SERANGAN ORIENTALIS KE ATAS PEMIKIRAN UMAT ISLAM SERTA SENARAI KARYA MEREKA (WAJIB BACA)



Islam hari ini secara terancang diserang dari segala sudut sama ada secara fizikal ataupun minda. Musuh yang cuba mencari jalan untuk menjatuhkan Islam dan menyesatkan umatnya ini tidak pernah putus asa dan luntur semangatnya. Mereka akan melakukan apa sahaja bagi memastikan Islam dan umatnya terus berada di landasan yang salah serta siap siaga melaksanakan propagandaagar segala arahan, kewajipan dan amalan agama diragui dan ditinggalkan oleh penganutnya sendiri.

Ini yang sedang dan telah dilakukan oleh golongan bijak pandai dan strategis bukan Islam terutamanya golongan orientalis yang secara ilmiah dan melalui hujah akademik menyerang pemikiran masyarakat Islam agar mereka merasa sangsi, ragu-ragu dan tidak yakin dengan segala ajaran serta tuntutan agama yang disyariatkan. Keadaan ini adalah kesinambungan dan bukti bahawa sejak dahulu lagi para orientalis komited menyerang agama Islam melalui tulisan dan perbincangan akademik sama ada di dalam dan luar pusat pengajian tinggi yang boleh didapati di dalam banyak medium seperti tesis, buku, jurnal, majalah dan tulisan di atas talian internet.

Serangan golongan orientalis dan pendokongnya yang terdiri dari kalangan intelektual dan sarjana adalah dalam pelbagai bentuk dan saluran termasuklah mempertikaikan kesahihan kitab suci al-Quran serta terjemahannya; 

periwayatan hadis, sunnah dan sirah Rasulullah; mempersenda tradisi penulisan buku-buku ilmiah karangan ulama muktabar; ketidak relevanan kaedah-kaedah fiqh dan sebagainya. Melalui kajian, pemerhatian dan penyelidikan mereka yang cukup sistematik membolehkan mereka menguasai hampir setiap disiplin penting dalam induk pengajian ilmu-ilmu Islam. Ini akan memudahkan lagi usaha mereka menyerang dan meracuni pemikiran umat Islam hari ini dalam segala aspek.

Melalui metodologi ilmiah, wacana, dialog dan penulisan akademik juga, mereka cuba menimbulkan keraguan, kelemahan dan mencari kesilapan atau kelonggaran yang mungkin berlaku di dalam penulisan karya agung ulama dan pemikir Islam terdahulu di mana keadaan ini sedikit sebanyak turut mempengaruhi budaya, pemikiran, tindak tanduk, kritikan dan kepercayaan sebahagian umat Islam yang terdedah dengan agenda mereka secara sedar atau sebaliknya terutamanya melalui pembacaan bahan penulisan atau penerbitan mereka dari dalam dan luar negara.

Menurut Dr. Atikullah Abdullah dalam makalah yang bertajuk Orientalis Timbulkan Was-Was Terhadap Islam bahawa perkataan orientalis mempunyai banyak makna dan menurut sarjana besar seperti Edward W. Said dalam magnum opusnya Orientalism di mana orientalis merujuk kepada sesiapa sahaja khususnya orang Barat yang mengajar, menulis atau mengkaji tentang hal ehwal Timur. Dalam pengertian khusus, orientalisme lebih merujuk kepada gerakan pengkajian hal ehwal Islam dan masyarakat Muslim oleh orang Barat sama ada dengan tujuan ilmiah semata-mata atau untuk tujuan keagamaan dan politik. Terdapat pelbagai tujuan dan misi gerakan orientalis ini yang antaranya meliputi aspek keagamaan, akademik, perniagaan, ekonomi dan politik.

Manakala menurut Mahmud Hamdi Zaqzuq pula, orientalis adalah mereka yang mengkaji Islam atas nama akademik tetapi terselit niat jahat untuk memasukkan jarum mereka bagi mengelirukan masyarakat Islam tentang agama mereka dan golongan ini kebanyakannya terdiri daripada kakitangan gereja. Terdapat orientalis yang hanya mencari upah membuat kajian untuk kepentingan negara mereka sama ada dari segi ekonomi, penjajahan politik dan sebagainya. Keadaan ini banyak berlaku ketika zaman penjajahan ketika emperialismeBritish, Belanda dan sebagainya.

Golongan ketiga ialah orientalis yang mengkaji Islam secara objektif dan mereka berpegang kepada prinsip akademik yang hanya berminat mencari fakta kebenaran seperti EdwardWilliam Lane yang menghasilkan kamus Arabic-English Lexicon diiktiraf sebagai sangat berautoriti dalam nahu Arab dan dirujuk oleh pakar nahu Arab sendiri. Di samping itu, orientalis A.J. Wensink menghasilkan Mu’jam al-Hadith al-Nabawiyy iaitu sebuah karya lengkap dan sangat bermanfaat untuk pengkaji dan pencari asal-usul sesuatu hadis. Namun begitu, sebahagian besar mereka dilihat aktif memain peranan meracuni pemikiran umat Islam agar tidak kuat berpegang kepada ajaran Islam, jikapun tidak meninggalkannya terus.

Manakala menurut Mazlan Zainal (2003), pelbagai keraguan dan syak wasangka ditimbulkan khususnya tentang asas dan sumber ajaran Islam iaitu al-Quran dan sunah. Seorang orientalis bernama Joseph Schacht berpendapat bahawa sunah tidak semestinya dikaitkan dengan Rasulullah s.a.w. malah ia dimaksudkan juga tradisi dan pembawaan hidup masyarakat. Beliau bersama-sama para orientalis lain seperti A. Guillaume, Ignaz Goldziher dan S. Mackensen Ruth mempertikaikan autoriti hadis dan menganggapnya sebagai rekaan sahaja.

Selanjutnya menurut Joseph Schacht, hadis berkenaan dengan undang-undang adalah direka dan hanya dianggap sahih mulai pertengahan abad kedua hijrah ke atas sahaja. Tambahan pula, Ignaz Goldziher yang dianggap sebagai seorang tokoh orientalis yang paling terkemuka dalam bidang hadis serta paling berbahaya telah menyatakan pandangannya bahawa sebahagian besar hadis adalah lahir daripada perkembangan semasa dalam agama Islam, sama ada dari segi agama, sejarah dan sosial pada abad pertama dan kedua hijrah.

Menurutnya, ini bererti kebanyakan hadis bukannya sahih datang daripada Rasulullah s.a.w., sebaliknya ia merupakan ciptaan umat Islam pada zaman kecemerlangannya. Oleh itu, hadis pada pandangannya tidak boleh dijadikan sebagai sumber asas dalam agama Islam tetapi hanya sebagai bahan penting kepada keterangan-keterangan sejarah perkembangan pelbagai aspek kebudayaan Islam zaman kemudian di bawah pengaruh bukan Islam. Kefahaman yang salah dan mengelirukan ini turut mempengaruhi umat Islam sehingga muncul beberapa gerakan dan kumpulan anti-hadis yang menjadi keresahan di dalam masyarakat.

Oleh yang demikian, melihat kepada peranan aktif yang dimainkan oleh golongan orientalis yang sangat bahaya kepada masyarakat dan negara serta usaha mereka yang tidak pernah terhenti meracuni pemikiran umat Islam selama ini mewajarkan semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga menyekat dan memantau gerakan ini daripada terus merebak terutamanya dalam bidang penulisan, penerbitan serta dialog di laman internet di negara kita. Umat Islam sendiri perlu bijak memilih antara yang baik dan buruk serta harus melaksanakan self-sensorship agar tidak terpedaya atau terperangkap di dalam sangkar intelektual ciptaan orientalis. 


Penulisan ini akan mendedahkan hal berikut secara ringkas:-

1. Beberapa jenis kumpulan Orientalis
2. Senarai Nama Orientalis yang berbahaya, latar belakang & beberapa dakwaan jahat mereka.
3. Senarai nama kitab karangan mereka yang sangat merbahaya.
4. Kumpulan karya Orientalis yang boleh dibaca.
5. Beberapa buah karya Bekas Orientalis yang telah masuk Islam
6. Antara Individu Islam yang terpengaruh dengan Orientalis dan karya mereka.
JENIS KUMPULAN ORIENTALIS
·         1. Kumpulan pengkaji yang suka mencari kisah ganjil, pelik dan dongeng. Jenis ini banyak mereka cipta kisah bohong & fitnah terhadap Islam. Muncul dengan pesat di awal kemunculan gerakan Orientalis, bagaimanapun semakin berkurangan dari masa ke semasa.
·         2. Kumpulan yang meluangkan sepenuh masanya dalam kajian Islam dan Arab dalam usaha membekalkan maklumat kepada Barat dari sudut Ekonomi dan Politik dan Penjajahan baru.
·         3. Kumpulan yang sangat benci dan bermusuhan dengan Islam lalu sengaja menutup kebenaran dalam tulisan-tulisan mereka.
·         4. Kumpulan yang memperkenalkan diri mereka sebagai pengkaji akademik yang tulus ikhlas dan professional, bagaimanapun sebenarnya mencari kelemahan Islam serta meragukan kesohihan Risalah Islam, Aqidah Tauhid, kesahihan Al-Quran, Hadith dan lain-lain.
·         5. Kumpulan yang benar-benar membuat kajian secara ilmiah dan professional tanpa sebarang sentimen agama, yang mana setengahnya membawa mereka kepada Islam. (Rujuk Dr Hamdi Zaqzuq, ms 78-79)

Senarai Nama Para Orientalis Barat Jahat & Karya mereka
Berikut ialah nama Orientalis serta Tajuk Buku (Kebanyakan Tajuk disebut dalam Bahasa Malaysia), Tahun Keluar (Masihi) serta Catatan Ringkas:


Bil
Nama
Tajuk Buku
Catatan
1.
A.J Arberry
· Islam Hari Ini (IslamToday)
· Pendahuluan Sejarah Tasawuf
· At-Tasawuf
· Terjemahan Quran 
(1948-1950)
·   Warga British, sangat memusuhi Islam. Professor di UniversitiCambridge.
·   Ramai pelajar Mesir belajar dengannya dalam Pengajian Islam

2.
A. Geom
·  Buku: Al-Islam

Warga British, sangat memusuhi Islam. Pensyarah di Universiti di Britain & USA. Jelas dalam karyanya agenda missionary. Ramai pelajar Mesir mempelajari ilmu Timur darinya dengan biasiswa kerajaan Mesir
3.
Baron Garra de Vaux




Salah seorang pengarang Islamic Encyclopedia ·
Berbangsa  Perancis dan sangat musuhi Islam

4.
H.A.R Gibb

·   Pengarang utama Islamic Encyclopedia
·   Cara Islam (Inggeris & Arab)
·   Pendekatan Baru Dalam Islam (Inggeris&Arab)
·    Mazhab Muhammadi (Mohammedanism)
·    Islam & Masyarakat Barat
·   Whither Islam 1947
Warga British, Orientalis terbesar. Ahli dalam kesatuan Bahasa di Mesir.  Profesor  di UniversitiHartford, USA· Karya-karyanya sangat bahaya kepada Islam

5.
Goldziher
·   Pengarang utama Islamic Encyclopedia
·   Sejarah Mazhab Tafsir Islam (Inggeris & Arab)
·   Pengenalan aqidah & Syariah Dalam Islam (Introduction to Islamic Theology & Law)
·   Halangan Muhammad
Pengasas gerakan meragukan kesahihan hadith. Dianggap pakar dalam bidang hadith oleh rakan-rakan Orientalisnya. Mendakwa Quran diubah selepas Baginda SAW wafat. Tokoh utama oreintalis , terlalu benci kepada Islam

6.
John Maynard
Majalah Persatuan Pengajian Timur (1924)



7.
S.M. Zweimer

Dunia Islam (pengasas majalah ini)
b. Islam Mencabar
c. Demi ‘Aqidah
d. Al-Islam (1908-1911)
Berasal dari AmerikaSyarikat ,  Missionari, sangat terkenal dengan permusuhannya dengan Islam
8.
Aziz ‘Atiyyah Suryal



Menulis beberapa buah  kitab tentang Perang Salib .
Rakyat Mesir beragama  Kristian. Belajar di Universiti Amerika, sangat benci kepada Islam.· Terlalu banyak menyelewengkan ajaran Islam.

9.
G.Von Grunbaum

Islam di zaman pertengahan
b. Perayaan Muhammad
c. Usaha Menerangkan Islam yang Moden
d. Pengajian Sejarah Keilmuan Islam
e. Al-Islam
f. Kesatuan & Kepelbagaian dalamTamadun Islam
Rakyat Jerman berbangsa  Yahudi tetapi menetap di Amerika Syarikat. Profesor  di Universiti Chicago. Terlampau banyak menyerang Islam.

10.
Phillip Hitti
a. Ensaiklopedia Islam, Bab Sastera Arab
b. Sejarah Arab (History of Arabs) yang mengandungi tuduhan bahawa Nabi tidak siuman
c. Al-Islam
d. Sejarah Syria
e. Asal usul Agama Duruz ·

Rakyat Lubnan beragama Kristian. Professor  Pengajian Timur Universiti Brenston, Amerika Sayrikat. Penyelia tidak rasmi kepada KementerianLuar Amerika . Sangat benci kepada Islam dan enggan menisbahkan Islam dengan sebarang kebaikan atau keutamaan.

11.
Carl Brocklemann
The History (Jerman, Inggeris)



12.
A.J Weinsink :  
Aqidah Islam (1932).
Mendakwa Nabi SAW mereka Al-Quran hasil dari ringkasan kitab-kitab agama dan falsafah sebelumnya. Tetapi sesetengah karya Weinsink boleh dibaca (lihat selepas ini)

13.
Kenneth Gragg
a. Ketua Editor Majalah The Muslim World
b. Dakwah al-Makzanah (956) ·

Berasal dari Amerika. Sangat benci dan  menentang Islam. Mengajar di Universiti Amerika di Qaherah beberapa ketika. Missionari Kristian. Ketua Jabatan  Kristian di Universiti Hartford

14.
L. Massignon

a. Al-Hallaj , sufi yang syahid di Alam Islam
b. Salah seorang penting dalam karya Ensaiklopedia Islam.

Berbangsa Perancis, Orientalis terbesar keluaran Perancis. Penasihat Menteri Jajahan Perancis dalam hal ehwal Timur Afrika. Pengawas Kerohanian Kesatuan Missionari Perancis di Mesir. Pernah menjadi askar Perancis selama 5 tahun dalam Perang Dunia Pertama. Ahli Majlis Bahasa di Mesir dan Kesatuan Ilmu ‘Arab di Dimasq, Syria. Mendalami bidang Falsafah dan  Tasauf Islam.

15.
D.B. Macdonald
 a. Perkembangan Ilmu Kalam, Fiqh dan  Teori Perlembagaan Dalam Islam
 b. Pendirian Agama & Hidup Dalam Islam (1903-1908)
Berasal dari Amerika, dan di antara orientalis yang paling memusuhi Islam

16.
M.Green



Setiausaha Majalah Middle East
17.
Majid Qadrawi
Bukunya bertajuk "Perang & Damai Dalam Islam" (1955)
Penganut  Kristian dari Iraq, · Ketua Jabatan Pengajian Timur Tengah Universiti John Hopkins, USA· Ketua Ma'ahad Timur Tengah untuk Penyelidikan & Pendidikan di Washington·
 Terlalu membenci Islam

18.
D.S Margoliouth
a.  Perkembangan Baru Dalam Islam
b. Muhammad & Kelahiran Islam
c. Universiti Islam

Berbangsa Inggeris

19.
R.A Nicholson
a.  Antara pengarang Ensaiklopedia Islam
b.  Para ahli Sufi Islam
c.  Sejarah Sastera Arab.. (1910-1930) ·

Berbangsa Inggeris. Sangat bencikan Islam· Menafikan Islam agama wahyu· Mendalami bidang Tasawuf Islam.

20.
Henry Lammens
a.  Antara pengarang Ensaiklopedia Islam
b.  Al-Islam
c.  At-Toif
d.  Majalah Kesatuan Pengajian TimurUSA (1925) ·

Berbangsa Perancis. Tersangat merbahaya. Mendakwa Nabi tidak menyukai perpaduan .· Telah banyak mengubah fakta sejarah Islam seperti mengubah tarikh lahir Nabi SAW SERTADescription: http://cdncache1-a.akamaihd.net/items/it/img/arrow-10x10.png membuat gambaran jahat terhadap Fatimah az-Zahra .

21.
Joseph Schacht
a.  Antara pengarang Ensaiklopedia Islam
b. Usul Fiqh Islam
c.. Sumber Fiqh Islam (The Origins of Mohammadans Jurisprudence) ·

Berbangsa Jerman. Menghasilkan  banyak karya tentang fiqh dan Usul Fiqh.  Mendakwa asas syariat Islam adalah cedokan undang-undang Rom

22.
Rudi Paret
a. The Quran
b. Der Koran ·

Menuduh Nabi SAW mereka sendiri Quran, dan mengambil pengalaman hidup dan ilmu tentang ISADescription: http://cdncache1-a.akamaihd.net/items/it/img/arrow-10x10.png dan  Maryam sebagai asas rekaan Al-Quran

23.
Karl Heinrich Becker



Pengasas Majalah Islam
24.
Jetson Phiit
Majd al-Islam (Kemuliaan Islam)
Menghentam Islam melalui bukunya

25.
Richard Bell
"Al-Quran & Hubungan Nasrani dengan Nabi SAW (Arab & Inggeris)

Profesor Bahasa Arab di Universiti Edinburgh
26.
Lord



Mendakwa Nabi terpengaruh dengan ajaran Yahudi dan mereka permulaan beberapa surah dengan huruf-huruf. Seperti  ‘Alif Lam Mim' dan lain-lain.

27.
Najib al-‘Aqiqi Al-Musytasriqun (Orientalis)



Berbangsa Arab
28.
W.C. Smith
"Islam in Modern History



29.
MontgomeryWatt
a. Sirah Nabi di Mekah ,
b. Sirah Nabi di Mekah(Mohammad In Mecca & Medina)
c. Mohammad, Prophet & Statesman




30.
Dr C.G Pfander:
‘Neraca Kebenaran (Mizan al-Haqq)' 
Mencabar Ulama Islam berdebat dengannya, disahut dan dilakukan pada 1854 M. Hasil debat ini akhirnya Pfander mengakui terdapat 8 tempat penyelewengan dalam Injil.  Debat dibuat dalam beberapa hari, pengikut Kristian yang semakin ramai membanjiri majlis, kecewa dengan Pfander.· Kelemahan hujjah Pfander ketara hingga beliau tidak datang pada hari ke 3 debat. Syiarnya selepas itu, "Kiranya Syeikh (ulama yang berdebat dengannya) ada di satu tempat, saya beredar dari tempat itu." (Lihat Abu Hasan Ali An-Nadawi)

31.
George Sale
Terjemahan al-Quran ke Bahasa Inggeris



32.
Hamilton Jobb
‘Asas Bina Pemikiran Agama dalam Islam'
Banyak melakukan penyelewengan maklumat dan menyelewengkan pendapat ulama dalam bukunya.

33.
William Muir



Cuba meragukan Bahasa al- Quran dan  menuduh ianya tidak terjamin dari kesalahan
34.
Louis Gardeih
‘Falsafah Pemikiran Agama antara Islam dan Kristian'
Mendakwa Saidina Uthman yang menyusun surah dan ayat quran
35.
Z.P Bodly



Menuduh kotor isteri-isteri Nabi. Dakwaan bohong yang mengatakan Nabi mempunyai hubungan dengan Rahib Kristian dan juga dakwaan bohong Nabi dipengaruhi Paderi Waqas B. Sa'adah dan Waraqah Nawfal. (Lihat Anwar al-Jundi)

36.
Cofan, Renan, Jano







   
BERIKUT PULA ADALAH BEBERAPA NAMA BUKU BAHAYA HASIL KARYA PARA OREINTALIS DAN YANG TERPENGARUH DENGANNYA.


·         1. The Encyclopedia Of Islam - Terbitan pertama tahun 1913 hingga 1938 dalam 3 bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Jerman & Perancis. Kemudian ensaiklopedia ini cuba diterjemah ke bahasa Arab sehingga huruf ‘ain. Projek ini terhenti dan para penterjemahnya melakukan kritikan yang banyak terhadap kandungannya hinggalah membawa kepada pindaan sebahagian besar dari isi kandungannya. Terbitan baru tahun 1954 . Diterbitkan dalam 6 jilid, dan kelihatan agak sederhana dalam kebanyakan pendirian terhadap masalah khillafiah, disebabkan ada sedikit campurtangan para ulama dalam kandungannya. Terjemahan sempurna ke dalam bahasa Arab siap dan dikeluarkan pada tahun 1997 dalam 32 jilid.

·         2. The Encyclopedia Of Britanicca _ amat banyak meneyeleang dalam pelabagi bab. Termasuk dalam bab Al-Quran yang telah di jawap oleh Syeikh Prof. Dr Fadhal Hasan Abbas.

·         3. Majalah ‘The Muslim World'

·         4. Shorter Encyclopedia Of Islam

·         5. Encyclopedia Of Religion and Ethics

·         6. Encyclopedia Of Social Sciences

·         7. Dirasat fi Tarikh ( Pengajian Sejarah) oleh Arnold Toynbee

·         8. Hayat Muhd ( Hidup Muhammad) oleh W Muir
·         9. Al-Islam oleh Alfred Geom

·         10. Deen As-Syiah ( Agama Syiah ) oleh D.M Donaldson

·         11. Tarikh Sharel al-Kabir oleh Bishop Turpin

·         12. Al-Islam dalam Bahasa Perancis oleh Henry Lammens

·         13. Al-Islam dalam Bahasa Inggeris oleh S.M Zweimer
·         14. Islam Today oleh A.J Arberry

·         15. Translation of Quran oleh A.J Arberry

·         16. Tarikh Mazahib Tafsir Al-Islami (Sejarah Mazhab Tafsir Islam) dalam        bahasa Jerman & Arab oleh Goldziher

·         17. Arabic History oleh Phillip Hitti

·         18. Majalah Al-Islam - Keluaran Malaysia

·         19. Jewism In Islam oleh Ibrahim Kashh

·         20. Qamus Al-Munjid : Dr Mustafa al-Jawad telah memberi komentar bahawa dikenalpasti lebih 324 penyelewengan dalam kamus ini dan kami tidak merujuknya kecuali ketika sangat perlu sahaja, sebagai contoh lihat nama kalimah (الطلقاء) , diterjemahkan sebagai : Mereka yang memasuki Islam secara dipaksa. (Penulis tidak sempat menyemak hal ini)

·         20. Dan lain2 kitab yang telah disebutkan sebelum ini juga merupakan karya yang terbanyak membuat keraguan terhadap Islam.

ANTARA KARYA ORIENTALIS YANG BOLEH DIBACA

Menurut Syeikh Abul Hasan Ali An-Nadawi, karya-kara ini adalah diiktiraf sebagai mempunyai kualiti ilmu yang baik dan amat sedikit kelihatan sentimen dengki dan benci terhadap Islam. Sebagai contoh :-

1. Prof T. W Arnold -  The Preaching of Islam 

2. Stanley Lane Poole - Saladin (Salahuddin Al-Ayyubi) 

3. Stanley Lane Poole - Moors in Spain 

4. Dr Aloys Sprenger - Pendahuluan kitab ‘Al-Isobah fi tamyiz as- sahobah karangan' Al- Hafiz Ibnu Hajar 

5. Edward William Lane - Mu'jam Arabic-English Lexicon 

6. A.J Weinsink - Mu'jam Al-Mufhiras ‘Am Bagi Hadith Nabi (Dari Sunan yang 6, iaitu  Musnad Ad-Darimi , Muwatto' Malik dan Musnad Ahmad diterjemah ke bahasa Arab  Arab oleh Mohd Fuad Abd Baqi dengan  kata pengantarnya oleh  Syeikh Mohd Rashid Ridha 

7. G.B Strenge - Land of the Eastern Caliphate

ANTARA KARYA BEKAS ORIENTALIS YANG TELAH MEMELUK  ISLAM.

1. Islam at the Crossroad oleh Muhamad Asad (nama sebelum Islam Leopold Weis) 

2. Road to Mecca oleh Muhamad Asad (nama sebelum Islam Leopold Weis) 

3. Islam verses The West oleh Maryam al-Jameelah (nama sebelum Islam Margaret Marcus) 

4. Islam & Modernisme oleh Maryam al-Jameelah (nama sebelum Islam Margaret Marcus)

BEBERAPA INDIVIDU ISLAM YANG TERPENGARUH DENGAN ORIENTALIS

Al-Marhum Syeikh Prof. Dr. Mustafa As-Sibaie pernah menyatakan bahawa selain orientalis asli yang terdiri daripada golongan kuffar, terdapat juga spesis anak buah berfikiran oreintalis yang sering menjalankan usaha meragukan kekuatan Islam SERTADescription: http://cdncache1-a.akamaihd.net/items/it/img/arrow-10x10.png membawa berita dan fakta bohong dari kalangan umat Islam.

Sebahagian lain pula terpengaruh dengan racun pemikiran Orientalis. Mereka juga adalah dari kalangan umat Islam. Terdapat juga kalangan ini yang menyeleweng akibat kejahilan hakikat Islam sebenar selain mempunyai tujuan-tujuan lain. Antara yang boleh dianggap demikian adalah seperti berikut :

1. Prof. Ahmad Amin

Pernah menjadi Dekan Kuliah Sastera, mempunyai sijil dalam Qadha' Syar'ie)
Kitabnya bernama ‘Fajr al-Islam' · Majoriti kandungan kitab ini adalah tentang  Hadith Nabi. Di antara dakwaan di dalam buku ini kononnya Abu Hurairah r.a. lemah dalam meriwayatkan Hadith, Imam Abu Hanifah tidak mempunyai Hadith, menuduh Ibn Mubarak lalai, mempertikaikan keadilan Sahabat Nabi, menimbulkan keraguan terhadap Imam Bukhari.· 

2. Abu Rayyah Adwa':  
Tulisan bertajuk ‘ala As-Sunnah · Mempertikaikan Abu Hurairah

3. Ismail Adham.
Tulisan mengenai Sunnah (tahun 1353 H) . Mengisytiharkan hadith sahih dari kitab-kitab sunan tidak sah, SERTADescription: http://cdncache1-a.akamaihd.net/items/it/img/arrow-10x10.pngmenuduh ianya mawdu' (rekaan)

4. Prof. Ali Hasbullah:
Buku bertajuk :  Usul At-Tasri' Al-Islami . Mendakwa maslahat perlu diutamakan apabila bertembung dengan Nusus Quran & Sunnah yang Qat'ie.· Dakwaan ini dijawab oleh Dr. Yusoff Al-Qaradhawi, Prof. Dr. Said Ramadhan Al-Buti , Syeikh Muhd Al-Ghazali dan ramai lagi.

5. Syeikh Ali Abd Raziq   
Al-Islam wa Usul al-Hukm (Islam dan Usul Perundangan tahun 1925 ). Menuduh tiada politik dalam Islam. Kitab ini dikecam hebat oleh ulama Islam semasa. Antara ulama yang menjawab ialah Syeikh Muhd Bakhit al-Mut'ie dan Syeikh Khudar Hussain. Akhirnya penulis telah menarik balik dakwaannya selepas itu, demikian menurut Dr. Muhd ‘Amaroh

6. Prof Khalid Muhd Khalid :
Bukunya bertajuk  ‘Min Huna Nabda (Dari sini kita bermula)' dan ‘Ad-Demoqratia Abadan' · Kitab ini dijawap oleh Syeikh Muhd Al-Ghazali dalam kitabnya ‘Min Huna Na'lam' (dari sini kita tahu)· Akhirnya penulis ini juga menarik balik kalamnya lalu menulis kitab baru tajuk ‘Ad-Dawlah fil Islam'- Bab Maslahat

7. Prof Dr Abd Hamid al-Mutawali (Seorang Profesor  Undang-undang )
‘Manahij at-Tafsir fil Fiqh al-Islami' (Perlu dingat hanya sebahagian kecil dalam bab tertentu sahaja yang perlu disemak & diperbetul, majoriti karyanya adalah diiktiraf, manakala kitabnya yang lain dipuji seperti Mabadi' Nizom al-Hukm fil Islam- Al-Qaradhawi) · Bab Maslahat, mendakwa Saidina Umar ra membatalkan Nas Quran kerana Maslahat. Dakwaan palsu ini dijawab oleh al-Qaradhawi dan Al-Buti dll.

8. Dr Nur Farhat (Prof Undang-undang & dekan Kuliah Undang-undang di Universiti  Az-zaqaziq) Di mesir · Bab Maslahat dan Saidina Umar
9. Sai'd al-Ushmawi Mesir · Bab Maslahat dan Saidina Umar
12. Kumpulan Sisters In Islam (Malaysia).

Dalam kebanyakan artikel karya mereka. Tiada ruang untuk dinyatakan di sini. Kebanyakan dakwaan dan pertikaian disebabkan kekurangan maklumat Islam hakiki dan jahil. Di makumkan juga, pihak SIS ini sering mendapat bahan kajian ilmiah yang boleh meragukan tentang Islam dari sumber-sumber dari Orientalis Barat.

13. Astora Jabat (Malaysia) Dalam kebanyakan tulisannya. Dia juga pernah mengaku dalam satu forum terbuka bahawa dia sengaja membawa isu-isu pelik berkaitan Islam untuk melariskan majalah yang dia menjadi pengarangnya.

14. Dr. Kassim Ahmad ; Semua hal berkaitan hadith. Menafikan hadith secara total.  Pemimpin gerakan Anti Hadith Malaysia.

Demikianlah beberapa maklumat yang mampu disertakan oleh penulis melalui beberapa pembacaan analisa para ulama Islam. Justeru, semoga seluruh muslimin dan muslimat yang prihatin dapat meneliti senarai yang disertakan dan berhati-hati.

Apa yang benar dari Allah, dan segala kesilapan adalah hasil kelemahan diri dan gangguan syaitan.
Sekian, 


SENARAI RUJUKAN :

  • 1. Dr Mahmud Hamdi Zaqzuq, Al-Istisyraq wal khalfiah al-Fikriah lissiro' al-khadori, Dar Al-Ma'arif, tanpa tarikh.
  • 2. Dr Mahmud Hamdi Zaqzuq, Al-Islam wal Istisyraq , kertas kerja Nadwah Ilmiah ‘an Al-Islam wal Mustasyriqin bertempatdi India.
  • 3. Dr Mustafa As-Siba'ie, Al-Istisyraq wal mustasyriqun malahum wa ma alaihim, Dar al-warraq, Beirut, cet 1, 1999 m
  • 4. Syeikh Abu Hasan Ali An-Nadawi, Al-Islamiyyat Bayna al-Mustasyriqin wal Bahithin al-Muslimin, kertas kerja Nadwah Ilmiah ‘an Al-Islam wal Mustasyriqin bertempatdi India Nadwah
  • 5. Syeikh Anwar Al-Jundy, Al-mustasyriqun wal Islam, kertas kerja Nadwah Ilmiah ‘an Al-Islam wal Mustasyriqin bertempat di India
  • 6. Syeikh Anwar Al-Jundy, Al-mustasyriqun wal Quran al-Karim, kertas kerja Nadwah Ilmiah ‘an Al-Islam wal Mustasyriqin bertempat di India
  • 7. Syeikh Anwar Al-Jundy, Al-mustasyriqun was Sunnah , kertas kerja Nadwah Ilmiah ‘an Al-Islam wal Mustasyriqin bertempat di India
  • 8. Syeikh Anwar Al-Jundy, Al-mustasyriqun wa al-Sirah An-Nabawiyah , kertas kerja Nadwah Ilmiah ‘an Al-Islam wal Mustasyriqin bertempat di India
  • 9. Dr. Mustafe As-Sibi'e , As-Sunnah wa makanatuha fil Islam, Dar al-Warraq, Beirut, cet 1, 1998 m
  • 10. Dr. Yusoff Al-Qaradhawi, As-Siyasah As-Syra'iyyah , Mua'assasah Ar-Risalah, Beirut, cet 1, 2001


Ulasan

  1. assalamualaikum... nak tanya pondok ni memang tidak menerima pelajar sementara berumu 20 dan ke atas ke?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular