Sifat Rasullah S.A.W Dan Raja-raja



Kisra –merupakan gelaran untuk raja-raja Parsi- memiliki cara yang unik dan pelik ketika bertemu dengan rakyat bahkan juga dengan orang-orangnya sendiri. Ia membuat jarak, jarak yang mengatakan bahawa akulah penguasa dan selainku adalah orang biasa. Jarak yang menunjukkan aku ini adalah tuan sedangkan kalian adalah hamba atau orang bawahan saja. Bahkan Kisra menjadikan dirinya Tuhan.
Barisan pertama, orang-orang dekat dengan Kisra adalah para dukun dan ahli sihir kerajaan, juga para amir dan menteri-menterinya. Ketika mereka bertemu dengan si raja, mereka wajib berdiri dengan jarak paling kurang 5 meter dari Kisra Parsi itu. Kemudian barulah orang lain setelah mereka yang mana jaraknya tidak kurang dari 10 meter.
Orang-orang Parsi meletakkan ke dalam mulut mereka dengan kain putih ketika memasuki ruang istana si Kisra itu. Agar keagungan ruang istana tidak tercemar dengan nafas-nafas mereka.
Utusan allah Yang berhati mulia
Sementara itu di tengah-tengah Jazirah Arabia, terdapat seorang lelaki yang jauh menitik ketinggian kemuliaannya dibanding Raja Parsi ini, seseorang yang menyambut manusia dengan kerendahan hatinya. Dialah Rasulullah Muhammad S.A.W.
Rasulullah s.a.w apabila menemui masyarakat, beliau menyalami tangan-tangan mereka. Beliau tidak akan melepaskan jabatnya sehingga orang lain terlebih dahulu menguraikan tangan mereka. Hal itu beliau lakukan walaupun dengan seorang Arab badui. Beliau tidak pernah palingkan padangan wajahnya, hingga orang lain terlebih dahulu mengalihkan tatapan darinya. Beliau tidak menghulurkan kaki apabila duduk bersama para sahabat. Demikian kata Anas bin Malik, sebagaimana diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan Ibnu Majah.
Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, ia berkata,
عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال: كانت الأمة من إماء أهل المدينة لتأخذ بيد رسول الله صلى الله عليه وسلم، فتنطلق به حيث شاءت.
“Ada seorang budak perempuan di Kota Madinah, ia menggapai tangan Rasullah s.a.w, lalu menarik tangan Rasullah s.a.w kemana saja yang ia inginkan.” (HR. al-Bukhari 5724).
Pelajaran bagi kita, jangan sampai anak sendiri saja meraih tangan kita kemudian menarik-nariknya ke arah yang ia inginkan, namun kita pula memarahinya.
Raja Dunia Hanya Di Dunia sahaja
Suatu hari, Umar al-Khattab menangis, hiba melihat keadaan nabi s.a.w. Umar r.a pergi menjumpai Rasullah s.a.w, ketika itu beliau baru bangun dari tidur dan masih lagi terlekat anyaman tikar di tubuhnya. Rasulullah s.a.w bertanya kepadanya, “Mengapa engkau menangis, wahai Umar?”
“Bagaimana saya tidak menangis, Kisra dan Kaisar duduk di atas singgah sana bertatakan emas,” sementara tikar ini telah menimbulkan bekas di tubuhmu wahai Rasulullah. Padahal engkau adalah kekasihnya,” kata Umar.
Rasulullah s.a.w kemudian menghibur Umar r.a, beliau bersabda: “Mereka adalah kaum yang kesenangannya telah disegerakan didunia, dan tak lama akan hilang, tidakkah engkau rela mereka memiliki dunia sementara kita memiliki akhirat…?”
Kemudian beliau melanjutkan lagi, “Kita adalah kaum yang menangguhkan kesenangan kita di dunia untuk hari akhirat. Seumpama hubunganku dengan dunia seperti orang berjalan di bawah terik panas mentari. Dia berlindung sekejap di bawah pohon, kemudian pergi meninggalkannya”.
Ramah Terhadap Anak Kecil
Di Madinah, ada seorang anak kecil yang di panggil dengan mana Abu Umair. Si Anak ini memiliki haiwan peliharan iaitu seekor burung. Ia suka bermain dengan burung peliharaannya itu. Satu hari, burung itu mati, dan Rasulullah s.a.w menyapa dan menghiburnya. Dari Anas bin Malik, ia berkata,
“Nabi s.a.w datang menemui Ummu Sulaim yang memiliki seorang putera yang diberi panggil Abu Umair. Rasulullah s.a.w suka bergurau dengannya. Suatu hari, beliau melihat Abu Umair bersedih. Lalu beliau s.a.w bertanya,
فقال: “مَا لِي أَرَى أَبَا عُمَيْرٍ حَزِينًا؟!” فقالوا: مات نُغْرُه
“Mengapa kulihat Abu Umair bersedih?” Orang-orang menjawab, “Nughrun (burung kecil seperti burung pipit yang lekuk matanya berwarna merah)nya yang biasa bermain dengannya mati.”
Kemudian beliau menyapanya untuk menghibur si anak kecil yang kehilangan haiwan peliharaannya ini,
أبَا عُمَيْرٍ، مَا فَعَلَ النُّغَيْرُ؟
“Abu Umair, burung kecilmu sedang buat apa?” (HR. al-Bukhari 5850).
Tentu tidak terbayang di hati kita, Kaisar (raja-raja Romawi) dan Kisra akan melakukan benda yang serupa.
Mengerjakan Pekerjaan Rumah
عن عائشة أنها سُئلت ما كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يعمل في بيته، قالت: “كَانَ يَخِيطُ ثَوْبَهُ، وَيَخْصِفُ نَعْلَهُ، وَيَعْمَلُ مَا يَعْمَلُ الرِّجَالُ فِي بُيُوتِهِمْ”.
Dari Aisyah, ia pernah ditanya apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w di rumah. Aisyah r.h menjawab, “Beliau menjahit pakaiannya sendiri, memperbaiki sandalnya, dan mengerjakan segala apa yang (layaknya) para suami lakukan di dalam rumah.” (HR. Ahmad 23756).
Bergaul Dengan Penduduk kampung
Sebagian orang terkadang berasa malu jika ada orang kampung yang selekeh, mungkin terlihat kuno, malu hendak berkawan dengan dengan mereka. Television- television kita selalu menyagikan tayangan bagaimana budak-budak bergaul, malu berkawan dengan yang terlihat kekampungan. Hal itu dilihat oleh budak-budak, sehingga mereka meniru perkara tersebut. Tentu sekali perkara ini berbahaya jika tidak dipantau oleh orang tua dengan pendidikan adab dan akhlak yang mulia. Ibu bapa perlu menunjukkan teladan dari Rasulullah s.a.w, beliau berkawan dan melayan mesra dengan orang ramai bahkan dengan arab badwi juga, tentu perkara ini akan menimbulkan kesan yang berbeza pada diri anak-anak.
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ ، أَنَّ رَجُلا مِنْ أَهْلِ الْبَادِيَةِ كَانَ اسْمُهُ زَاهِرًا , وَكَانَ يُهْدِي إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , هَدِيَّةً مِنَ الْبَادِيَةِ ، فَيُجَهِّزُهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , إِذَا أَرَادَ أَنْ يَخْرُجَ ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” إِنَّ زَاهِرًا بَادِيَتُنَا وَنَحْنُ حَاضِرُوهُ ” وَكَانَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُحِبُّهُ وَكَانَ رَجُلا دَمِيمًا , فَأَتَاهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , يَوْمًا وَهُوَ يَبِيعُ مَتَاعَهُ وَاحْتَضَنَهُ مِنْ خَلْفِهِ وَهُوَ لا يُبْصِرُهُ ، فَقَالَ : مَنْ هَذَا ؟ أَرْسِلْنِي . فَالْتَفَتَ فَعَرَفَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَعَلَ لا يَأْلُو مَا أَلْصَقَ ظَهْرَهُ بِصَدْرِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ عَرَفَهُ ، فَجَعَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , يَقُولُ : ” مَنْ يَشْتَرِي هَذَا الْعَبْدَ ” ، فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، إِذًا وَاللَّهِ تَجِدُنِي كَاسِدًا ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” لَكِنْ عِنْدَ اللَّهِ لَسْتَ بِكَاسِدٍ ” أَوْ قَالَ : ” أَنتَ عِنْدَ اللَّهِ غَالٍ ” .
Dari Anas bin Malik: ‘Bahawasanya ada seorang dari penduduk kampung (Arab badui) yang bernama Zahir, dia selalu menghadiahkan berbagai hadiah dari kampungnya untuk Nabi s.aw. Jika Nabi s.a.w hendak keluar, beliau menyiapkan bekalannya. Lalu bersabda: ‘Sesungguhnya Zahir merupakan kampung kami (maksudnya beliau s.a.w boleh belajar darinya sebagaimana orang arab Badui mengambil manafaat dari padang Sahara) dan kami adalah kotanya (yang membuka pintu Madinah lebar-lebar untuk kehadirannya, ini adalah salah satu bukti pergaulan yang baik).
Nabi s.a.w mencintainya, dia adalah seorang yang tidak tampan
namun baik hatinya. Suatu hari Nabi s.a.w mendatanginya sementara ia sedang menjual barangnya, lalu nabi s.a.w mendakapnya dari belakang, sementara itu dia tidak melihat Rasullah s.a.w. Dia berkata: ‘Siapa ini? Lepaskan aku!’ Kemudian ia beralih ke belakang dan ia tahu bahawa itu adalah Nabi s.a.w. Ketika dia tahu, dia tetap merapatkan belakangnya agar bersentuhan dengan dada Nabi s.a.w. Lalu Rasullah s.a.w pon bergurau, ‘Siapa yang mahu membeli hamba sahaya ini?’ Zahir menjawab, ‘Wahai Rasulullah, kalau begitu demi Allah, engkau akan mendapatiku (terjual) sangat murah.’ Nabi s.a.w bersabda, ‘Akan tetapi, di sisi Allah engkau tidaklah murah.’ atau ‘Di sisi Allah engkau sangat mahal.’ (HR. Ahmad 12669).
Lihatlah bagaimana beliau s.a.w bergurau dengan sahabat-sahabatnya. Persahabatnya tidak didasari besifat dengan fisikal, kebendaan, kekayaan, namun beliau mendasarkan persahabatan berdasarkan ketaatan.
Penutup
Kita semua tahu, Nabi s.a.w adalah manusia yang paling mulia yang pernah wujud dan buat selama-lamanya. Adapun para raja, pemimpin negara, orang-orang kaya, tidak satu pun yang melebihi kedudukan beliau s.a.w. Dan mereka tidak layak dibandingkan beliau s.a.w. Tetapi lihatlah, alangkah rendah hatinya dalam pergaulannya bersama teman-temannya. Dalam kehidupan hariannya.
Dan kita mohon perlindungan kepada Allah s.w.t, kita yang mana tidak memiliki apa-apa pangkat dan kedudukan, untuk berbuat sombong dan merendahkan orang lain.

Ulasan

Catatan Popular