Pengambilan Pelajar Baru

Pengambilan Pelajar Baru

Asrama Lelaki

Asrama Lelaki

Banguan B (kelas)

Banguan B (kelas)

Bangunan Kelas Dan Asrama Pelajar Hafizah

Bangunan Kelas Dan Asrama Pelajar Hafizah

Bangunan Alimah Dan Hafizah (Wanita)

Bangunan Alimah Dan Hafizah (Wanita)

Jumaat, 14 Mac 2014

Doa Ketika Bimbangkan Kejahatan Musuh



Daripada Abu Bakr al-Siddiq RA katanya:


Maksudnya: “Kami bergerak (dalam peristiwa Hijrah) sedangkan kaum (Musyrikin) mencari kami. Seorangpun tidak mendapati kami melainkan Suraqah bin Malik bin Ju’syum yang berkuda. Lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, orang ini telah mendekati kita.” Jawab baginda: “Jangan bimbang, sesungguhnya Allah bersama dengan kita.” 

sehinggalah Suraqah menghampiri kami, jarak antaranya dengan kami hanya sekadar sebilah lembing atau dua bilah atau tiga bilah lembing. Lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, orang ini benar-benar telah menghampiri kita, dan akupun menangis. Tanya Rasulullah SAW: Mengapa kamu menangis.” Aku menjawab: “Adapun demi Allah, daku tidak menangis kerana bimbangkan keselamatan diriku, akan tetapi daku menangis kerana bimbangkan keselamat diriMu.” Kata Abu Bakr: “Lalu Rasulullah SAW berdoa:

اللهُمَّ اكْفِنَاهُ بِمَا شِئْتَ

Maksudnya: “Ya Allah cukupkan (peliharaan) kepada kami dari kejahatannya dengan apa sahaja cara yang Kamu kehendaki.” 

Lalu kaki kudanya tenggelam ke dalam bumi yang kering hingga ke perut kuda tersebut, lalu dia cuba membangunkannya, dan berkata: “Wahai Muhammad, aku tahu ini adalah kerjamu, mintalah kepada Allah, untuk Dia selamatkan aku, 

Demi Allah aku akan sembunyikan dari pengetahuan orang lain yang mencari kamu berdua. Ini dia bekas anak panahku, ambillah darinya satu anak panah, kerana kamu akan melalui tempat unta dan kambingku di tempat sekian sekian, ambillah apa-apa yang kamu perlu darinya. Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Kami tidak memerlukannya.” 

Lalu Rasulullah SAW mendoakannya dan baginda berlalu pergi, kembali menuju menemui para sahabat baginda.” (HR Ahmad di dalam al-Musnad 1/181. Sanadnya Sahih berdasarkan syarat Muslim. Dan asal hadis ini terdapat di dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim)


Doa yang sama juga dibaca oleh budak di dalam kisah Ashab al-Ukhdud sehingga menjadi sebab dia diselamatkan oleh Allah SWT dari kejahatan musuh yang hendak membunuhnya sebanyak dua kali. Hal ini berdasarkan hadis daripada Shuhaib RA, Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:

“Dahulu terdapat seorang raja yang memiliki seorang ahli sihir. Apabila ahli sihir itu semakin tua, dia berkata kepada raja: “Sesungguhnya aku telah tua, hantarkan kepadaku seorang budak, agar dapat aku mengajarkan kepadanya ilmu sihir. Lalu diserahkan kepadanya seorang budak untuk diajarkan Sihir kepadanya. Suatu hari ketika dalam perjalanan budak tersebut berjumpa dengan seorang Rahib (orang ‘ALim), lalu dia duduk mendengar perkataan si Rahib tersebut, sehingga dia berasa kagum dengan ajarannya. 

Keadaan ini menjadikan dia akan singgah mendengar ajaran Rahib setiap kali dalam perjalanan pergi belajar sihir dengan ahli sihir. Keadaan ini menjadikan dia selalu terlewat, menyebabkan dia dipukul oleh ahli sihir. Lalu budak itu mengadu kepada si Rahib. Si Rahib berkata: “JIka kamu bimbangkan ahli sihir memukulmu, katakan kepadanya: “Keluargaku menghalangku dari keluar awal.” Jika kamu bimbangan keluargamu pula, katakan kepada mereka: “Ahli sihir menghalang saya dari pulang awal.” 

Dalam keadan sedemikian itu, suatu hari datang seekor binatang besar yang menghalang jalan orang ramai. Lalu budak itu berkata: “Hari ini aku akan ketahui apakah si Ahli sihir yang lebih utama ataupun si Rahib.” Lalu dia mengambil seketul batu, lalu berkata: “Ya Allah, sekiranya ajaran si Rahib itu lebih Engkau redha berbanding ajaran Ahli Sihir, maka matikanlah binatang besar ini agar orang ramai boleh melalui jalan ini.” Lalu diapun melemparkan batu tersebut, dan binatang itupun mati, sehingga orang ramai boleh melalui jalan tersebut. 

Budak tersebut mendatangi si Rahib dan menceritakan apa yang berlaku. si Rahib berkata: “Wahai budak, kamu hari ini telah menjadi lebih utama berbanding aku. Sesungguhnya kamu telah sampai ke satu tahap dimana kamu akan diuji, jika kamu diuji, jangan kamu ceritakan tentangku.” Budak tersebut boleh mengubati penyakit buta dan sopak, dia juga merawati orang ramai dari penyakit yang berbagai. Perkara tersebut sampai ke pengetahuan salah seorang yang hampir dengan raja, dan dia seorang yang buta. 

Orang ini datang berjumpa budak tersebut dengan membawa hadiah yang banyak. Dia berkata: “Semua yang ada ini adalah untukmu, aku himpunkannya jika kamu dapat menyembuhkan aku.” Jawab budak tersebut: “Sesungguhnya aku tidak dapat menyembuhkan seseorangpun. Sebaliknya yang menyembuhkan hanyalah Allah. Jika kamu beriman kepada Allah, aku akan berdoa kepada Allah, lalu Dialah yang akan menyembuhkan kamu.” Lalu lelaki tadi beriman kepada Allah, dan Allah menyembuhkan butanya. 

Seperti biasa dia pergi menemui raja. Raja bertanya kepadanya: “Siapa yang mengembalikan penglihatanmu semula?” Jawab lelaki itu: “Tuhanku.” Tanya raja tersebut: “Kamu ada tuhan selainku!?” jawab lelaki tadi: “Tuhanku dan tuhanmu adalah Allah!”  Raja menangkap lelaki tersebut dan terus mengazabnya sehinggalah dia menceritakan tentang budak tersebut. Lalu budak itu ditangkap dan dibawa menemui raja. Raja berkata kepadanya: “Wahai budak! Sihir kamu telah sampai ke tahap boleh menyembuhkan buta dan sopak, lalu kamu lakukan apa yang kamu suka?” jawab budak tersebut: “Sesungguhnya aku tidak dapat memberi kesembuhan kepada seseorangpun. 

Sebaliknya yang memberi kesembuhan hanyalah Allah.” Raja terus menangkap budak tersebut dan menazabnya sehinggalah dia menceritakan tentang perihal Rahib. Lalu Rahib itu ditangkap dan dibawa ke hadapan raja, dikatakan kepadanya: “Tinggalkan agama kamu.” Namun Rahib itu enggan. Lalu diambil gergaji dan diletakkan di tengah kepalanya dan digergaji sehingga terbelah dua. Lalu dibawa pula lelaki yang rapat dengan raja tadi. Dikatakan kepadanya: “Tinggalkan agamamu.” Namun dia juga enggan. Lalu diambil gergaji dan diletakkan di tengah kepalanya dan digergaji sehingga terbelah dua. Lalu dibawa pula budah tersebut, dikatakan kepadanya: “Tinggalkan agamamu.” Namun budak itu juga enggan. Lalu dia diserahkan kepada sekumpulan pengikut raja. Raja mengarahkan mereka dengan berkata: “Bawakan budak ini naik ke bukit demikian dan demikian, apabila sampai ke puncaknya, jika dia mahu tinggalkan agamanya tidak mengapa, namun jika dia enggan, 

campakkan dia ke bawah.” orang-orang tersebutpun pergi membawa budak itu ke bukit dan mendakinya hingga ke puncak.” Budak itu berdoa:

اللَّهُمَّ اكْفِنِيهِمْ بِمَا شِئْتَ

Maksudnya: “Ya Allah cukupkan (peliharaan) kepadaku dari kejahatan mereka semua dengan apa sahaja cara yang Kamu kehendaki.” 

Lalu bukit itu bergegar, menyebabkan semua mereka terjatuh (kecuali budak tersebut). Budak itu berjalan balik menemui raja. Raja bertanya kepadanya: “Apa yang rambongan bersamamu lakukan?”  Jawab budak itu: “Allah telah mencukupkan (pemeliharaan) kepada aku dari kejahatan mereka semua.” 

Lalu raja tersebut menyerahkannya kepada sekumpulan pengikutnya yang lain, dan berkata: “Bawakan budak ini menaiki perahu. Apabila sampai di tengah laut, jika dia mahu tinggalkan agamanya tidak mengapa. Namun jika dia enggan juga, campakkan dia ke dalam laut.” Lalu mereka membawanya ke tengah laut. Apabila sampai di sana budak itu berdoa: 

اللَّهُمَّ اكْفِنِيهِمْ بِمَا شِئْتَ

Maksudnya: “Ya Allah cukupkan (peliharaan) kepadaku dari kejahatan mereka semua dengan apa sahaja cara yang Kamu kehendaki.” 

Lalu perahu itu bergerak, sehingga menyebabkan semua pengikut raja tenggelam ke dalam laut. Budak itu berjalan balik menemui raja. Raja bertanya kepadanya: “Apa yang rambongan bersamamu lakukan?”  Jawab budak itu: “Allah telah mencukupkan (pemeliharaan) kepada aku dari kejahatan mereka semua.” lalu dia berkata kepada raja: “Sesungguhnya engkau tidak akan dapat membunuhku, sehinggalah kamu lakukan seperti yang aku perintahkan kepadamu.” Tanya si Raja: “Apakah perkara itu?” Jawab budak tersebut: “Kamu himpunkan orang ramai di satu tempat, dan kamu salibkan aku di sebatang pokok. Ambil satu anak panah dari bekas anak panahku, letakkannya di busar, kemudia membaca:

بِاسْمِ اللَّهِ رَبِّ الْغُلَامِ

Maksudnya: “Dengan nama Allah, Tuhan kepada budak ini.” kemudian lancarkan panah tersebut kepadaku. Jika kamu lakukan seperti yang aku arahkan, kamu akan dapat membunuhku.” Lalu raja tersebut menghimpunkan orang ramai di suatu tempat dan mensalibkan budak itu di sebatang pokok. Seterusnya mengambil sebilah anak panah dari bekas anak panah budak itu, dan diletakkan di busarnya, lalu membaca:

بِاسْمِ اللَّهِ رَبِّ الْغُلَامِ

Maksudnya: “Dengan nama Allah, Tuhan kepada budak ini.” dan melepaskan anak panah tersebut. Ia tepat mengenai kepala budah itu, budak itu meletakkan tangannya di bahagian kepalanya di tempat terkena panahan lalu diapun mati. 

Lalu orang ramai yang melihat peristiwa tersebut berkata: “Kami beriman dengan Tuhan budak ini, Kami beriman dengan Tuhan budak ini, Kami beriman dengan Tuhan budak ini.” Lalu ada yang berkata kepada raja: “Apakah tuan telah lihat apa yang tuan bimbangkan, sesungguhnya Allah telah mendatangkan kepada tuan perkara yang tuan bimbangkan. 

Orang ramai telah beriman (kepada Allah)." Lalu raja itu mengarahkan digali parit besar di persimpangan jalan, lalu parit itu digali dan dinyalakan api besar di dalamnya. Lalu raja berkata: “Sesiapa yang tidak mahu tinggalkan agamanya, maka bakarkan dia di dalam parit tersebut atau katakan kepadanya: 

Terjun ke dalam api tersebut.” Lalu dilakukan perkara tersebut kepada orang ramai yang telah beriman. Sehingga sampai kepada giliran seorang wanita bersama anak kecilnya. Wanita itu teragak-agak untuk terjun bersama anaknya. Lalu anak kecilnya berkata-kata: 
“Wahai Ibuku, bersabarlah, sesungguhnya engkau berada di atas kebenaran.” (Hadis Di Riwayat Oleh Imam Muslim Di Dalam Sihih Muslim)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sociable