الى سبيل إحياء الدين وحل قضاياها

MERINTIS  JALAN  MENGHIDUPKAN AGAMA DAN MENANGANI PERMASALAHANNYA


Dikatakan seorang itu hidup bila ada agama dalam dirinya.Seseorang yang musnah agamaya bererti dia sudah menempah kematian.
Umat yang beragama  bererti umat itu hidup dan mempunyai nilai yang sangat tinggi.Umat yang sudah mati akan mengundang berbagai penyakit dalam alam ini.
Merintis jalan memperbaiki diri dan umat merupakan satu kewajipan yang berterusan .Siapakah yang sanggup berdiam diri bila dirinya dihinggapi penyakit ?
Kadangkala seorang itu tidak sedar bahawa dirinya
telah diserang penyakit merbahaya.
Pertubuhan “  "الى سبيل احياء الدين وحل قضاياهاmembuka lembaran baru dari sudut merintis jalan membaiki diri dan umat berdasarkan Al-Quran ,hadith , siri kehidupan para sahabat dan nasihat nasihat dari tokoh ulama islam serta pengalaman mereka merentasi zaman.
Pembuka tirai bagi agenda pertubuhan ialah dari kata
kata hikmah dari Imam Ghazali yang disedut  dari kitabnya
 “ Ihya Ulumuddin “ mks. 777/1
والجهل قبح يمكن ازالته وتبديله بحسن العلم فلذلك يعظم تألم الانسان بظهور جهله ويعظم ابتهاجه فى نفسه بعلمه ثم لذته عند ظهور جمال علمه لغيره .

Jahil satu sifat buruk yang boleh dibenteras dan menggantikanya dengan kecantikkan ilmu, sebab itulah seseorang terasa amat pedih bila terserlah sifat jahilnya . Betapa besar kegembiraanya bila
mendapati diri berilmu dan bertambah gembiranya ketika orang lain lihat kehebatan ilmunya .

Tujuan penubuhan ihya’idin
1-Merintis jalan untuk memperbaiki diri dan umat berpandukan ilmu dari dua buah kitab  “ Ihyaulumuddin “(Imam Ghazali) dan “Hujjatulah hil balighah”(Shah Wali Yallah).

2-Mendekatkan masyarakat sejagat dengan kehidupan berilmu dengan mengadakan  majlis ilmu dan ceramah  bertemakan memperbaiki diri dan mengenal pasti permasaalahan umat

3-Mendekatkan remaja dan belia kepada ilmu agama dengan mengadakan semposium berupa bengkil , pembentangan kertas kerja, pengajian kitab kitab karangan Imam Ghazali  dan Shah Wali yallah Dehlawi.


Permasaalahan umat

 Umat manusia zaman ini dirundungi berbagai masaalah dalaman dan luaran, oleh itu umat perlu dikenalpasti punca punca kejatuhan umat
dari segenap sudut. Mengenali punca adalah sebahgian dari ilmu yang
diwajibkan oleh Islam.
Tanpa mengenali jenis penyakit , maka rawatan yang diberi adalah sia sia.Tanpa mengenali  musuh , bagaimana umat dikatakan  berjihad.
Al-Quran dan Hadith nabi membahas secara terperinci penyakit dan musuh bagi umat manusia .
Tindakkan penubuhan
1-Berbahas secara ilimiah penyakit dalam diri umat .
2-Kajian terperinci penyakit dalam masyarakat melayu.
3-Rawatan ilmiah dari ucapan tokoh tokoh ulama terkemuka.
4-Satu kajian siapakah musuh islam yang sebenarnya ?.
5-Perbandingan antara ugama., kajian dan bengkil.
6-Penjelasan kepada umat sejagat mengenai ajaran sesat melalui internet dan penyebaran risalah.

Pendaftaran dan Bai’ah.
1-Pelajar Daruulum secara terus berdaftar.
2-Pendaftaran percuma untuk 300 orang pertama.
3-Bagi mereka yang berdaftar akan dibekalkan maklumat dan program pertubuhan dari masa kesemasa.
4-Pertubuhan didaftar dibawah pendaftaran Darul Ulum Ihya Ulumuddin.

Ulasan

  1. kitab ihya ulumuddin yg sepenuhnya dari jilid 1 hingga ke habis , dgn alihan bahasa melayu moden dan dbhgi mgkut bab yang mudah difahami sudah ada di pasaran. Dan ini satu satunya kitab ihya yg terjemahany ke b.mlyu moden. boleh email sya kalau nk tahu lebih lagi Basyirradzali@yahoo.com

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular