Pengambilan Pelajar Baru

Pengambilan Pelajar Baru

Asrama Lelaki

Asrama Lelaki

Banguan B (kelas)

Banguan B (kelas)

Bangunan Kelas Dan Asrama Pelajar Hafizah

Bangunan Kelas Dan Asrama Pelajar Hafizah

Bangunan Alimah Dan Hafizah (Wanita)

Bangunan Alimah Dan Hafizah (Wanita)

Khamis, 15 Disember 2011

Sejarah Abu Daud Dan Kitab Sunan Abu Daud



   Nama penuh beliau Sulaiman bin al-Asy’ath bin Ishak bin Basyir al-Azdi al-Sijistani.  Beliau lahir sebagai seorang ahli hadith, juga dalam masalah fiqh dan ushul serta masyhur akan kewarakannnya dan kezuhudannya. Kefaqihan beliau terlihat ketika mengkritik sejumlah hadith yang berkaitan dengan masaalah hukum, selain itu beliau juga terlibat dalam penjelasan bab-bab fiqih atas sejumlah karyanya, seperti Sunan Abu Dawud. .


   Al-Imam al-Muhaddist Abu Daud lahir pada tahun 202 H dan wafat pada tahun 275 H di Bashrah. Sepanjang sejarah ilmu hadith para ulama dan para pakar hadist mereka berusaha mendalami makna hadist dalam berbagai sudut pandangan, kaedah serta pendekatan yang berbeza, sehingga mereka telah membuka jalan bagi generasi hadapan dapat belajar ilmu hadith dan juga dapat memahami ilmu-ilmu lain dengan baik dan benar. Di samping itu, mereka telah berusaha gigih dengan menghimpunkan hadith-hadith dan juga menbetulkan hadith-hadith yang ada kecacatan serta kerosakan. 
  Perkara tersebut dilakukan demi menjaga kewibawaan dari hadith tersebut.Salah satu kitab yang terkenal adalah yang di susun oleh imam Abu Daud iaitu Sunan Abu Daud.Kitab ini memuatkan 4800 buah Hadis yang di pilih dari 50.000 buah Hadith.  Semoga Allah melimpahkan rahmat keatas beliau, Amin.                                                                                                        

   kitab beliau Ta’wil Mukhtalaf al-Hadith adalah sebagai hujah pada puak Mu’tazilah yang bertentangan dengan beberapa hadith dan al-Quran. Beliau juga sedaya upaya untuk memisahkan hadith yang palsu, yang mana pada zaman itu hadith palsu amat berluasa sehingga sampai pada kurun al-Imam Bukhari, dan juga di susun oleh ulama-ulama yang lain. Beliau juga sudah berkecimpung dalam bidang hadith sejak berusia belasan tahun. pada tahun 221 H, di baghdad. Kemudian beliau juga mengunjungi berbagai negara untuk mengambil secara langsung dari ulama di negara tersebut.

   Beliau juga berguru selama bertahun-tahun di negara tersebut. Diantara guru-gurunya adalah Imam Ahmad bin Hambal, al-Qa’nabi, Abu Amr adh-Dhariri, Abu Walid ath-Thayalisi, Sulaiman bin Harb, Abu Zakariya Yahya bin Ma’in, Abu Khaitsamah, Zuhair bin Harb, ad-Darimi, Abu Ustman Sa’id bin Manshur, Ibnu Abi Syaibah dan lain-lain. Sebagai seorang yang ahli dalam hukum hakam, 
   Abu Dawud pernah berkata:: Sesungguhnya segala perbuatan itu tergantung niatnya; termasuk eloknya Islam seseorang itu dan meninggalkan apa yang tidak bermanfaat; tidaklah keadaan seorang mukmin itu menjadi mukmin hingga ia redho terhadap saudaranya apa yang ia redho terhadap dirinya sendiri, yang halal sudah jelas dan yang harampun sudah jelas pula, sedangkan diantara keduanya adalah syubhat.

   Beliau mengarang karya-karya yang sangat memberi manfaat kepada umat manusia , baik di dalam bidang fiqh, usulfiqh,tauhid dan terutamanya ilmu hadith. beliaulah yang paling banyak menarik perhatian, dan merupakan salah satu diantara himpunan kitap-kitap hadith yang berteraskan hukum yang terkenal sehingga sekarang. Ibnu Qoyyim al-Jauziyyah berkata: Kitab Abu Daud Sulaiman bin Asy’ats as-sijistani rahimahullah boleh dijadikan dalam pembahasan dan juga boleh menjadikan sebagai hukum, 
   Beliau juga diktiraf sebagai ulama dan imam di dalam duniaIslam, maka hendaklah para mushannif mengambil hukum hakam daripada karangan beliau, kepadanya hendaklah para, karena sesungguhnya ia telah mengumpulkan sejumlah hadith ahkam, dan beliau menyusun hadith dengan sebaik-baik susunan, serta beliau sanagat berhati-hati dalam menyusun setiap hadith yang di riwayat oleh beliau. Semoga Allah melimpahkan rahmat atas mereka dan mem- berikannya pula atas para penuntutnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sociable