Banyak Siksaan Kubur Disebabkan Air Kencing yang Tidak Bersih



Kebanyakan yang disiksa di dalam kubur di sebabkan air kencing yang tidak di cuci dengan bersih dan pula air kencing itu terkena pakaian. Hal ini pun menunjukkan keyakinan seorang muslim akan adanya siksaan kubur.
Hadis ini disebutkan oleh Ibnu Hajar Al Asqolani dalam Bulughul Marom ketika membahas bab “Buang Hajat”.

وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ – رضي الله عنه – قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – - اِسْتَنْزِهُوا مِنْ اَلْبَوْلِ, فَإِنَّ عَامَّةَ عَذَابِ اَلْقَبْرِ مِنْهُ – رَوَاهُ اَلدَّارَقُطْنِيّ
وَلِلْحَاكِمِ: – أَكْثَرُ عَذَابِ اَلْقَبْرِ مِنْ اَلْبَوْلِ – وَهُوَ صَحِيحُ اَلْإِسْنَاد ِ
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Bersihkanlah diri dari air kencing. Kerana kebanyakan siksaan kubur berasal dari bekas kencing tersebut.” Diriwayatkan oleh Ad Daruquthni.
Diriwayatkan pula oleh Al Hakim, “Kebanyakan siksa kubur kerana (bekas) air kencing.” Sanad hadis ini shahih.
Ad Daruquthni mengatakan bahawa yang benar hadis ini mursal. Sanad hadis ini siqoh selain Muhammad bin Ash Shobah. Imam Adz Dzahabi berkata dalam Al Mizan bahawa hadis dari Muhammad bin Ash Shobah ini munkar. Seakan-akan beliau merujuk kepada hadis ini.
Sedangkan lafazh kedua dikeluarkan oleh Ahmad, Ad Daruquthni, dan Al Hakim dari jalur Abu ‘Awanah, dari Al A’masy, dari Abu Sholih, dari Abu Hurairah, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Kebanyakan siksaan kubur disebabkan air kencing.”
Al Hakim mengatakan bahawa hadis ini shahih sesuai syarat di dalam kitab Bukhari dan Muslim dan ia katakan bahawa hadis tersebut tidak diketahui memiliki ‘illah (cacat). Namun hadis ini tidak dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim. Hadis ini memiliki penguat dari hadis Abu Yahya Al Qotton.
At Tirmidzi dan Bukhari ditanya mengenai hadis ini, mereka katakan bahawa hadits ini sahih. Begitu pula Ad Daruquthni mengatakan bahawa hadis ini sahih.
Beberapa faedah dari hadis di atas:
1- Wajibnya membersihkan diri dari bekas air kencing. Hendaknya air kencing tersebut benar-benar dibersihkan dari badan, pakaian atau tempat solat. Tidak boleh buat mudah dalam hal pembersihan ini. Kerana terlalu buat mudah maka ia akan terkena siksaan kubur. Jadi, jika ingin membuang air kecil hendaklah mencari tempat yang tidak mudah kena percikan air kencing.
2- Tidak membersihkan diri dari air kencing ketika membuang hajat termasuk dari dosa besar, termasuk pula orang yang tidak menutupi diri saat buang hajat sebagaimana disebutkan dalam riwayat lainnya.
3- Dalil ini menunjukkan adanya siksaan kubur. Akidah ini didasari pada dalil Al Qur’an, hadits dan ijma’ (kesepakatan para ulama).
Allah Ta’ala berfirman,
وَحَاقَ بِآَلِ فِرْعَوْنَ سُوءُ الْعَذَابِ (45) النَّارُ يُعْرَضُونَ عَلَيْهَا غُدُوًّا وَعَشِيًّا وَيَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ أَدْخِلُوا آَلَ فِرْعَوْنَ أَشَدَّ الْعَذَابِ (46
Dan Fir’aun beserta kaumnya dikepung oleh azab yang amat buruk. Kepada mereka dinampakkan neraka pada pagi dan petang , dan pada hari terjadinya Kiamat. (Dikatakan kepada malaikat): “Masukkanlah Fir’aun dan kaumnya ke dalam azab yang sangat keras”.” (QS. Al Mu’min: 45-46)
Ibnu Katsir mengatakan mengenai ayat ini, “Ayat ini adalah pokok aqidah terbesar yang menjadi dalil bagi Ahlus Sunnah wal Jama’ah mengenai adanya adzab (siksa) kubur yaitu firman Allah Ta’ala,
النَّارُ يُعْرَضُونَ عَلَيْهَا غُدُوًّا وَعَشِيًّا
Kepada mereka dinampakkan neraka pada pagi dan petang.” (Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, 6: 497)
Ya Allah, selamatkanlah kami dari siksa kubur. Hanya Allah yang memberi taufik.

Rujukan:
Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, Ibnu Katsir, terbitan Dar Ibnil Jauzi, cetakan pertama, tahun 1431 H, juz keenam.
Minhatul ‘Allam fii Syarh Bulughil Marom, Syaikh ‘Abdullah Al Fauzan, terbitan Dar Ibnil Jauzi, cetakan keempat, tahun 1433 H, 1: 408-411.

Ulasan

Catatan Popular