Adat Yang Menjadi Ibadat




Bolehkah adat menjadi ibadat ? Persoalan ini sering kita dengar,tetapi adakah ianya boleh dikira sebagai ibadat ?

Adat yang tidak bercanggah dengan syarak ia boleh bertukar menjadi ibadat jika adat (kebiasaan) tersebut disertai dengan NIAT.

Seorang yang meninggalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan Rasulnya tidak akan diberi pahala jika ia meninggalkannya kerana jijik dengan maksiat tersebut atau kerana takut dikenakan tindakan undang-undang.

Tetapi jika dia meninggalkan kemungkaran tersebut kerrna menuntut keredhoan Allah maka dia diberi pahala.

Seorang yang mandi pada pagi jumaat tadak akan diberi pahala jika mandinya itu sekadar adat kebiasaanya.

Tetapi jika dia mandi kerana Allah atau kerana menghidupkan sunnah Rasulullah maka baginya pahala.

Demikianlah setiap adat yg menjadi amalan di dalam kehidupan kita seharian ia akan menjadi ibadat (diberi pahala) jika disertakan degan niat.
Itulah yang membezakan antara adat dan ibadat.

KAEDAH FEQH:

“Al-Umuru Bi Maqasidiha”
Ertinya : setiap perkara dinilai berdasarkan niat dan matlamat
Tunjang utama kapada kaedah ini ialah berasaskan hadis yang diriwayatkan oleh Amirul Mukminin Umar ibn al-Katthab:

“Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat,dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan.Siapa yg hijrahnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya,maka hijrahnya kpd Allah dan Rasul-Nya.Sesiapa hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yg ditujuinya itu”
(HR Bukhari dan Muslim)

PENGECUALIAN :

Beriman kepada Allah,berzikir,berselawat dan membaca Al Quran ia tidak memerlukan kepada niat MELAINKAN bacaan itu kerana nazar atau seorang Qori yg membaca karana musabaqah atau membacanya kerana mengajar maka situasi ini perlu kepada NIAT.
Rujukan : Kitab Qawaid Feqhiah Tahun 4 Kuliah Syariah Damanhur
suntitingan : Abu Nafis
Dunia Maklumat

Ulasan

Catatan Popular