Kesalahan- kesalahan suami terhadap isteri
Keutuhan sesebuah rumahtangga sangat
dipengaruhi oleh baiknya kepemimpinan seorang suami (sebagai ketua
keluarga) dalam membina keluarganya. Lebih-lebih lagi adalah SIKAP &
PERILAKUnya dalam bergaul dengan isterinya. Suami isteri sebagai
tunjang UTAMA dalam sesebuah rumahtangga, bila mengalami kerosakan maka
bangunan rumahtangga akan runtuh. Disebabkan hubungan ini seharusnya
sentiasa di jaga dengan memperhatikan HAK & KEWAJIPAN masing-masing.
Bagi suami isteri harus saling menunaikan kewajipanya setelah itu baru
boleh mendapatkan apa yang menjadi haknya.
Jika kita melihat kenyataan dalam
masyarakat, dua sikap suami yang saling bertentangan dalam menyantuni
isteri mereka, sikap inilah yang perlu di ambil perhatian, tak kurang
juga sama-sama menimbulkan masalah yang berhujung dengan sebuah
perceraian.
Pertama, suami yang meremehkan
isterinya, yang mengsia-siakan hak-haknya & melakukan pelbagai
kesalahan berkaitan dengan hak isterinya.
Kedua, suami melepaskan kendalinya terhadap isteri & membebaskannya begitu sahaja (dalam ertikata lain, LEPAS TANGAN).
Allah berfirman dalam Al-Quran, Surah An Nisa : 34 yang bermaksud:
“Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki atas sebahagian yang lain (wanita) & mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu, maka wanita yg soleh, ialah yang taat Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). Wanita- wanita yg kamu khuatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka & pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka & pukullah mereka. Kemudian jika mereka menaatimu, maka janganlah kamu mencari–cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar”
Berikut ini adalah 10 (sepuluh)
KESALAHAN-KESALAHAN suami yang banyak dilakukan, yang kesemuanya
terbahagi kepada dua sikap keliru diatas:
1. Tidak mengajarkan AGAMA dan HUKUM syariat kepada isteri
Banyak kita dapati para isteri tidak
mengetahui bagaimana cara solat yang betul, hukum haid & nifas,
bertingkahlaku/berperilaku terhadap suami secara tidak syar’ie &
tidak mendidik anak-anak secara Islam. Bahkan ada yang terjerumus ke
dalam pelbagai jenis kesyirikan. Yang menjadi perhatian seorang isteri
hanyalah bagaimana cara memasak & menghidangkan makanan tertentu,
cara berdandan yang cantik dsb. Tidak lain semua kerana tuntutan suami,
sedangkan masalah AGAMA, terutama ibadahnya tidak pernah ditanyakan oleh
suami.
Padahal Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
“Hai orang–orang yang beriman, peliharalah dirimu & keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia & batu, penjaganya malaikat – malaikat yang kasar, keras & tidak mendurhakai Allah terhadap apa yg di perintahkan-Nya kpd mereka & selalu mengerjakan apa yang diperintakan” {Al-Quran, Surah At-Tahrim:6}
Maka para suami diminta untuk tidak
sesekali mengABAIkan hal ini, kerana semuanya akan diminta
dipertanggungjawapkan keatasnya. Hendaklah benar-benar mengajarkan agama
kepada isterinya, baik dilakukan sendiri atau melalui perantara. Antara
lain yang dapat dilakukan; menghadiahkan buku-buku tentang Islam &
hukum-hukumnya serta berbincang bersama-sama, kaset/cd ceramah, mengajak
isterinya menghadiri ke majlis-majlis ILMU yang disampaikan oleh
orang-orang yang berilmu dsb.. (yang paling praktikal.. ajaklah solat
berjemaah di rumah atau di surau/masjid misalnya)
2. Suka mencari kekurangan & kesalahan isteri
Dalam suatu hadith riwayat Bukhari &
Muslim, Rasulullah s.a.w melarang lelaki yang berpergian dalam waktu
yang lama, pulang menemui keluarganya di waktu malam, kerana
dikhuatirkan akan mendapati berbagai kekurangan isteri & cela
isterinya. Bahkan suami diminta bersabar & menahan diri dari
kekurangan yang ada pada isterinya, juga ketika isteri tidak
melaksanakan kewajipannya. Kerana suami juga mempunyai kekurangan &
celaan seperti sabda Rasulullah:
“Janganlah seorang suami yang beriman membenci isterinya yang beriman. Jika dia tidak menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meredhai akhlak lain darinya.” {H.R. Muslim}
3. Memberi hukuman yang tidak sesuai dengan kesalahan isteri
Ini termasuk bentuk kezaliman terhadap isteri, antara lain iaitu:
(a) Menggunakan pukulan di tahap awal pemberitahuan hukuman {sila rujuk Al-Quran, Surah An-Nisa : 34}
(b) Mengusir isteri dari rumahnya tanpa ada kebenaran secara syar’ie {sila rujuk Al-Quran, Surah Ath-Thalaq : 1}
(c) Memukul wajah, mencela dan menghina.
Dalam as-Sunan dan al-Musnan dari
Mu’awiyah bin Haidah al-Qusyairi bahawa ia berkata: “Ya Rasulullah,
apakah HAK isteri atas suaminya? Nabi s.a.w menjawab:
“Hendaklah engkau memberinya makan jika engkau makan, memberinya pakaian jika engkau berpakaian, tidak memukul wajah, tidak menjelek-jelekkan & tidak menghajar(boikot) kecuali di dalam rumah.” {H.R. Ibnu Majah disahihkan oleh Syeikh Albani}
4. Culas dalam memberi nafkah kepada isteri
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.” {Al-Quran, Surah Al-Baqarah : 233}
Isteri BERHAK mendapatkan nafkah, kerana
dia telah membolehkan suaminya bersenang–senang kepadanya, dia telah
mentaati suaminya, tinggal di rumahnya, mengasuh & mendidik
anak-anaknya. Dan jika isteri mendapati suaminya culas dalam memberi
nafkah, bakhil, tidak memberikan nafkah kepadanya tanpa ada pembenaran
syar’ie, maka dia boleh mengambil harta suami untuk mencukupi
keperluannya secara ma’ruf (tidak berlebihan) meskipun tanpa
sepengetahuan suaminya.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Jika seorang muslim mengeluarkan nafkah untuk keluarganya sedangkan dia mengharapkan pahalanya, maka nafkah itu adalah sedekah baginya.” {Muttafaq ‘alaih}
5. Sikap keras, kasar, tidak lembut terhadap isteri
Rasulullah s.a.w bersabda: “Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik–baik kalian adalah yang paling baik tehadap isteri-isterinya.” {H.R. at-Tirmidzi, disahihkan oleh Syeikh Albani}
Maka suami hendaklah berakhlak baik terhadap isterinya dengan bersikap lembut & menjauhi sikap kasar.
6. Kesombongan suami membantu isteri dalam urusan rumahtangga
Ini kesalahan yang paling banyak
MENJANGKITI para suami. Padahal lelaki yang paling UTAMA yakni
Rasulullah s.a.w tidak segan silu membantu pekerjaan isterinya.
Ketika Aisyah r.ha ditanya tentang apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w di rumahnya, beliau menjawab:
“Beliau membantu pekerjaan isterinya & jika datang waktu solat, maka beliau pun keluar untuk solat.” {H.R. Bukhari}
7. Menyebarkan rahsia dan aib isterinya
“Sesungguhnya diantara orang yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat adalah seseorang yang menggauli isterinya & isterinya menggaulinya kemudian dia menyebarkan rahsia-rahsia isterinya.” {H.R. Muslim}
Dalam hadith ini diHARAMkan seorang
suami menyebarkan apa yang terjadi antara dia dengan isterinya
terutamanya di tempat tidur. Juga diharamkan menyebutkan perinciannya,
serta apa yang terjadi pada isterinya baik berupa perkataan mahupun
perbuatan lainnya.
8. Sikap terburu-buru dalam menceraikan isteri
Wahai suami yang mulia, sesungguhnya
hubungan antara engkau & isterimu adalah hubungan yang kuat lagi
suci, oleh keranyalah Islam menganggap penceraian adalah perkara besar
yang tidak boleh diremehkan kerana penceraian akan menyeret kepada
kerosakan, kacau bilaunya pendidikan anak dsb. Dan hendaknya perkataan
cerai/talak itu tidak digunakan sebagai bahan gurauan/mainan. Kerana
Rasulullah s.a.w teleh bersabda:
“Ada 3 hal yang kesungguhannya dan gurauannya sama-sama dianggap sungguh-sungguh iaitu: NIKAH, TALAK (cerai) dan RUJUK.” {H.R. Abu Daud, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah, dinilai “hasan” oleh asy-Syeikh Albani}
Memang perselisihan antara suami isteri
sering terjadi kadang sampai mengarah kepada penceraian. Akan tetapi
penceraian ini tidak boleh dijadikan sebagai langkah pertama dalam
penyelesaian perselisihan ini. Bahkan harus diusahakan berbagai cara
untuk menyelesaikannya, keran kemungkinan besar akan banyak rasa
penyesalan yg ditimbulkan dikemudian hari kelak.
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air (laut), kemudian ia mengutus para tenteranya. Maka tentera yang paling dekat dengan Iblis adalah yang paling besar fitnahnya (penyesatannya). Maka datanglah salah satu tenteranya dan melapor: Aku telah melakukan ini dan itu, maka Iblis berkata: Engkau belum melakukan apa-apa, kemudian datanglah tentera yang lain dan melapor: Aku telah menggodanya hingga akhirnya aku menceraikannya dengan isterinya. Maka Iblis pun mendekatkan tentera syaitan ini di sisinya lalu berkata: Engkau tentera terbaik.” {H.R. Muslim}
9. Berpoligami tanpa memperhatikan ketentuan syari’at
Menikah untuk kedua kali, ketiga dan
keempat kali merupakan salah satu perkara yang Allah syariatkan. Akan
tetapi yang menjadi catatan di sini bahawa sebahagian orang yang ingin
menerapkan syariat ini/telah menerapkannya tidak memperhatikan sikapnya
yang tidak memenuhi kewajipan serta tanggungjawab terhadap isteri.
Terutama isteri pertama & anak-anaknya.
“Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinlah) seorang sahaja.” {Al-Quran, Surah An-Nisa : 3}
Sikap ini merupakan KEADILAN yang
diperintahkan Allah s.w.t. Memang benar berpoligami merupakan syariat
Islam, tetapi jika seseorang tidak mampu melaksanakannya dengan baik
& tidak memenuhi syarat-syaratnya atau tidak boleh memikul
tanggungjawabnya, hal ini boleh menjuruskan kerosakan sesebuah
rumahtangga, menghancurkan anak-anak & menambah permasalahan
keluarga & juga kepada masyarakat. Maka fikirkanlah akibatnya &
perhatikanlah dengan saksama perkaranya sebelum masuk ke’dalam’nya.
10. Lemahnya kecemburuan
Para suami memBIARkan keelokan,
keindahan & kecantikan isterinya DINIKMATI & DIPERTONTONkan oleh
ramai orang. Dia memBIARkan isterinya menampakkan auratnya ketika
keluar rumah, membiarkan berkumpul dengan lelaki-lelaki lain. Bahkan
sebahagian ada yang BANGGA kerana telah memiliki isteri yang cantik yang
boleh dinikmati ‘pandangan’ kebanyakan orang. Padahal wanita dimata
Islam adalah makhluk yang SANGAT mulia, sehingga keindahan &
keelokannya hanya diperuntukkan atau DIKHUSUSkan buat suaminya sahaja
tidak sesekali di’jaja’ kemana-mana pun.
Seorang suami yang memiliki kecemburuan
terhadap istrinya tidak akan membiarkan isterinya berjabat tangan dengan
lelaki lain yang BUKAN mahram.
“Ditusukkan kepala seorang lelaki dengan jarum dari besi lebih baik daripada dia menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya.” {lihat dalam ash-Shahihah : 226}
Seorang suami yang memiliki kecemburuan terhadap isterinya, dia akan memperhatikan sabda Rasulullah s.a.w:
“Janganlah kalian masuk menemui para wanita.” lalu seorang Ansar berkata, “Wahai Rasulullah, bagaimana dengan al-hamwu (kerabat suami)?” Beliau mengatakan, “Al- hamwu adalah kematian.” {Muttafaq ‘alaih}
Perhatikan juga ancaman Rasulullah s.a.w terhadap lelaki yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarga (isteri):
“Tiga golongan yang Allah s.w.t tidak akan melihat mereka pada hari kiamat iaitu seseorang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, wanita yang menyerupai lelaki dan ad-Dayyuts” {H.R. An-Nasa’i dinilai ‘hasan’ oleh syeikh Albani, lihat ash-Shahihah : 674}
Dan ad-Dayyuts(dayus) adalah LELAKI yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarganya.
Semoga bermanfaat buat kita semua.. insyaAllah
Ulasan
Catat Ulasan