Kepentingan Ilmu dalam Agama VIDEO ( ustaz Abdul Halim pelajar tahun akhir di Darul Ulum)



Ilmu merupakan suatu perkara yang penting dalam kehidupan manusia. Perkembangan dan kemajuan sesuatu bangsa di dunia ini berkait rapat dengan kemajuan dan perkembangan ilmu pengetahuan yang terdapat pada sesuatu bangsa itu sendiri. Justeru, Islam mengingatkan tentang hakikat ini menerusi pelbagai ayat al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. Penekanan terhadap kepentingan dan keperluan menuntut ilmu membuktikan bahawa Islam adalah satu agama yang memartabatkan ilmu pengetahuan dan orang yang berilmu. Baginda Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya; “Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas tiap-tiap orang Islam lelaki dan perempuan.” Berdasarkan hadis tersebut, jelas bahawa menuntut ilmu itu adalah suatu perkara yang penting dan menjadi kewajipan bagi setiap orang Islam.

Atas itu ustaz Abdul Halim akan menerangkan kepada kita semua masaalah pentingnya ilmu agama didalam kehidupan kita seharian, ustaz Abdul Halim adalah pelajar tahun akhir di Darul Ulum ihya Ulumuddin, semoga apa yang disampaikan oleh beliau akan memberi manafaat kepada kita semua.


Ulasan

Catatan Popular