Hukum Tentang Ibu Susuan
Fasal tentang wanita menyusukan seorang anak lelaki atau perempuan yang bukan anaknya, maka anak yang diberikan susu itu menjadi anaknya, dengan dua syarat:
1. Usia bayi itu kurang dari dua tahun.
2. Disusukan 5 kali berturut-turut.
Maka suami wanita yang menyusukan bayi itu menjadi bapa kepada bayi yang disusukan oleh isterinya.
Dan haram bagi anak itu berkahwin dengan ibu susunya itu dan sekalian yang senasab dengan ibu susunya itu. begitu juga haram bagi wanita yang menyusukan berkahwin dengan anak susunya itu dan dengan orang yang senasab dengan anak susunya itu.
Tidak haram dengan orang yang sedarjat dengan anak susuan atau darjatnya lebih tinggi dari anak susuan itu.
HURIAN
ANAK SUSUAN ialah bayi yang mana seorang wanita telah kenyangkan perut bayi itu dengan susu ibu daripada badan wanita itu sendiri dan bayi itu mestilah umurnya kurang dari 2 tahun sebanyak 5 kali penyusuan sehingga bayi itu kenyang. Susu ibu itu akan membentuk tulang dan isi bagi badan bayi itu. sebab Itulah bayi tersebut dipanggil anak susuan.
Tidak kira samaada bayi tersebut Anak Angkat atau bukan anak angkat. Contohnya, anak keluarga wanita itu seperti, anak abangnya, anak kakaknya, anak adiknya, anak kawannya atau anak sesiapa sahaja, yang wanita itu telah memberikan susu badan sehingga kenyang/penyusuan penuh sebanyak 5 kali kenyang, ia dikira sebagai Anak Susuan
.
Siapakah
yang Menjadi Mahram Disebabkan Penyusuan?
Allah Taāala berfirman yang
bermaksud : āDiharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang
berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, ā¦dan
ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamuā¦ā
(surah al-Nisaā : 23).
Ketahuilah! Keharaman berkahwin dengan ibu susuan dan saudara susuan tidak
hanya terbatas kepada 2 golongan ini sahaja. Tetapi ada juga kelompok lain yang
berkaitan dengan 2 golongan ini yang haram dinikahi. Ini kerana Nabi shallallahu
āalayhi wa sallam berkata : āDiharamkan (berkahwin) disebabkan penyusuan
itu sebagaimana diharamkan (berkahwin) yang disebabkan oleh keturunanā.
[Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan terdapat banyak riwayat lain yang menyatakan
hal ini dengan lafaz yang berbeza-beza]
Pertama : Cabang yang terbit dari
keharaman kahwin antara ibu dan anak susuan (lelaki)
Siapakah yang haram dikahwini oleh
anak susuan (lelaki)?
- Ibu susuannya; kerana dia menduduki tempat seorang ibu
bagi si anak yang menyusu daripadanya. Ini juga bersandarkan dari firman
Allah yang bermaksud : āā¦dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamuā¦ā (surah
al-Nisaā : 23)
- Anak-anak perempuan kepada ibu susuan; samada
anak daripada suami yang menyebabkan turunnya susu (current husband)
atau suami yang lain yang terdahulu. Kesemua mereka ini dikira saudara
susuan walaupun daripada ayah yang berbeza.
- Cucu kepada ibu susuan dan ke bawah (iaitu bawah dari
cucu; cicit dan sebagainya); kerana mereka ini ialah anak kepada saudara
susuan mereka. Sebagaimana anak saudara itu tidak halal dikahwini oleh
bapa saudaranya.
- Jika seorang wanita itu menyusukan 2 orang bayi lelaki
yang berlainan, maka mereka berdua menjadi saudara susuan dan mereka
berdua haram berkahwin sekiranya seorang perempuan dan seorang lagi
lelaki. Kaedah asal dalam perkara ini adalah = jika dua orang bayi
berkumpul dengan satu ibu susuan yang sama maka mereka berdua jadi adik-beradik
susuan. Maka anak-anak mereka (dan ke bawah) haram berkahwin antara satu
sama lain.
- Ibu kepada ibu susuan (nenek susuan).
- Bapa kepada ibu susuan (datuk susuan).
- Adik-beradik perempuan kepada ibu susuan. Sebagaimana
seorang ibu saudara itu haram dikahwini oleh anak saudaranya, begitu juga
halnya dengan ibu saudara susuan. Adapun anak kepada ibu saudara susuan,
maka itu tidak haram dikahwini sebagaimana sepupu (anak kepada ibu/bapa
saudara) itu tidak haram dikahwini.
- Ibu susuan haram mengahwini anak susuannya, anak kepada anak susuannya (cucu) dan ke bawah.
Kedua : Cabang yang terbit
antara anak susuan (perempuan) dengan suami ibu susuan (iaitu bapa susuan)
Bapa susuan yang dimaksudkan
ialah suami kepada ibu susuan yang menyebabkan adanya susu kerana adanya
hubungan kelamin.
- Anak susuan haram dikahwini oleh suami ibu
susuan. Begitu juga haram ke atas anak lelaki suami yang datang daripada
isteri yang lain (selain ibu susuan). Haram juga ke atas anak kepada
anak-anak lelaki si bapa susuan (cucu). Jika seorang lelaki mempunyai 2
orang isteri, dan setiap seorang isteri ini menyusukan 2 orang bayi yang
berbeza, maka kedua-dua bayi itu haram berkahwin sekiranya seorang lelaki
dan seorang perempuan, kerana mereka berkongsi bapa susuan yang sama! Jika
kedua-duanya ialah perempuan, maka seorang lelaki itu tidak boleh
mengumpulkan kedua-duanya dalam satu perkahwinan (iaitu si A isteri
pertama, si B isteri kedua ā perkara ini tidak boleh kerana mereka adalah
adik-beradik satu bapa susuan).
- Haram ke atas bapa kepada bapa susuan (datuk susuan)
untuk menikahinya.
- Haram ke atas adik-beradik lelaki bapa susuan untuk
menikahinya kerana mereka adalah bapa saudara susuannya.
- Adik-beradik perempuan kepada bapa susuan adalah ibu saudara susuannya. Adapun anak-anak lelaki kepada ibu saudara susuan dan bapa saudara susuan, maka itu tidak haram untuk dikahwini sebagaimana sepupu itu tidak haram dikahwini.
Dalil pengharaman anak
susuan ke atas bapa susuan dan kaum kerabat bapa susuan
Pertama : Apa yang
diriwayatkan oleh āAisyah radhiyallahu āanha, beliau berkata : Selepas
turunnya ayat hijab, Aflah, saudara kepada Abu Quāais, meminta izin daripadaku
untuk masuk, aku berkata : Aku tidak akan benarkan sehinggalah aku minta izin
daripada Rasulullah shallallahu āalayhi wa sallam, ini kerana bukan Abu
Quāais yang menyusukan aku tetapi isterinya yang telah menyusukan aku. Kemudian
Nabi shallallahu āalayhi wa sallam masuk kepadaku, lalu aku berkata
kepada Baginda : Aflah, saudara Abu Quāais meminta izin kepadaku tetapi aku
tidak benarkan sehinggalah aku meminta izin darimu. Lalu berkata Nabi shallallahu
āalayhi wa sallam : āApa yang menghalang engkau untuk membenarkan bapa
saudaramu masuk kepadamu?ā Aku berkata : Wahai Rasulullah, sesungguhnya
bukan lelaki itu yang menyusukan aku tetapi isteri Abu Quāais yang menyusukan
aku. Baginda shallallahu āalayhi wa sallam berkata : āIzinkanlah dia,
sesungguhnya dia adalah bapa saudaramuā. Berkata āUrwah : Oleh itu, āAisyah
mengatakan apa yang haram disebabkan keturunan itu adalah haram juga disebabkan
penyusuan. [Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim].
Kedua : Nabi shallallahu
āalayhi wa sallam berkata mengenai anak perempuan Hamzah : āSesungguhnya
dia tidak halal untuk aku kahwini kerana dia adalah anak susuan kepada
saudarakuā. [Diriwayatkan oleh al-Bukhari].
Sejauh manakah pengharaman
nikah yang disebabkan oleh penyusuan ke atas kaum kerabat anak susuan?
- Ibu susuan dan bapa susuan haram mengahwini anak
susuan dan ke bawah (iaitu anak kepada anak susuan, cucu kepada anak
susuan dan seterusnya).
- Berikut adalah mereka yang tidak haram dikahwini oleh
ibu atau bapa susuan : Mereka yang sedarjat dengan anak susuan
(adik-beradiknya) dan ke atas (seperti ibu dan bapa kandung anak susuan,
ibu saudara, bapa saudara, nenek, dan datuk).
- Ibu susuan boleh mengahwini ayah kepada anak susuannya.
Begitu juga dengan abangnya atau bapa saudaranya.
- Bapa susuan boleh mengahwini ibu kandung anak
susuannya. Begitu juga dengan kakaknya, adiknya atau ibu saudaranya.
- Anak kandung ibu susuan atau anak kandung bapa susuan (samada hasil perkahwinan dengan ibu susuan atau isteri yang lain) boleh berkahwin dengan adik-beradik anak susuan itu tadi.
Hal lain yang berkaitan
dengan penyusuan
Kelompok lain yang termasuk
dalam pengharaman hasil penyusuan ini adalah :
- Sekiranya si A (lelaki) berkahwin dengan si B
(perempuan) dan si B mempunyai ibu susuan, maka si A tidak boleh berkahwin
dengan ibu susuan B, nenek susuannya dan ke atas.
- Sekiranya si A (lelaki) berkahwin dengan si B
(perempuan), dan B mempunyai seorang anak susuan, jika A telah ābersamaā
dengan B maka anak susuan B tadi haram dikahwini oleh A. Begitu juga anak
kepada anak susuannya dan ke bawah.
- Isteri kepada bapa susuan (bukan ibu susuan tetapi
isteri lain) atau isteri kepada datuk susuan tidak boleh dinikahi oleh
anak susuan atau anak kepada anak susuan dan ke bawah.
- Bapa susuan tidak boleh menjadi wali kepada anak susuan
Ulasan
Catat Ulasan