SERANGAN ORIENTALIS KE ATAS PEMIKIRAN UMAT ISLAM SERTA SENARAI KARYA MEREKA (WAJIB BACA)
Islam hari ini secara terancang
diserang dari segala sudut sama ada secara fizikal ataupun minda. Musuh yang
cuba mencari jalan untuk menjatuhkan Islam dan menyesatkan umatnya ini tidak
pernah putus asa dan luntur semangatnya. Mereka akan melakukan
apa sahaja bagi memastikan Islam dan umatnya terus berada di landasan yang
salah serta siap siaga melaksanakan propagandaagar segala arahan,
kewajipan dan amalan agama diragui dan ditinggalkan oleh penganutnya sendiri.
Ini yang sedang dan telah dilakukan oleh golongan bijak pandai dan strategis bukan Islam terutamanya golongan orientalis yang secara ilmiah dan melalui hujah akademik menyerang pemikiran masyarakat Islam agar mereka merasa sangsi, ragu-ragu dan tidak yakin dengan segala ajaran serta tuntutan agama yang disyariatkan. Keadaan ini adalah kesinambungan dan bukti bahawa sejak dahulu lagi para orientalis komited menyerang agama Islam melalui tulisan dan perbincangan akademik sama ada di dalam dan luar pusat pengajian tinggi yang boleh didapati di dalam banyak medium seperti tesis, buku, jurnal, majalah dan tulisan di atas talian internet.
Serangan golongan orientalis dan pendokongnya yang terdiri dari kalangan intelektual dan sarjana adalah dalam pelbagai bentuk dan saluran termasuklah mempertikaikan kesahihan kitab suci al-Quran serta terjemahannya;

periwayatan hadis, sunnah dan sirah Rasulullah; mempersenda tradisi penulisan
buku-buku ilmiah karangan ulama muktabar; ketidak relevanan kaedah-kaedah fiqh
dan sebagainya. Melalui kajian, pemerhatian dan penyelidikan mereka yang cukup
sistematik membolehkan mereka menguasai hampir setiap disiplin penting dalam
induk pengajian ilmu-ilmu Islam. Ini akan memudahkan lagi usaha mereka
menyerang dan meracuni pemikiran umat Islam hari ini dalam segala aspek.
Melalui metodologi ilmiah, wacana, dialog dan penulisan akademik juga, mereka cuba menimbulkan keraguan, kelemahan dan mencari kesilapan atau kelonggaran yang mungkin berlaku di dalam penulisan karya agung ulama dan pemikir Islam terdahulu di mana keadaan ini sedikit sebanyak turut mempengaruhi budaya, pemikiran, tindak tanduk, kritikan dan kepercayaan sebahagian umat Islam yang terdedah dengan agenda mereka secara sedar atau sebaliknya terutamanya melalui pembacaan bahan penulisan atau penerbitan mereka dari dalam dan luar negara.
Menurut Dr. Atikullah Abdullah dalam makalah yang bertajuk Orientalis Timbulkan Was-Was Terhadap Islam bahawa perkataan orientalis mempunyai banyak makna dan menurut sarjana besar seperti Edward W. Said dalam magnum opusnya Orientalism di mana orientalis merujuk kepada sesiapa sahaja khususnya orang Barat yang mengajar, menulis atau mengkaji tentang hal ehwal Timur. Dalam pengertian khusus, orientalisme lebih merujuk kepada gerakan pengkajian hal ehwal Islam dan masyarakat Muslim oleh orang Barat sama ada dengan tujuan ilmiah semata-mata atau untuk tujuan keagamaan dan politik. Terdapat pelbagai tujuan dan misi gerakan orientalis ini yang antaranya meliputi aspek keagamaan, akademik, perniagaan, ekonomi dan politik.
Manakala menurut Mahmud Hamdi Zaqzuq pula, orientalis adalah mereka yang mengkaji Islam atas nama akademik tetapi terselit niat jahat untuk memasukkan jarum mereka bagi mengelirukan masyarakat Islam tentang agama mereka dan golongan ini kebanyakannya terdiri daripada kakitangan gereja. Terdapat orientalis yang hanya mencari upah membuat kajian untuk kepentingan negara mereka sama ada dari segi ekonomi, penjajahan politik dan sebagainya. Keadaan ini banyak berlaku ketika zaman penjajahan ketika emperialismeBritish, Belanda dan sebagainya.
Golongan ketiga ialah orientalis yang mengkaji Islam secara objektif dan mereka berpegang kepada prinsip akademik yang hanya berminat mencari fakta kebenaran seperti EdwardWilliam Lane yang menghasilkan kamus Arabic-English Lexicon diiktiraf sebagai sangat berautoriti dalam nahu Arab dan dirujuk oleh pakar nahu Arab sendiri. Di samping itu, orientalis A.J. Wensink menghasilkan Mu’jam al-Hadith al-Nabawiyy iaitu sebuah karya lengkap dan sangat bermanfaat untuk pengkaji dan pencari asal-usul sesuatu hadis. Namun begitu, sebahagian besar mereka dilihat aktif memain peranan meracuni pemikiran umat Islam agar tidak kuat berpegang kepada ajaran Islam, jikapun tidak meninggalkannya terus.
Manakala menurut Mazlan Zainal (2003), pelbagai keraguan dan syak wasangka ditimbulkan khususnya tentang asas dan sumber ajaran Islam iaitu al-Quran dan sunah. Seorang orientalis bernama Joseph Schacht berpendapat bahawa sunah tidak semestinya dikaitkan dengan Rasulullah s.a.w. malah ia dimaksudkan juga tradisi dan pembawaan hidup masyarakat. Beliau bersama-sama para orientalis lain seperti A. Guillaume, Ignaz Goldziher dan S. Mackensen Ruth mempertikaikan autoriti hadis dan menganggapnya sebagai rekaan sahaja.
Selanjutnya menurut Joseph Schacht, hadis berkenaan dengan undang-undang adalah direka dan hanya dianggap sahih mulai pertengahan abad kedua hijrah ke atas sahaja. Tambahan pula, Ignaz Goldziher yang dianggap sebagai seorang tokoh orientalis yang paling terkemuka dalam bidang hadis serta paling berbahaya telah menyatakan pandangannya bahawa sebahagian besar hadis adalah lahir daripada perkembangan semasa dalam agama Islam, sama ada dari segi agama, sejarah dan sosial pada abad pertama dan kedua hijrah.
Menurutnya, ini bererti kebanyakan hadis bukannya sahih datang daripada Rasulullah s.a.w., sebaliknya ia merupakan ciptaan umat Islam pada zaman kecemerlangannya. Oleh itu, hadis pada pandangannya tidak boleh dijadikan sebagai sumber asas dalam agama Islam tetapi hanya sebagai bahan penting kepada keterangan-keterangan sejarah perkembangan pelbagai aspek kebudayaan Islam zaman kemudian di bawah pengaruh bukan Islam. Kefahaman yang salah dan mengelirukan ini turut mempengaruhi umat Islam sehingga muncul beberapa gerakan dan kumpulan anti-hadis yang menjadi keresahan di dalam masyarakat.
Oleh yang demikian, melihat kepada peranan aktif yang dimainkan oleh golongan orientalis yang sangat bahaya kepada masyarakat dan negara serta usaha mereka yang tidak pernah terhenti meracuni pemikiran umat Islam selama ini mewajarkan semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga menyekat dan memantau gerakan ini daripada terus merebak terutamanya dalam bidang penulisan, penerbitan serta dialog di laman internet di negara kita. Umat Islam sendiri perlu bijak memilih antara yang baik dan buruk serta harus melaksanakan self-sensorship agar tidak terpedaya atau terperangkap di dalam sangkar intelektual ciptaan orientalis.

Penulisan ini akan mendedahkan hal berikut secara ringkas:-
1. Beberapa jenis kumpulan Orientalis
2. Senarai Nama Orientalis yang berbahaya, latar belakang & beberapa dakwaan jahat mereka.
3. Senarai nama kitab karangan mereka yang sangat merbahaya.
4. Kumpulan karya Orientalis yang boleh dibaca.
5. Beberapa buah karya Bekas Orientalis yang telah masuk Islam
6. Antara Individu Islam yang terpengaruh dengan Orientalis dan karya mereka.

JENIS
KUMPULAN ORIENTALIS
·
1. Kumpulan pengkaji yang suka mencari kisah ganjil, pelik dan
dongeng. Jenis ini banyak mereka cipta kisah bohong & fitnah terhadap
Islam. Muncul dengan pesat di awal kemunculan gerakan Orientalis, bagaimanapun
semakin berkurangan dari masa ke semasa.
·
2. Kumpulan yang meluangkan sepenuh masanya dalam kajian Islam dan
Arab dalam usaha membekalkan maklumat kepada Barat dari sudut Ekonomi dan
Politik dan Penjajahan baru.
·
3. Kumpulan yang sangat benci dan bermusuhan dengan Islam lalu
sengaja menutup kebenaran dalam tulisan-tulisan mereka.
·
4. Kumpulan yang memperkenalkan diri mereka sebagai pengkaji
akademik yang tulus ikhlas dan professional, bagaimanapun sebenarnya mencari
kelemahan Islam serta meragukan
kesohihan Risalah Islam, Aqidah Tauhid, kesahihan Al-Quran, Hadith dan
lain-lain.
·
5. Kumpulan yang benar-benar membuat kajian secara ilmiah dan
professional tanpa sebarang sentimen agama, yang mana setengahnya membawa
mereka kepada Islam. (Rujuk Dr Hamdi Zaqzuq, ms 78-79)
Senarai Nama Para Orientalis Barat Jahat & Karya mereka
Berikut ialah nama Orientalis serta Tajuk Buku
(Kebanyakan Tajuk disebut dalam Bahasa Malaysia), Tahun Keluar
(Masihi) serta Catatan Ringkas:
Bil
|
Nama
|
Tajuk
Buku
|
Catatan
|
1.
|
A.J
Arberry
|
· Islam Hari Ini (IslamToday)
· Pendahuluan Sejarah Tasawuf
· At-Tasawuf
· Terjemahan Quran
(1948-1950)
|
· Warga British, sangat memusuhi Islam. Professor di UniversitiCambridge.
· Ramai pelajar Mesir belajar dengannya dalam Pengajian Islam
|
2.
|
A.
Geom
|
· Buku: Al-Islam
|
Warga
British, sangat memusuhi Islam. Pensyarah di Universiti di Britain &
USA. Jelas dalam karyanya agenda missionary. Ramai pelajar Mesir
mempelajari ilmu Timur darinya dengan biasiswa kerajaan Mesir
|
3.
|
Baron
Garra de Vaux
|
|
Salah
seorang pengarang Islamic Encyclopedia ·
Berbangsa
Perancis dan sangat musuhi Islam
|
4.
|
H.A.R
Gibb
|
· Pengarang utama Islamic Encyclopedia
· Cara Islam (Inggeris & Arab)
· Pendekatan Baru Dalam Islam (Inggeris&Arab)
· Mazhab Muhammadi (Mohammedanism)
· Islam & Masyarakat Barat
· Whither Islam 1947
|
Warga
British, Orientalis terbesar. Ahli dalam kesatuan Bahasa di Mesir.
Profesor di UniversitiHartford, USA· Karya-karyanya sangat
bahaya kepada Islam
|
5.
|
Goldziher
|
· Pengarang utama Islamic Encyclopedia
· Sejarah Mazhab Tafsir Islam (Inggeris & Arab)
· Pengenalan aqidah & Syariah Dalam Islam (Introduction to
Islamic Theology & Law)
· Halangan Muhammad
|
Pengasas
gerakan meragukan kesahihan hadith. Dianggap pakar dalam bidang hadith oleh
rakan-rakan Orientalisnya. Mendakwa Quran diubah selepas Baginda SAW wafat.
Tokoh utama oreintalis , terlalu benci kepada Islam
|
6.
|
John
Maynard
|
Majalah
Persatuan Pengajian Timur (1924)
|
|
7.
|
S.M.
Zweimer
|
Dunia
Islam (pengasas majalah ini)
b.
Islam Mencabar
c.
Demi ‘Aqidah
d.
Al-Islam (1908-1911)
|
Berasal
dari AmerikaSyarikat , Missionari, sangat terkenal dengan
permusuhannya dengan Islam
|
8.
|
Aziz
‘Atiyyah Suryal
|
|
Menulis
beberapa buah kitab tentang Perang Salib .
Rakyat
Mesir beragama Kristian. Belajar di Universiti Amerika, sangat benci
kepada Islam.· Terlalu banyak menyelewengkan ajaran Islam.
|
9.
|
G.Von
Grunbaum
|
Islam
di zaman pertengahan
b.
Perayaan Muhammad
c.
Usaha Menerangkan Islam yang Moden
d.
Pengajian Sejarah Keilmuan Islam
e.
Al-Islam
f.
Kesatuan & Kepelbagaian dalamTamadun Islam
|
Rakyat
Jerman berbangsa Yahudi tetapi menetap di Amerika Syarikat. Profesor
di Universiti Chicago. Terlampau banyak menyerang Islam.
|
10.
|
Phillip
Hitti
|
a.
Ensaiklopedia Islam, Bab Sastera Arab
b.
Sejarah Arab (History of Arabs) yang mengandungi tuduhan bahawa
Nabi tidak siuman
c.
Al-Islam
d.
Sejarah Syria
e.
Asal usul Agama Duruz ·
|
Rakyat
Lubnan beragama Kristian. Professor Pengajian Timur Universiti Brenston,
Amerika Sayrikat. Penyelia tidak rasmi kepada KementerianLuar Amerika
. Sangat benci kepada Islam dan enggan menisbahkan Islam dengan sebarang kebaikan atau keutamaan.
|
11.
|
Carl
Brocklemann
|
The
History (Jerman, Inggeris)
|
|
12.
|
A.J
Weinsink :
|
Aqidah
Islam (1932).
|
Mendakwa
Nabi SAW mereka Al-Quran hasil dari ringkasan kitab-kitab agama dan falsafah
sebelumnya. Tetapi sesetengah karya Weinsink boleh dibaca (lihat selepas ini)
|
13.
|
Kenneth
Gragg
|
a.
Ketua Editor Majalah The Muslim World
b.
Dakwah al-Makzanah (956) ·
|
Berasal
dari Amerika. Sangat benci dan menentang Islam. Mengajar di Universiti
Amerika di Qaherah beberapa ketika. Missionari Kristian. Ketua Jabatan
Kristian di Universiti Hartford
|
14.
|
L.
Massignon
|
a.
Al-Hallaj , sufi yang syahid di Alam Islam
b.
Salah seorang penting dalam karya Ensaiklopedia Islam.
|
Berbangsa
Perancis, Orientalis terbesar keluaran Perancis. Penasihat Menteri Jajahan
Perancis dalam hal ehwal Timur Afrika. Pengawas Kerohanian
Kesatuan Missionari Perancis di Mesir. Pernah menjadi askar Perancis selama 5
tahun dalam Perang Dunia Pertama. Ahli Majlis Bahasa di Mesir dan Kesatuan
Ilmu ‘Arab di Dimasq, Syria. Mendalami bidang Falsafah dan Tasauf
Islam.
|
15.
|
D.B.
Macdonald
|
a.
Perkembangan Ilmu Kalam, Fiqh dan Teori Perlembagaan Dalam Islam
b.
Pendirian Agama & Hidup Dalam Islam (1903-1908)
|
Berasal
dari Amerika, dan di antara orientalis yang paling memusuhi Islam
|
16.
|
M.Green
|
|
Setiausaha
Majalah Middle East
|
17.
|
Majid
Qadrawi
|
Bukunya
bertajuk "Perang & Damai Dalam Islam" (1955)
|
Penganut
Kristian dari Iraq, · Ketua Jabatan Pengajian Timur Tengah
Universiti John Hopkins, USA· Ketua Ma'ahad Timur Tengah untuk
Penyelidikan & Pendidikan di Washington·
Terlalu
membenci Islam
|
18.
|
D.S
Margoliouth
|
a.
Perkembangan Baru Dalam Islam
b.
Muhammad & Kelahiran Islam
c.
Universiti Islam
|
Berbangsa
Inggeris
|
19.
|
R.A
Nicholson
|
a.
Antara pengarang Ensaiklopedia Islam
b.
Para ahli Sufi Islam
c.
Sejarah Sastera Arab.. (1910-1930) ·
|
Berbangsa
Inggeris. Sangat bencikan Islam· Menafikan Islam agama wahyu· Mendalami
bidang Tasawuf Islam.
|
20.
|
Henry
Lammens
|
a.
Antara pengarang Ensaiklopedia Islam
b.
Al-Islam
c.
At-Toif
d.
Majalah Kesatuan Pengajian TimurUSA (1925) ·
|
Berbangsa
Perancis. Tersangat merbahaya. Mendakwa Nabi tidak menyukai perpaduan .·
Telah banyak mengubah fakta sejarah Islam seperti mengubah tarikh lahir Nabi
SAW SERTA
![]() |
21.
|
Joseph
Schacht
|
a.
Antara pengarang Ensaiklopedia Islam
b.
Usul Fiqh Islam
c..
Sumber Fiqh Islam (The Origins of Mohammadans Jurisprudence) ·
|
Berbangsa
Jerman. Menghasilkan banyak karya tentang fiqh dan Usul Fiqh.
Mendakwa asas syariat Islam adalah cedokan undang-undang Rom
|
22.
|
Rudi
Paret
|
a.
The Quran
b.
Der Koran ·
|
Menuduh
Nabi SAW mereka sendiri Quran, dan mengambil pengalaman hidup dan ilmu
tentang ISA
![]() |
23.
|
Karl
Heinrich Becker
|
|
Pengasas
Majalah Islam
|
24.
|
Jetson
Phiit
|
Majd
al-Islam (Kemuliaan Islam)
|
Menghentam
Islam melalui bukunya
|
25.
|
Richard
Bell
|
"Al-Quran
& Hubungan Nasrani dengan Nabi SAW (Arab & Inggeris)
|
Profesor
Bahasa Arab di Universiti Edinburgh
|
26.
|
Lord
|
|
Mendakwa
Nabi terpengaruh dengan ajaran Yahudi dan mereka permulaan beberapa surah
dengan huruf-huruf. Seperti ‘Alif Lam Mim' dan lain-lain.
|
27.
|
Najib
al-‘Aqiqi Al-Musytasriqun (Orientalis)
|
|
Berbangsa
Arab
|
28.
|
W.C.
Smith
|
"Islam
in Modern History
|
|
29.
|
MontgomeryWatt
|
a.
Sirah Nabi di Mekah ,
b.
Sirah Nabi di Mekah(Mohammad In Mecca & Medina)
c.
Mohammad, Prophet & Statesman
|
|
30.
|
Dr
C.G Pfander:
|
‘Neraca
Kebenaran (Mizan al-Haqq)'
|
Mencabar
Ulama Islam berdebat dengannya, disahut dan dilakukan pada 1854 M. Hasil
debat ini akhirnya Pfander mengakui terdapat 8 tempat penyelewengan dalam
Injil. Debat dibuat dalam beberapa hari, pengikut Kristian yang semakin
ramai membanjiri majlis, kecewa dengan Pfander.· Kelemahan hujjah Pfander
ketara hingga beliau tidak datang pada hari ke 3 debat. Syiarnya selepas itu,
"Kiranya Syeikh (ulama yang berdebat dengannya) ada di satu tempat, saya
beredar dari tempat itu." (Lihat Abu Hasan Ali An-Nadawi)
|
31.
|
George
Sale
|
Terjemahan
al-Quran ke Bahasa Inggeris
|
|
32.
|
Hamilton Jobb
|
‘Asas
Bina Pemikiran Agama dalam Islam'
|
Banyak
melakukan penyelewengan maklumat dan menyelewengkan pendapat ulama dalam
bukunya.
|
33.
|
William
Muir
|
|
Cuba
meragukan Bahasa al- Quran dan menuduh ianya tidak terjamin dari
kesalahan
|
34.
|
Louis
Gardeih
|
‘Falsafah
Pemikiran Agama antara Islam dan Kristian'
|
Mendakwa
Saidina Uthman yang menyusun surah dan ayat quran
|
35.
|
Z.P
Bodly
|
|
Menuduh
kotor isteri-isteri Nabi. Dakwaan bohong yang mengatakan Nabi mempunyai
hubungan dengan Rahib Kristian dan juga dakwaan bohong Nabi dipengaruhi
Paderi Waqas B. Sa'adah dan Waraqah Nawfal. (Lihat Anwar al-Jundi)
|
36.
|
Cofan,
Renan, Jano
|
|
|
BERIKUT
PULA ADALAH BEBERAPA NAMA BUKU BAHAYA HASIL KARYA PARA OREINTALIS DAN YANG
TERPENGARUH DENGANNYA.
·
1. The Encyclopedia Of Islam - Terbitan pertama
tahun 1913 hingga 1938 dalam 3 bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Jerman &
Perancis. Kemudian ensaiklopedia ini cuba diterjemah ke bahasa Arab sehingga
huruf ‘ain. Projek ini terhenti dan para penterjemahnya melakukan kritikan yang
banyak terhadap kandungannya hinggalah membawa kepada pindaan sebahagian besar
dari isi kandungannya. Terbitan baru tahun 1954 . Diterbitkan dalam 6 jilid,
dan kelihatan agak sederhana dalam kebanyakan pendirian terhadap masalah
khillafiah, disebabkan ada sedikit campurtangan para ulama dalam kandungannya.
Terjemahan sempurna ke dalam bahasa Arab siap dan dikeluarkan pada tahun 1997
dalam 32 jilid.
·
2. The Encyclopedia Of Britanicca _ amat banyak
meneyeleang dalam pelabagi bab. Termasuk dalam bab Al-Quran yang telah di jawap
oleh Syeikh Prof. Dr Fadhal Hasan Abbas.
·
3. Majalah ‘The Muslim World'
·
4. Shorter Encyclopedia Of Islam
·
5. Encyclopedia Of Religion and Ethics
·
6. Encyclopedia Of Social Sciences
·
7. Dirasat fi Tarikh ( Pengajian Sejarah) oleh Arnold Toynbee
·
8. Hayat Muhd ( Hidup Muhammad) oleh W Muir
·
9. Al-Islam oleh Alfred Geom
·
10. Deen As-Syiah ( Agama Syiah ) oleh D.M Donaldson
·
11. Tarikh Sharel al-Kabir oleh Bishop Turpin
·
12. Al-Islam dalam Bahasa Perancis oleh Henry Lammens
·
13. Al-Islam dalam Bahasa Inggeris oleh S.M Zweimer
·
14. Islam Today oleh A.J Arberry
·
15. Translation of Quran oleh A.J Arberry
·
16. Tarikh Mazahib Tafsir Al-Islami (Sejarah Mazhab Tafsir Islam)
dalam bahasa Jerman & Arab oleh Goldziher
·
17. Arabic History oleh Phillip Hitti
·
18. Majalah Al-Islam - Keluaran Malaysia
·
19. Jewism In Islam oleh Ibrahim Kashh
·
20. Qamus Al-Munjid : Dr Mustafa al-Jawad telah memberi komentar
bahawa dikenalpasti lebih 324 penyelewengan dalam kamus ini dan kami tidak
merujuknya kecuali ketika sangat perlu sahaja, sebagai contoh lihat nama
kalimah (الطلقاء)
, diterjemahkan sebagai : Mereka yang memasuki Islam secara dipaksa. (Penulis
tidak sempat menyemak hal ini)
·
20. Dan lain2 kitab yang telah disebutkan sebelum ini juga
merupakan karya yang terbanyak membuat keraguan terhadap Islam.
ANTARA
KARYA ORIENTALIS YANG BOLEH DIBACA
Menurut Syeikh Abul Hasan Ali An-Nadawi, karya-kara ini adalah
diiktiraf sebagai mempunyai kualiti ilmu yang baik dan amat sedikit kelihatan
sentimen dengki dan benci terhadap Islam. Sebagai contoh :-
1. Prof T. W Arnold - The Preaching of Islam
2. Stanley Lane Poole - Saladin (Salahuddin Al-Ayyubi)
3. Stanley Lane Poole - Moors in Spain
4. Dr Aloys Sprenger - Pendahuluan kitab ‘Al-Isobah fi tamyiz as- sahobah karangan' Al- Hafiz Ibnu Hajar
5. Edward William Lane - Mu'jam Arabic-English Lexicon
6. A.J Weinsink - Mu'jam Al-Mufhiras ‘Am Bagi Hadith Nabi (Dari Sunan yang 6, iaitu Musnad Ad-Darimi , Muwatto' Malik dan Musnad Ahmad diterjemah ke bahasa Arab Arab oleh Mohd Fuad Abd Baqi dengan kata pengantarnya oleh Syeikh Mohd Rashid Ridha
7. G.B Strenge - Land of the Eastern Caliphate
ANTARA
KARYA BEKAS ORIENTALIS YANG TELAH MEMELUK ISLAM.
1. Islam at the Crossroad oleh Muhamad Asad (nama sebelum Islam
Leopold Weis)
2. Road to Mecca oleh Muhamad Asad (nama sebelum Islam Leopold Weis)
3. Islam verses The West oleh Maryam al-Jameelah (nama sebelum Islam Margaret Marcus)
4. Islam & Modernisme oleh Maryam al-Jameelah (nama sebelum Islam Margaret Marcus)
BEBERAPA
INDIVIDU ISLAM YANG TERPENGARUH DENGAN ORIENTALIS
Al-Marhum Syeikh Prof. Dr. Mustafa As-Sibaie pernah menyatakan
bahawa selain orientalis asli yang terdiri daripada golongan kuffar, terdapat
juga spesis anak buah berfikiran oreintalis yang sering menjalankan usaha
meragukan kekuatan Islam SERTA
membawa berita dan
fakta bohong dari kalangan umat Islam.

Sebahagian lain pula terpengaruh dengan racun pemikiran
Orientalis. Mereka juga adalah dari kalangan umat Islam. Terdapat juga kalangan
ini yang menyeleweng akibat kejahilan hakikat Islam sebenar selain mempunyai
tujuan-tujuan lain. Antara yang boleh dianggap demikian adalah seperti berikut
:
1. Prof. Ahmad Amin
Pernah menjadi Dekan Kuliah Sastera, mempunyai sijil dalam Qadha'
Syar'ie)
Kitabnya bernama ‘Fajr al-Islam' · Majoriti kandungan kitab ini
adalah tentang Hadith Nabi. Di antara dakwaan di dalam buku ini kononnya
Abu Hurairah r.a. lemah dalam meriwayatkan Hadith, Imam Abu Hanifah tidak
mempunyai Hadith, menuduh Ibn Mubarak lalai, mempertikaikan keadilan Sahabat
Nabi, menimbulkan keraguan terhadap Imam Bukhari.·
2. Abu Rayyah Adwa':
Tulisan bertajuk ‘ala As-Sunnah · Mempertikaikan Abu Hurairah
3. Ismail Adham.
Tulisan mengenai Sunnah (tahun 1353 H) . Mengisytiharkan hadith
sahih dari kitab-kitab sunan tidak sah, SERTA
menuduh ianya mawdu'
(rekaan)

4. Prof. Ali Hasbullah:
Buku bertajuk : Usul At-Tasri' Al-Islami . Mendakwa
maslahat perlu diutamakan apabila bertembung dengan Nusus Quran & Sunnah
yang Qat'ie.· Dakwaan ini dijawab oleh Dr. Yusoff Al-Qaradhawi, Prof. Dr. Said
Ramadhan Al-Buti , Syeikh Muhd Al-Ghazali dan ramai lagi.
5. Syeikh Ali Abd Raziq
Al-Islam wa Usul al-Hukm (Islam dan Usul Perundangan tahun 1925 ).
Menuduh tiada politik dalam Islam. Kitab ini dikecam hebat oleh ulama Islam
semasa. Antara ulama yang menjawab ialah Syeikh Muhd Bakhit al-Mut'ie dan
Syeikh Khudar Hussain. Akhirnya penulis telah menarik balik dakwaannya selepas
itu, demikian menurut Dr. Muhd ‘Amaroh
6. Prof Khalid Muhd Khalid :
Bukunya bertajuk ‘Min Huna Nabda (Dari sini kita
bermula)' dan ‘Ad-Demoqratia Abadan' · Kitab ini dijawap oleh
Syeikh Muhd Al-Ghazali dalam kitabnya ‘Min Huna Na'lam' (dari
sini kita tahu)· Akhirnya penulis ini juga menarik balik kalamnya lalu menulis
kitab baru tajuk ‘Ad-Dawlah fil Islam'- Bab Maslahat
7. Prof Dr Abd Hamid al-Mutawali (Seorang Profesor
Undang-undang )
‘Manahij at-Tafsir fil Fiqh al-Islami' (Perlu
dingat hanya sebahagian kecil dalam bab tertentu sahaja yang perlu disemak
& diperbetul, majoriti karyanya adalah diiktiraf, manakala kitabnya yang
lain dipuji seperti Mabadi' Nizom al-Hukm fil Islam- Al-Qaradhawi)
· Bab Maslahat, mendakwa Saidina Umar ra membatalkan Nas Quran kerana Maslahat.
Dakwaan palsu ini dijawab oleh al-Qaradhawi dan Al-Buti dll.
8. Dr Nur Farhat (Prof Undang-undang &
dekan Kuliah Undang-undang di Universiti Az-zaqaziq) Di mesir · Bab
Maslahat dan Saidina Umar
9. Sai'd al-Ushmawi Mesir · Bab Maslahat dan
Saidina Umar
12. Kumpulan Sisters In Islam (Malaysia).
Dalam kebanyakan artikel karya mereka. Tiada ruang untuk
dinyatakan di sini. Kebanyakan dakwaan dan pertikaian disebabkan kekurangan
maklumat Islam hakiki dan jahil. Di makumkan juga, pihak SIS ini sering
mendapat bahan kajian ilmiah yang boleh meragukan tentang Islam dari
sumber-sumber dari Orientalis Barat.
13. Astora Jabat (Malaysia) Dalam kebanyakan
tulisannya. Dia juga pernah mengaku dalam satu forum terbuka bahawa dia sengaja
membawa isu-isu pelik berkaitan Islam untuk melariskan majalah yang dia menjadi
pengarangnya.
14. Dr. Kassim Ahmad ; Semua hal berkaitan
hadith. Menafikan hadith secara total. Pemimpin gerakan Anti Hadith
Malaysia.
Demikianlah beberapa maklumat yang mampu disertakan oleh penulis
melalui beberapa pembacaan analisa para ulama Islam. Justeru, semoga seluruh
muslimin dan muslimat yang prihatin dapat meneliti senarai yang disertakan dan
berhati-hati.
Apa yang benar dari Allah, dan segala kesilapan adalah hasil
kelemahan diri dan gangguan syaitan.
Sekian,
assalamualaikum... nak tanya pondok ni memang tidak menerima pelajar sementara berumu 20 dan ke atas ke?
BalasPadam