Kenapa Ikan kehilangan lidah??



Kenapa Allah menghilangkan lidah ikan?
Rasululllah s.a.w bersabda: " sejahat-jahat manusia pada hari kiamat nantiialah orang yang bermuka dua. Barangsiapa bermuka dua di dunia makadi hari kiamat kelak dia akan mempunyai dua lidah dari lidah darilidah api neraka jahannam".Sabda Rasulullah s.a.w lagi: "tidak akan masuk syurga orang yang sukamembesar-besarkan cerita". Pabila ditanya apa hikmahnya, Baginda s.a.w menjawab: "sesungguhnya Allah s.w.t telah menciptakan semua makhluk itu mempunyai lidah, sama ada yang boleh berkata-kata ataupun yang tidak boleh berkata-kata. "

Salah seorang sahabat pun bertanya, "kenapa ikan tidak mempunyai lidah?" Sabda Rasulullah s.a.w: " Setelah Allah selesai men ciptakan Adam a.s.maka diperintahkan sekelian malaikat agar tunduk sujud kepadanya. Semua malaikat patuh pada perintah itu kecuali iblis laknat. Oleh kerana iblis enggan sujud, maka Allah melaknatnya serta mengusirnya keluar dari syurga dan dihapuskan rupanya yang elok itu lalu dihantar iblis itu ke bumi. Apabila diturunkan ke bumi, iblis terus menuju ke laut. Pertama sekali yang dijumpai oleh iblis ialah ikan.

Iblis pun menceritakan akan keburukan serta kekurangan Adam kepadaikan, katanya, "sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuhbinatang-binatang yang ada di lautan dan juga di daratan". Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu ia pun segera menghebahkannya kepada binatang laut yang lain berita tentang Adam a.s. Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan inilah lalu dihilangkannya lidah ikan agar tidak lagi dapat menyampaikan berita yang tidak sebenarnya.

Oleh itu, marilah kita "jaga" lidah kita supaya tidak hilang seperti lidah ikan. Berkatalah yang baik, kerana kata-kata yang baik itu adalah sedekah.


Hanya teks yang diwarnakan biru sahaja bersumberkan hadis yang sahih.

إن شر الناس ذو الوجهين الذي يأتي هؤلاء بوجه وهؤلاء بوجه

Direkod oleh Bukhari dan Muslim.

Dan teks berkenaan Nabi Adam A.S adalah dari Al-Quran.
Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; dia enggan dan takbur dan menjadilah dia dari golongan yang kafir. (Al Baqarah : Ayat 34) 

Selebihnya (yang dimerahkan) tidak dijumpai dalam mana2 hadis dhoif(lemah) mahupun maudhu(palsu). Ini bermakna hadis ini tidak pernah direkod oleh mana2 ulama hadis terdahulu seperti Bukhari, Muslim, Ahmad, dsb.

Mungkin saya tidak jumpa, atau sebaliknya. Mudah-mudahan hadis yang di tulis itu tidak direka-reka. Kerana hadis yang direka atau palsu sangat di tegah dalam Islam, walaupun ianya di niatkan untuk kebaikan.

Daripada Hafs bin Asim katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Cukup bagi seseorang itu sebagai pendusta dengan menceritakan apa sahaja yang dia dengar". (Riwayat Muslim dan Abu Daud) 


Daripada al-Mughirah katanya saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya berdusta atas namaku bukan seperti berdusta atas nama salah seorang kamu. Maka sesiapa dengan sengaja berdusta atas namaku, hendaklah dia menyediakan tempatnya di dalam neraka". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 

Cuma yang ingin saya nyatakan, lidah sememangnya cukup bahaya walaupun ianya tidak bertulang. Bentuk kejahatan lidah itu ada dua. iaitu, lidah yang banyak bicara kebatilan dan lidah yang diam terhadap kebatilan. Kejahatan lidah memang boleh setajam pedang. Jika kita tidak hati-hati menggunakannya, maka ketajamannya dapat menumpahkan darah, sebagaimana pedang menusuk tubuh manusia. Boleh pula lidah itu membiarkan ‘api’ yang membakar semakin besar.


Maka, ada dua bahaya besar yang akan menimpa lidah kita. Kerana banyak bicara yang tidak perlu dan menyesatkan atau diam terhadap kebenaran. Dua-duanya adalah sumber kerusakan.


Imam Abu 'Ali ad-Daqqaq pernah mengatakan: "Orang yang berbicara dengan kebatilan adalah syaitan yang berbicara, sedangkan orang yang diam dari kebenaran adalah syaitan yang bisu."


Gara-gara lidah, seseorang tergiring masuk neraka. Menjadi hamba yang rugi, sebab pahala orang yang berdosa kerana kerosakan lidah akan dihadiahkan kepada orang yang dizalimi. Gara-gara lidah yang jahat kita akan menjadi hamba yang muflis.


Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang muflis di kalangan umatku adalah orang yang pada hari kiamat nanti datang membawa pahala solat, zakat dan puasa, namun di samping itu ia membawa dosa mencela, memaki, menuduh zina, memakan harta dengan cara yang tidak benar, menumpahkan darah, dan memukul orang lain.” (HR.Muslim)


Teringat pada satu hadis Rasulullah S.A.W., “Orang mukmin itu adalah orang yang saudaranya merasa aman daripada kejahatan tangan dan lidahnya.” Maknanya, kejahatan mengumpat orang ni sama macam memukul dan menyakitkannya dengan tangan, sebab hati pun sakit jugak, cuma mata kasar tidak nampak. Bila berdarah-darahkan senang, bersihkan luka, jahit sikit kalau perlu, letak ubat, lama-lama hilanglah sakit. Letak krim Vitamin E, insya Allah, parut pun hilang. Tapi kalau sakit hati, kadang-kadang sepuluh tahun lepas tu pun, ingat lagi. Berdarah lagi hati tu. Ada perpatah berkata, “Rumah terbakar di panggil bomba, hati terbakar siapa yang tahu”.

Ulasan

  1. Penjelasan yang baik dan bagus ustaz.. terima kasih banyak2 ya

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas pencerahan, mmng slalu nmpak orang kat tiktok duk sembang pasal ni, nak tanya dalil, nanti kene label w****bi pulak...
    JazakAllahu katsiran, duk cari kat google akhirnya jumpa jugak sedikit penjelasan.

    BalasPadam
  3. Nak tanya adakah kuman ada lidah sebab setiap mahluk bernyawa ada lidah.

    BalasPadam
  4. Terima kasih ustaz, atas peneranagan. 1 golongan drp 72 yg tak disebut di atas ialah w****i yg berpegang kepada quran dan sunnah.

    BalasPadam
  5. ikan ada telinga ke?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular