Pengambilan Pelajar Baru

Pengambilan Pelajar Baru

Asrama Lelaki

Asrama Lelaki

Banguan B (kelas)

Banguan B (kelas)

Bangunan Kelas Dan Asrama Pelajar Hafizah

Bangunan Kelas Dan Asrama Pelajar Hafizah

Bangunan Alimah Dan Hafizah (Wanita)

Bangunan Alimah Dan Hafizah (Wanita)

Ahad, 18 Disember 2011

Sejarah Imam Ibnu Majah


   Nama sebenarnya Abu Abdullah Muhammad bin Yazid bin Majah ar-Rabi’i al-Qazwini dari kampung Qazwin, Iran. Lahir tahun 207 dan wafat tahun 275 pada hari selasa 8 hati sebelum berakhirnya bulan Ramadhan. Beliau adalah salah seorang muhaddith yang terulung, mufassir dan seorang yang sangat alim.
Ibnu Majah
   Karya utamanya dalam bidang hadis adalah Sunan Ibn Majah yang dikenal sebagai salah satu dari enam kitab kumpulan hadis yang terkenal dengan julukan al-Kutub as-Sittah (Kitab Yang Enam). Lima kitab hadis yang lain dari kumpulan tersebut adalah Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abi Dawud, Sunan at-Tirmizi , dan Sunan an-Nasa’i.


   Ibnu Majah mula belajar sejak beliau masih muda lagi. Ada yang mengatakan bahawa beliau belajar hadis sejak usia 15 tahun pada seorang guru bernama Ali bin Muhammad at-Tanafasi.
Pada usia 21 tahun dia mula mengembara untuk menulis dan mengumpulkan hadis. Negeri-negeri yang pernah dikunjunginya untuk tujuan itu di antaranya adalah Teheran, Basra, Kufah, Baghdad, Khurasan, Syria, dan Mesir.
 
   Dengan cara tersebut, dia telah mendapatkan hadis-hadis dari ulamak terkenal di kota-kota dan negeri-negeri tersebut seperti Abu Bakar bin Abi Syaibah, Hisyam bin Ammar, Basyar bin Adam dan lain-lain lagi.
   Abu Ya’la pernah berkata,” Ibnu Majah seorang ahli dalam ilmu hadith dan mempunyai banyak kitab”. . Beliau menyusun kitabnya dengan bersistemkan ilmu fikah, yang tersusun atas 32 kitab dan 1500 bab dan jumlah hadith yang di riwayatkan beliau sekitar 4.000 buah hadith. Syaikh Muhammad Fuad Abdul Baqi mengatakan di dalam kitab Ibnu Majah ada sebanyak 4241 hadith di dalamnya.Di dalam Sunan Ibnu Majah ini terdapat hadith yang shahih, hasan, dhaif. Ibnu Majah pengarang kitab Sunan, 
   Susunannya itu menunjukan keluasan ilmunya dalam bidang Usul dan furu’, kitabnya mengandung 30 Kitab; 150 bab, 4.000 hadits, semuanya baik belaka. Al-Imam al-Bushiri (w. 840) menulis ziadah (tambahan) hadits di dalam Sunan Abu Daud yang tidak terdapat di dalam kitabul khomsah (Shahih Bukhari, Shahih Muslim, Sunan Abu Daud, Sunan Nasa’i dan Sunan Tirmidzi) sebanyak 1552 hadits di dalam kitabnya Misbah az-Zujajah fi Zawaid Ibni Majah serta menunjukkan darjatnya adalah shahih, hasan dan dhaif

   Di antara kitab-kitab yang disusun pada peringkat ini adalah kitab-kitab zawa’id, yang terkenal di antaranya adalah kitab Zawa’id Ibnu Majah. Kitab ini disusun oleh Abu Ahmad bin Muhammad al-Busiri dalam kitab yang berjudul Misbah az-Zujajah fi Zawa’id Ibn Majah (Lampu Kaca dalam Tulisan Ibnu Majah). Hadis-hadis yang hanya diriwayatkan sendiri oleh Ibnu Majah seperti tersebut di atas kebanyakannya daif (lemah).
   Hal ini dapat diketahui daripada keterangan-keterangan gurunya, Ibnu Mulaqqin, dalam kitabnya yang berjudul Ma Tamussu Ilaihi al-Hajah ala Sunan Ibn Majah (Apa Yang Diperlukan dalam Sunan Ibnu Majah). 
   Sebagaimana kitab-kitab kumpulan hadis lainnya, kitab-kitab syarah (penafsiran) Sunan Ibn Majah juga banyak muncul pada abad-abad sesudahnya. Di antara kitab-kitab syarah itu adalah Misbah az-Zujajah Syarh Sunan Ibn Majah susunan as-Sayuti dan Syarh Sunan Ibn Majah (Penjelasan tentang Kitab Sunan Ibnu Majah) susunan Muhammad Abdul Hadi as-Sindi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sociable