Adab Berada Di Majlis Ilmu Agama

 
1. Berwudhu.
2. Solat sunat 2 rakaat sebelum majlis (dengan harapan Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan memudahkan kita untuk memahami, mengingati, mengamalkan dan menyampaikan).

3. Pakaian bersih dan menutup aurat.
4. Memakai wangi-wangian.
5. Pandang mulut orang yang membaca ta'alim. Anggaplah hadis-hadis yang kita dengar sebagai sabdaan-sabdaan Rasulullah SAW yang datang dari mulut Baginda sendiri.
6. Apabila kita membaca ta'alim, ulangilah hadis yang kita baca hingga 3 kali agar mudah dihayati oleh jemaah.
7. Mendengar dengan penuh konsentrasi. Ketika para Sahabat RA duduk dalam majlis ta'alim yang dikendalikan oleh Rasulullah SAW, mereka tumpukan sepenuh perhatian hinggakan mereka tidak mempedulikan burung-burung yang bertenggek di atas bahu dan kepala mereka.
Apabila kita menunaikan hak mendengar, Allah akan memudahkan 3 perkara:
• Allah mudahkan ilmu masuk ke dalam hati kita. Disebabkan ramainya Malaikat yang mengeru• Allah mudahkan kita untuk memahami apa yang kita dengar.
• Allah mudahkan kita untuk bercakap tentang ilmu tadi bila diperlukan.
8. Anggaplah hadis yang kita dengar itu seolah-olah inilah kali pertama kita mendengarkannya.
9. Duduk rapat-rapat (supaya syaitan tidak mencelah di antara kita dan supaya Allah satukan hati kita dan wujudkan sifat kasih sayang di antara kita). Ketika para Sahabat RA duduk dalam majlis ta'alim yang dikendalikan oleh Rasulullah SAW, mereka duduk rapat-rapat hinggakan daun yang gugur dari pokok tidak jatuh ke tanah, tetapi jatuh ke riba dan bahu mereka.
10. Sebaik-baiknya duduk dalam posisi tahiyat awal dan kalau boleh, lutut kita bertemu dengan lutut si pembaca ta'alim. Kalau penat duduk tahiyat awal, bolehlah berubah kepada posisi tahiyat akhir. Kalau tidak mampu juga, bolehlah duduk bersila. (Cara duduk beginilah yng ditunjukkan oleh Malaikat Jibril AS ketika dia datang kepada Rasulullah SAW dan mengajukan beberapa soalan kepada Baginda, dengan disaksikan oleh para Sahabat.)
11. Apabila disebut nama Allah, kita sambut dengan Allahu azza wajalla atau Allahu Jalla Jallaluhu atau Subhanallah.
12. Apabila disebut nama Rasulullah SAW, hendaklah kita berselawat ke atas Baginda. (Malaikat melaknat orang yang tidak berselawat bila nama Baginda disebut).
13. Bila disebut nama para Sahabat atau Sahabiah, kita sambut dengan RadhiAllahu Anhu / Anha.
14. Bila disebut nama orang-orang alim (seperti tabi'en, imam-imam besar dsb), kita sambut dengan Rahmatullah Alaih.
15. Bila disebut nama musuh-musuh Allah (seperti Iblis, Fir'aun, Namrud, Abu Lahab dsb), kita dibolehkan menyambut dengan Laknatullah Alaih.
muni16. Rasa gembira bila disebut tentang syurga dan takut bila disebut tentang neraka. (Kalau tak boleh, cuba paksa.)
17. Jangan mengganggu perjalanan majlis (seperti berbual-bual atau bersalam-salam bila datang lewat).
18. Menghadiri majlis ta'alim adalah lebih baik daripada melakukan ibadat-ibadat sunat yang dilakukan bersendirian. Seandainya kita datang ke masjid dan mendapati majlis ta'alim sedang berlangsung, kita digalakkan supaya duduk dalam majlis ta'alim dan menggantikan solat tahiyatul masjid dengan zikir "Subhanallah Walhamdulillah Wa La Ilaha Ilallah Wallahu Akbar" 3 kali.
19. Ta'azeem bil Qalbi --- Memuliakan dan membesarkan majlis di dalam hati.
20. Tashdiq wa Yaqin --- Membenarkan dan meyakini (percaya) akan segala yang didengar.
21. Tabligh wa Amal --- Mempunyai niat untuk menyampaikan dan mengamalkannya.

Nota Tambahan
• Saiyidina Umar Al-Khattab RA mendapat hidayah melalui majlis ta'alim yang dipimpin oleh Saiyidina Khabbab bin Alarat RA yang dibuat di rumah adik perempuannya.
• Saiyidina Mus'ab bin Umayr RA telah diutuskan oleh Rasulullah SAW untuk berdakwah di Madinah. Sampai saja beliau di sana, beliau duduk di bawah sebatang pokok dan membuat majlis ta'alim. Dengan berkat majlis ta'alim itu, seluruh penduduk Madinah memeluk agama Islam. Peristiwa ini berlaku selepas peristiwa Baiatul Aqabah dan sebelum penghijrahan umat Islam Makkah ke Madinah

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular