Kampung Halaman Yang Sebenar






 

Kehidupan ini sama seperti asap yang sebentar sahaja kelihatan lalu lenyap. sesungguhnya manusia seperti nafas sahaja, dan semuanya sia-sia. Ramai yang berharap hanya untuk kehidupan di dunia ibi, dan mereka menganggap inilah "kampung halaman" yang sebenar. Setiap hari mereka hanyalah sibuk dengan urusan-urusan dunia ini; sibuk mencari duit, sibuk bekerja, sibuk dengan kesukaan. Mereka melupan diri bahawa saat akan tiba apabila segalanya berakhir dan kita kembali kepada "kampung halaman" yang hakiki yaitu syurga atau neraka.
Kehidupan juga penuh dengan penderitaan dan air mata. Walau bagaimanapun Allah s.w.t. memberi petunjuk, ajaran dan jalan untuk mengendalikan diri, kerana kehidupan dan kampung halaman yang sebenar bukanlah di dunia yang sementara ini tetapi di syurga yang kekal. Jadi berwaspadalah supaya jangan menghayutkan diri dengan dosa dan kesenangan-kesenangan dunia yang sementara. Ikutilah ajaran dan jalan Allah agar kita hidup selamanya dalam rahmatNya, iaitu di perkampungan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi.

Di akhirat ada dua tempat tujuan bagi roh manusia iaitu syurga dan neraka. Seketika roh manusia di tentu masuk ke salah satu tempat itu, maka orang itu akan kekal di situ. Manakah yang kita pilih? Sekarang kita sedang berjalan ke destinasi yang kita sendiri pilih syurga atau neraka. Allah s.w.t. menyediakan dua jalan untuk kita pilih. Terpulanglah kepada kita untuk memilih sama ada jalan ke syurga atau ke neraka.

Namun begitu, Allah s.w.t. sudah memberitahu kita di dalam A-Quran, tentang betapa nikmatnya kehidupan dan pengalaman dan pengalaman manis di syurga. Begitu juga juga di jelaskan betapa azabnya kehidupan dan pengalaman ngeri di neraka. Nabi s.a.w. juga menguatkan lagi melalui hadis-hadisnya yang masih segar dibaca dan didengar hingga ke hari ini.

Sebagai makhluk yang diberikan kesempurnaan akal fikiran, manusia boleh berfikir kesan dan risiko yang bakal diterima akibat dari sesuatu tindakannya, setiap sesuatu itu ada sebab-musababnya. Allah s.w.t. memasukkan seseorang ke syurga kerana dalam kehidupannya di dunia ini, dia memilih jalan ke syurga. Begitu juga Allah s.w.t. memasukkan seseorang itu ke dalam neraka, kerana kehidupannya dia sengaja memilih jalan ke neraka. Terpulanglah kepada kita hendak mengikuti perjalanan ke syurga atau perjalanan ke neraka.

Syurga

Inilah tempat bersara yang paling indah dimana taman-taman yang teduh dapat dinikmati dan ada kesabaran, kehormatan dan salam. Di sini mereka disucikan dari dosa akan hidup bersenangan sambil memuji Allah s.w.t. yang menghapuskan dukacita mereka untuk selama-selamanya.

Fikiran kita tidak mampu membayangkan bagaimana indahnya syurga itu. Orang yang menuruti ajaran Allah s.w.t. dan mengikuti jalan yang di tunjukkanNya akan berada di tempat ini. Orang yang sudah berada di dalamnya, kekal selama-lamanya.

Neraka

Inilah tempat seksaan yang mengerikan dan tempat kesedihan serta kesengsaraan, dimana pakaian, selimut dan tempat tidur dibuat dari api. Di atas kepala dan di bawah kaki, api berlapis-lapis. Dimana-mana pun penuh api, asap hitam dan kegelapan. Mata menjadi buta, telinga menjadi tuli dan mulut menjadi bisu. Mereka yang berada di sini mengalami penderitaan yang tiada terperi dan tiada hentinya. Mereka tidak mati dan tidak pula hidup, tetapi mengalami seksaan tanpa kesudahan.

Tunjuki kami jalan ke syurga

Agana dengan syariat-syariatnya harus ditaati dan dilaksanakan sepanjang umur hidup manusia. Manusia diruskan untuk selalunya bermurah hati. Hanya apabila manusia dapat menjalan segala hal-hal tersebut dengan penuh maka manusia akan mencapai syurga. Mungkinkah kita hidup dengan sempurna?

Berapa tekunkah kita sepatutnya menjalankan syariat-syariat agama ataupun berapa banyakkah kita melakukan amal-amal soleh agar dapat masuk ke syurga? Oleh kerana manusia tidak akan pasti dapat masuk ke syurga, maka banyak yang tinggal keragu-raguan, dengan kebimbangan dan kegelisahan. Sepanjang zaman orang selalu berdoa kepada Allah s.w.t. agar ditunjukkan jalan yang lurus agar dapat mencapai syurga.
                                      Tunjukilah kami jalan yang lurus (Al Fatihah: 6)

"Tunjukilah kami jalan yang lurus" bererti "tunjuki kami jalan ke syurga". Inilah idaman setiap insan. Inilah cita-cita setiap manusi yang berakal.

Ulasan

Catatan Popular