Hukum Memegang Al-Quran Semasa Berhadas Kecil Dan Besar




 

Menyentuh dan mengangkat Al-Quran

Menurut firman Allah yang bermaksud : "Tidak menyentuhnya (Al-Quran) melainkan orang-orang yang suci." (Al-Waaqiah : 79).


Berdasarkan ayat Al-Quran di atas ini, haram bagi sesiapa yang menyentuh Al-Quran tanpa wuduk kerana ayat-ayat Al-Quran ini merupakan kalam Allah, perlu kita menghormati kalam Allah ini sebagai panduan kepada semua umat manusia. Haram juga bagi sesiapa yang datang haid menyentuh Al-Quran, kerana mereka berada dalam kekotoran atau berhadas besar. Mengikut sesetengah ulamak menyatakan bahwa dibolehkan bagi hafizah (wanita yang menghafal Al-Quran) sahaja di bolehkan mengulang dengan diniatkan kepada berzikir, tujuan dibolehkan ialah mengelakkan mereka lupa kepada surah-surah hafazan mereka kerana sesiapa yang menghafal Al-Quran diwajibkan kepada mereka menjaganya supaya mereka tidak lupa akan ayat-ayat yang telah dihafal. Tetapi jika mereka mengulang akan ayat-ayat Al-Quran yang telah dihafal dengan niat mengulang ayat Al-Quran maka hukumnya haram. Jika Al-Quran itu berada didalam keadaan darurat seperti hendak terbakar, hendak dirampas oleh orang kafir dan lain-lain... maka hukumnya adalah harus memegangnya walau pun keaadan kita itu tidak berwudukKanak-kanak Mumayyiz(budak yang kecil) menyentuh Al-Quran

Bagi kanak-kanak yang mumayyiz tidak mengapa menyentuh Al-Quran kerana keperluan mereka untuk mempelajari Al-Quran di sekolah atau ke tempat pengajian Al-Quran yang lain. Hal ini menurut fatwa Ibn Hajar mengatakan guru dan kanak-kanak dimaafkan terutama bagi mereka yang tidak berupaya menjaga wuduk mereka. Jika boleh atau berkemampuan, maka seeloknya mereka ini bertayammum sebagai ganti kepada wuduk mereka, tujuan bertayammum adalah mudah untuk mengambilnya jika berbanding dengan wuduk. Sumber rujukan ialah (I’anah Al-Thalibin: 1.82-83).Mengangkat Al-Quran Dengan Barang Lain

Menurut kitab Al-Tuhfah bagi sesiapa yang mengangkat Al-Quran dengan barang lain, seperti meniatkan (qasad) menanggung mushaf, menanggung mushaf bersama barang, atau menanggungnya secara mutlak, ketiga-tiga cara ini adalah haram. Di bolehkan atau tidak haram jika diqasadkan kepada Al-Quran itu seperti menanggung barang biasa sahaja.Menyentuh Lambaran, Kulit Atau Sarung Al-Quran

Menyentuh lambaran kulit mushaf adalah haram sekalipun bahagian yang tiada tulisan dan haram menyentuh bungkusan atau sarung mushaf yang khusus disediakan untuk menyimpan mushaf dengan syarat pada ketika itu mushaf ada di dalam bungkusan atau sarung berkenaan.Menyentuh Mushaf Al-Quran Yang Mengandungi Tafsirnya

Menanggung dan menyentuh mushaf bersama tafsirnya tidak menjadi haram sekiranya tafsirnya itu lebih banyak. Jika tafsir itu sama banyak, atau tafsirnya sedikit atau diragukan mana yang lebih banyak, maka adalah haram menyentuhnya. Ulama juga menggariskan kedudukan antara mushaf dan tafsir dalam mengukur banyak sedikitnya. Ketika menanggungnya yang diambil kira ialah jumlah Al-Quran dan tafsirnya. Manakala dalam perkara menyentuh, yang perlu diperhatikan ialah tempat di mana ia meletakkan tangannya. Jika pada tempat itu tafsirnya lebih banyak, tidak haram menyentuhnya, tetapi jika Al-Quran lebih banyak, haram menyentuhnya. (I’anah Al-Thalibin : 1:82).Kesimpulannya

Perlu diingatkan setiap perkara yang hendak kita lakukan yang berkaitan dengan syiar atau syariat Islam perlu mempunyai hujahnya yang bersumberkan kepada Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qiyas. Jika sesiapa yang melakukan perkara ibadah atau penghayatan Islam tanpa berpandukan kepada dalil-dalil atau hujah para ulamak, maka ia dinamakan sebagai jahil murakkab (jahil tidak mahu belajar), hal ini dikuatirkan orang tersebut sesat didalam penghayatannya.


Jika ada apa-apa pertanyaan atau pandangan bolehlah melalui ruangan komen yang disediakan.

Ulasan

  1. Assalamualaikum...ad soalan skit nk tye ni...jika kta dlm keadaan berhadas besar, cntohnya melakukan onani, tapi belum mandi junub, hanya mengambil wudu lalu mmegang al-quran..adakah haram??...syukran...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam...tetap tidak boleh dan hukumnya adalah haram, mengambil wuduk tidak memadai kerana wuduk tidak menghilangkan hadas besar itu.tetapi jikalau dalam keadaan darurat dibenarkan. contohnya al-quran hendak terbakar maka boleh la pegang walaupun dalam keadaan hadas besar

      Padam
  2. Salam.. kalau pegang Al-Quran jenis kecil punya kena ambil wuduk jugak ke..
    Contoh nak bawak pegi sekolah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalam.. dah namanya quran.. tak kira kecil besar saiznya.. tanpa wuduk dan berhadas.. maka haramlah hukumnya.. melainkan Al-Quran itu letaknya di dalam bag dan bercampur dgn buku2 yg lain, dan pembawanya bukan berniat semata mata nk membawa al-quran.. wallahua'lam...

      Padam
  3. Apakah hukum Kalau kita menyentuh atau membaca al quran dalam keadaan tidak mandi wajib

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular