Rayuan Derma Pembinaan Asrama Dan Kelas Hafizah

Rayuan Derma Pembinaan Asrama Dan Kelas Hafizah

Assalamualaikum w.r.b.h.

Kepada muslimim dan muslimat yang di rahmati ALLAH S.W.T.

PROGRAM AMAL BACAAN TADARUS AL-QURAN, YASIN DAN TAHLIL UNTUK ARWAH SEMPENA BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK

Dengan hormatnya merujuk pekara diatas, sukacita dimaklumkan bahawa pihak DARUL ULUM IHYA ULUMUDDIN akan menganjurkan program amal bacaan tadarus Al-Quran, yasin dan tahlil untuk arwah sepanjang bulan Ramadhan Al-mubarak. Bacaan tadarus Al-Quran, yasin dan tahlil akan dibaca oleh pelajar-pelajar hafiz dan hafizah bersama para ustaz dan ustazah di Darul Ulum ini.

Bacaan tadarus Al-quran dibaca selepas solat subuh dan selepas solat tarawih sebanyak 5juz setiap hari manakala yasin dan tahlil dibaca sebelum waktu berbuka puasa pada setiap hari sepanjang bulan Ramadhan Al-mubarak.

2. Untuk tujuan itu, pihak Darul Ulum mengalu-alukan kepada muslimin dan muslimat mengambil bahagian dengan kesempatan ini untuk berbakti kepada arwah terutamanya ibu bapa dan ahli keluarga yang telah meninggal dunia dengan menghadiahkan pahala bacaan tadarus Al-quran, yasin dan tahlil kepada mereka.

Kepada muslimin dan muslimat yang ingin mengambil bahagian sila isikan nama penuh arwah pada borang yang disediakan. Segala sumbangan ikhlas daripada pihak tuan/puan boleh dimasukkan kedalam akaun Darul Ulum diatas nama DARUL ULUM IHYA ULUMUDDIN no akaun (02060000202718 bank muamalat) @ atas nama Mohamad bin Abdul Khadir no akaun (152023203394 maybank) atau diserahkan kepada wakil yang di lantik oleh pihak Darul Ulum.

3. Pihak Darul ulum mengucapkan ribuan terima kasih kepada muslimin dan muslimat yang sudi mengambil bahagian dalam program amal yang akan di anjurkan ini, segala sumbangan ikhlas akan digunakan untuk pembelanjaan dan dana pembinaan bagunan Darul Ulum semoga amal jariah yang di lakukan mendapat keredhaan dan diterima Allah s.w.t. AMIN.

Sebarang pertanyaan:

Ust. Mohamad bin Abdul Khadir (017-5916566)

Ust. Mahar bin Murad (013-4726968)

Ust. Mohd Waliyallah bin Mohamad (012-4667684)

Ust. Ahmad Raihan bin Mohamad (014-3005526)

Atau Emel: ihyaidin@gmail.com

Asrama Lelaki

Asrama Lelaki

Banguan B (kelas)

Banguan B (kelas)

Bangunan Kelas Dan Asrama Pelajar Hafizah Di Dalam Pembinaan

Bangunan Kelas Dan Asrama Pelajar Hafizah Di Dalam Pembinaan

Bangunan Alimah Dan Hafizah (Wanita)

Bangunan Alimah Dan Hafizah (Wanita)

Selasa, 26 Februari 2013

solat sunat israq (kelebihannya)



Solat Sunat Isyraq dilakukan sebagai tanda syukur kepada Allah SWT kerana menganugerahkan pada hamba-Nya sehari lagi mengecapi alam ini walaupun dalam hari-hari berlalu kita banyak melakukan dosa.
.
.
Solat Sunat Isyraq dua rakaat ini dikerjakan selepas waktu Syuruk iaitu setelah matahari naik anggaran setengah galah (4 hasta atau 1.5 meter), lebih tepatnya kira-kira 12 minit setelah terbit matahari.
.
Diberi tempoh jarak masa sebegini sejak waktu Syuruk (terbit matahari) adalah supaya  ia tidak menyamai orang yang menyembah matahari.  Waktu ini juga adalah haram untuk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.
.
Dari Abdullah bin ‘Umar r.a.,katanya Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallam bersabda: “Waktu Subuh adalah sejak terbit fajar hingga terbit matahari. Apabila matahari terbit, berhentilah solat kerana dia terbit antara dua tanduk syaitan.”  (Hadis Riwayat, Muslim r.a.)
.
Tempoh masa Solat Sunat Isyraq adalah sangat singkat iaitu 15 minit sahaja (12 minit – 27 minit setelah Syuruk), bersamaan sehingga masuk waktu Dhuha. Oleh itu wajarlah seseorang itu berikhtikaf sebentar selepas solat jemaah Subuh dengan berzikir dan membaca al-Quran sementara menunggu tibanya waktu Isyraq agar tidak terlepas memperolehi fadhilat besarnya.
.
.

Keutamaan Solat Isyraq

.
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu dia berkata, Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallam bersabda:

 مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِى جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ

 “Sesiapa solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah  sehingga naik matahari dan mengerjakan solat dua rakaat (Solat Sunat Isyraq). Maka adalah baginya pahala seperti pahala Haji dan Umrah yang sempurna, sempurna, sempurna.”  (Hadis Riwayat, At-Tirmidzi dan , ath-Thabrani r.a.)
.
Betapa besarnya keutamaan duduk/menetap di tempat solat sesudah Solat Fardhu Subuh berjemaah untuk berzikir kepada Allah SWT sehingga matahari terbit, kemudian itu melakukan solat dua rakaat, sebagaimana ditunjukkan pada hadis agung di atas yang terdapat dalam kitab ‘Tuhfatul ahwadzi’ dan ‘at-Targhib wat tarhib’.
.
.

Keterangan Hadis

Keterangan lanjut tentang hadis di atas:
 .
  • Dalam kitab ‘Bughyatul Mutathawwi’ mencatatkan solat dua rakaat ini sebagai Solat Isyraq (terbitnya matahari) oleh Ibnu Abbas yang waktunya di awal waktu (sebelum) solat dhuha.
.
  • Dalam kitab ‘Tuhfatul Ahwadzi’ “… sampai matahari terbit“. diistilah sebagai sehingga matahari terbit dan agak naik setinggi satu tombak. Manakala Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin dalam “asy-Syarhul mumti’”  menyatakan masanya sekitar 12-15 minit selepas matahari terbit kerana Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallam melarang melakukan solat ketika matahari terbit, terbenam dan ketika tegak di tengah-tengah langit. (HR Muslim)
.
  • Keutamaan dalam hadis ini lebih dikuatkan dengan perbuatan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sendiri, dari Jabir bin Samurah radhiyallahu anhu: “Bahawa Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallam jika selesai melakukan solat subuh, beliau duduk (berzikir) di tempat beliau solat sampai matahari terbit dan meninggi.”  (HR Muslim dan at-Tirmidzi)
.
  • Keutamaan dalam hadis ini adalah bagi orang yang berzikir kepada Allah SWT di masjid tempat dia bersolat sampai matahari terbit dan tidak bercakap atau melakukan hal-hal yang tidak termasuk zikir kecuali kalau wuduknya batal, maka dia boleh keluar masjid untuk berwuduk dan akan kembali ke masjid.
.
  • Maksud “berzikir kepada Allah” dalam hadis ini adalah umum, termasuk membaca al-Quran, membaca zikir di waktu pagi, mahupun zikir-zikir lain yang disyariatkan.
.
  • Dalam kitab ‘Tuhfatul Ahwadzi’, pengulangan kata “sempurna” dalam hadis ini adalah sebagai penguat dan penegas, dan bukan bererti mendapat tiga kali pahala haji dan umrah.
.
  • Makna “mendapatkan (pahala) seperti pahala haji dan umrah” adalah hanya dalam pahala dan balasan, dan bukan bererti orang yang telah melakukannya tidak wajib lagi untuk melaksanakan ibadah haji dan umrah jika dia mampu.
.
.
.
Cara Melakukan Solat Isyraq
.
1.    Sebelum mendirikan solat Isyraq bacalah doa berikut:
        
.
2.     Solat sunat Isyraq dilaksanakan sama seperti solat sunat dua rakaat yang lain.
.
3.     Lafaz niatnya:-
“Daku solat sunat Isyraq dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
.
4.     Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
      Rakaat pertama, bacalah Al-A’la.
      Rakaat ke-dua, baca Al-Fil.
                    Atau;
      Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun.
      Rakaat ke-dua, baca Al-Ikhlas.
.
5.     Selepas salam bacalah doa ini;

.

.

6.     Atau boleh dibaca doa ini;

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sociable