Langkau ke kandungan utama

Infaq Harta Pelaburan Beri Keuntungan Dunia, Akhirat



MENGINFAQKAN sebahagian harta pada jalan Allah SWT sangat dituntut dan penekanan ini berasaskan al-Quran dan al-Sunnah. Menginfaqkan sebahagian harta kepada golongan tertentu supaya pengagihan kitaran kekayaan dapat dilakukan secara adil dan saksama dalam masyarakat. 


Tuntutan itu disyariatkan bertujuan mengelak berlakunya monopoli dan penimbunan harta dalam kelompok individu tertentu. Pada masa sama, amalan itu dapat membersihkan jiwa manusia daripada sifat keji seperti bakhil, individualistik dan tamak.
MENGINFAQKAN sebahagian harta pada jalan Allah SWT sangat dituntut dan penekanan ini berasaskan al-Quran dan al-Sunnah. Menginfaqkan sebahagian harta kepada golongan tertentu supaya pengagihan kitaran kekayaan dapat dilakukan secara adil dan saksama dalam masyarakat. 

Tuntutan itu disyariatkan bertujuan mengelak berlakunya monopoli dan penimbunan harta dalam kelompok individu tertentu. Pada masa sama, amalan itu dapat membersihkan jiwa manusia daripada sifat keji seperti bakhil, individualistik dan tamak. 

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Bukanlah satu kebajikan itu kamu menghadapkan muka ke timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah beriman seseorang kepada Allah dan hari akhirat, segala malaikat, Kitab dan sekalian Nabi; mendermakan harta dicintainya kepada kerabatnya, anak yatim, orang miskin, orang musafir, orang meminta-minta, orang memerdekakan hamba abdi; orang mendirikan sembahyang serta mengeluarkan zakat, dan perbuatan orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka berjanji orang yang sabar dalam masa kesempitan, kesakitan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang yang benar dan mereka itulah juga orang yang bertakwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 177) 


Ibn Kathir berkata setiap individu Muslim dituntut melakukan sedekah kepada golongan memerlukan, mengeluarkan zakat dan menginfaqkan sebahagian daripada harta mereka ke jalan Allah SWT. 

Beliau memetik hadis yang bermaksud: “Abu Hurairah menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sedekah yang paling utama ialah anda bersedekah ketika anda sihat, rasa kedekut, masih mengharap untuk menjadi kaya dan takut miskin.” (Hadis riwayat Bukhari) 

Katanya, orang yang menginfaqkan harta mereka memiliki keimanan dan ketakwaan tinggi kepada Allah kerana menyempurnakan tuntutan fitrah yang merangkumi hati, perasaan, pemikiran serta amal perbuatan dengan melaksanakan segala perintah dan meninggalkan larangan. 

Wahbah al-Zuhayli pula berkata yang bermaksud mendermakan harta yang dicintai merujuk kepada sedekah yang dikategorikan wajib iaitu zakat dan terangkum juga bagi maksud sedekah sunat untuk menggalakkan aktiviti sedekah serta menjanjikan ganjaran kepada pelakunya. 

Allah SWT turut menegaskan bahawa menafkahkan atau menginfaqkan harta pada jalan-Nya seperti mewujudkan jaringan interaksi dengan Allah dan sebagai ganjaran, manusia yang melakukan tuntutan itu dinilai sebagai individu berjaya di sisi Allah. 

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Maka berikanlah kepada kerabatmu dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; pemberian demikian adalah baik bagi orang yang bertujuan memperoleh keredaan Allah, dan mereka itulah orang yang berjaya.” (Surah Al-Rum, ayat 38)
 Abu Hurairah ra berkata, bahwa Rasulullah saw telah bersabda: "Tidak ada satu hari pun yang menjelang kepada umat manusia, kecuali setiap pagi ada dua malaikat yang turun. Salah satu dari malaikat itu berkata: "Ya Allah, berilah ganti yang berlipat ganda kepada orang yang telah mensedekahkan hartanya." Sedang yang satu lagi berkata: "Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang tidak mahu bersedekah (pada hari ini)." (HR. Bukhari dan Muslim).
” Dan jangan sekali kali menjadi orang orang yang bakhil dengan apa yang diberikan oleh Allah kepada mereka dari kurniannya, mereka menyangka bahawa (bhakil) itu baik bagi mereka, padahal (bhakil) itu buruk bagi mereka. Apa yang mereka bhakilkan itu akan dikalungkan (dilehernya) pada hari kiamat. Milik Allahlah segala warisan (apa yang ada) di langit dan di bumi, Allah maha mengetahui terhadap apapun yang kamu kerjakan. (Ali Imran 180)
Berdasarkan dalil al-Quran dan al-Sunnah, jelaslah syarak menuntut kita melakukan aktiviti infaq untuk dikongsikan lebihan harta kepada masyarakat. Sebagai Muslim, menjadi kewajipan melakukan infaq sama ada berbentuk wajib iaitu zakat dan yang sunat seperti bersedekah. 

Menginfaqkan harta pada jalan Allah, secara tidak langsung kita melakukan satu pelaburan paling menguntungkan bukan saja di dunia, lebih penting di akhirat kelak. Tuntutan supaya Muslim melakukan infaq membuktikan Islam mengutamakan kepentingan umum berbanding keperluan peribadi.

Ulasan

  1. sesungguhnya dalam harta kita terdapat haq-haq orang lain

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular