Pengambilan Pelajar Baru

Pengambilan Pelajar Baru

Asrama Lelaki

Asrama Lelaki

Banguan B (kelas)

Banguan B (kelas)

Bangunan Kelas Dan Asrama Pelajar Hafizah

Bangunan Kelas Dan Asrama Pelajar Hafizah

Bangunan Alimah Dan Hafizah (Wanita)

Bangunan Alimah Dan Hafizah (Wanita)

Selasa, 17 November 2015

Besar Mana Dunia Ini??



Satu soalan hanya boleh dipahami dan di jawap dengan baik apabila kita tahu maksud soalan itu, begitu juga halnya dunia ini, seseorang itu boleh lulus ujiannya apabila paham maksud hidupnya di atas dunia ini.

Maulana Jamsid  berkata : seorang sahabat berdoa minta kesabaran maka Nabi SAW bersabda : Jangan minta kesabaran nanti Allah akan menambah lagi ujian buat kamu tetapi mintalah Afiat (kebaikan).

  • Yusuf as ketika ditanya oleh saudaranya kenapa kamu memperolehi  darjat yang tinggi disisi Allah SWT maka beliau katakan :Sesungguhnya orang yang bersabar dan taqwa lah yang membawa saya kederajat itu.

Seorang raja sakit kerana tidak boleh kencing dan datang kepada seorang tabib.
Tabib kata: Wahai Raja ! masaalah kencing kamu boleh sembuh jikalau engkau berikan setengah kerajaanmu kepadaku.
Raja berfikir adakah  nikmat menjadi seorang raja tetapi tidak boleh mengeluarkan air kencing?,maka bersetujulah sang raja itu!
Ketika mana air kencing keluar tetapi tidak mahu berhenti,maka raja itu pon pergi lagi ke tabib itu.
Tabib kata: Air kencing kamu boleh berhenti jikalau engkau berikan seluruh kerajaan kepadaku
Maka raja fikir apalah artinya kerajaan kalau air kencing tidak mahu berhenti.
Orang lama dalam usaha dakwah mengatakan itulah hakikat kerajaan dunia tak lebih dari air kencing sahaja.

Lihatlah seekor ikan yang berada di laut,begitu banyak makanan yang ada disediakan di dalam laut tetapi masih terkesan dengan umpan yang ada di mata kail.
Ahli dunia tidak boleh melihat Khazanah Allah yang luas yang boleh diturunkan dengan amal ibadah tetapi mereka lebih terkesan dengan satu jalan rezeki sahaja yakni melalui perniagaan,bekerja di pejabat dan lain-lain ( H,Sahb)

Kehidupan di Dunia ada hajatnya yang perlu di tunaikan begitu juga kehidupan di akhirat ada juga hajatnya yang perlu di tunaikan tetapi hajat di dunia sangat kecil dibandingkan hajat akhirat,Ibarat seorang memasukkan jarinya ke laut maka yang menitis dari jarinya itulah hajatnya dunia.

Sesungguhnya akal fikiran manusia tidak mampu menembus tentang masalah kubur, padang  Mahsyar dan titian sirot,akal fikiran manusia hanya boleh berfikir tentang masaalah keduniaan sahaja, itulah sebabnya Allah SWT menghantar para Nabi dan Rasul untuk menjelaskan kepada manusia. 

Seseorang itu yakin bahawa  kebahagian di dunia dengan kebendaan,wang ringgit dan untuk akhirat pula dengan mengerjakan amal ibadah maka akan binasalah di dunia dan di akhiratnya.

Orang kafir menganggap kehidupan ini hanya untuk dunia sahaja sehingga seluruh hidupnya dihabiskan untuk Dunia.

Masuk Syurga tak Perlu wang ringgit hanya sebarkan salam 25 kali sehari, amal ibadah dll. pun akan masuk syurga padahal untuk masuk neraka memerlukan wang ringgit lihat orang yang hendak melalukan sesuatu maksiat dia akan pergi ketempat maksiat itu menggunakan keretanya mengisi minyak kereta, membayar itu ini dan dll.

Orang yang tenggelam di dalam lautan maka orang itu akan selamat apabila berpegangan kepada yang boleh menyelamatkan dia,maka orang yang tenggelam Dunia akan dapat diselamatkan dengan berpegang kepada zat yang mampu selamatkannya  yaitu zat Allah, dengan cara mendatangkan kecintaannya mengamalkan sunah Nabi SAW yang besar yaitu Dakwah

Lihat didalam surah Ali Imron 31:
Dunia Adalah Najis, Sehinggakan di hati apabila ada Najis maka solat tak diterima jika hati Najis maka Iman tak diterima.

  • Seorang datang kepada Syeikh dan katakan: Ya syeikh ! telaga saya ada bau bangkai.
Syeikh kata: buanglah air itu seratus timba
Esoknya datang lagi dan katakan hal yang sama,maka syeikh sarankan buang air itu 200 timba,
maka datang lagi bertemu Syeikh, maka disarankan buang air itu 300 timba tetapi bau tak juga hilang.
Maka Syeikh itu bertanya: dalam telaga kamu ada apa?
Ada Bangkai anjing didalamnya.”Katanya.
Syeikh: Adakah bangkai itu sudah di buang?
Orang itu cakap: Belum!!
Syeikh:”Kalau begitu patutlah!! Walaupun kamu keringkan airnya tak akan hilang baunya sebelum bangkainya di buang, jadi Umat ini tak akan boleh diperbaiki dengan Apa cara sekalipun seandainya Najis dunia ini masih menjadi kecintaan di hati. 

Kenikmatan syurga dibandingkan dengan nikmat dunia seperti kulit bawang diletakkan di kawasan yang luas ,sedangkan syurga orang  Mukmin jika dibandingkan dengan syurga para Ambiya seperti kulit bawang dalam kawasan yang luas,dan Syurga para ambiya jika dibandingkan dengan syurga Rasulullah SAW seperti kulit bawang dilemparkan di kawasan yang luas.

Apakah amal kebaikan kita selama hidup di dunia ini menuju jalan ke syurga atau neraka? setiap manusia pasti dan pasti akan merasai di alam kubur.Orang yang bahagia maka harum syurganya akan diciumkan dari kuburnya,begitu juga busuknya tempat neraka diciumkan dari kuburnya .Tanda-tanda itu juga dapat dirasakan di Dunia lagi melalui amal perbuatan dia. (Maulana Nadzirurrohman)


Kisah para solihin:

Seorang Tabiin ditawan dibawa kehadapan Raja kafir dan ditanya: Mahukah kamu berpindah ke agama kami dan kami berikan semua hajat dunia kamu??
Beliau katakan: walaupun satu detik aku berpindah agama tak akan aku lakukan walaupun  kamu memberikan seluruh kerajaan kamu kepadaku.
(Maulana Nadziruurrohman)

HARTA DUNIA TAK BOLEH BERI MANFAAT
TANPA IZIN ALLAH SWT

Seorang Raja memiliki harta yang banyak,setiap malam sang raja akan pergi ke gudang hartanya itu dan tidak ada sesiapa pun yang tahu. Di kerajaan hanya dua orang saja yang punya hak  untuk memegang kunci gudang harta yaitu Raja dan Wazir.

Suatu malam Raja berada didalam gudang hartanya tetapi beliau terlupa kunci pintu yang ketebalan pintu gudang tersebut 7 lapis,Sedangkan wazir malam itu kebetulan melalui gudang harta itu. Wazir lihat gudang terbuka.Dia terkejut dan menyangka bahawa dia telah terlupa untuk mengunci gudang itu.Maka cepat cepat dia kunci dan pergi  dari situ.

Ketika Raja hendak keluar gudang,ia terkunci dari luar.Maka menjeritlah sang raja itu meminta tolong namun  tidak ada orang yang mendengarnya. Dan Esok paginya Istana menjadi kalam kabut kerana Raja tak ada di singgasana.Maka raja itu  di cari ke setiap penjuru kota namun tetap tidak menjumpainya, Akhirnya setelah beberapa hari mencari sang raja itu namun masih tidak menjumpainya maka anak Raja itu pun diangkat menggantikannya menjadi Raja yang baru.

Ketika anak raja itu pergi melihat gudang harta maka dilihatnya jasad ayahnya terbujur kaku dan kekeringan dan ditanganya ada surat tertulis : Aku memiliki khazanah harta yang banyak tetapi aku mati di sebab kelaparan.”

KISAH MUSA AS. DAN BANI ISRAIL

Yusuf a.s telah membawa Bani Israil ke Mesir dan beliau  membaginya kepada 12 kabilah, pada saat itu bani israil memjadi orang yang berkuasa di mesir, tetapi keturunan mereka mulai menyukai 2 perkara yang haram yaitu :
1. Harta yang haram  dan
2. wanita yang haram

Pada ketika itu Firaun (kaum Ka'an) adalah suku yang terhina di Mesir, tetapi Allah SWT mengunakan tangan Firaun (kaum ka'an)  untuk menghinakan Bani Israil. Ada satu ketika Firaun hendak ke Pasar maka tiba-tiba dia terlihat tukang sayur mati dan dikuburkan. Maka Firaun yang mempunya sifat berani dan bijak akhirnya meminta bayaran dari keluarga si mati itu dengan alasan tanah itu adalah miliknya.

Akhirnya dia memutuskan untuk menjadi penjaga tanah kubur di situ dan menambil bayaran dari setiap orang yang hentak menanam mayat disitu.

Suatu hari Wazir raja itu menemui ajal disebabkan sakit tua, dan Firaun minta bayaran untuk penguburannya. Hal ini dilaporkan raja. Raja memanggil Firaun dan akhirnya raja kagum dengan keberanian Firaun dan mengangkatnya jadi Wazir bagi mesir.

Kerana raja tidak memiliki anak apabila raja mesir meninggal dunia maka Firaun di lantik menjadi Raja dan beliau menyiksa kaum Bani Israil dan beliau jadikan bani israil sebagai hamba. Hal ini bukanlah kerana Allah s.w.t. ingin muliakan Firaun akan tetapi Allah s.w.t. hendak mengazab kaum Bani Israil akibat amal perbuatan buruk mereka itu.

Dan kami rasakan kepada mereka azab yang dekat (dunia) dan azab yang besar di akhirat)
(Surat Assajadah 21)

Firaun memiliki sebuah rancangan tetapi rancangan Allah s.w.t. yang berlaku. Allah swt memberi mimpi akan ada bayi yang lahir dari bani israil akan menumbangkan kekuasaan Fiaun. Maka Firaun menjadi gelisah dan takut maka akhirnya beliau mengambil keputusan untuk membunuh semua bayi yang lahir lelaki dari kalangan bani Israil.

Banyaknya bayi yang lahir dan dibunuh, perkara itu  menyebabkan ketakutan dikalangan kaum Firaun jika dibunuh semua bayi dari kalangan bani Israil maka tidak ada hamba sahaya di masa depan. Akhirnya keputusan diubah yaitu satu hari sahaja bayi yang lahir akan dibunuh dan hari berikutnya tidak dibunuh, agar tetap ada bayi lelaki Bani Israil sebagai hamba sahaya nantinya.

Harun as. lahir ketika mana hari yang tidak dibunuh oleh firaun sedangkan Musa a.s lahir pada hari yang harus dibunuh. Maka Allah s.w.t. memberi ilham kepada Ibu Musa as agar meletakkannya dalam peti dan Allah s.w.t. berjanji akan kembalikannya kepangkuannya. Lalu Musa dihanyutkan ke sungai yang arahnya ke Istana Firaun, tetapi Allah s.w.t  menyelimutinya dengan dengan selimut kasih sayang, sehingga apabila diambil oleh Asiah isteri Firaun maka timbullah rasa sayang yang bersangatan kepada Musa a.s.

Musa akhirnya dibawah pengawasan dan penjagaan  firaun dan Musa a.s tinggal di Istana, ibunya sendiri yang menyusui kereaa tidak ada seorang wanita pun yang sanggup susui Musa a.s padahal di janjikan bayaran yang mahal. Ketika Musa a.s  menangis Firaun akan sibuk carikan orang yang menyusui,dan Firaun akan keluarkan upah yang besar. Akhirnya Ibunya menyusui dan diberi gaji pula oleh Firaun. Bahkan Musa dibolehkan ikut pulang ke rumah ibunya.

Lihatlah !! Betapa lemahnya Firaun dan tidak dapat menentang kehendak Allah s.w.t!!
Setelah dewasa Musa a,s beliau menjadi seorang yang sangat kuat, ketika Musa a.s memisahkan dua orang yang berselisih antara kaumnya dan kaum Firaun maka dia telah pukul orang qibti dengan sekali pukulan maka orang qibti itu terus mati. Beliau adalah seorang Nabi yang diberikan kekuatan 40 kali manusia biasa.

Setelah itu beliau melarikan diri disebabkan takut kalau Firaun akan tangkapnya maka Musa a.s telah sampai ke Madyan tempat Nabi Ayyub as yang mana akhirnya Musa menikahi dengan putrinya dan berkhidmat kepada Nabi Ayub a.s selama 10 tahun. selepas sepuluh tahun Musa as ingin kembali ke Mesir bersama Isterinya. Ditengah-tengah perjalanan beliau terlihat akan satu sinaran  yang terang di atas bukit Thursina, dia menyangka api dan pergi untuk ambil sedikit api untuk membuatkan dirinya dan isterinya merasa hangat.

Apabila sampai di sinaran itu maka tiba-tiba terdengar satu suara : Akulah tuhanmu, bukalah sandalmu.!!Dan Aku pilih kamu dan dengarkan apa yang ku wahyukan!!
Ketika Musa ditanya dengan satu pertanyaan ,maka dijawab dengan 4 jawapan .Apa yang ada ditangan kananmu ?
Musa telah jawab : Ini adalah tongkatku,aku menggunakan untuk mengambil daun untuk kambing ku,dan bagiku banyak kegunaannya.

Musa telah menjawab dengan Ilmu manusia biasa yaitu fungsi tongkat umumnya untuk membantu seseorang itu berjalan atau untuk mengait sesuatu yg tinggi, tetapi tongkat itu belum lagi digunakan apa yang di perintahkan oleh Allah s.w.t ,Allah s.w.t  memerintahkan kepada Musa a.s. Lemparkan tongkat itu wahai Musa !! Maka di situ Ilmu Allah s.w.t telah nampak. Musa a.s yang tadinya yakin tongkat miliknya dan digunakan untuk mengait daun,serta dia tahu manfaat tongkat itu,kita telah dinampakkan satu ilmu yang lain yang sebelumnya tak tahu.

Setelah dilemparkan tongkat itu Musa tidak lagi tahu sama ada tongkat itu masih miliknya atau tidak,dan ternyata bukan lagi tongkat berupa tongkat tetapi berupa seekor ular yang besar,serta tidak tahu apakah  manafaatnya sekarang? bahkan tongkat itu menjadi mudorat baginya sekarang.

Allah s.w.t memerintahkan Musa a.s tangkap ular itu tetapi bukan di ekornya bahkan di mulutnya, Allah s.w.t ingin menunjukkan bahawa tongkat yang lemah itu bertukar menjadi Ular yang besar dan kuat, Ular yang besar dan kuat itu bertukar menjadi tongkat yang lemah, pelajaran disini bahawa kamu yang lemah akan Allah s.w.t jadikan kamu seorang yang gagah dan kuat sedangkan firaun yang gagah dan kuat akan dijadikan lemah.

Setelah itu maka Musa a.s  diperintahkan supaya berdakwah kepada firaun.Musa a.s merasa ragu kerana beliau teringat akan keluarganya yang ditinggal di kaki bukit hanya dengan berselimut dengan kulit.

Allah s.w.t memeritahkan supaya Musa a.s memukul seketul batu,dan didalam batu ada batu,pukul lagi didalamnya ada batu. Pukul lagi!!maka terlihatlah seekor binatang sejenis ulat sedang makan daun daun yang segar. Sambil bertasbih: Maha suci Allah yang melihat aku,mendengar kalamku,mengetahui tempat tinggalku ,memberi reziki kepadaku dan tidak melupakan aku.

Maka Allah s.w.t ingin mengajarkan Musa as. Bahawa seekor ulat didalam batu pon mendapat rezeki apalagi isteri kamu,bahkan isteri seorang rasul dan nabi .
Isteri Musa as telah bertemu oleh satu kafilah dan dibawa kembali ke madyan.

Musa a.s dan Harun a.s pergi ke Istana firaun, didepan Istana mereka di larang masuk oleh pengawal pintu, tetapi kekuatan Allah s.w.t tak boleh di halang.Musa a.s berkata : Aku datang bukan untuk meminta seperti yang lainnya tetapi aku datang untuk memberikan sesuatu kepada raja kamu . Pengawal itu pun memberi tahu kepada firaun dan akhirnya dengan izin Allah s.w.t  firaun pun bertemu dengan Musa a.s

Ketika Musa a.s dan Harun a.s. sudah berada di hadapan firaun maka barulah firaun itu tahu bahawa yang berada di depannya adalah Musa a.s maka dia katakan : Oh kamu Musa yang lari kerana membunuh.!

Tetapi Allah s.w.t telah menjadikan firuan tidak boleh melakukan apa-apa terhadap Musa a.s ketika itu: Benar saya Musa  tetapi kini saya datang sebagai utusan Allah s.w.t untuk mengajak kamu beriman dan membebaskan Bani Israil.” Jadi Musa a.s diutus oleh Allah untuk firaun yang kafir dan Bani Israil yang beragama Islam tetapi telah menjadi fasiq dan mereka juga Islam hanya pada nama sahaja.

Firaun pon berkata mana buktinya kamu Rasul.” Kata firaun. Akulah Tuhan yang paling tinggi, firaun merendahkan Musa as kerana apa yang ada padanya kerajaan yang tidak ada pada Musa as. firaun tidak faham akan nilai seorang nabi dan rasul yang akan membawanya kepada kebahagiaan yang hakiki dan menjadikan kerajaannya lebih hebat.

Musa pun mengeluarkan tongkatnya dan dia melemparkan tongkat itu dan ketika dilemparkan tongkat itu maka bertukarlah menjadi ular besar yang membuka mulutnya didepan firaun. firaun yang ketakutan trus dia melompat turun dari singgahsananya sambil meminta Musa menghentikan Ular tersebut.


Sejak melihat Ular Musa a.s itu maka firauan yang bisanya ke tandas 40 hari sekali menjadi 40 kali sehari dan terus diserang oleh penyakit jantung.
Itulah kekuatan dakwah jika sudah dibuat maka akan menjadikan orang Musyrik terkejut : 

 terasa berat bagi orang musyrik apa yang kamu dakwah kepada mereka ( Surat Assyura 13)

Setelah itu firaun katakan: tahulah saya sekarang bahawa selama sepuluh tahun kamu hilangkan diri rupanya kamu belajar sihir untuk ambil kekuasaanku.” Maka Firaun menceritakan kepada ahli sihirnya dan firaun menyuruh Musa a.s untuk berlawan dengan tukang sihir firaun yang berjumlah 70.000 orang. Firaun membayar biaya pertandingan dan sediakan jamuan, maka firaun metranformasikan tukang sihirnya dan dibuatkan pakaian yang sama dengan pakaian Musa as untuk menghina Musa a.s. Tetapi asbab pakaian yang sama itulah Masyech mengatakan tukang sihir firaun mendapat  hidayah”

Masing-masing tukang sihir firaun memegang tali dan tongkat yang mana semua itu akan bertukar menjadi ular. Mereka berkata siapakah yang lebih dulu melempar? Kamu atau kami?Musa katakan : Kamulah yang lebih dulu!!

Setelah tongkat dan tali tadi bertukar menjadi ular bayangkan sebanyak  140 000  ekor ular ada di padang yang luar biasa. Namun Musa as tidak terkesan sedikit pun kerana Musa a.s dan Harun a.s hanya melihat perintah Allah s.w.t sahaja.

Ketika Musa melemparkan tongkatnya maka muncullah seekor ular yang besar dan mulut ular itu terbuka sangat besar dan memakan semua ular yang ada di padang itu. Mereka ahli sihir dapat membezakan yang mana sihir dan mana Mukjizat, setelah melihat mereka melihat kejadian itu mereka pun merasa takjub dan bersujud untuk beriman kepada Tuhan Musa a.s dan Harun a.s.

Alangkah marahnya firaun kerana telah mengeluarkan biaya yang besar tetapi ahli sihirnya pula memihak kepada Musa as. maka firaun membuat keputusan untuk menyiksa ahli sihirnya dengan memotong tangan dan kaki mereka. Namun ahli sihirnya tidak goyah mereka semua rela mati dalam pertahankan iman.

Ketika penyihir bersyahadah maka Asiah isteri firaun mendengar dan akhirnya ikut beriman dan alangkah hebatnya Iman Asiah ini kerana ia melihat bagaimana 70.000 penyihir itu telah dipotong tetapi ia tetap zahirkan imannya sehingga firaun menjadi sangat murka, firaun telah membelah dada Asiah. Itulah sebabnya nanti di Syurga asiah akan menjadi isteri Rasullah s.a.w.

Firaun tidak ada daya upaya untuk membunuh Musa.as walaupun memiliki kerajaan dan tentera yang gagah perkasa,akhirnya Musa a.s hidup di kalangan Bani Israil dan mengajarkan kembali mereka dengan agama mereka dan perintahkan mereka supaya mendirikan solah,jika mereka ada masalah dengan orang-orang firaun  misalnya kedai mereka di rampas, mereka diajarkan jangan lari kepada mahkamah firaun tetapi diperintahkan solah dan berdoa kepada Allah s.w.t .

Selama 40 tahun banyak sekali azab yang Allah s.w.t  turunkan kepada firaun. taufan, katak yang ada dimana manapon dirumahnya di biliknya dan ditempat makan firaun dan rakyatnya,kutu,belalang,dan darah sehingga firaun tidak boleh makan kerana setiap benda yang disentuhnya akan bertukar menjadi darah dan dia makan dari bekas air minum dari mulut bani israil. Setiap kali musibah datang maka firaun selalu minta pada Musa untuk dihilangkan dan berjanji akan beriman,namun setelah hilang ia pun ingkar lagi dan mengatakan : Aku selamanya tak akan beriman dan aku lah penipu para nabi nabi.”

Masyech kita katakan : Mana yang lebih jahat firaun dengan Abu Jahal dalam menentang Nabi Nabi?

Firaun pernah menyatakan dirinya untuk beriman walaupun dengan niat menipu tetapi ada juga dia mengatakan ingin beriman,sedangkan Abu Jahal ,tidak ada kalam sedikit pun dari mulutnya untuk beriman bahkan dia ada mengatakan jikalau” Muhammad itu betul sekali pun maka biarlah aku yang binasa.”
Jadi Abu Jahal jauh lebih kufur dari firaun dalam menentang para  nabi dan rasul.

Setelah sampai pada satu masa yang sudah dikehendaki oleh Allah s.w.t maka Allah memerintahkan Musa a.s untuk membawa Kaumnya keluar dari Mesir. Pada waktu subuh mereka telah keluar dengan berjumlah 600.000 orang namun tersesat jalan menuju laut. Firaun marah dan menyiapkan tentaranya untuk mengejar Musa a.s dan dia siapkan 1600.000 tentara. Bayangkan!!adakah tentara sebesar itu umtuk keluar berperang?.

Kaum Musa a.s melihat maut dihadapan dengan laut yang luas dan dibelakang pula ada tentara firaun mereka katakan: kita akan di tangkap/binasa maka Musa katakan: sekali kali tidak, Tuhanku akan bersamaku dan akan tolong aku.

Kenapa Musa a.s tidak mengatakan seperti Rasulullah s.a.w  katakan di Gua bersama Abu Bakar Thur ketika dikejar oleh musyikin mekah bahawa Allah s.w.t  bersama kita bukan bersama saya ?? ini semua kerana kerja dakwah hanya dibuat oleh Musa a.s seorang diri dan bani israil tidak melakukan usaha dakwah,sedangkan Rasullah s.w.t dan Ummatnya sama-sama melakukan usaha dakwah .

Allah s.w.t memerintahkan kepada Musa a.s supaya memukul tongkatnya ke Laut, perkara ini tidak masuk akal sama sekali pada masa yang genting itu dan akan tetapi perintah Allah s.w.t bukan perkara yang main-main, kenapa Allah s.w.t tidak perintahkan Musa a.s supaya pukulkan saja tongkatnya itu ke kepala firaun bukankah ini lebih logik?.Inilah bukti kudtratullah !
sesuatu perkara boleh terjadi apabila perkara itu sesuai dengan asbab tetapi kadang-kadang bertentangan asbab.

Laut merah itu pon terbelah menjadi 12 jalan dan laut menjadi seperti dinding seolah-olah dalam cermin yang terbelah-belah. Kaum Musa a.s katakan wahai Musa kami ingin lihat saudara kami yang lain di jalan mereka perlihatkanlah !! Maka Musa berdoa kepada Alloh sehingga tembok yang berada dari air membentuk jendela seperti kaca dan mereka dapat saling melihat.


Firaun melihat kaum Musa boleh menyeberangi laut diapun berkata: Mereka yang hina saja boleh melalui jalan di laut apalagi kita yang mulia !!

BERSAMBUNG.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sociable