Sejarah Awal Pengumpulan Al-Quran

       


              Selepas kewafatan Rasullah s.a.w. pengaruh Musailamah Al-Kazzab semankin tersebar. Dia pernah mendakwa menjadi nabi di hadapan Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Oleh sebab gejala murtad telah mula berlaku dengan hebatnya di kalangan orang Arab, maka Musailamah turut mendapat kekuatan tambahan.  Apabila Hazrat Abu Bakar r.a. memeranginya, maka Allah s.w.t. mengurniakan kekuatan kepada agama Islam dan Musailamah telah di bunuh. Walau bagaimanapun sebilangan besar besar daripada para sahabat juga telah gugur syahid dalam peperangan itu. Antara para sahabat yang telah gugur syahid itu ialah sekumpulan hafiz-hafiz Al-Quran.

Hazrat Umar r.a. telah berjumpa Amirul Mukminin Hazrat Abu Bakar r.a. dan berkata, "Ramai qari telah syahid dalam peperangan ini. Sekiranaya berlaku satu atau dua lagi peperangan seumpama ini dan ramai lagi yang akan syahid maka ditakuti sebahagian besar daripada Al-Quran akan hilang. Oleh kerana itu Al-Quran patut di salin di suatu tempat supaya dapat di jaga dengan rapi."

Hazrat Abu Bakar r.a , "Bagaimana kamu berani melakukan sesuatu yang tidak pernah di lakukan oleh Rasullah s.a.w.? Hazrat Umar r.a. terus mendesak Hazrat Abu Bakar r.a. tentang perkara itu dan menjelaskan kepentingannya sehingga akhirnya Hazrat Abu Bakar r.a. bersetuju dengan pendapat beliau itu. Lalu Abu Bakar r.a. memanggil Zaid bin Thabit r.a.

Zaid bin Thabit r.a. berkata, "Saya telah datang berjumpa Abu Bakar r.a. dan mendapati Umar r.a. juga berada di situ. Abu Bakar r.a. telah menceritakan  segala perbincangan yang berlaku antara beliau dan Umar r.a. selepas itu beliau berkata, "Engkau seorang yang masih muda lagi pintar dan tiada apa-apa keraguan terhadapmu. Kamu pernah di perintahkan untuk menulis wahyu pada zaman Nabi s.a.w. oleh kerana itu kamulah yang patut melakukan kerja ini. Kumpulkan Al-Quran dari orang ramai dan salinkan ayat-ayat Al-Quran di satu tempat."

Saya (Zaid r.a.) berkata, "Demi Allah, jika aku di perintahkan meruntuhkan satu bukit dan memindahkan bukit itu dari satu tempat ke tempat yang lain, itu lebih mudah dari bagiku daripada di perintah mengumpulkan Al-Quran." Saya berkata lagi, "Bagaimana tuan-tuan ingin melakukan suatu kerja yang tidak di lakukan oleh Rasulullah s.a.w.? kemudian mereka berdua berusaha memahamkan saya.

Dalam satu hadith lain, Abu Bakar r.a. berkata kepada Zaid r.a. "jika kamu bersetuju dengan Umar r.a. maka aku akan mengeluarkan perintah, jika tidak aku tidak akan melakukannya." Zaid r.a. berkata "Setelah perbincangan yang panjang barulah Allah s.w.t. membuka hatiku bahawa Al-Quran perlu dikumpulkan di satu tempat.  Demi untuk menunaikan perintah tersebut saya mula mencari daripada orang ramai lembaran-lembaran Al-Quran yang ditulis secara berasingan dan juga apa-apa yang di hafal dalam dada para sahabat r.a. lalu mengumpulkan kesemuanya (Durrul Manthur)

Keterangan

Dalam kisah ini, pertamanya kita dapat mengetahui kesungguhan para sahabat r.a. mengambil berat untuk mengikut sunnah. Bagi mereka untuk memindahkan sebuah bukit lebih mudah daripada sesuatu tang tidak pernah dilakukan oleh Baginda s.a.w. Keduanya, kerja mengumpulkan Al-Quran merupakan asas agama telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. dalam buku catitan amalan mereka.

Zaid r.a. begitu mengambil berat dalam mengumpulkan Al-Quran sehingga beliau tidak mengambil apa-apa ayat yang tidak di tulis pada Zaman Nabi s.a.w. dan beliau akan membandingkan dengan apa yang terdapat di dalam dada-dada para sahabat r.a.

Oleh kerana keseluruhan Al-Quran telah di tulis secara berasingan di perbagai tempat, maka usaha untuk mengumpulkan ayat-ayat Al-quran ialah satu usaha yang sukar. Namun demikian, kesemua ayat itu telah berjaya di temui. Ubai bin Kaab juga  juga turut membantu Zaid r.a., Ubai r.a. ialah seorang sahabat yang paling mahir tentang Al-Quran sebagai mana yang telah di beritahu sendiri oleh Nabi s.a.w. Dengan Usaha ini para sahabat r.a. telah menjadi orang yang pertama mengumpulkan Kalamullah.



Ulasan

Catatan Popular