Qada & Qadar


Dari sudut bahasa, Qada bermakna hukum, ketetapan, kehendak, pemberitahuan dan penciptaan. Mengikut syarak, Qada adalah ketetapan Allah SWT tentang sesuatu. Manakala Qadar dari segi bahasa membawa maksud undang-undang dan kepastian. Dari sudut syarak pula, Qadar membawa pengertian ketetapan terhadap semua makhluk dalam kadar dan bentuk tertentu. Firman Allah SWT,
“Kepunyaan-Nyalah kerajaan langit dan bumi, Dia tidak mempunyai anak dan tidak ada sekutu bagi-Nya dalam kekuasaan-Nya, dan Dia menciptakan segala sesuatu, dan Dia menetapkan saiz dengan rapi.”
(Surah Al-Furqan, ayat: 2)
Ayat di atas menerangkan tentang penciptaan Allah SWT terhadap makhluk-makhluk-Nya. Dia akan menetapkan keadaan fizikal segala sesuatu dalam penciptaan manusia secara fizikal tetapi Allah memberikan kebebasan kepada manusia untuk memilih kejayaan dan kegagalan hancuran. Orang-orang yang memilih untuk berkejayaan akan berusaha dengan sungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan tersebut. Demikian juga orang-orang yang memilih kegagalan tidak akan berusaha sungguh2 untuk berjaya tetapi hancuran leka untuk akan memuaskan nafsu semata-mata.

1. Kewajipan beriman kepada Qada dan Qadar
Beriman kepada Qada dan Qadar bererti yakin bahawa segala sesuatu yang berlaku adalah ketetapan Allah SWT. Umat Islam akan menerima setiap ketetapan Allah SWT dengan keredaan selepas berusaha dengan bersungguh-sungguh. Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah SWT berfirman,
“Sesiapa yang tidak reda dengan Qada-Ku dan Qadar-Ku serta tidak tabah terhadap ujian yang aku berikan, maka carilah Tuhan selain Aku”.
(Dilaporkan daripada Tabrani)

2. Hubungan antara Qada dan Qadar dengan Usaha 
Beriman kepada Qada dan Qadar bermakna menyakini bahawa Allah SWT telah menetapkan segala sesuatu bagi hamba-Nya. Rasulullah SAW bersabda,
“Sesungguhnya seseorang diciptakan dalam perut ibunya selama 40 hari dalam bentuk nutfah, 40 hari menjadi seketul darah, 40 hari menjadi seketul daging, kemudian Allah SWT mengutus malaikat untuk meniupkan roh ke dalamnya dan menuliskan empat perkara iaitu rezeki, ajal, amalan dan jalan hidupnya iaitu sengsara atau bahagia.”
(Dilaporkan daripada Sahih Bukhari dan Muslim)
Allah SWT telah menetapkan nasib setiap manusia tetapi manusia tidak mengetahui nasibnya. Oleh itu, manusia wajib berusaha untuk mencapai kejayaan dengan bersungguh-sungguh. Jika usaha yang dilakukan adalah bersungguh-sungguh, maka keputusan yang diperolehi akan memuaskan dan jika usaha kurang, maka keputusan yang diperolehi juga akan kurang memuaskan. Firman Allah SWT,
“Sesungguhnya Allah SWT tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubah nasib mereka.”
(Surah al-Ra'ad, ayat: 11)
Allah SWT mewajibkan manusia berusaha untuk mencapai kejayaan dengan bersungguh-sungguh. Satu kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW diceritakan,
“Pada suatu hari, seorang Arab Badwi menemui Rasulullah SAW dengan menunggang kuda. Dia turun dari atas kudanya dan terus menghadap Nabi tanpa mengikat kudanya. Nabi menegur orang tersebut, ‘Kenapa kuda tersebut tidak diikat?’ Orang tersebut menjawab, ‘Biarlah, saya tawakal kepada Allah SWT’ Nabi bersabda, ‘Ikatlah kudamu dan kemudian baru tawakal kepada Allah SWT.’ ”
Kisah di atas menunjukkan bahawa Allah SWT mengetahui segala perkara baik perkara yang sudah berlaku atau yang sedang dan bakal berlaku. Sedangkan manusia, mereka hanya mengetahui perkara yang sedang dan sudah berlaku. Namun demikian, pengetahuan manusia kepada perkara yang sudah berlaku sangat terhad apatah lagi peristiwa yang belum berlaku. Oleh itu, manusia wajib berusaha kerana manusia tidak mengetahui akan nasibnya.
Manusia yang tidak mencapai kejayaan walaupun jika sudah telah berusaha dengan sempurna , maka manusia tersebut tidak akan menyesal kerana telah berusaha dengan sempurna. Setiap usaha mereka mempunyai dua peluang iaitu berjaya atau gagal manakala orang yang tidak berusaha hanya mempunyai satu peluang iaitu gagal.
Contohnya jika anda ingin berjaya dalam peperiksaan, maka anda perlu belajar dengan bersungguh-sungguh. Allah mengetahui keputusan peperiksaan anda tetapi anda ataupun cikgu tidak mengetahui selagi anda belum menjawab soalan tersebut. Anda hanya tahu keputusan selepas cikgu memaklumkan keputusan tersebut kepada anda. Allah mengetahui nasib setiap manusia tetapi manusia tidak mengetahuinya. Oleh itu, manusia wajib berusaha untuk mencapai kejayaan tersebut.
Qada dan Qadar disebut juga sebagai takdir dan takdir dibahagikan kepada dua iaitu:

a. Takdir Muallaq ialah ketetapan yang berkait dengan usaha manusia. Setiap keputusan yang didapati sesuai dengan kadar usaha yang dilakukan. Contohnya, seorang pelajar universiti mahasiswa ingin menjadi pelajar cemerlang seorang doktor perubatan. Bagi mencapai keinginan tersebut, dia perlu belajar dengan rajin. Berkat kesungguhan, akhirnya beliau mendapat anugerah pelajar jadi seorang doktor perubatan yang cemerlang. Firman Allah SWT,
“...Sesungguhnya Allah SWT tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri...”
(Surah Ar-Raad, ayat: 11)

b. Takdir Mubram ialah ketetapan yang tidak dapat diubah secara semulajadi. Contohnya, orang yang dilahirkan bermata sepet sedangkan ibu bapanya bermata besar. Mata tersebut tidak dapat diubah secara semulajadi tetapi dapat diubah dengan bantuan melalui pembedahan.

PERBINCANGAN 

1. Adakah kepercayaan kepada Qada dan Qadar akan menghalang kemajuan? 

a. Sebahagian umat Islam menganggap Allah SWT telah menetapkan nasib seseorang tetapi orang tersebut tidak mengetahui nasibnya sendiri. Oleh itu, manusia sehingga tidak perlu berusaha untuk mencapai kejayaan. Allah SWT memberikan peluang kepada setiap manusia untuk mencapai kejayaan sesuai dengan usaha yang dilakukan. Kebanyakan manusia menjadikan Qada dan Qadar sebagai alasan untuk tidak berusaha untuk ke arah mencapai kejayaan. Firman Allah SWT,
“Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu, kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah SWT, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.”
(Surah at-Takwir, ayat: 29)

b. Manusia hanya merancang dan berusaha untuk mencapai kejayaan matlamatnya. Namun, keputusan nya ditentukan oleh Allah SWT. Orang-orang yang beriman akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan matlamatnya. Sekiranya keputusan yang ditentukan tidak sesuai dengan keinginan, maka kita sebagai umat Islam seharusnya menerima dengan hati yang reda dan tidak putus asa. Firman Allah SWT,
“Maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman dan sesiapa yang mahu ingkar, biarlah dia mengingkarinya.”
(Surah al-Kahf, ayat: 29)
Sekiranya tidak ada seorang pun yang beriman dan menyembah Allah SWT, maka keagungan Allah SWT tidak akan berkurang walaupun sedikit. Kelebihan kepada orang-orang yang beriman kepada Allah SWT adalah melakukan sesuatu dengan sungguh-sungguh dan apabila gagal dia tidak berputus asa. Firman Allah SWT,
“Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat dan pertolongan Allah SWT. Sesungguhnya yang berputus asa daripada rahmat dan pertolongan Allah SWT adalah kaum kafir.”
(Surah Yusuf, ayat: 87)
Orang-orang yang beriman tidak akan berputus asa daripada rahmat Allah SWT walaupun mengalami kegagalan. Kegagalan akan memberikan semangat baru untuk mencapai kejayaan. Qada dan Qadar disebut juga sebagai takdir dan takdir dibahagikan kepada dua iaitu:

c. Takdir Muallaq ialah ketetapan yang berkait dengan usaha manusia. Setiap keputusan yang didapati sesuai dengan kadar usaha yang dilakukan. Contohnya, seorang mahasiswa ingin menjadi seorang doktor perubatan. Bagi mencapai keinginan tersebut, dia perlu belajar dengan rajin. Berkat kesungguhan, akhirnya beliau menjadi seorang doktor perubatan yang cemerlang. Firman Allah SWT,
“...Sesungguhnya Allah SWT tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri...”
(Surah Ar-Raad, ayat: 11)

d. Takdir Mubram ialah ketetapan yang tidak dapat diubah secara semulajadi. Contohnya, orang yang dilahirkan bermata sepet sedangkan ibu bapanya bermata besar. Mata tersebut tidak dapat diubah secara semulajadi tetapi dapat diubah dengan bantuan melalui pembedahan.

2. Apakah hikmah beriman kepada Qada dan Qadar?

a. Melatih diri untuk bersyukur dan bersabar. Orang-orang yang beriman kepada Qada dan Qadar apabila mendapat kejayaan akan bersyukur dan jika mendapat musibah akan diterima dengan penuh kesabaran. Firman Allah SWT,
“Dan apa sahaja nikmat yang ada pada kamu, datang daripada Allah SWT. Apabila kamu ditimpa musibah, hanya kepada Allah SWT kamu meminta pertolongan.”
(Surah An-Nahl, ayat: 35)

b. Menjauhkan diri daripada sifat sombong dan putus asa terhadap rahmat Allah SWT. Orang yang tidak beriman kepada Qada dan Qadar menganggap kejayaan adalah hasil usaha sendiri. Apabila dia gagal, dia mudah berputus asa dan menyalahkan ganggap kegagalan tersebut adalah ketetapan Allah SWT. Firman Allah SWT,
“Hai anak-anakku, pergilah kamu mencari berita tentang Yusuf dan saudaranya dan jangan kamu berputus asa daripada rahmat Allah SWT. Sesungguhnya tidak ada orang yang berputus asa terhadap rahmat Allah SWT melainkan orang-orang kafir.
(Surah Yusuf, ayat: 87)

c. Meningkatkan keinginan untuk mencapai kejayaan. Pada hakikatnya manusia tidak mengetahui masib di masa akan datang sama ada dia akan berjaya ataupun gagal. Firman Allah SWT,
“Carilah kebahagiaan akhirat yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT kepadamu, dan janganlah melupakan kenikmatan dunia dan berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah SWT telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah SWT tidak menyukai orang-orang yang melakukan kerosakan.”
(Surah al-Qashash, ayat: 77)
Ayat di atas menyatakan bahawa Allah SWT menuntut manusia untuk mencari kebahagiaan akhirat tetapi tidak melupakan kebahagiaan dunia. Manusia harus berbuat baik kepada orang lain sebagaimana Allah SWT telah berbuat baik terhadap dirinya.

d. Mententeramkan jiwa manusia
Orang yang beriman dengan Qada dan Qadar sentiasa merasakan ketenangan. Mereka reda dengan setiap ketentuan Allah SWT. Firman Allah SWT,
“Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredai-Nya. Maka masuklah ke dalam kumpulan hamba-hamba-Ku, masuklah ke dalam syurga.”
(Surah al-Fajr, ayat: 27 hingga 30)

3. Kenapa Allah SWT melahirkan manusia dalam keadaan miskin dan cacat?
Apabila seseorang bayi lahir dalam keadaan cacat, kita akan meletakkan kesilapan seratus peratus kepada Allah SWT sedangkan perkara tersebut juga dipengaruhi oleh tindakan manusia sendiri seperti tahap kesihatan sperma kedua-dua ibu bapa dan kesihatan ibu semasa mengandungkan bayi tersebut persekitaran sebelum bayi tersebut lahir. Kemungkinan sperma atau ovum yang dihasilkan untuk menghasilkan bayi tersebut tidak normal dan sihat disebabkan kerana ibu dan bapa tidak mengamalkan cara hidup sihat seperti merokok, minum arak dan lain-lain sehingga mencacatkan perkembangan bayi tersebut.
Kita bukan menafikan ketetapan Allah SWT tetapi sebagai bakal ibu bapa, kita perlu menjaga tahap kesihatan diri masing-masing supaya dapat melahirkan bayi yang sihat dan sempurna. Sekiranya ibu bapa sudah berusaha dengan maksimum untuk menjaga tahap kesihatan dengan baik dan Allah SWT tetap mendapatkan ganugerahkan anak yang cacat, maka terdapat beberapa hikmah daripada kelahiran anak cacat tersebut. Antaranya ialah:

a. Allah menguji ibu bapa tersebut sebab hidup merupakan ujian seperti mana yang diterangkan dalam maksud ayat di bawah ini.
“...Tetapi Allah SWT hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, maka berlumba-lumbalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah SWT kembali kamu semuanya…”
(Surah al-Maidah, ayat: 48)
Jika ibu bapa tersebut dapat bersabar dalam membesarkan anak tersebut maka Allah akan memberikan kejayaan kepada anak tersebut sebagai balasan atas kesabaran tersebut.

b. Perkara yang kita anggap baik belum tentu baik pada pandangan Allah SWT. Ia dapat dibuktikan dalam maksud ayat di bawah.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia buruk bagi kamu. Allah SWT mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
(Surah al-Baqarah, ayat: 216)
Allah mempunyai rancangan terhadap kelahiran bayi cacat tersebut sungguhpun ibu bapa merasa sial atas kelahiran tersebut tetapi ramai orang kurang upaya yang berjaya.

c. Allah SWT telah memilih ibu bapa tersebut supaya menjadi hamba-Nya yang sabar. Semua perkara tersebut hanya ujian daripada Allah SWT untuk melihat tahap kesabaran ibu bapa tersebut kerana anak yang cacat memerlukan perhatian yang lebih besar berbanding anak yang normal.

d. Allah SWT memberi peluang kepada orang lain untuk berbuat baik kepada anak cacat tersebut.

e. Allah SWT memberikan pengajaran dan keinsafan kepada orang lain supaya menghargai kesempurnaan yang diberikan oleh Allah SWT.

Kesimpulan
Beriman kepada Qada dan Qadar bermakna beriman kepada ketentuan Allah SWT sama ada baik ataupun buruk. Namun demikian, manusia harus berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan kerana tidak ada seorang pun yang mengetahui nasibnya pada masa yang akan datang. Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui nasib setiap hamba-Nya. Oleh sebab itu, manusia wajib beriman dan percaya bahawa sesuatu kejayaan itu akan dicapai jika kita berusaha dengan bersungguh-sungguh.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular