Adab Bagi Pelajar Agama




وَمِنَ النّاسِ وَالدَّوابِّ وَالأَنعٰمِ مُختَلِفٌ أَلوٰنُهُ كَذٰلِكَ ۗ إِنَّما يَخشَى اللَّهَ مِن عِبادِهِ العُلَمٰؤُا۟ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزيزٌ غَفورٌ ﴿٢٨﴾
Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.

Keperibadian seseorang muslim dari konteks akhlak mahupun syahsiah diri ditentukan dengan betapa berdisiplin dirinya dalam memahami serta mendalami ilmu-ilmu Allah khasnya ilmu Agama Islam.
Pelajar adalah tunas dan harapan bangsa dan tiang agama Islam pada masa yang akan datang. mereka adalah benteng ketamadunan dan peradaban sesuatu bangsa. Namun mengikut pujangga Islam, Dr. Shauqy yang bermaksud : “Sesungguhnya sesuatu umat akan kekal dan terhormat apabila mereka menjaga AKHLAK mereka. Walau bagaimana pun ketika AKHLAK umat itu telah hancur, maka umat itu akan hilang bersama-sama dengan AKHLAK mereka.” Penekanan ini adalah kepada Akhlak dan etika para pelajar, suatu generasi adalah teras dan pendokong peradaban di masa yang akan datang. Sekiranya hancur akhlak pelajar, maka hancurlah bangsa dan ketamadunannya sekali.
Dalam membicarakan akhlak para pelajar, al-Imam Abu Hamid al-Ghazali r.ah., mengemukakan beberapa aturan untuk pelajar yang boleh dilihat sebagai Etika pembelajaran di dalam kitab beliau yang terkenal Ihyaa’ ‘Ulumuddin

Pembersihan hati dari akhlak yang buruk (al-Mazmumah)

Menyediakan diri supaya membersihkan jiwa adalah penting bagi seorang pelajar, kerana Ilmu Pengetahuan didalam Islam ialah suatu cahaya dari Allah swt dan keberkatan dariNya untuk faedah diri dan  juga  untuk orang lain. Kebersihan zahir dan batin adalah sifat yang diperlukan untuk beribadat, ekoran itu menuntut ilmu juga adalah dikira sebagai satu ibadat.
 Hati para pelajar perlulah bersih dari perkara mazmumah; (sifat-sifat tercela, marah, dengki, menurut nafsu, khianat, takabur, bongkak dan lain-lain)  hati pelajar yang bersih dari gangguan (syaitan) maka mudahlah para malaikat datang memberi bantuan untuk menguasai ilmu dari Allah swt.
 Hati yg bersih adalah rumah bagi ilmu, bukan minda atau otak, kerana segala proses kefahaman dan ilmiah akan berpatah balik dan tersimpan di hati. Dari sinilah akan mewujudkan perwatakan berdasarkan kefahaman ilmu yang ada.

Mengurangkan kesibukan dunia, keluarga dan kampung halaman

Pencarian ilmu memerlukan tumpuan dan fokus yang sangat tinggi kepada ilmu, bagaimanakah ilmu akan diperolehi. Ianya perlu dilakukan dengan usaha yang sangat gigih, penuh komitmen dan tidak dilalaikan oleh urusan yang tidak sepatutnya dengan penuntut ilmu seperti perkara keduniaan, keluarga dan kampung halaman. Imam Al-Ghazali mengungkapkan madahnya bermaksud :

“Sebahagian ilmu tidak akan menyerah dirinya kepada kamu, sebelum kamu menyerahkan sepenuh jiwa raga kepadanya. Apabila kamu telah menyerahkan sepenuh jiwa raga kepadanya, sebahagian ilmu akan diberikan kepada kamu, namun sebahagaian lagi masih belum tentu untuk menerima kamu.”(Ihyaa’, I:63; Timbangan Amal, hal.172)

Sehubungan dengan perkara di atas, Ibnu Khaldun (Abdul Rahman ibn Khaldun) menyarankan agar para pelajar atau pencinta Ilmu pengetahuan berhijrah atau mengembara atau berpisah dari kampung halaman, keluarga dan kesibukan yang tidak sepatutnya bagi para pelajar untuk memberi tumpuan penuh terhadap ilmu, bertemu dengan guru-guru yang besar dan hebat, mengadakan hubungan peribadi dengan mereka agar penerimaan ilmu pengetahuan menjadi mantap dan semakin matang serta sentiasa meningkat. Semakin ramai guru, semakin baik bagi para pelajar

Menghormati Guru dan Pengajarannya

Guru adalah insan yang membawa pelajar dari kegelapan kejahilan kepada ilmu pengetahuan. Merekalah perantara ilmu Ilahi yang menyelinap masuk ke ruang minda dan hati para pelajar. Tanpa mereka insan akan berterusan jahil, bumi berterusan tandus dan gagal dimakmurkan.

Imam al-Ghazali r.ah., menyuruh kita ada hubungan yang baik antara para pelajar dengan para ustaz, menanamkan nilai kasih sayang, saling menyintai kerana Allah swt dan hormat-menghormati, mengikut al-Gahazali lagi adalah tersangat mulia untuk berbakti kepada ustaz-ustaz mereka, menjaga rahsia guru-guru, memaafkan mereka dan tidak mengumpat mereka. Sangat diharapkan agar para pelajar tidak bangga diri, angkuh dengan ilmunya, mengutamakan hak guru dan mengetepikan urusan peribadi dan selalu mematuhi nasihat-nasihat guru mereka. Semuanya ini dilakukan bukan mengokong, tetapi memberi ruang guru menyampaikan ilmu pengetahuannya tanpa gangguan dan akan bertambah keberkesanannya jika guru mengikhlaskan hatinya dan redho kepada terhadap muridnya..

Berkata Ali ra. : "Hak dari seorang yang berilmu, ialah jangan engkau banyak bertanya kepadanya! Jangan engkau paksakan dia menjawab, jangan engkau minta, apabila dia penat. Jangan engkau pegang kainnya, bila dia bangun, jangan engkau siarkan rahasianya! Jangan engkau caci orang lain dihadapannya, jangan engkau mencari kecuainnya! Jika dia silap terimalah kemaafannya! Haruslah engkau memuliakan dan membesarkannya kerana Allah, selama dia menjaga perintah Allah. Janganlah engkau duduk dihadapannya! Jika dia memerlukan sesuatu, maka tunaikan hajatnya

Jangan kita menjadi manusia yang berilmu tetapi zalim terhadap dirinya serta orang lain. Dan jangan pula menjadi manusia yang taat beribadah (soleh) tapi bodoh. Ilmu tanpa disirami dengan keimanan, maka dengan ilmu tersebut manusia akan berbuat kerosakan dan kezaliman. Iman tanpa disirami dengan ilmu, maka keimanannya bersifat sementara , Oleh kerana itu, ambillah ilmu dengan dua sayap, iman dan ilmu. Insya Allah... kejayaan yang kita dapat bukan hanya di dunia, tapi juga di akhirat.

Menuntut ilmu tidaklah mudah, tetapi juga tidak susah. Dalam menuntut ilmu dperlukan keyakinan, kesabaran, kesungguhan, dan pengorbanan. Kita harus yakin bahawa kita pasti boleh Berjaya walaupun memerlukan masa yang lama. Kita harus sungguh-sungguh dan bersusah payah untuk ilmu, kerana hanya dengan kesungguhan dan kepayahan maka ilmu itu pasti dapat kita miliki. Kita juga harus mengorbankan jiwa, keseronokan, kerana untuk mendapatkan ilmu dan keredoan dari allah.
Siding hadirin

bahawa tujuan bagi para pelajar ialah untuk menghiasi batinya dan mencantikkan dengan sifat yang mulia. Tujuan utamanya adalah mendekatkan dirinya kepada Allah s.w.t.  para pelajar perlulah berusaha mendekati alam yang tinggi, alam para malaikat dan orang-orang muqarrabin (orang-orang yang mendekatkan dirinya kepada Allah). Dan bukanlah tujuan menuntut ilmu itu adalah untuk mencari pangkat, memperolehi harta dan kemegahan dunia, atau untuk melawan dengan orang-orang bid’ah dan bodoh atau untuk membanggakan diri dengan ilmu itu. Apabila yang tersebut di atas maksudnya, maka tak ragu lagi bahwa pelajar itu telah mendekati tujuannya, yaitu ilmu akhirat.
Dalam masa yang sama, janganlah kita memandang rendah kepada ilmu pengetahuan yang lain, seperti ilmu fatwa, ilmu nahu dan ilmu bahasa yang ada hubungannya dengan Kitab Suci dan Sunnah Nabi dan sebagainya, 

Orang-orang yang bertanggung jawab dalam lapangan ilmu penge- tahuan, samalah juga dengan orang-orang yang bertanggung jawab di benteng-benteng pertahanan dan orang-orang yang ditugaskan di situ dan orang-orang yang berjuang berjihad fi sabilillah. Diantara mereka itu ada yang bertempur, ada yang bertahan, ada yang menyediakan minuman, ada yang menjaga kendaraan dan ada yang mengurus orang-orang yang memerlukan rawatan. Tidak ada seorangpun diantara mereka yang tidak mendapat pahala, kalau tujuannya untuk meninggikan kalimah Allah, bukan untuk mengaut harta rampasan. Maka demikian pula para 'alim ulama,.

Berkata AI-Hasan Al-Karabisi : "Aku bermalam bersama Imam Asy-Syafi'i bukan satu malam. Dia melakukan shalat hampir sepertiga malam. Tidak aku lihat dia melebihkan dari lima puluh ayat. Apabila dia perbanyak maka sampai seratus ayat. Apabila ia membaca ayat rahmat lalu berdo'a kepada Allah Ta'ala untuk diri- nya sendiri dan untuk sekalian kaum muslimin dan mu'minin. Dan apabila ia membaca ayat 'azab, lalu memohonkan perlindung- an dan kelepasan daripadanya untuk dirinya dan untuk orang mu'- min. Seakan-akan ia mengumpulkan harap dan bersama dengan ta- kut.
Lihatlah, betapa dibuktikan oleh kependekan bacaannya atas 50 ayat, kepada melaut dan mendalam pemahamannya akan rahasia yang terkandung di dalam Al-Qur-an. Imam Asy-Syafi'i ra. pernah berkata : "Aku tidak pernah kenyang selama 16 tahun. Kerana kekenyangan itu memberatkan tubuh, mengesatkan hati, menghilangkan cerdik, menarikkan tidur dan melemahkan orang yang kenyang itu dari beribadah". Maka lihatlah kepada hikmahnya pada menyebutkan bahaya bahaya kekenyangan! Kemudian mengenai kesungguhannya beribadah, karena ia meninggalkan kekenyangan itu kerana ibadah. Dan kuat beribadah itu, ialah menyedikitkan makan.





Ulasan

Catatan Popular