Anda Dari Golongan Yang Mana?
Sejak
akhir-akhir ini, kita menyedari bahawa terdapat dua golongan wanita.
Golongan pertama ialah wanita 'bebas' (emancipated women) yang kita akan
jumpa setiap hari di Barat. Golongan ini dapat dilihat di kaca
televisyen atau halaman-halaman majalah yang laris dipasaran seperti
majalah hiburan khasnya.
Bagi
wanita 'bebas' ini, perkara yang paling utama bagi mereka ialah untuk
memperkenalkan diri kepada umum. Untuk tujuan ini, mereka memakai
pakaian yang cantik, memakai alat-alat solek yang menimbulkan ghairah,
bekerja sebagai seorang profesional untuk mendapatkan pendapatan yang
lumayan dan berusaha sedaya upaya untuk mendapat teman lelaki atau suami
yang segak, tampan dan berada.
Masa
lapang bagi wanita 'bebas' ini ialah bertemu di majlis-majlis sosial,
menari, mendengar muzik, ke pawagam, menonton wayang gambar, bersukan
dan membaca buku-buku berbentuk hiburan. Adalah menjadi kebiasaan
baginya untuk menyerahkan tubuh bila dalam keadaan berahi.
Wanita
'bebas' ini bersetuju badan-badan kebajikan mengambil tugas menjaga
orang-orang yang menderita dan miskin kerana masa dan wang yang ada
padanya diperuntukkan untuk berseronok dan menikmati kemudahan-kemudahan
yang ditawarkan di dunia ini.
Bagi
wanita bebas, pelancongan amat menarik perhatiannya dan menjadi impian
hidupnya jika dapat melancong ke Bahamas, Las Vegas atau Acapulco.
Tetapi
bagi wanita yang berada di sisi lain, Muslimah - keredhaan Allah S.W.T
yang diutamakan. Kecantikan lahiriahnya ketika dia keluar dari rumah
tidak penting malah dia menutup auratnya untuk menyembunyikan kecantikan
yang Allah anugerahkan kepadanya dari pandangan umum. Jika ia bekerja,
tujuannya ialah untuk berkhidmat kepada masyarakat dan bukan untuk
mengisi dompetnya. Menyentuh tentang bakal suaminya, ia lebih mengambil
berat tentang akhlak yang luhur lebih daripada kejayaan duniawinya.
Bagi
Muslimah sudah menjadi kebiasaan baginya berada dalam kekusyukan Solat
fardhu dan hiburan baginya ialah membaca Kitab suci AlQuran, merenung
tentang kebijaksanaan ciptaan Allah dan berkongsi pandangan rohaniahnya
dengan orang yang dikasihinya.
Bagi
Muslimah mendisplinkan diri dengan menahan dari lapar dan dahaga dan
kemewahan-kemewahan lain semasa bulan Ramadhan adalah 5 punca kepuasan
hatinya dan sebagai galakan untuk menambahkan lagi amal soleh.
Tidak
terlintas dalam fikiran Muslimah untuk menikmati apa yang dimilikinya
itu hanya untuk kepentingannya semata-mata melainkan ia memberikan
sebahagian daripadanya kepada orang-orang miskin dan yang lebih
memerlukan.
Bagi
Muslimah, setelah bertahun-tahun lamanya barulah dia berjaya
mengumpulkan wang yang secukupnya untuk perjalanan yang jauh dalam
hidupnya iaitu perjalanan yang mengarahkan kepada mencapai cita-cita
rohaniah, pergi menunaikan Fardhu Haji di kota yang panas lagi berdebu
dan sesak dengan manusia iaitu di Makkahtul Mukarramah.
Kesimpulan cerita di atas
Dari
kedua kisah di atas dapat disimpulkan bahawa, wanita dunia ini lebih
bebas dan mementingkan keduniaan semata-mata, suka berfoya-foya dan
menghabiskan masa kepada rupa paras dan keinginan nafsunya. Sanggup
keluar berdua-dua dengan teman lelakinya yang bukan muhrim dengan alasan
kawan biasa atau teman lelaki sehingga lewat malam. Berpegang-pegangan
tangan dianggap perkara biasa dan sanggup menggadaikan maruah dan tubuh
badannya kerana cinta dan sayangkan teman lelakinya. Apabila mengandung
menjadi gelisah, ada yang sanggup menggugurkan anak kandungannya yang
diharamkan oleh Islam akan perbuatan gugur itu. Bagi yang melahirkan
anak dari darah dagingnya sendiri dengan tidak mempunyai sifat keibuan
dan berperikan kemanusiaan sanggup buang bayi itu kedalam tong sampah,
kedalam sungai, tandas dan sebagainya. Itulah kehebatan wanita sekarang
ini yang diagungkan oleh semua golongan masyarakat dan ada sebahagian
dari wanita yang tidak berpendidikan agama memperjuangkan kebebasan
wanita sehingga berbagai gejala tidak baik berlaku.
Bagi
wanita yang budiman dan solehah dianggap kolot dan tidak bertamadun,
kerana pakaiannya yang menutup aurat. Ada diantara golongan ustazah yang
mempelajari agama dan disanjungi ramai memberikan imej pakaian yang
tidak sepatutnya dipakai dan ramai masyarakat yang kurang pengetahuan
agama menirunya dengan alasan “ustazah itu pakai tidak mengapa, kenapa
saya pakai tidak boleh”. Adakah ini semua Islam sekular, Liberal, Islam
moden atau sebagainya. Saya tertanya-tanya kenapa berlaku sebegini,
adakah disebabkan malu memakai tudung labuh takut dihina dan dicaci atau
tidak cantik, atau sebagainya. Padahal Islam membenarkan wanita Islam
berfesyen dengan garis panduan yang ditetapkan. Ada wanita yang menutup
kepala tetapi pakaiannya ketat sehingga menampakkan badannya, ada yang
pakai tudung tapi lengan bajunya pendek, ada juga yang bertudung tetapi
nampak dadanya, adakah ini fasyen Islam?
Mari
kita kaji kembali perkara ini, jika ada kesalahan mari kita
perbetulkan. Jangan terlalu mengejarkan fasyen sehingga kita lupa kepada
batasan agama Islam kita, Kehidupan kita memerlukan redha Allah. Dari
redha, manusia sebagai jaminan kita menerima balasan yang setimpal
apabila dihari perhitungan nanti.
Ulasan
Catat Ulasan