Kisah Wali Allah Dan Bayi Yang Boleh Berbicara


Juraij Al-Abid adalah salah seorang ahli ibadah yang shalih di kalangan Bani Israil. Awal mulanya dia adalah seorang pedagang, kemudian dia meninggalkan perdagangannya dan cenderung kepada ibadah. Dia membangunkan sebuah tempat ibadah untuk beribadah kepada Allah di dalamnya. Dia ber-uzlah dari manusia, dan inilah rahbaniyah di mana Allah dan Rasulullah melarang kita untuk menjadikannya sebagai cara hidup.


Juraij mempunyai seorang ibu yang shalihah. Pada suatu hari si ibu datang untuk mengunjungi anaknya dan ingin berbincang dengannya. Si ibunya datang dan memanggilnya. Pada ketika itu dia sedang shalat, maka dia lebih mengutamakan shalatnya daripada menjawab panggilan ibunya. Rasulullah S.A.W. menunjukkan contoh perbuatan si ibu ketika memanggil Juraij. Rasulullah meletakkan telapak tangannya di atas alis matanya, menirukan perbuatan ibu Juraij yang mendongakkan kepalanya ketika memanggil putranya. Perbuatan ibu Juraij itu biasanya dilakukan ketika orang yang dipanggil berada di tempat yang tinggi. Mereka ingin supaya dpaat melihat orang yang dipanggil dengan mendongak kepala mereka. Mungkin sinar matahari yang menyilaukan menimpa kedua matanya ketika dia mengangkat pandangannya kepada anaknya itu menyebabkan dia meletakkan telapak tangannya di alis matanya. Sepatutnya Juraij meninggalkan shalatnya dan menjawab panggilan ibunya, kerana menjawab panggilan ibu lebih baik daripada shalat sunnah. Dia boleh sahaja meringankan shalatnya dan bersegera menemui ibunya. Akan tetapi, Juraij lebih mementingkan shalat daripada ibunya, dan dia meneruskan kenikmatan di dalam shalatnya hingga tidak meninggalkan shalat karena satu dan lain hal.

Esok harinya ibu mengulangi panggilannya, begitu pula di hari ketiga. Nasibnya di kali kedua dan ketiga tidaklah lebih baik daripada nasibnya di kali pertama. Karena itu ibu Juraij marah, lalu dia berdoa atasnya dan Allah mengabulkan doanya. Ibu Juraij berdoa agar Allah tidak mematikannya hingga menjadikannya melihat wajah pelacur. Rasulullah telah menyampaikan kepada kita, seandainya ibu Juraij berdoa atasnya agar tertimpa fitnah niscaya dia akan terfitnah. Jika Allah menghendaki sesuatu, maka ia terjadi dan memudahkan sebab-sebabnya.

Allah telah menyiapkan sebab-sebabnya dengan mengutus seorang pelacur untuk merayu dan menggodanya. Penyebabnya adalah bahawa Bani Israil cemburu dengan kebaikan dan ibadah Juraij. Maka wanita ini begitu meremehkan Juraij, keshalihan dan ketaqwaannya. Dia yakin  bahawa jika dia yang merayunya, maka Juraij akan bertekuk lutut dan jatuh seperti yang lain. Wanita ini begitu percaya diri dengan alasan kecantikannya dan berdasarkan hadis disebutkan bahawa mereka telah memilih wanita ini kerana kecantikan dan kemolekannya. Orang-orang yang terjerumus ke dalam lumpur kenistaan mengira bahawa semua manusia adalah seperti yang mereka kenal. Mereka tidak menyangka bahawa di antara manusia terdapat hamba Allah yang menjauhi kenikmatan dunia yang hanya sementara dan tidak abadi, juga bahawa terdapat di kalangan mereka orang-orang yang beriman dan bertaqwa yang terpelihara sehingga tidak terjerumus ke dalam kenistaan dan perbuatan keji.

Di antara mereka adalah Nabiyullah Yusuf As. yang menjadi tauladan dan Al-Qur'an telah menyampaikan kisahnya. Lalu si Juraij yang digoda oleh wanita pelacur itu langsung tidak dipedulikannya, tidak tergoda dan terus khusyuk dalam ibadah dan shalatnya, seolah-olah dia tidak melihat dan menyaksikannya.

Si pelacur itu amat kecewa dengan tindakan Juraij yang tidak tergoda dengan pujuk rayunya. Sekarang, dia pulang dengan tangan kosong. Keinginannya gagal dan impiannya kandas. Dengan itu, si pelacur telah mengambil keputusan untuk tetap menfitnah Juraij. Ini karena dia telah berjanji kepada orang-orang yang memperkatakan kebaikan Juraij agar ia memfitnahnya dan menjerumuskannya ke dalam pelukannya.

Oleh sebab itu, dia membuat rancangan besar terhadap Juraij. Wanita ini telah pergi kepada seorang penggembala yang menginap berhampiran tempat ibadat Juraij. Dia menginap bersamanya dan berbuat onar dengannya. Hasilnya, dia hamil. Dan apabila bayi itu dilahirkan, dia mengatakan bahawa bayi itu adalah hasil perbuatan Juraij ahli ibadah.

Juraijlah pelaku perbuatan buruk ini. Ini bererti Juraij beribadah secara dusta, kebaikannya hanyalah sekadar pemanis yang palsu. Betapa sedih dan marahnya orang-orang kampung kerana mereka percaya kepadanya diatas kebaikan, ketaqwaan dan keteguhan beragama, kemudian ternyata sebaliknya. Orang-orang yang mereka percayai hanya serigala berbulu domba atau musang berbulu ayam untuk menipu orang-orang bodoh. Maka, mereka pun menentangnya, sebagaimana orang-orang yang memperlakukan rahib yang diceritakan oleh Salman ketika dia mengambil dan menimbun harta sedekah mereka. Mereka menyalibnya setelah dia mati dan menolak menguburkannya.

Penduduk kampung mendatangi Juraij dengan kemarahan yang memuncak di hati. Mereka meminta Juraij turun dan meninggalkan ibadah dustanya. Tetapi Juraij tidak menghiraukan panggilan mereka kerana dia terus larut dalam ibadah dan shalatnya. Pada saat itu dengan segala kelengkapan yang ada mereka merobohkan tempat ibadat Juraij. Melihat keadaan itu Juraij pun keluar untuk menemui mereka. Akibatnya, mereka telah memaki dan memukulnya.

Ketika Juraij bertanya tentang alasan kemarahannya, mereka menceritakan tentang perbuatan Juraij. Mereka meminta agar Juraij bertanya kepada wanita yang telah mengakui apa yang dia akui itu. Juraij tersenyum mendengar ucapan mereka. Dia benar dalam ibadahnya, jujur dalam istiqomahnya. Dia yakin tidak melakukan seperti tuduhan mereka. Tuduhan wanita hina itu hanyalah dusta yang terbuka. Juraij meminta kepada orang-orang yang marah agar memberinya peluang untuk berwudhu dan shalat sebentar. Selesai shalat dia mendatangi bayi yang baru dilahirkan beberapa jam atau beberapa hari. Juraij menusuk perutnya sambil bertanya, sementara orang-orang terdiam, "Siapa bapamu?"

Sebuah ayat Allah yang menunjukkan kepada-Nya dan kepada besarnya kodrat-Nya, bayi itu berbicara dengan suara yang terdengar, ucapan yang jelas dan dipahami. Bayi itu menjawab, "Bapaku adalah fulan penggembala kambing." Orang-orang menyadari besarnya kejahatan mereka terhadap seorang hamba shalih. Mereka mengetahui bahwa Juraij tidak termasuk dalam tuduhan itu. Juraij bukanlah seorang penipu, dia benar dalam ibadah dan keshalihannya, dan bahwa wanita inilah yang telah berdusta dengan menuduh Juraij. Mereka menyedari bahawa mereka telah terburu-buru mempercayai tuduhan itu, sebagaimana mereka telah memukul Juraij dan merobohkan tempat ibadatnya. Orang-orang itu rasa bersalah pada Juraij. Mereka menawarkan kepadanya untuk membangunkan tempat ibadahnya dari emas atau perak, tetapi Juraij menolaknya. Dia meminta supaya tempat ibadahnya dikembalikan dengan tanah seperti sedia kala. Mereka melakukan seperti yang diminta Juraij. Setelah selesai Juraij masuk kembali untuk beribadah kepada Tuhannya.

Allah telah memakbulkan doa ibu Juraij pada Juraij. Akan tetapi Allah menyelamatkannya dengan keshalihan dan ketaqwaannya. Terdapat dua pelajaran yang berharga pada dikabulkannya doa ibu Juraij dan selamatnya Juraij.

(Kisah diatas diambil dari hadist yang diriwayatkan oleh Bukhari Muslim dalam Shahih-nya dari Abu Hurairah. Hadis di dalam Shahih Bukhari dalam Kitab Ahadisil Anbiya’, bab firman Allah,
"Dan sebutlah Maryam dalam Al-Kitab." (QS. Maryam: 16), 6/476, no. 3436. Dan Diriwayatkan oleh Muslim dalam Kitabul Bir Was Shilah, bab mendahulukan Birrul Walidain di atas shalat sunnah, 4/1976, no. 2550.)

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular