Nama-Nama Syurga



Nama-nama syurga

Al-Quran menyenaraikan nama-nama syurga sesuai dengan tingkatan dan jenis penghuninya

1) Syurga Firdaus

2) Syurga Adn

3) Syurga Na"iim

4) Syurga Na"wa

5) Syurga Darussalaam

6) Daarul Muaqaamah

7) Al-Muqqamul Amin

8) Syurga Khuldi

Ahli Syurga

Adapun para ahli syurga disesuaikan dengan martabat dan amalan semasa di dunia.

1) Roh para Nabi dan Rasul menuju ke syurga Adn.

2) Roh para ulama menuju ke syurga Firdaus.

3) Roh mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyin

4) Roh para syuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5) Roh para mukmin yangberdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan di langit sampai hari kiamat.

6) Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik

7) Roh orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka akan di seksa berserta jasadnya hingga hari kiamat.

Tiga cahaya Di syurga

Diriwayatkan di dalam kitab Imam Hanafi, bahawa di hari kiamat ( syurga ) ada tiga cahaya yang berlainan

1) Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.

2) Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan purnama

3) cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari

Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia mereka segera meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdegar azan. Cahaya yang kedua seperti bulan purnama ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan. Cahaya yang ketiga seperti matahari ialah mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi.

Ulasan

Catatan Popular