada sesuatu yg terkeluar dari kemaluan tetapi selapas cek tidak ada apa2 maka tidak perlulah diulang solat itu, kdg2 hanya perasaan kita sahaja tetapi perlulah kita yakin, tetapi jika cek ada sesuatu benda maka wajib membasuh dan ambik wuduk lain dan solat sekali lagi. tetapi jika benda yg terkeluar itu terkena pada kain kita maka perlulah tukar ksin atau membasuh tempat yg terkena itu.

      soalan yang ketiga: masaalah angin yg keluar, jikalau seorg itu ada penyakit keluar angin tidak henti-henti maka perlulah dia ambik wuduk dah terus solat dan tidak boleh buat apa2 selepas wuduk, dan ketika itu dia terkeluar angin juga maka tidak mengapa, perlu ingat dia perlu ambik wuduk setiap kali solat, bagi org yg normal maka jika dia terkeluar angina maka solat org itu akan terbatal dan wuduknya pon terbatal.

      Padam
    2. sy juga ada mslh sewaktu bacaan solat. sy sudah baca secara berbisik tp tidaklah terlalu perlahan sebab bila sy baca terlalu perlahan sebutan jadi tidak jelas bunyinya di telinga. sy ulang bacaan bila ada sebutan yg tidak jelas bunyinya. tp orang sekeliling boleh dgr bacaan sy sbb mereka tahu sy ulang bacaan tersebut. sedangkan bila org lain solat tidaklah sy mendengar walaupun berada dlm bilik sy sama. bila sy solat seperti bacaan saya tu boleh masih boleh didgr dlm bilik tu walau sehabis berbisik sy cuba untuk baca dgn jelas. kdg2 sy baca perlahan sgt supaya tidak mengganggu org di sekeliling tp ia menyebabkan sy lebih mengulangi bacaan sbb x dgr jelas di telinga.

      selalu air/angin keluar ketika bacaan sy. sy kira ianya disebabkan tekanan pada bacaan. apabila bacaan tersebut sukar seperti ada sebutan 'ain' atau 'bersabdu' atau harakat pnjg ckit ia menyebabkan tekanan pada bacaan dan faraj sy. jd sy baca pendek2 sy berhenti dan sambung ayat lain pula untuk mengelakkan tekanan tersebut yg mana menyebabkan keluarnya air/angin dr kemaluan. bacaan tahiyat seperti "assalamualaika ayyuhan nabiyuwarahmatullahiwarakatuh" dan "assalamualaina wa'alaa 'ibadillahissolihin" selalu menyukarkan sy dan sy kira x ckup nafas membacanya dan menimbulkan tekanan pd faraj hingga keluar air/angin..sbb nafas keluar bersama sewaktu bacaan.sebab tu tidak ckup nafas walaupun sudah cuba berlatih di luar solat.. bacaan bersabdu seprti "Attahiyya tulmubarakatussolawatuttoyyiba tulillah.." atau "muhammad.." juga menyebabkan tekanan. jd jika air/angin keluar disebabkan tekanan ini sy akan mengulang basuh/wuduk/solat.. jika ia bukan disebabkan tekanan sy tidak ulang. jd sy selalu baca lambat dan berhati2 menyebabkan sy solat sgt lama berbanding orang lain. kdg2 solat 4 rakaat amik masa 15 mnit.

      dulu sy tidak tahu rukun qauli dan baca sekadar dlm hati jadi tiada tekanan. sekarang sudah tahu tetapi tertekan dengan masalah ini. sy cuba untuk pastikan bacaan jelas tp taknak ganggu org lain, dan pada masa sama baca perlahan2 dan berhati2 untuk mengelak dari tekanan pd bacaan hingga menyebabkan keluar apa2 dari kemaluan.

      masalah kentut pula tidak selalu tetapi biasa berlaku perut sebu dan tidak selesa pd punggung yg berbunyi bila lps wuduk. jd keadaan ini juga terpaksa sy tahan.

      saya stress sebab kalau terkentut sy terpaksa mengulang semua langkah..berlamaan dalam tandas membersihkan dan mengeringkan kemaluan,menyumbat dgn tisu, dan kalau x sempat wuduk keluar air balik sy kena cuci dan lap semula, berwuduk dan solat semula..ditambah dengan solat sy yg lama. kalau nak sambung dgn solat qada kena ulang semula langkah itu walaupun keputihan tidak selalu ada setiap masa.. sebab sy dah cop diri sy sebagai org yg menglamai keputihan.. tidak seprti orang lain yg mudah melakukan solat.

      keadaan2 ini menyebabkan sy lebih byk menyendiri dan sy selalu mengelak bersolat di tempat yg ramai. kalau diajak bercuti berhari2 bersama2 juga sebolehnya sy mengelak..

      dulu sy tidak mengetahui semua tntang rukun qauli dan hukum keputihan jd sy solat mcm biasa mcm org lain. tidak timbul mslh dan sy gembira. sekarang sy rasakan hidup sy mcm orang tidak normal lg dan resah bila hendak bersolat sebab sy tau semua kekurangan sy :(

      Padam
    3. بسم الله الرحمن الرحيم

      Wahai sedara se-Islam,
      saya berhadapan dengan masalah yang sama dialami oleh saudari.
      Kadang-kadang,
      hati, badan dan iman terasa amatlah lemah and tidak terdaya.
      Saya kadang-kadang mengurungkan diri,
      hati asyik rasa sedih dan murung,
      kerana asyik terfikir akan masalah yang dialami.
      Nak tanya ahli keluarga, rasa malu.
      Disebabkan fikiran asyik diganggu oleh masalah yang sama setiap hari,
      saya cuba bertenang dan mencari jawapan melalui Internet.

      Alhamdulillah,
      Allah SWT mungkin memberikan petunjuk kepada saya,
      kerana selepas saya mencari-cari jawapan di laman sesawang,
      saya terjumpa video oleh Ustaz Azhar Idrus.
      InshaAllah,
      jawapan yang diberikan mengikut Syariah boleh diyakini dan diikuti.

      WaAllahualam. AllahuAkbar.






      Padam
    4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    5. assalamualaikum sedara/saudari..

      boleh sy tau sedara alami mslh mcmana? keputihan sahaja atau angin sahaja atau macamana? UAI bagi penerangan tentang ape?kalau boleh dikongsikan sbb kalau mengenai keputihan sy pernah juga tengok yg mana beliau mengatakan kepputihan itu najis..tp pada masa sama sy juga pernah tengok ulasan ustaz fauwaz fadzil tentang kerahsiaan wanita yang mengatakan keputihan itu tidak najis kerana keluarnya jd kebiasaan.. wallahualam..

      cuma masalah sy ada keputihan dan pada masa yg sama sy kira sy mudah keluar air wadi kerana kalau pergerakan tu cuma angkat tangan atau tarik apa2 atau tunduk pun pasti akan beri tekanan pada abdomen dan air akan keluar walaupun sedikit..

      sy selalu cari jawapan kat internet dan pada masa sama sy menemukan berkaitan perkara lain seperti rukun qauli yg sebelum ini tidak sy ketahui, dan sy telah cuba perbaiki dgn membaca bacaan dlm solat.walaupun sukar dan terkejar dgn nafas pendek.. sy juga menemukan bab najis yang mengatakan najis akan berpindah bila najis basah bertemu dengan bahan lain yang kering atau najis kering bertemu dengan bahan basah.. jd dengan keadaan sy yg selalu keluar wadi/keputihan/mazi menyebabkan sy jadi fobia dan was-was.. walaupun sy sudah mengikut semua langkah selepas beristinjak seprti berdehem, mengelap hingga kering dan melapik, namun kadangkala bila sy bangun itu pn air akan keluar disebabkan ada sedikit tekanan. jadi saya kena cuci dan ulang semula semua langkah dan bila dh melebihi 3 kali sy akan teruskan saja wuduk sy mengikut nasihat seorang ustazah yg sy tanya dalam page tanya ustazah.. sy jd penat dan tercungap2. bila waktu lap ada air keluar tu sy kira wadi dan sy kena bersihkan sikit bahagian kain yang terkena air tu kerana ianya najis. bila mandi juga sy kena bersihkan kaki dan segera mengelap kerana air mudah keluar dari kemaluan jd bila ia mengalir bersama air sy jadi risau najis tu kena kaki..sebab tu sy lap dulu sebelum basuh kaki sy..keadaan ini sy jadi berlamaan dalam tandas.

      sy selalu kena marah dan kena leter dengan orang dalam rumah ni. mereka kata sy hantu air.. itu..ini.. sy selalu menangis sendiri.. sy tanak jadi macam ni tp keadaan ini yg menyebabkan sy jd macam ini.. sy selalu teringat waktu dulu saya dapat solat macam biasa, tp waktu dulu saya tak tahu itu ini..sy tak tau rukun qauli sy tak arif pasal najis.. sedangkan waktu dulu juga kadangkala ada juga air keluar ketika solat dan sy tidak memperbetulkannya.

      Padam
  2. Assalamualaikum saya ingin bertanya. kerana saya agak confuse tentang ganti solat ini. apabila saya tertinggal solat subuh. bolehkah saya ganti solat saya itu? kerana saya sebelum ini ada dengar bahawa ganti solat itu tidak boleh dan ada yang kata boleh. boleh ustazah tolong terangkan?

    BalasPadam
  3. Waalaikummuslam..mengantikan (qhodo) solat adalah wajib untuk orang yang meninggalkan solat,Apabila seseorang tu melengahkan solat atau meninggalkan dengan dengan sengaja dan terkeluar waktunya, maka dia majib menqhodo solat itu dengan segera kerana org itu berada dalam keadaan berdosa selagi tidak menqhodo solat itu..

    Untuk solat subuh tu tuan wajib menqhodo solat itu atau solat yang lain selain subuh, sekiranya tuan tidak sedar masa subuh tu, tuan perlu qhodo bila bangun,tetapi tidak berdosa kerana tuan tidak sengaja untuk meninggalkan solat itu. tetapi apabila tuan dah sedar masa azan dan tuan tidur balik, masa itu setiap masa tuan dalam keadaan berdosa selagi tidak menqhodo solat subuh itu...wallahhuallam....

    BalasPadam
    Balasan
    1. assalamualaikum ustaz, kalau masalah saya macam mana pula penyelesaiannya.?

      Padam
    2. Assalamualaikum Insan Kerdil. Saya bukan ustazah tapi saya sangat bersimpati dengan saudari dan ingin membantu berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya, insyAllah. Soalan saudari telah lama berlalu, mungkin saudari telah mendapat bantuan. Jika masih belum sudilah kiranya saudari membaca penerangan saya seperti di bawah.
      Pendapat saya saudari mengalami masalah keputihan dan keadaan diburukkan dengan penyakit was-was. Saya pernah hidup dalam was-was dan saya faham situasi saudari. Saya juga mengalami keputihan dan amalan saya ialah apabila telah masuk waktu solat fardhu, bersihkan bahagian sulit dengan menghilangkan cairan tersebut kemudian tutup dengan pad atau panty liners (atau lain-lain penutup untuk menghalangnya daripada mengalir dan terkena pada pakaian dan tempat solat), kemudian ambil wudhu. Wudhu itu hanya boleh digunakan untuk satu (1) solat fardhu sahaja tetapi tiada batas untuk solat sunat – boleh solat sunat sebanyak mana yang saudari kehendaki walaupun terasa ada cairan yang keluar, biarkan sahaja kerana saudari telah memakai penutup. Contohnya selepas sokat isya’, saudari boleh terus melakukan solat sunat terawih hingga selesai seberapa banyak rakaat yang saudari kehendaki selagi tidak berlaku perkara yang membatalkan wudhu seperti kentut dan buang air. Jika selepas solat saudari dapati ada cairan yang terkena pada pakaian dan/atau tempat solat, bersihkanlah tetapi tidak perlu mengulang semula solat yang telah selesai. Yang penting, saudari yakin telah membersihkan dan memakai penutup sebelum solat dan saudari memang tahu pada kebiasaannya tiada cairan yang mengalir keluar dan saudari memang tidak perasan cairan itu mengenai pakaian dan/atau tempat solat ketika solat sehinggalah selesai.
      Jika saudara mengalami masalah angin yang sering keluar daripada bahagian hadapan, abaikan sahaja kerana ia adalah angin yang berlegar di bahagian vagina dan ia tidak membatalkan wudhu, teruskan solat saudari tanpa ragu-ragu.
      Tentang was-was, saudara perlu kuatkan hati, jika memang saudari telah membersihkan bahagian sulit tersebut dan menutupnya, teruskan solat dan jangan dilayan bisikan syaitan yang mengganggu. Syak takkan menghilangkan yakin, jika saudari yakin telah bersuci dan berwudhu, teruskanlah beribadah. Saya akui susah untuk keluar daripada was-was, saya dahulu juga sering was-was, saya sering lama di dalam bilik air untuk berwudhu dan mandi wajib selain mengambil masa yang lama untuk solat. Luangkanlah masa untuk menonton petikan kuliah oleh Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (Mufti Perlis) tentang was-was di link ini https://www.youtube.com/watch?v=DXgUqqNzVHo. Saudari juga boleh membaca soal – jawab bersama beliau di http://drmaza.com/home/?p=1052 dan http://drmaza.com/home/?p=704. Semoga ia bermanfaat buat saudari. Saya doakan agar saudari berjaya membebaskan diri daripada belenggu was-was dan dapat beribadah dengan khusyuk seterusnya menjalani kehidupan dengan lebih baik.

      Padam

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sociable