Sejarah Zikir Fatimah
Hazrat
Ali r.anhu berkata kepada salah seorang muridnya,"Mahukah saya ceritakan
kisah saya dengan Fatimah r.anha iaitu Puteri Rasulullah SAW yang paling di
sayangi? "
Murid
itu menjawab,"sudah pasti."
Beliau
pun berkata Fatimah R.anha biasanya menggunakan tangannya untuk mengisar bijian
yang menyebabkan tanganya menjadi kasar.Beliau juga mengisi air ke dalam bekas
yang di buat daripada kulit dan membawa bekas itu ke rumah sehingga
meninggalkan kesan didadanya akibat daripada tali bekas tersebut.Beliau sendiri
menguruskan rumahnya,menyapu dan sebagainya sehingga menyebabkan pakaianya
selalu kotor.Pada suatu ketika beberapa orang hamba perempuan telah di bawa
kepada Nabi SAW.Saya(Ali r.anhu) pun menyuruh Fatimah r.anhu," Kamu
pergilah kepada Rasulullah SAW dan minta seorang pembantu agar kamu mendapat
bantuan daripadanya."
Beliau
kemudian pergi berjumpa Nabi SAW tetapi beliau mendapati ramai orang berada di
situ.Beliau seorang yang sangat pemalu.Lantaran sifat pemalunya,beliau tidak
mahu memninta kepada bapanya di hadapan orang ramai walaupun itu merupakan
bapanya sendiri,maka beliau pun pulang.
Pada
keesokan harinya,Rasulullah SAW datang sendiri dan bersabda, "Fatimah
Untuk tujuan apakah engkau pergi ke sana? "
Oleh
kerana perasaan malu,beliau mendiamkan diri sahaja.Saya (Hazrat Ali r.anhu) pun
berkata , "ya Rasulullah,kesan daripada batu pengisar,tanganya menjadi
kasar..Kesan daripada tali bekas air,dadanya telah berparut.Semetara urusan
rumahtangga yang lain meyebabkan pakaianya selau dalam keadaan kotor.Kelmarin
saya(Ali r.anhu) memberitahunya mengenai hamba-hamba yang telah sampai kepada
Rasulullah,supaya Fatimah r.anha dapat meminta seorang hamba.Oleh kerana
itu Fatimah r.anha pergi kepada mu ya Rasulullah.
Rasulullah
SAW bersabda, "wahai anakku,bersabarlah.Nabi Musa a.s dan isterinya
memiliki hanya satu alas tidur sahaja sehingga 10 tahun.Itu pun hanya jubah
Nabi Musa a.s.Itulah yang di bentang dan mereka tidur di atasnya.Takutlah
kepada ALLAH SWT hasilkan sifat takwa dan tunaikanlah tugas dan kewajipanmu
terhadap ALLAH dan sempurnakanlah tugas-tugas rumahtangga mu.Apabila kamu
hendak tidur maka bacalah SUBHANALLAH (33 KALI),ALHAMDULILLAH (33 KALI)
dan ALLAHUAKBAR (34 KALI)
Amalan ini lebih baik bagi kamu daripada
mendapatkan hamba."
Fatimah
r.anha pun berkata, Saya redha dengan ALLAH SWT dan RASULNYA." (Abu Daud)
Sumber
: Kitab Fadhilat Amal.(Bab 10)
Kesimpulan
dari Hadis dan kisah di atas menerangkan bahawa dengan bertasbih
mengingati ALLAH lebih baik dari dunia dan seisinya.
“Sebaik-baik
wanita yang pernah diciptakan Allah di dunia dan akhirat adalah Fatimah Ia
adalah penghulu wanita di Surga.”(Sahih Bukhari dan Muslim)
*Antara Fadhilat zikir......
Dengan Zikir akan menyebabkan terbinanya rumah di dalam
syurga. Apabila seseorang hamba berhenti daripada berzikir maka para malaikat
berhenti daripada membina rumah itu. Manakala mereka ditanyakan,
"Mengapakah kamu berhenti daripada membina rumah itu?" Mereka
menjawab bahawa perbelanjaannya belum lagi tiba. Di dalam sebuah hadis lagi ada
disebutkan bahawa barang-siapa mengucapkan, SUBHANALLAHI WABIHAMDIHI
SUBJHANALLAH HILAZIM sebanyak tujuh kali nescaya dibinakan satu menara untuknya
di dalam syurga.
Ulasan
Catat Ulasan