Tak Salah Mengikut Jamaah Tabligh Tapi...



Tanggapan masyarakat mengenai Jemaah Tabligh ini yang sering kita dapati berbeza-beza. Ada yang mengatakan Jemaah Tabligh ini adalah Jemaah India, Ada pula mengatakan Jemaah Tabligh ini Jemaah Serban Ekor Dua. Ada yang mengatakan Jemaah Tabligh ini Jemaah Fadail Amal ia itu Jemaah Fadhilat yang tidak ada ilmu. Dulu-dulu ada yang memanggil Jemaah ini Jemaah Periok. Panggilan ini bila kita halusi adalah berdasarkan pengamatan masing-masing. Ini berdasarkan apa yang dilihat dan apa yang didengar tanpa melihat secara mendalam serta turut serta mengikutinya. Yang ikut serta pun tanpa menghayati usul dan tertib Jemaah ini pun pastinya tidak akan mendapat kefahaman yang sebenarnya apa itu “Tabligh”.

Ada yang hanya melihat dari luar sahaja, kemudian lansung mengkeritik Jemaah Tabligh ini. Hanya dengan berpandukan sekali atau dua kali menyertai jemaah ini lansung membuat komen yang ia telah faham dan tahu seluk beluk jemaah ini.Ada yang hanya bermuzakarah dengan satu dua ahli Jemaah Tabligh yang datang ke tempatnya ,lansung membuat rumusan mengenai Jemaah Tabligh ini. Tidak kurang pula ada yang hanya melihat kesilapan satu dua ahli jemaah ini, lansung mengharamkan jemaah ini dari masuk ke surau/masjidnya. Ada pula yang pergi ke Nizamuddin, India dan apabila pulang terus menhentam jemaah ini. Begitulah gelagat yang ada. Adilkah kita kalau begini cara kita meletakan kedudukan sesuatu jemaah?

Kalau kita melihat seorang ahli Pas yang menampal poster yang sibuk menampal poster sehingga datang waktu solat tetapi masih tak mempersiapkan diri untuk solat. Adilkah kita mengatakan “Semua ahli Pas memang tak suka menjaga solat”. Kalau kita lihat pula sebahagian ahli JIM yang berdemostrasi bercampur lelaki dan wanita, lansung kita mengatakan bahawa JIM ini memang suka bercampur lelaki dan wanita. Adilkah kita mengatakan begitu?. Begitu juga bila kita melihat sekumpulan ahli ISMA selesai sahaja berusrah lansung membonceng motorsikal lelaki dan wanita. Kemudian kita menuduh jemaah berkenaan dengan tuduhan negatif. Tentulah tidak adil bagi kita menuduh begitu pada setiap jemaah hanya dengan melihat segelintir ahlinya berbuat demikian. Kesilapan segelintir tidak mengambarkan keseluruhan jemaah. Begitu juga di zaman Nabi saw ada berlaku kes zina, Maiz ra pernah berzina dan dihukum rejam oleh Nabi saw. Begitu juga Qamidiah rha juga telenjur berzina, juga dihukum rejam oleh Rasulullah saw. Dengan melihat dua kes ini, adilkah kita mengatakan bahawa Islam memang agama yang pengikutnya suka berzina. Tentunya tidak.

Satu dua kes buang bayi, khalwat dan zina di kolej, universiti atau pondok berlaku, adilkah kita tutup terus kolej, universiti, dan pondok tersebut dari beroperasi? Atau patut kah kita mengatakan kolej, universiti dan pondok tersebut sebagai pusat buang bayi, pusat zina, tempat khalwat dan sebagainya. Sebodoh-bodoh manusia pun tidak berbuat demikian. Tidak ada satu pun manusia yang sempurna. Tidak ada mana-mana jemaah pun yang mengajar ahlinya berbuat buruk. Datangkan lah mana-mana jemaah, Badan-Badan NGO, Gerakan-Gerakan Islam di dalam mau pun luar negara, kita tidak akan dapati semua ahlinya sempurna iman, ilmu, amal dan akhlaqnya. Ini semua kita boleh terima.

Tetapi mengapa untuk Jemaah Tabligh sering diletakan hukum sesat, tidak berilmu, tidak syumul, Jemaah Juz’ah, Pengikut Ajaran Budha, Jemaah Jumud malah ada yang mengatakan darah Jemaah Tabligh adalah HALAL ( berlaku di JB) Tuduhan sebegini bukan hanya datang dari orang biasa, Jemaah-Jemaah Islam, NGO Islam malah datang dari gulongan yang bergelar ustaz / ulama. Samaada pandangan ini secara peribadi maupun mewakili jemaahnya. Adilkah kita berbuat berbuat demikian, Adakah tindakan sebegitu adalah sunnah dan Islamik? Adakah cara begitu boleh membetulkan UMMAH. Apa yang penulis sebutkan bukan kosong atau tuduhan melulu tetapi atas pengalaman penulis selama menjalankan usaha Jemaah Tabligh ini selama hampir 30 tahun lebih semejak penulis di bangku sekolah serta tidak pernah sekali pun “sejuk beku”.(maaf, bukan untuk sombong dan riak: semuga Allah swt kekalkan penulis dalam usaha yang mulia ini)

Sila lihat di dalam kitab tulisan Syeikh Hamud bin Abdullah At-Tauyujiri ,” Al Qaulul Baligh Fi Ta’zir Min Jamaahti Tabligh : cetakan Darul Sumai’i Lil Nashar Wat Tauzi’.Beliau seorang “Salafi Shadid” atau mungkin juga “Salafi Hairaki” yang memang terkenal dengan sifat keras terhadap gulungan yang tidak sefaham dengan mereka. Tuduhan liar yang dilemparkan terhadap Jemaah Tabligh terlalu banyak dan tidak berasas, Antaranya Jemaah Tabligh ini adalah penyembah kubur besar di Nizamuddin, India. Mungkin kelalaian penulis kitab berkenaan mendengar cerita yang salah lalu meletakan kenyataan itu di dalam kitabnya melalui teman-temannya yang datang ke Nizamuddin, India. Perlu diingatkan bahawa “Nizamuddin” ini adalah satu daerah besar. Namanya diambil sempena nama seorang ulama dan waliAllah besar di India, Syeikh Nizamuddin Auliya’. Di daerah Nizamuddin itu terdapat kubur besar Syeikh ini. Ramai orang India di seluroh dunia akan datang menziarahi kubur ini. Belebih lagi yang berfahaman ajaran “Brelwi” atau juga dikenali sebagai “Grave Worshiper”. Mungkin kerana Markaz Tabligh terbesar terdapat di daerah ini maka sesetengah orang menyangka inilah markaznya. Selain itu kerana pakaian yang dipakai oleh ahli jemaah ini memang pun pakaian orang awam di India, juga berjanggut seperti orang India (Brelwi) langsung menyangka jemaah ini meyembah kubur. Ini antara kesilapan fakta yang berlaku kerana ketidakketelitian penulis kitab berkenaan. Selain itu penulis kitab berkenaan juga telah menuduh bahawa Jemaah Tabligh ini menyebarluas amalan tarikat sesat. Sedangkan selama ini tidak ada sebarang tarikat yang disebarkan yang menjadi “ritual” amalan jemaah ini. Kalau ada pun ianya bersifat persendirian (infradiyah). Itu pun bukan semua amalan tarikat yang difatwakan sesat oleh ulama muktabar. Semua ini telah pun dijawab oleh sesetengah ulama pendukung Tabligh dan juga selain Tabligh. Antara buku jawapan seperti “Nadzrah Ilmiyah fi Ahlit Tabligh wad Da’wah “ Pengarang : Syeikh Ayman Abu Syadi. Walau pun banyak keritikan namun jumlah jemaah dari Tanah Arab terutamanya Saudi makin bertambah. Ijtimak di Yaman tahun lepas menghasil jemaah yang berganda-ganda daripada tahun-tahun sebelumnya.

Selain itu di tempat kita ni lain pulak caranya. Pantang nampak Mamak India, Pakistan, Bangla atau Nepal semua ‘dipukulnya’ Jemaah Tabligh. Kalau ada Pakistan yang jual karpet yang sememangnya ada janggut dan pakai kurta dikira orang tu Tabligh. Mamak India yang datang rumah ke rumah jual ‘Yassin’ pun dikira Tabligh. Pantang janggut dan pakai kurta semuanya Tabligh belaka. Sebab tu bila datang sekumpulan Mamak India pakai jubah warna hijau singgah di satu taman di Senawang, di tempat kami tahun lepas. Ajk dan ahli jemaah tempatan menyangka ianya adalah Jemaah Tabligh sebagaimana biasa. “Peliknya kumpulan ini tidak seperti Jemaah Tabligh biasa,” kata salah seorang Ajk dalam menerangkan hal jemaah tersebut kepada salah seorang teman penulis. “Pakaian dia semuanya hijau. Serban, baju, kain dan juga redaknya semuanya hijau,” terangnya lagi. Yang lagi pelik sambungnya,” Kumpulan ni tak baca buku Tabligh tu (fadhail amal) dia orang baca dalam bahasa Tamil yang bunyinya banyak menyebut Khidir as. Sikit-sikit Khidir as.”katanya mejelaskan. Rupanya kumpulan itu adalah kumpulan ajaran “Brelwi”, kumpulan penyembah kubur yang singgah dalam perjalanan mereka ke Pulau Besar. Bagi orang awam mereka ni Jemaah Tabligh yang sebenarnya bukan Tabligh. Jadi hal yang macam inilah yang meyebabkan masyarakat kita menuduh Jemaah Tabligh ini dengan berbagai tuduhan.

Selain itu ada beberapa kes yang pernah penulis hadapi sendiri. Pernah ketika penulis tinggal di Sg Besi, kami ‘tashkil’ (dakwah dan ajak) seorang pemuda yang baru kahwin yang berada di Masjid dengan wajah muram. Bila kami bertanyakan masaalahnya katanya dia ada masaalah dengan isterinya dan tak balik rumah serta tidur kat masjid. Bila penulis selidiki rupanya dia bergaduh sakan dengan isterinya. Kami minta dia pulang ke rumah ikram isterinya. Selang beberapa hari dia ikut keluar bersama kami 3 hari, setelah pulang dia mula kerap berjemaah di Masjid. Penulis himpit dan bertanya bagaimana hubungannya dengan isterinya, lansung dia menceritakan perkara sebenar. Rupanya isteri dia menjadi perempuan simpanan kepada seorang dato’dan bekerja sebagai GRO di satu kelab malam di Kuala Lumpur. Perkara sedemikian katanya berlaku sebelum beliau berkahwin dengan isterinya lagi. Penulis istighfar panjang mendengan cerita lanjut darinya. Selepas beberapa bulan beliau bercerai dengan isterinya.

Bila hal tersebut diketahui oleh jiran-jiran, mereka mencemoh dan mengatakan ikut ‘Tabligh’ dah jadi ‘terbalik’. ‘Ikut Tabligh dah cerai bini”, ada pula yang kata,” Tabligh apa asyik lepak masjid je.”. Yang lain pula berkata,”Orang Tabligh bini dah jadi GRO”, dan macam-macam lagi. Betulkah apa yang mereka tuduh? Adilkah mereka yang bermasaalah sebelum menjadi ‘karkun’ (ahli Tabligh) tiba-tiba bila keluar je 3 hari dituduh semua itu gara-gara Tabligh. Kes sebegini begitu banyak dalam masyarakat kita.

Namun begitu, pengikut Jemaah Tabligh ni bukannya semuanya baik-baik belaka. Banyak yang silap dan salah. Yang salah kita akui salah kerana Jemaah Tabligh memungut mereka-mereka di tepi-tepi jalan, orang yang bermasaalah, orang yang dahulunya samseng dan gangster. Jadi pastinya banyak silap dan salah. Namun biarlah kita berlaku adil dalam menghukum.

Fikir-fikirkanlah.

Nota : Pembaca diminta juga membaca setiap artikel di dalam blog ini yang berkaitan dengan Jemaah Tabligh agar mudah faham tulisan di atas. Selain itu pakat-pakat kita keluar di Jalan Allah dengan marhalah terdekat di tempat kita. Insyaallah.
  
al- alorstari

Ulasan

  1. sabarlah wahai karkun sekelian, rasulullah pernah dituduh ahli sihir, orang gila dan len2 gelaran. kita belum diletak duri dijalan dan diancam bunuh.istiqamahlah kita yek...

    BalasPadam
    Balasan
    1. banar....... malahan sahabat abu bakar sendiri pun kenapukul teruk sampai pingsan tak sedarkan diri.....begitu dasyat nya.....penderitaan...

      Padam
    2. dipelawa memberi pandangan di link http://urusanulama-hl.blogspot.com/2012/01/membongkar-kesalahan-tabligh.html

      Padam
    3. Mudah2an ALLAH SWT memberi kekuatan pada mereka yg benar2 ikhlas bergerak di jalan ALLAH. Sedih juga baca artikel mmg benar kdg2 tuduhan yg melulu tanpa usul periksa mmg benar2 melukakan hati..tapi ALLAH SWT tentunya bersama2 hamba2NYA yg benar ikhlas berjuang menegakkan agama ALLAH dan menjunjung sunnah2 RasulNYA. Tegakkanlah ISLAM dlm diri dan ikhlas keranaNYA...mudah2an mendapat keberkatan dan keberkahan dari dunia sampai akhirat. InshaaALLAH. Terima kasih penulis kerana kefahaman yg saya dapat dari tulisan anda. Mudah2an tulisan anda juga bole membuat sejuk dan terang hati yg masih kabur. Alhamdulillah.

      Padam
  2. sabar tuan.pikir risau tuan dlm agama insyaallah hidayah mencurah curah allah swt turunkan..biarla mereka tuduh apa sekalipun..skurang kurangnya kta dah dapat satu sunnah..sbagaimana nabi saw pernah dilakukan,.salah sy tak buat kerja dgn sunguh2

    BalasPadam
  3. Apa kata kalau kita tukar nama jadi Jemaah Orang Islam Sedunia, kita juga tak perlu rujuk 100% kepada Nizammuddin kerana pada pandangan saya yang pernah IP-4B pada tahun 1990 dan mula khuruj pada tahun 1982, bagi saya Maulana Zubair dan Maulana Saad mungkin tidak sehebat Hatratjie Inamul Hassan (rah.a)

    Sudah tiba masanya kita buat dakwah ikut cara Nabi SAW 100%

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan...sedangkan Maulana Saad dan Maulana Zubir pon tuan dah kata tak sampai tahap Hadrat Innam Saab..apalah tahap kita nak buat usaha sendiri mengikut Al-Quran dan Al-Hadith...jangan tuan menambahkan lagi salah faham orang awam dengan usaha yang suci murni ini. Mereka (ulama Tabligh di India) bukanlah orang yang patut kita sanjung tetapi patut kita contohi dalam menginfakkan masa,tenaga dan maal untuk agama, seperti Sahabat2 Baginda saw.

      Padam
  4. As-Salam. Kalau ikut wikipedia ajaran brelwi ini satu cabang dari ahli sunnah mazhab hanafi. Ertinya mereka ni islam bertuhankan Allah dan bernabikan Muhammad s.a.w. Kenapa tuan admin seolah-olah mengatakan ajaran ini seolah-olah 'salah'. Cumanya mereka ni lebih suka ziarah kubur para wali. Tak mesti sembah kubur mungkin tabaruk sahaja. Kebanyakannya bertariqat chistiah. Kena berhati-hati dan cermat sikit bila membuat kenyataan. Mari sama-sama mencari redho Allah melalui ciptaannya sama ada baik atau buruk, islam atau kafir. sesat atau dapat petunjuk. Itulah KESEMPURNAAN Allah yang sebenar-benarnya. Elok tuan baca buku Mengenal Diri dan Mengenal Allah dari pewaris Ilmu Tok Kenali iaitu Hj. Saari atau bergelar Hj. Kasyaf di hp 0194444713. Dapat buku dulu baru bayar cara jual beli ahli makrifatullah.Ampun maaf. Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Brelwi tlh difatwakan sesat oleh ulama 2 Deoband dan aliran ahl hadis di India dan Pakistan , mungkin ftwa aliran ahl hadis yang sinonim dgn persamaan aliran salafi di tnh arab, kita abaikan mereka, tp bgmn dgn fatwa darul ulum Deoband serta ulama 2 mereka yg menentang habis-habisan puak brelwi ini, fkta Wikipedia yg menyatakan brelwi cabang mazhab hanafi tidak benar sama sekali, yg jelas bermazhab Hanafi serta pakar adalah ulama deoband, sepatutnya ulama 2 Deoband yg mnjadi rujukan bukan Wikipedia, Wikipedia ni Syiah pun diiktiraf.

      Padam
  5. Bagi yg masih ragu2 n mungkin salah faham, saya nasihatkn untuk kluar la 3 hari, 72 jam. InsyaAllah Allah akan memudahkn kita utk faham sdikit. Pengalaman sblm kluar mcm2 halangan n buah mulut yg negative dr skeliling. Tapi saya berperinsip alami dulu baru menghukum, takut2 jadi fitnah, lebih2 lagi jemaah ni mmbawa kerja dakwah yg di tinggalkn para nabi n sohabah. Kita prgi senyap2 pun boleh. Nnti pulang critakn n ajak lagi rakan seorang.. insyaAllah..

    BalasPadam
  6. semoga kita diteguhkan dalam mencari ridho Allah....

    BalasPadam
  7. Bgaimana pula si suami yg br nak join jemaah 3 hari meninggalkan isteri yg sarat mgndung dan mpunyai anak kecil usia setahun stgh dan 5thn...si isteri juga bekerja..berbekal kan sedikit wang yg xsbrapa..si isteri bekerja terpaksa mgheret anak2 pulang ke rumah ibunya krn perlu mghantar anak ke tadika dan ibunya sbgai pgasuh anak yg kecil...sedikit sebanyak mbebankan seorg isteri dan sedkit mganggu kluarga ibu krn tpaksa menumpang bermalam...sepanjang ketiadaan suami adalah sekali dua suami msg btye khabar.. dan si isteri pasti keluar jemaah ini pasti berulang... bilamana si isteri bsuara mgatakan jemaah tabligh bukan kewajipan die tidak mghiraukan seolah2 mgatakan si isteri mghalang suami dr buat kebaikan... bila si isteri mgtakan bukan waktu yg sesuai krn akan myusahkan rmi pihak terutama si isteri..si suami mgtakan nak tggu bila masa yg ssuai? Dan sekarang si isteri terasa di abaikan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni nk kira mcm mane pulak ye..

      Padam
    2. Abu Habeebaini Al Ummatee12 Januari 2015 pada 6:23 PTG

      Tuan "Tanpa Nama18 Mei 2014 8:27 PG", dalam usaha suci murni Nabi SAW ini ada mesyuwarah. Setiap perkara yang mengekang kerja2 kenabian didalam usaha Baginda Muhammad SAW ini akan disuruh untuk mesyuarat. Seperti kes yg tuan nyatakan diatas (moga2 ianya fakta), cuba tuan tanya dulu dgn pemunya diri, adakah beliau mesyuaratkan masalah beliau dgn ahli2 seusaha di marhalah (masjid) beliau, jika tak jawapannya maka ini lah masalah besar dia, jika dia telah bermesyuarat dan keputusannya kena keluar juga maka Allaah bersama anak dan isteri dia.
      Yang perlu dijadikan kerisauan tuan ialah, mereka2 yang tidak ada masalah macam hal yg tuan nyatakan tadi, tapi masih tak pergi juga walaupun 3 hari, tuan pula bagaimana? banyak sangat masalah ke nak lapangkan masa 3 hari?? WAMAA-TAUFIQI-ILLABILLAH..

      Padam
    3. Pelik sungguh la cerita yg macam ni. Yang suaminya nak keluar nak bercakap tentang Islam pada ummah. Dah tentu lah sepatutnya cara fikirnya dah ada nilai Islam. Apa rasionalnya orang yg dah sedia nak keluar bercakap tentang Allah, Islam, Iman, Ihsan....boleh pulak dia tinggalkan keluarganya macam tu?? Minda rasional logik kita akan bisik-- itu sikap segelintir kecil, orang yg jahil dan tersilap. Bukan orang yg faham usaha dakwah, yg majoriti ni. Itu kalau kita rasional lah. Kalau kita memang sangka buruk dari awal, awal lagi otak kita akan bisik: itulah perangan orang Tabligh. Itu la yg diajar dalam Tabligh. Yang penting kita buang dulu prasangka, lepas tu kita akan boleh faham kenapa benda macam tu berlaku.... Aduhai....macam kita orang Islam lah, ada saudara kita yang memang bom orang kafir yg tak bersalah, pukul isteri, diskriminasi muslimah. Tapi kita di sini tak macam tu. Cuma orang bukan Islam luar, tak kan faham. Dia tengok kita Muslim, samalah Muslim mana-mana pun. Macam tu jugak jamaah usaha Iman ni. Adalah sikit yg buat silap. Terus kita cop, itulah tonggak ajaran jamaah ini..Aduuuhai.

      Padam

Catat Ulasan

Catatan Popular