Apakah Yang Dikatakan Halal, Haram, Subhah (Keraguan)
صلى الله عليه عَنْ أَبِي عَبْدِ الله النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْر رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ الله
وسلم یَقُوْلُ: (( إِنَّ الحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَاتٌ لا یَعْلَمُهُنَّ آَثِيْ رٌ
مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرَأَ لِدِیْنِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي
الحَرَامِ آَالرَّاعِي یَرْعَى حَوْلَ الحِمَى یُوشِكُ أَنْ یَرْتَعَ فِيْهِ. أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمَى، أَلاَ وَإِ نَّ
حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ. أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ آُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَ دَالْجَسَدُ آُلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ)).
وسلم یَقُوْلُ: (( إِنَّ الحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَاتٌ لا یَعْلَمُهُنَّ آَثِيْ رٌ
مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرَأَ لِدِیْنِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي
الحَرَامِ آَالرَّاعِي یَرْعَى حَوْلَ الحِمَى یُوشِكُ أَنْ یَرْتَعَ فِيْهِ. أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمَى، أَلاَ وَإِ نَّ
حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ. أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ آُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَ دَالْجَسَدُ آُلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ)).
رواه البخاري ومسلم.
Daripada ‘Abdullah bin An-Nu’man bin Basyir r.a katanya : “Aku telah mendengar Rasulallah SAW bersabda : “Sesungguhnya yang itu telah jelas nyata (jelas akan hukumnya) dan yang haram itu telah jelas nyata (jelas akan hukumnya) dan di antara kedua-duanya (halal dan haram itu) terdapat perkara yang syubhah (yang tidak akan jelas akan kehalalannya dan keharamannya) yang tidak di ketahui oleh ramai manusia, maka barang siapa yang berjaga-jaga dari perkara yang syubhah, sesugguhnya ia telah menjaga agama dan kehormatannya dan barangsiapa yang terjatuh ke dalam perkara yang syubhah, maka ia telah terjatuh ke dalam perkara yang haram, seumpama pengembala yang menggemabala kambingya di sekitar kawasan yang terlarang yang hampir-hampir binatang gembalaannya masuk dan memakan rumput-rumpai yang ada di dalamnya. Maka ketahuilah, bahawa kawasan larangan Allah swt adalah perkara-perkara yang telah diharamkanNya. Dan ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh manusia itu ada seketul daging, jika ia baik, maka baiklah keseluruhan jasadnya dan jika ia rosak, maka rosak pulalah keseluruhan jasad, sesungguhnya ia adalah HATIDewasa kini hadis ini adalah sangat dekat dengan kita, bahkan aku yakin percaya bahawa ramai kebanyakan kita telah mengetahui dan menghafal hadis ini (walaupun hanya menghafal maksud tanpa menghafal tuturnya dalam bahasa arab).
(riwayat Bukhari & Muslim)
Hadis ini menjadi antara salah satu hadith di mana hukum-hakam agama Islam di keluarkan darinya. Berkata jama’ah : “Ia adalah 1/3 daripada agama.” Abu Daud berkata : “Ia adalah ¼ daripada agama.” Sungguh pada intipati hadis ini terdapat keluasan manfa’atnya dan ruang lingkupnya. Ini karena hadith ini berkaitan dengan perkara halal, haram dan jua syubhah. Dengan keadaan dan zaman yang berubah, syari’ah asal utama yang berkaitan dengan ‘aqidah tauhid adalah tidak berubah, tapi adalah feqhnya yang berubah setelah diperstujui oleh para mujatahid dan ‘ulama yang disepakati pendapatnya. Indahkan Islam itu? Tidak terlalu rigid tidak pula terlalu lonnggar, tapi adalah fleksibel.
Menurut Imam an-Nawawi r.a berkata : “maknanya bagi semua perkara itu ia mengandungi 3 bahagian iaitu :
PERTAMA : HALAL itu jelas nyata, tidak tersembunyi kehalalannya, seperti terkandung dalam al-Quran dan al-Hadith seperti makan selain daripada darah dan bangkai, berjalan-jalan dan sebagainya.
KEDUA : HARAM itu jelas nyata, yang mana terdapat larangan yang jelas qat’i dalam al-Quran dan hadith janganlah dipertikaikan pula. Tentang larangan Allah yang dinyatakan dalam al-Quran berkaitan dengan jenayah telah dikumpulkan oleh para ‘ulama dan diqanunkan untuk memudahkan kemaslahatan ummah maka terhasillah hukum hudud seperti meminum arak, membunuh dan sebagainya
KETIGA : SYUBHAH (mutasyabihah) bermaksud yang tidak jelas, iaitu kekeliruan antara kehalalannya dan keharamannya. Maka tidak ramai pula yang mengetahui akan statusnya. Adapun sebaliknya, para ‘alim ‘ulama telah mengetahui hukumnya berdasarkan kepada nash dan qiyas yang telah disepakati oleh mereka. Jika sesuatu perkara itu tidak diketahui akan hukumnya atau terjadi kekeliruan akan hukumnya sama ada halal atau haram, justeru tidak ada nash yang menetapkannya dan tidak jua dengan ijma’, maka para mujtahid telah berijtihad untuknya. Dengan ijtihad, mereka telah menasakhkan atau mengeluarkan hukum untuk salah satu dari keduanya dengan menyatakan dali-dalil yang berkaitan akannya.
Terdapat beberapa jenis syubhah yang dapat diklasifikasikan.
Ibnu al-Mundzir telah mengkelaskannya kepada 3 bahagian, iaitu :
KEDUA : seabliknya, sesuatu perkara itu halal tetapi ragu-ragu (syak) akan keharamannya; seumpama hadath, datang keraguan selepas yakin akan wujudnya atau terhasillah thaharah, maka tiada kesan keraguan padanya selepas yakin. Iaitu orang yang telah berwudhu’ lalu dia ragu-ragu sama ada dia masih dalam keadaan berwudhu’ atau telah batal wudhu’nya, jika dia masih YAKIN msih ada wudhu’, maka hukum ke atasnya bahawa ia masih berwudhu’, justeru yakin tidak boleh dihilangkan syak.
KETIGA : Sesuatu yang diragui akan kehalalannya dan keharamannya, maka adalah lebih aula untuk meninggalkan keraguan itu. Sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulallah SAW terhadapa sebiji tamar yang terjatuh dari pokoknya. Telah diriiwayatkan daripada Bukhari dan Muslim daripada Rasulallah SAW yang bermaksud :
“Sesunggunhnya aku telah pulang menemui isteriku lalu aku mendapati sebiji tamar di atas tempat tidurku kemudian aku mengambilnya untuk memakannya namun aku takut seandainya ia dari sedekah lantas aku mencampaknya”
Lihatlah kepada akhlak Rasulallah SAW. Inilah sepatutnya yang kita lakukan dewasa kini. Sebagai contoh di datangkan dalam keadaan ini pada masa kini, kita diberi oleh seseorang akan sesautu makanan, terlebih dahulu kita bertanya tentang apakah makanan ini dan dari manakah sumbernya. Jika telah YAKIN akan KEHALALANNYA, maka makanlah denganyakin. Ini tidak. Kita pantang mendapat makanan, terus telan dan kemudian baru nak pertikai tentang hukumnya. Betul tak?? (sebagai peringatan untuk diri ini jua )
Adakah Anda Yakin Dengan Makanan Ini?
Terdapat dari kalangan sahabat yang mengatakan tentang Syubhah ini.
Abu Dharda’ r.a berkata :
“Ketaqwaaan yang sempurna ialah di mana seorang hamba itu takut kepada Allah swt sehinggakan dalam perkara sebesar zarrah sekali pun, termasuklah meninggalkan sebahagian perkara yang pada pendapatnya halal kerana takut terjerumus pad hal yang haram.”Al-Hasan al-Bashri r.a berkata :
“Ketaqwaan itu akan terus berkekalan pada orang-orang yang muttaqin sehingga mereka meninggalkan banyak benda yang halal kerana takut ianya haram.”Ats-Tsauri berkata :
“Ada pun sesungguhnya ketinggian orang-orang yang muttaqin ini adalah mereka yang meninggalkan barang apa yang tidak diketahui (akan keharamannya).”Ibnu Umar r.a bekata :
“Biarkan sehelai kain tabir dan halal di antaraku dengan benda yang haram, aku pasti akan mengoyakkannya.”Telah tsabit daripada Abu Bakar r.a, bahawa beliau pernah memakan makanan yang mengandungi syubhah tanpa pengetahuannya, lantas apabila dia mengetahuinya, beliau pun memasukkan jarinya ke dalam mulutnya lalu memuntahkannya apa yang telah dimakannya.
Dalam keadaan millennia kini, kita tidak dapat lari daripada perkara SYUBHAH walau pun telah jelas yang halal dan haram, lebih-lebih lagi dalam bab pemakanan.
Berkata seorang ulama :
“pada akhir zaman kelak akan tinggalah hanya kulit-kulit pokok kayu yang hanya halal untuk di makan”Masakan tidak, jika kita lihat pada hari ini dalam bab pemakanan sahaja telalu banyak syubhah yang dapat dipertikaikan lebih-lebih lagi jika berada di restoren sama ada daripada sudut sumbernya, penyediannya, dan lain-lain.
Perlu juga diberi perhatian adalah dari segi ramuan dalam bahan makanan. Sebagai contoh bahan makanan yang dicampur dengan alkohol ,minyak dari lemak khinzir dan sebagainya. Malah kedapatan restoran yang memaparkan lambang halal tetapi bahan makanannya dicampur dengan ramuan seperti alkohol dan sebagainya.Ini sering berlaku dikebanyakan restoran-restoran dan hotel yang menggunakan khidmat chef dari luar negara.
Seterusnya dari segi peralatan yang digunakan untuk memasak dan memproses sesuatu bahan makanan. Pihak berkenaan perlu memastikan bahawa peralatan seperti kuali, periuk, pisau dan sebagainya tidak pernah digunakan untuk memasak bahan makanan yang haram mengikut syariat Islam. Kita tidak mahu kuali yang pernah digunakan untuk memasak daging khinzir digunakan pula untuk memasak makanan bagi orang Islam pula.
Namun, ambillah langkah WASATHIY dalam perkara ini. Meletakkan hukum pada tempat yang jelas nyata di pandangan kita. Sungguh kalau terlau sukar dalam bab pemakanan dewasa kini, maka tidak makanlah kita. Janganlah pula terlalu longgar sampai semua kita makan.
TEPUK DADA, TANYA SELERA, SOAL IMAN, BARU MAKAN
Hati merupakan anggota yang terpenting dalam batang tubuh manusia dalam menentukan keputusan bersama dengan aqal.
‘ulama mazhab Syafi’e telah berhujah dengan hadith ini bahawa asal aqal itu adalah hati dan apa yang ada dalam kepala adalah berasal daripadanya. Mereka berhujah dengan firman Allah swt yang bermaksud :
“…mereka mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahaminya (ayat-ayat Allah swt)..”Ada pun daripada mazhab abu Hanifah yang dikatakan aqal itu adalah di dalam otak. Diriwayatkan jua seumpama ini oleh pakar perubatan. Mereka berhujah jika otak itu rosak, maka aqal jua akan rosak. Apa yang lahir daripada ilmu perubatan dan penjelasan hadith, bahawa sumber pemikiran yang spontan adalah dalam otak, maka pancaindera berfungsi dengan perintah yang kelaur daripada otak.
(al-‘araf: 179)
Dalam bahasa mudahnya, janganlah nak sibuk berdebat tentang HATI atau OTAK yang menentukan segala sesuatu. Jagalah keduanya supaya Hati terpelihara, Akal sihat sejahtera , akhlak terjaga.
Allah swt berfirman yang bermaksud :
“Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semua ini akan dipertanggungjawabkan”.Ingatlah..
(al-‘Isra : 36)
buta mata tidak bermaksud buta hati. TAPI BUTA HATI pasti akan buta mata
Begitu panjang lebar jika hendak membicarakan tentang hati ini.
Dalam kitab al-Mu’in ‘ala Tafhimil arba’in karangan ibnu al-Mulqin As-Syafi’I dinyatakan seperti ini:
Sesungguhnya kesejahteraan hati itu adalah 5 perkara :Dr. Mustafa al-Bugho berkata “Makan makanan yang halal adalah kepalanya (puncanya)
- Bacaan al-Quran & tadabbur
- Perut yang kosong
- Ibadat di kala malam
- Merendahkan diri di hadapan Allah swt pada waktu sahur (dinihari)
Alangkah bagus jika siapa yang berkata :
“Makanan adalah bijih benih segala perbuatan, sekiranya apa yang masuk (ke dalam perut) makanan yang halal, maka keluarlah dari tubuh perbuatan yang halal. Jika masuk ke dalam perut makanan yang haram, maka keluarlah darinya perbuatan yang haram. Jika yang masuk ke dalam perut itu adalah makanan yang mengandungi syubhah, maka keluarlah dari tubuh badan itu perbuatan yang syubhah.”
Hasan al-Bashri berkata kepada seorang lelaki :
“Ubatilah hatimu, karena sesugguhnya kehendak Allah swt terhadap hambaNya ialah kebaikan hati mereka.”
MASALAH HATI & BERMASALAH HATI adalah perkara yang berbeza. Janganlah kita tersalah anggap.
Ulasan
Catat Ulasan