Kisah Neraka Jahannam
Dari Anas bin Malik r.a berkata: Jibrail
datang kepada Nabi Muhammad S.A.W pada waktu yang ia tidak biasa datang
dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Rasulullah S.A.W:
“Mengapa aku melihat kau berubah muka?”. Jawabnya: “Ya Muhammad, aku
datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api
neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka
Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu
terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.”
Lalu Rasulullah S.A.W bersabda: “Ya
Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.” Jawabnya: “Ketika Allah
menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga
merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu
tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan
baranya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka
sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya
kerana panasnya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan
satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya
akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.
Demi Allah
yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai
yang disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan
cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh. Demi Allah yang mengutus engkau
dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan
terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya,
Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas
campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada
tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang
laki-laki dan perempuan.”
Nabi s.a.w. bertanya: “Apakah
pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?” Jawabnya: “Tidak,
tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke
pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang
lain 70 kali ganda.” (Nota kefahaman: Iaitu yang lebih bawah lebih
panas)
Tanya Rasulullah S.A.W: “Siapakah
penduduk masing-masing pintu?” Jawab Jibrail: “Pintu yang terbawah untuk
orang-orang munafik dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan
hidangan mukjizat Nabi Isa a.s serta keluarga Firaun sedang namanya
Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang Musyrikin bernama Jahim.
Pintu ketiga tempat orang Shobi’in bernama Saqar. Pintu keempat tempat
Iblis dan pengikutnya dari kaum Majusi bernama Ladha. Pintu kelima orang
Yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang Nasrani bernama
Sa’eir.”
Kemudian Jibrail diam segan pada
Rasulullah S.A.W sehingga ditanya: “Mengapa tidak kau terangkan penduduk
pintu ke tujuh?” Jawabnya: “Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar
dari umatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat.” Maka Rasulullah
S.A.W jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail
meletakkan kepala Rasulullah S.A.W di pangkuannya sehingga sedar kembali
dan sesudah sedar Rasulullah S.A.W bersabda: “Ya Jibrail, sungguh besar
kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang
akan masuk ke dalam neraka?” Jawabnya: “Ya, iaitu orang yang berdosa
besar dari umatmu.”
Kemudian Rasulullah S.A.W menangis,
Jibrail juga menangis. Kemudian Rasulullah S.A.W masuk ke dalam rumahnya
dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak
berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta
kepada Allah.
Dari Hadith Qudsi:
Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahariKu. Tahukah kamu bahawa:
- Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
- Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
- Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
- Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
- Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
- Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
- Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
- Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
- Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
- Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai70,000 rantai
- Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Ulasan
Catat Ulasan