Haramnya Arak Didalam Islam


Maksud arak
 


Maksud arak dari segi bahasa ialah diambil daripada perkataan Al-HAMRU yang bererti menutupi

Dari segi istilah pula : Setiap minuman yang memabukkan hasil daripada perahan anggur dan lain-lain .

SEJARAH PENGHARAMAN ARAK ( ada 3 peringkat)

Peringkat pertama  ( Penjelasan baik dan buruk arak )

Maksud Firman Allah s.w.t dari surah Al Baqoroh ayat 219 :
“219. Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya”. dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: ” yang lebih dari keperluan.” Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir, “
segala minuman yang memabukkan.
Pada ketika ini arak masih lagi boleh di minum .penurunan ayat di atas menjelaskan kepada ummat Islam bahawa arak ini mengandungi keburukkan dan kebaikan ,keburukkannya lebih banyak drp kebaikan
Cth : Keburukkan arak di antaranya ialah menghilangkan kewarasan akal bagi seseorang yg meminumnya ,manusia yg meminum arak akan mabuk ( hilang ingatan ) kurang pertimbangan akal ,apabila manusia kurang pertimbangan akal dia akan melakukan perkara yg dia tidak sanggup melakukannya semasa dia waras cth seorang suami yg baik akhlaknya semasa akalnya waras akan menjadi suami yg buruk akhlaknya ketika dia mabuk seperti menengking isterinya ,memukul , dan melakukan perkara yg di luar batasan ,padahal suami tersebut tidak sanggup melakukan perbuatan itu ketika dia berakal waras . Para sahabat pada ketika itu mula meninggalkan arak sedikit demi sedikit setelah penurunan ayat yg pertama ini.
Walaubagaimanapun tidak dinafikan arak mempunyai sedikit kebaikan iaitu dapat memanaskan badan orang yg meminumnya.

Peringkat kedua ( Pengharaman ketika hampir masuk waktu solat)

Maksud Firman Allah s.w.t dari surah An Nisa’ ayat 43
43. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub[#], terkecuali sekadar berlalu saja, hingga kamu mandi. dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau datang dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, Kemudian kamu tidak mendapat air, Maka bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik (suci); sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pema’af lagi Maha Pengampun.
menurut sebahagian ahli tafsir dalam ayat Ini termuat juga larangan untuk bersembahyang bagi orang junub yang belum mandi.
Pada peringkat ke dua ini Allah mula mengharamkan arak di minum ketika hampir masuk waktu solat ,kerana dikhuatiri solat yg didirikan ketika mabuk akan menyebabkan solat itu tidak sah kerana tersilap membaca Al-Fatihah dan rukun-rukun qouli yg lain ,melakukan penambahan /pengurangan rakaat dsb . Walaubagaimanapun pada ketika itu arak masih lagi boleh di minum .

                                                   Kerosakan otak akibat alcohol

Peringkat ke-3 ( pengharaman secara mutlak)

Maksud Firman Allah s.w.t dari surah Al-Ma’idah ayat 90-91
90. Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah[#], adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.
91. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; Maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).
[# ]panah yang belum pakai bulu untuk menentukan apakah mereka akan melakukan suatu perbuatan atau tidak. Caranya ialah: mereka ambil tiga buah anak panah yang belum pakai bulu. setelah ditulis masing-masing iaitu dengan: lakukanlah, Jangan lakukan, sedang yang ketiga tidak ditulis apa-apa, diletakkan dalam sebuah tempat dan disimpan dalam Ka’bah. bila mereka hendak melakukan sesuatu Maka mereka meminta supaya juru kunci ka’bah mengambil sebuah anak panah itu. Terserahlah nanti apakah mereka akan melakukan atau tidak melakukan sesuatu, sesuai dengan tulisan anak panah yang diambil itu. kalau yang terambil anak panah yang tidak ada tulisannya, Maka undian diulang sekali lagi.
Setelah turun ayat yg ke 3 maka hukum arak diharamkan secara mutlak .
Pemerah arak : iaitu pekerja -pekerja yg melakukan kerja pemerahan buah-buahan seperti anggur yg bertujuan hasil dari perahan anggur itu akan dijadikan arak . samada mengunakan teknologi moden atau cara lama. Hasil pekerjaannya ( upah/gaji yg diterima ) adalah haram begitu juga perbuatannya.
Meminta diperahkan arak untuknya : Bermaksud majikan /pengurus sesebuah syarikat yg mengaji beberapa orang pekerja di kilangnya untuk bekerja sebagai operator pengeluaran .Maka haramlah pekerjaannya itu.
Peminum arak : Orang yg meminum arak walaupun setitik /tidak mabuk /hanya cuba-cuba .perbuatan itu adalah haram
Pembawa arak : Ia boleh dimaksudkan sebagai pelayan di sesebuah restoran/kedai makan /hotel dsb . ataupun boleh juga dimaksudkan sebagai pemandu lori yg membawa muatan arak dari sesuatu tempat ke suatu tempat yg lain .Perbuatan itu adalah haram walaupun ia tidak meminumnya .
Meminta dibawakan arak kepadanya bermaksud seseorang yg membuat pesanan arak samada untuk diminum ataupun di simpan sebagai koleksi .Maka perbuatan itu adalah haram
Memberi minum arak kepada orang lain bermaksud seseorang yg memberi orang lain minum padahal dia tidak meminumnya cth : seseorang muslim membelanja minum rakannya non muslim minum arak di sesebuah restoran. Perbuatan itu adalah haram
Penjual arak : Boleh diertikan sebagai tuan kedai /restoran yg menjual arak kepada pelanggannya walaupun dia tidak meminumnya ,perbuatan itu juga haram.
Orang yg mendapat hasil drp arak : Suatu skop yg lebih luas dan pelbagai bolehlah dikatakan sebarang aktiviti yg berkaitan dengan arak adalah haram cth : Pengawal Keselamatan yg mengawal keselamatan kilang arak dan mendapat gaji drp pengurus kilang tersebut . Maka perbuatan/gaji itu adalah haram.
Orang yg membeli arak bermaksud orang yg membeli arak samada untuk diminum atau tidak . Maka perbuatan itu pun haram
Orang yg meminta dibelikan arak untuknya : Bermaksud seseorang yg meminta seseorang yg lain membelikan arak untuknya kerana sebab yg tertentu .Cth seorang muslim meminta rakannya non muslim membelikan arak untuknya ,maka perbuatan muslim itu adalah haram.

Dalil Ayat Al-Quran yang mengharamkan Arak

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maa’idah : ayat 90)

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. Katakanlah pada kedua-duanya ada dosa yang amat besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya..." (Ayat 219, surah al-Baqarah.)

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan." (Ayat 90, surah al-Maidah.)

                                                           Arak merosakkan akal

Dalil Hadith Yang Mengharamkan Arak

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:“ "Apa yang memabukkan dalam jumlah yang banyak, adalah diharamkan walau dalam jumlah yang sedikit." (Kitab Sunan Ibnu Majah Jilid 3, Kitab memabukkan , Bab 30, hadis No. 3392)"

Daripada Abu Malik al-Ays’ari katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya akan ada segolongan manusia dari umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain. (Mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik atau suara para artis. Allah akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan akan merubah mereka menjadi kera atau babi." (Riwayat Ibnu Majah (4020) dalam kitab al-Fitan, bab hukuman.)

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya:
Sesungguhnya seorang lelaki yang meminum arak telah dihadapkan kepada Nabi s.a.w kemudian baginda telah memukulnya dengan dua pelepah kurma sebanyak empat puluh kali.


Dari Annas bin Malik katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
“ Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai arak :- 1- Pembuatnya, 2-pengedarnya, 3- peminumnya,
4- pembawanya, 5-pengirimnya, 6- penuangnya, 7- penjualnya, 8- pemakan wang hasilnya,
9- pembayarnya 10-dan juga pemesannya.” (Hadis Riwayat Imam Tirmidzi)

                                            berada dibawah pengaruh arak dan alcohol

Perbahasan Ulama Mengenai Arak

Pendapat 1. Al-Syafi'i, Malik, Ahmad serta jumhur ulama salaf dan khalaf:  Khamar ialah perahan air samada dari anggur, tamar atau sebagainya yang memabukkan. Ia haram diminum.

Pendapat 2.
Segolongan dari penduduk Basrah: Yang dikatakan khamar yang diharamkan ialah perahan anggur dan air rendaman anggur kering (zabib) yang mentah . Sedangkan yang dimasak dari kedua-dua bahan ini dan yang mentah adalah halal selagi ia tidak memabukkan.

Pendapat 3: Imam Abu Hanifah: Yang diharamkan ialah air perahan kurma dan anggur, samada sedikit ataupun banyak, samada memabukkan ataupun tidak, kecuali jika dimasak sehingga kurang dari dua pertiga.
Manakala air rendaman tamar dan anggur kering (zabib/kismis) yang dimasak, adalah halal sekalipun terkena api walaupun sedikit.
Jika yang mentah, haram hukumnya, namun peminumnya tidak dikenakan sebatan had/hudud.
Jika ia memabukkan, maka haram hukumnya berdasarkan ijmak kaum muslimin.


Imam al-Nawawi berkata, mazhab al-Syafi'i dan mazhab jumhur berpendapat: Arak tidak suci bila diproses menjadi cuka. Di dalam hadis ini menunjukkan hal demikian.Manakala Imam Abu Hanifah membolehkan.

Keburukan Arak

Apabila seseorang meminum alkohol, ia terus bertindak ke atas sel-sel otak dengan merangsang otak itu sebelum mengganggu fungsinya sehingga menyebabkan gangguan kepada penglihatan, hilang ingatan dan seumpamanya.
Pengambilan 2-3 gelas alkohol di dalam masa sejam sudah mencukupi untuk menjadikan seseorang tidak stabil. Ketagihan arak memberi kesan negatif kepada diri, keluarga dan masyarakat. Di sudut diri ia boleh menyebabkan sawan dan halusinasi dan pengambilannya di dalam jangka masa yang panjang boleh merosakkan otak untuk selama-lamanya.
Di samping itu, ia juga boleh menyebabkan sakit jantung, radang paru-paru, batuk kering, barah mulut dan kerongkong, radang, kerosakan dan barah hati serta melemahkan sistem pertahanan badan.

Sepertimana knyataan Profesor Dr. Yusof Qardhawi, kalau diadakan penyelidikan secara teliti di rumah-rumah sakit, bahawa kebanyakan orang yang gila dan mendapat gangguan saraf adalah disebabkan arak. Dan kebanyakan orang yang bunuh diri ataupun yang membunuh kawannya adalah disebabkan arak. Termasuk juga kebanyakan orang yang mengadukan dirinya kerana diliputi oleh suasana kegelisahan, orang yang membawa dirinya kepada lembah kerosakan dan menghabiskan hak miliknya, adalah disebabkan oleh arak.
                                                 sititik air arak menghapuskan amalam 40 hari

Pengambilan alkohol dalam jangka masa panjang boleh merosakkan otak selama-lamanya. Di samping itu, ia juga boleh menyebabkan sakit jantung, radang paru-paru, batuk kering, barah mulut dan kerongkong, radang, kerosakan dan barah hati serta melemahkan sistem pertahanan badan. Di Amerika saja terdapat 10 hingga 15 juta penagih arak dan daripada jumlah itu 4.5 juta adalah daripada kalangan remaja. Jumlah kematian yang disebabkan oleh arak di Amerika adalah 100,000 orang setiap tahun.

Justeru, Islam mengharamkan arak sama sekali dan tidak mengganggapnya sebagai penawar walaupun terdapat sedikit kebaikan padanya. Allah menjelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 219:

Maksudnya: Dan mereka bertanya kamu berkenaan arak dan judi. Katakanlah, kepada kedua-duanya ada banyak keburukan dan beberapa kemanfaatan, namun keburukannya adalah lebih besar daripada kebaikannya.

Penagih Arak Di Amerika Dan UK

                                 Arak memusnahkan hidup seseorang      

 

Pada bulan November, 2001, sebuah institut yang berkaitan dengan masalah alkohol di Amerika yang dikenali sebagai National Institute on Alcohol Abuse And Alcoholism melaporkan, kerosakan dan kerugian berpunca daripada penggunaan alkohol berjumlah $185 bilion setahun.
Di UK pula, BBC News bertarikh 17 Ogos, 2001 melaporkan, peratus wanita yang mengambil alkohol melebihi kadar yang diizinkan meningkat sebanyak 50% di dalam masa 10 tahun.
Golongan remaja yang berumur di antara 11-15 tahun didapati meminum alkohol dua kali lebih banyak apabila dibandingkan dengan tahun 1990. Laporan itu juga menunjukkan, setiap seorang daripada empat orang lelaki dan setiap seorang daripada tujuh orang wanita di UK meminum alkohol melebihi kadar yang diizinkan.
Kerugian yang terpaksa di tanggung rakyat kerana kerosakan dan masalah yang timbul daripada pengambilan arak ini berjumlah lebih kurang 3 bilion pound sterling setiap tahun.
Majalah Time edisi 28 Januari, 2002, pula melaporkan, 1/5 daripada remaja yang berumur di antara 15-16 tahun di UK pernah mabuk sebanyak tiga kali dalam masa sebulan.

Adakah Kesan Alkohol Lebih Teruk Daripada Lain-Lain Dadah?

Mengikut satu kajian yang dilakukan di Peranchis oleh sepuluh orang pakar sains, diketuai oleh Bernard-Pierre Roques dari RenÉ Descartes University of Paris, arak tergolong dalam kategori dadah yang amat berbahaya sama seperti heroin dan candu.

Hal ini dilaporkan oleh Debora MacKenzie dalam New Scientist bertarikh 27 Jun 1998.
BBC News bertarikh 24 Mei 2001 pula melaporkan kenyataan yang dibuat oleh Presiden Men’s Health Forum di UK, Dr. Ian Bank, yang mengatakan, statistik yang mengaitkan alkohol dengan perbuatan membunuh diri, jenayah, kemalangan, tindakan ganas serta masalah kesihatan amat menggerunkan.
Kenyataan ini diperkukuhkan oleh Pengerusi Pertubuhan Kaunselor-Kaunselor Penyalahgunaan Alkohol dan Dadah Kebangsaan di UK, Rosa Della-Tolla, yang menegaskan ramai yang memfokuskan tentang bahaya dadah dan melupakan alkohol, sedangkan kesan negatif hasil daripada penyalahgunaan alkohol adalah lebih besar daripada dadah yang lain.

Masalahnya ialah, pengambilan alkohol diterima sebagai suatu yang biasa di dalam masyarakat sedangkan kesan pengambilannya sebenarnya adalah lebih teruk.
Justeru, Islam mengharamkan arak sama sekali dan tidak menganggapnya sebagai penawar walaupun terdapat sedikit kebaikan padanya, namun kemudaratannya adalah lebih besar daripada kebaikan. Allah berfirman,
“Dan mereka bertanya kamu tentang arak dan judi. Katakanlah, pada kedua-duanya ada banyak keburukan dan beberapa kemanfaatan, namun keburukannya adalah lebih besar daripada kebaikannya.”
(Surah Al-Baqarah ayat 219)
Namun dalam ayat seterusnya Allah telah menyatakan akan manfaat alkohol itu sendiri kepada manusia. Nah bukankah
                                                       Arak merosakkan sistem dalaman 
   
pada dunia sekarang alkohol merupakan sesuatu yang sangat penting di sebalik kemudaratannya.
Alkohol menjadi keperluan ataupun kemestian di dalam bidang perubatan, perindustrian, pengesteran dan berbagai lagi. Dalam bidang perubatan kita dapat lihat alkohol memainkan peranan sebagai bius yakni ubat kebas.
Sedar atau tidak ketika sebelum kita di suntik alkohol akan di sapukan di bahagian tersebut agar ia terasa sejuk bagi mengurangkan kesakitan yang di alami manusia.
Dengan sifat alkohol yang cepat meruap ke udara pula ia telah menjadi elemen terpenting dalam pembuatan pewangi beralkohol.
Ini amat penting kerana pewangi beralkohol mampu  mengatasi masalah bau badan bagi individu yang mempunyai masalah peluh berlebihan. Mengikut mazhab Syafie pengunaan alkohol dalam solat sebagai pewangi adalah harus bagi individu yang tidak mempunyai pilihan lain untuk mengatasi masalah bau badan.
Selain itu pengunaan alkohol dalam pengesteran adalah untuk di campurkan dengan asid karboksilik dan elemen-elemen lain bagi menghasikan bau-bauan seperti buah-buahan, bunga dan sebagainya.
Jika Allah itu tidak Maha Mengetahui nescaya alkohol ini tidak akan disebut dalam Al-Quran dan tidak pula manusia mampu mengunakan manfaat alkohol tersebut. Namun kebaikan dan keburukan alkohol terletak kepada manusia itu sendiri kerana manusia sudah dikurniakan akal untuk berfikir dan menyingkap ke-agungan Allah S.W.A.

Arak Pembuka Jalan Kemusnahan

ISLAM melalui syariahnya telah menetapkan sesuatu perbuatan bukan berdiri sendiri tetapi mengandungi kesan-kesan atau natijah kepada perkara yang lain. Syariah merupakan undang-undang yang disyariatkan oleh Allah kepada makhluknya melalui al-Quran dan juga as-Sunnah.

Tidak ada pertikaian yang boleh dibuat terhadap syariah dan hukum-hukumnya kerana ia jelas daripada Allah Yang Maha Mengetahui segala apa yang diciptakan-Nya berbanding dengan hukum dan undang-undang ciptaan manusia. Bagaimanapun, masih ada manusia yang mempertikaikan kerelevanan syariah Islam dalam memelihara kesejahteraan manusia pada zaman ini.

Zaman semakin dewasa dan manusia pula semakin bijak mengatur hidup dengan segala kemudahan dan kebebasan yang ada. Namun, hukum syariah tidak boleh diabaikan atau dipermudahkan mengikut acuan semasa. Ini kerana syariah itu sendiri telah lengkap, malah meliputi segala aspek yang berkaitan dengan dunia dan akhirat. Bagaimanapun, banyak perkara yang melibatkan hukum Islam diperlekehkan sedangkan segala hukum itu telah jelas terkandung di dalam al-Quran. Firman Allah s.w.t melalui surah al-Ahzab, ayat 36 yang bermaksud:

“Dan tidaklah patut bagi seorang lelaki yang beriman dan juga perempuan, bilamana Allah dan Rasul-Nya tetapkan suatu ketetapan, ada bagi mereka pilihan yang lain. Dan sesiapa sahaja yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata”.

Undang-undang syariah diasaskan di atas prinsip menghasilkan ‘maslahah’ (kebaikan) dan menolak ‘mafsadah’ (keburukan). Oleh hal yang demikian itu, apa-apa perkara pun yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t mempunyai sebab-sebab tertentu dan bukan dibuat secara sewenang-wenangnya. Al-Quran menjadi panduan kepada manusia dalam memahami dan menghayati syariah yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. Suatu ketika dahulu juga,

namun pada era moden, sekitar tahun 1930-an, Amerika syarikat telah mengesan keburukan arak. Mereka telah menggunakan segala kemudahan yang ada untuk memberitahu tentang keburukannya. 65 juta Dolar Amerika telah dihabiskan dan mencetak 9,000 juta helaian kertas untuk menyatakan keburukan arak dan juga hukuman yang akan dikenakan ke atas penjual, pembeli, dan pembekal arak. Sehingga tahun 1933, mereka telah membunuh 200 orang dan telah memenjarakan lebih kurang setengah juta orang dan mendenda mereka dengan jutaan ringgit. Namun, mereka gagal membendung gejala ini. Dan undang-undang pengharaman arak telah dibuang.

Apabila diteliti kembali, memang banyak bezanya antara kesan perundangan yang ditetapkan oleh Allah s.w.t dengan undang-undang yang dicipta oleh manusia. Namun, beberapa pandangan yang mengatakan undang-undang syariah sudah tidak relevan pada zaman sains dan teknologi ini dan juga tidak bersifat universal adalah pandangan yang jahil, sesat lagi menyesatkan.

Hari ini, ada yang berpendapat, pengambilan arak adalah perkara biasa dan sudah menjadi budaya, terutama bagi remaja dan golongan belia. Kata mereka, arak bukanlah apa-apa selagi boleh dikawal pengambilannya. Penjualan arak di Malaysia juga sudah dilakukan secara terbuka tanpa meletak label HARAM bagi masyarakat Muslim.

“...Hari ini, seramai 2000 orang remaja Melayu terlibat dalam pesta tarian secara terbuka di Genting Highland (yang menyediakan arak sebagai minuman) yang bermula pada jam 6.00 petang hari Sabtu dan berakhir pada 4 pagi keesokan harinya. Lebih 10 ribu pengunjung telah hadir ke pesta tersebut...” (Berita Harian, 9 Mac 2005)

“... Hari ini juga, tiga orang anak muda Melayu telah berjaya memenangi pertandingan Belvedere Bartender of The Year 2007 (Malaysia) anjuran syarikat Malaysia Bervedere Vodka. Pertandingan ini merupakan acara yang melibatkan penyediaan koktail bagi minuman arak jenis Belvedere Vodka...” (The Star, 15 Jun 2007)

Itu baru sekadar dua contoh yang mendapat liputan di dada akhbar. Tidak termasuk beberapa pesta yang tidak dilaporkan dan dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu, yang dihadiri oleh belia dan remaja Islam. Apatah lagi kes-kes yang meminum arak sewenang-wenangnya di khalayak dan tempat-tempat umum.

Mereka kata tidak salah meraikan orang bukan Islam. Jadi, mereka tafsirkan hal sebegini sebagai dosa kecil yang boleh dihapus melalui amalan-amalan lain. Ada juga yang menyatakan alasan bahawa mereka terpaksa. Terutama bagi Muslim yang bekerja di hotel-hotel mewah. Penyediaan arak sudah menjadi suatu kebiasaan bagi mereka sehingga terlupa pada undang-undang Islam sejak dahulu sehingga kini.

Begitu juga dengan tumbuhnya pusat-pusat hiburan di bandar-bandar besar yang merangkumi pub, disko, bar, café, dan restoran untuk pengunjung dari luar. Bukan sahaja pengunjung dari luar berasa selesa apabila menjengah ke Malaysia dengan penyediaan pusat hiburan yang terlalu banyak ini, malah masyarakat tempatan juga mengambil peluang keadaan yang wujud. Masyarakat tempatan yang beragama Islam bukan sahaja menjadi pekerja di pusat-pusat hiburan, malah menjadi pengunjung tegar mengalahkan pelancong asing dengan bangganya menyediakan dan meminum arak dikhalayak ramai.

Seorang ilmuwan Barat, Profesor A.J Arberry, pernah menjelaskan, “peminum arak menghadapi bahaya penyakit darah beku dan pembekuan air hempedu, malahan mereka akan merepek seperti orang gila dan mudah sekali mendapat angin ahmar atau lumpuh. Selain itu, seorang yang mabuk arak juga akan hilang pertimbangan akal. Secara tidak sedar dia akan mmbuka rahsia keburukan dirinya sendiri kepada orang lain.”

Kajian sains juga mendapati secara jelas, arak apabila diminum secara berlebihan boleh merosakkan selaput lendir perut dan menjadi racun yang meresap dengan cepat ke dalam tubuh manusia, terutamanya jantung dan buah pinggang, sesak nafas dan boleh menyebabkan kematian mengejut akibat tekanan kuat kepada hati dan jantung. Pengambilan dua hingga tiga gelas arak, tidak kiralah jenis rum, wain, scotch, wiskey, khamar atau samsu, sudah memadai untuk menjadikan seseorang tidak stabil, sawan, dan halusinasi.

Dari aspek sosial, masyarakat boleh berpecah belah dan hancur hasil penangan arak. Lihat sahaja peristiwa kaum Ansar dan Muhajirin yang bertelagah akibat kesan pengambilan arak yang menyebabkan peminumnya hilang pertimbangan lalu mengeluarkan kata-kata yang mencalar hati pihak lain.

Hari ini pula lihat sahaja betapa banyak kemalangan jalan raya yang berlaku akibat pemanduan dalam keadaan mabuk. Rumahtangga musnah akibat arak yang menghilangkan daya siuman seorang bapa atau ibu, lantas melupakan tanggungjawab terhadap keluarga. Itu belum lagi beberapa kejadian zina dan bunuh yang berlaku akibat pertimbangan akal yang semakin beku kerana melanggar larangan Allah s.w.t – Arak itu haram! Masyarakat apakah yang akan terhasil nanti jika minuman jenis arak yang memabukkan ini tidak disekat pengambilannya.

Pendedahan tentang keburukan arak sejak dahulu sehingga kini belum mampu menegah masyarakat terutama belia dan remaja untuk menghindari arak. Didikan ibu bapa juga belum mampu menegah anak-anak mereka dari terpengaruh dan terjerumus dalam gejala ini. Malahan kempen-kempen yang dianjurkan oleh kerajaan dan badan-badan tertentu tidak begitu bermakna jika kemasukan dan pengeluaran arak ke dalam negara Islam tidak disekat.

Arak bukanlah aspek wajib yang harus disediakan untuk menggalakkan pelancong asing ke Malaysia. Malahan, kita tetap boleh maju dan berdaya saing jika meninggalkan budaya meminum arak sebagai satu cara menghilangkan tekanan. Bagi remaja, permulaan hidup sebagai warganegara yang sihat dan cemerlang adalah dengan mengatakan ‘tidak’ kepada minuman memabukkan ini. Banyak lagi cara yang lebih baik dan menguntungkan boleh dilakukan untuk menghindari tekanan atau mengisi masa lapang.

Melalui kesedaran menjauhi arak, bukan sahaja negara Islam bertungkus lumus menyekat masyarakatnya dari meminum arak tetapi negara barat juga sedaya upaya mengawal pengambilan arak dikalangan rakyatnya. Sebagaimana bahayanya candu sehingga menyebabkan negara China hancur dalam kemuflisan dan kebuluran pada tahun 1840, begitu juga dengan bahayanya arak jika dibiarkan keterlaluan menguasai budaya dan cara hidup masyarakat hari ini. Bagaimana budaya kita pada hari ini menentukan arah dan hala tuju masa depan yang sedang kita telusuri.

 















































































































Ulasan

  1. salam.. thanyou for sharing. nak tanya, kt buku mana nak refer pasal jenayah minum arak ni? harap dpt mbantu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumslm.... sila rujuk ke http://www.islam.gov.my/e-hadith/sekitar-hukum-berkenaan-arak

      Padam

Catat Ulasan

Catatan Popular