Pengambilan Pelajar Baru

Pengambilan Pelajar Baru

Asrama Lelaki

Asrama Lelaki

Banguan B (kelas)

Banguan B (kelas)

Bangunan Kelas Dan Asrama Pelajar Hafizah

Bangunan Kelas Dan Asrama Pelajar Hafizah

Bangunan Alimah Dan Hafizah (Wanita)

Bangunan Alimah Dan Hafizah (Wanita)

Jumaat, 14 Mac 2014

Berapakah Umur Ahli Syurga?



Kesemua ahli syurga akan dibangunkan oleh Allah SWT dalam rupa bentuk yang paling cantik dan sempurna. Mereka dibangkitkan seperti bentuk moyang mereka  Nabi Adam AS yang telah diciptakan oleh Allah SWT sendiri dengan tanganNya, justeru sudah tentu penciptaan tersebut adalah penciptaan yang paling sempurna dan cantik. Hal ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah RA yang berkata, Rasulullah SAW pernah bersabda:

خلق الله عز وجل آدم على صورته طوله ستون ذراعا ... فكل من يدخل الجنة على صورة آدم وطوله ستون ذراعا

Maksudnya: “Allah ‘Azza wa jalla telah menciptakan Adam dalam bentuk yang mulia, tingginya 60 hasta… maka sesiapa yang akan masuk ke dalam syurga akan dijadikan seperti bentuk Adam tingginya 60 hasta.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Adapun berkaitan umur ahli syurga, maka kesemua mereka akan dibangkitkan pada umur seorang pemuda atau pemudi yang penuh dengan kekuatan dan cergasan, iaitulah sekitar umur 33 tahun. Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Mu’az bin Jabal RA yang mana Nabi SAW bersabda:

يدخل أهل الجنة الجنة جرداً مرداً مكحلين أبناء ثلاثين أو ثلاث وثلاثين سنة

Maksudnya: “Ahli syurga akan masuk ke dalam syurga dalam keadaan Jurdan (yang tidak berbulu di badan), Murdan (yang tidak janggut), hitam kelopak matanya (seperti bercelak), muda remaja berusia 30 atau 33 tahun.” (HR al-Tirmizi. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami’)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sociable