Besar Mana Dunia Ini??
Satu soalan hanya boleh dipahami dan di jawap dengan baik apabila kita tahu maksud soalan itu, begitu juga halnya dunia ini, seseorang itu boleh lulus ujiannya apabila paham maksud hidupnya di atas dunia ini.
Maulana Jamsid berkata : seorang sahabat berdoa minta kesabaran maka Nabi SAW bersabda : Jangan
minta kesabaran nanti Allah akan menambah lagi ujian buat kamu tetapi mintalah
Afiat (kebaikan).
- Yusuf as ketika ditanya oleh saudaranya kenapa kamu memperolehi darjat yang tinggi disisi Allah SWT maka beliau katakan :Sesungguhnya orang yang bersabar dan taqwa lah yang membawa saya kederajat itu.
Seorang raja sakit kerana tidak boleh kencing dan datang
kepada seorang tabib.
Tabib kata: Wahai Raja ! masaalah kencing kamu boleh sembuh jikalau engkau berikan setengah kerajaanmu kepadaku.
Raja berfikir adakah nikmat menjadi seorang raja tetapi tidak boleh mengeluarkan air kencing?,maka bersetujulah sang raja itu!
Ketika mana air kencing keluar tetapi tidak mahu berhenti,maka raja itu pon pergi lagi ke tabib itu.
Tabib kata: Air kencing kamu boleh berhenti jikalau engkau berikan seluruh kerajaan kepadaku
Tabib kata: Air kencing kamu boleh berhenti jikalau engkau berikan seluruh kerajaan kepadaku
Maka raja fikir apalah artinya kerajaan kalau air kencing tidak mahu berhenti.
Orang lama dalam usaha dakwah mengatakan
itulah hakikat kerajaan dunia tak lebih dari air kencing sahaja.
Lihatlah seekor ikan yang berada di
laut,begitu banyak makanan yang ada disediakan di dalam laut tetapi masih terkesan
dengan umpan yang ada di mata kail.
Ahli dunia tidak boleh melihat Khazanah Allah yang
luas yang boleh diturunkan dengan amal ibadah tetapi mereka lebih terkesan dengan satu jalan rezeki sahaja
yakni melalui perniagaan,bekerja di pejabat dan lain-lain ( H,Sahb)
Kehidupan di Dunia ada hajatnya yang perlu di tunaikan begitu juga kehidupan di akhirat ada juga hajatnya yang perlu di tunaikan tetapi
hajat di dunia sangat kecil dibandingkan hajat akhirat,Ibarat seorang memasukkan
jarinya ke laut maka yang menitis dari jarinya itulah hajatnya dunia.
Sesungguhnya akal fikiran manusia tidak mampu menembus tentang masalah kubur, padang Mahsyar dan titian sirot,akal fikiran manusia hanya boleh berfikir tentang masaalah keduniaan sahaja, itulah sebabnya Allah SWT menghantar para Nabi dan Rasul untuk menjelaskan kepada manusia.
Seseorang itu yakin bahawa kebahagian di dunia dengan kebendaan,wang ringgit dan untuk akhirat pula dengan mengerjakan amal ibadah maka akan binasalah di dunia dan di
akhiratnya.
Orang kafir menganggap kehidupan ini hanya untuk dunia
sahaja sehingga seluruh hidupnya dihabiskan untuk Dunia.
Masuk Syurga tak Perlu wang ringgit hanya sebarkan salam 25
kali sehari, amal ibadah dll. pun akan masuk syurga padahal untuk masuk neraka memerlukan wang ringgit lihat orang yang
hendak melalukan sesuatu maksiat dia akan pergi ketempat maksiat itu menggunakan keretanya mengisi minyak kereta, membayar itu ini dan dll.
Orang yang tenggelam di dalam lautan maka orang itu akan
selamat apabila berpegangan kepada yang boleh menyelamatkan dia,maka orang yang
tenggelam Dunia akan dapat diselamatkan dengan berpegang kepada zat yang mampu selamatkannya yaitu zat Allah, dengan cara mendatangkan kecintaannya mengamalkan sunah Nabi SAW
yang besar yaitu Dakwah
Lihat didalam surah Ali Imron 31:
Dunia Adalah Najis, Sehinggakan di hati apabila ada
Najis maka solat tak diterima jika hati Najis maka Iman tak
diterima.
- Seorang datang kepada Syeikh dan katakan: Ya syeikh ! telaga saya ada bau bangkai.
Syeikh kata: buanglah air itu seratus timba
Esoknya datang lagi dan katakan hal yang
sama,maka syeikh sarankan buang air itu 200 timba,
maka datang lagi bertemu Syeikh, maka disarankan buang air itu 300 timba tetapi bau tak juga hilang.
Maka Syeikh itu bertanya: dalam telaga kamu ada apa?
Ada Bangkai anjing didalamnya.”Katanya.
Syeikh: Adakah bangkai itu sudah di buang?
Orang itu cakap: Belum!!
Syeikh:”Kalau begitu patutlah!! Walaupun
kamu keringkan airnya tak akan hilang baunya sebelum bangkainya
di buang, jadi Umat ini tak akan boleh diperbaiki dengan
Apa cara sekalipun seandainya Najis dunia ini masih menjadi kecintaan di hati.
Kenikmatan syurga dibandingkan dengan nikmat
dunia seperti kulit bawang diletakkan di kawasan yang luas ,sedangkan syurga orang Mukmin jika dibandingkan dengan syurga para Ambiya
seperti kulit bawang dalam kawasan yang luas,dan Syurga para ambiya jika dibandingkan
dengan syurga Rasulullah SAW seperti kulit bawang dilemparkan di kawasan yang
luas.
Apakah amal kebaikan kita selama hidup di dunia ini menuju jalan ke syurga atau neraka? setiap manusia pasti dan pasti akan merasai di alam kubur.Orang
yang bahagia maka harum syurganya akan diciumkan dari kuburnya,begitu juga busuknya
tempat neraka diciumkan dari kuburnya .Tanda-tanda itu juga dapat dirasakan di
Dunia lagi melalui amal perbuatan dia. (Maulana Nadzirurrohman)
Kisah para solihin:
Seorang Tabiin ditawan dibawa kehadapan Raja
kafir dan ditanya: Mahukah kamu berpindah ke agama kami dan kami berikan semua
hajat dunia kamu??
Beliau katakan: walaupun satu detik aku berpindah agama tak akan aku lakukan walaupun kamu memberikan seluruh kerajaan kamu
kepadaku.
(Maulana Nadziruurrohman)
HARTA DUNIA TAK BOLEH BERI MANFAAT
TANPA IZIN ALLAH SWT
Seorang Raja memiliki harta yang
banyak,setiap malam sang raja akan pergi ke gudang hartanya itu dan tidak ada sesiapa pun yang tahu. Di kerajaan
hanya dua orang saja yang punya hak untuk memegang kunci gudang harta yaitu Raja dan
Wazir.
Suatu malam Raja berada didalam gudang
hartanya tetapi beliau terlupa kunci pintu yang ketebalan pintu gudang tersebut 7 lapis,Sedangkan wazir malam
itu kebetulan melalui gudang harta itu. Wazir lihat gudang terbuka.Dia terkejut dan
menyangka bahawa dia telah terlupa untuk mengunci gudang itu.Maka cepat cepat dia kunci dan pergi dari situ.
Ketika Raja hendak keluar gudang,ia terkunci
dari luar.Maka menjeritlah sang raja itu meminta tolong namun tidak ada orang yang mendengarnya. Dan Esok paginya Istana menjadi kalam kabut kerana Raja tak ada di singgasana.Maka raja itu di cari ke setiap penjuru kota namun tetap tidak menjumpainya, Akhirnya
setelah beberapa hari mencari sang raja itu namun masih tidak menjumpainya maka anak Raja itu pun diangkat menggantikannya menjadi Raja yang
baru.
Ketika anak raja itu pergi melihat gudang harta maka
dilihatnya jasad ayahnya terbujur kaku dan kekeringan dan ditanganya ada surat tertulis : Aku
memiliki khazanah harta yang banyak tetapi aku mati di sebab kelaparan.”
KISAH MUSA AS. DAN BANI ISRAIL
Yusuf a.s telah membawa Bani Israil ke Mesir dan beliau membaginya kepada 12 kabilah, pada saat itu bani israil memjadi orang yang berkuasa di mesir, tetapi
keturunan mereka mulai menyukai 2 perkara yang haram yaitu :
1. Harta yang haram dan
2. wanita yang haram
1. Harta yang haram dan
2. wanita yang haram
Pada ketika itu Firaun (kaum Ka'an) adalah suku yang terhina di Mesir, tetapi
Allah SWT mengunakan tangan Firaun (kaum ka'an) untuk menghinakan Bani Israil. Ada satu ketika Firaun hendak ke Pasar maka tiba-tiba dia terlihat tukang sayur mati dan dikuburkan.
Maka Firaun yang mempunya sifat
berani dan bijak akhirnya meminta bayaran dari keluarga si mati itu dengan alasan tanah itu adalah miliknya.
Akhirnya dia memutuskan untuk menjadi penjaga tanah kubur di situ dan menambil bayaran dari setiap orang yang hentak menanam mayat disitu.
Suatu hari Wazir raja itu menemui ajal disebabkan sakit tua, dan Firaun minta bayaran untuk penguburannya. Hal
ini dilaporkan raja. Raja memanggil Firaun dan akhirnya raja kagum dengan keberanian Firaun dan mengangkatnya jadi Wazir bagi mesir.
Kerana raja tidak memiliki anak apabila raja mesir meninggal dunia maka Firaun di lantik menjadi Raja dan beliau menyiksa kaum Bani Israil dan beliau jadikan bani israil sebagai hamba. Hal ini bukanlah kerana Allah s.w.t. ingin muliakan
Firaun akan tetapi Allah s.w.t. hendak mengazab kaum Bani Israil akibat amal perbuatan buruk mereka itu.
Dan kami rasakan kepada mereka azab yang
dekat (dunia) dan azab yang besar di akhirat)
(Surat Assajadah 21)
(Surat Assajadah 21)
Firaun memiliki sebuah rancangan tetapi rancangan Allah s.w.t. yang berlaku. Allah swt memberi
mimpi akan ada bayi yang lahir dari bani israil akan menumbangkan kekuasaan
Fiaun. Maka Firaun menjadi gelisah dan takut maka akhirnya beliau mengambil keputusan untuk membunuh semua bayi yang lahir lelaki dari kalangan
bani Israil.
Banyaknya bayi yang lahir dan dibunuh, perkara itu menyebabkan ketakutan dikalangan kaum Firaun jika dibunuh semua bayi dari kalangan bani Israil maka tidak ada hamba sahaya di masa depan.
Akhirnya keputusan diubah yaitu satu hari sahaja bayi yang lahir akan dibunuh dan hari
berikutnya tidak dibunuh, agar tetap ada bayi lelaki Bani Israil sebagai hamba sahaya nantinya.
Harun as. lahir ketika mana hari yang tidak dibunuh oleh firaun sedangkan Musa a.s lahir pada hari yang harus dibunuh. Maka Allah s.w.t. memberi ilham kepada
Ibu Musa as agar meletakkannya dalam peti dan Allah s.w.t. berjanji akan kembalikannya
kepangkuannya. Lalu Musa dihanyutkan ke sungai yang arahnya ke Istana
Firaun, tetapi Allah s.w.t menyelimutinya dengan dengan selimut kasih sayang, sehingga apabila diambil oleh
Asiah isteri Firaun maka
timbullah rasa sayang yang bersangatan kepada Musa a.s.
Musa akhirnya dibawah pengawasan dan penjagaan firaun dan Musa a.s tinggal di Istana,
ibunya sendiri yang menyusui kereaa tidak ada seorang wanita pun yang sanggup susui
Musa a.s padahal di janjikan bayaran yang mahal. Ketika Musa a.s menangis Firaun akan sibuk carikan orang yang
menyusui,dan Firaun akan keluarkan upah yang besar. Akhirnya Ibunya menyusui dan
diberi gaji pula oleh Firaun.
Bahkan Musa dibolehkan ikut pulang ke rumah ibunya.
Lihatlah !! Betapa lemahnya Firaun dan tidak dapat menentang kehendak
Allah s.w.t!!
Setelah dewasa Musa a,s beliau menjadi seorang yang sangat kuat,
ketika Musa a.s memisahkan dua orang yang berselisih antara kaumnya dan kaum
Firaun maka dia telah pukul
orang qibti dengan sekali pukulan maka orang qibti itu terus mati. Beliau adalah seorang Nabi yang diberikan kekuatan 40
kali manusia biasa.
Setelah itu beliau melarikan diri disebabkan takut kalau
Firaun akan tangkapnya maka
Musa a.s telah sampai ke Madyan tempat Nabi Ayyub as yang mana akhirnya Musa menikahi dengan putrinya
dan berkhidmat kepada Nabi Ayub a.s selama 10 tahun. selepas sepuluh tahun Musa as ingin kembali ke
Mesir bersama Isterinya. Ditengah-tengah perjalanan beliau terlihat akan satu sinaran yang terang di atas bukit
Thursina, dia menyangka api dan pergi untuk ambil sedikit api untuk membuatkan dirinya dan isterinya merasa hangat.
Apabila sampai di sinaran itu maka tiba-tiba terdengar satu suara : Akulah tuhanmu, bukalah sandalmu.!!Dan Aku pilih kamu dan dengarkan apa yang ku wahyukan!!
Ketika Musa ditanya dengan satu pertanyaan
,maka dijawab dengan 4 jawapan .Apa yang ada ditangan kananmu ?
Musa telah jawab : Ini adalah tongkatku,aku
menggunakan untuk mengambil daun untuk kambing ku,dan bagiku banyak kegunaannya.
Musa telah menjawab dengan Ilmu manusia biasa
yaitu fungsi tongkat umumnya untuk membantu seseorang itu berjalan atau untuk mengait sesuatu yg tinggi, tetapi tongkat itu belum lagi digunakan apa yang di perintahkan oleh Allah s.w.t ,Allah s.w.t memerintahkan kepada Musa a.s. Lemparkan tongkat itu wahai Musa !! Maka di situ Ilmu Allah s.w.t telah nampak. Musa a.s yang tadinya yakin tongkat miliknya dan digunakan untuk mengait daun,serta dia tahu manfaat tongkat itu,kita telah dinampakkan satu ilmu yang lain yang sebelumnya tak
tahu.
Setelah dilemparkan tongkat itu Musa tidak lagi tahu sama ada tongkat itu masih miliknya atau tidak,dan ternyata bukan lagi tongkat berupa tongkat tetapi berupa seekor ular yang besar,serta tidak tahu apakah manafaatnya sekarang? bahkan tongkat itu menjadi mudorat baginya sekarang.
Allah s.w.t memerintahkan Musa a.s tangkap ular itu tetapi bukan di
ekornya bahkan di mulutnya, Allah s.w.t ingin menunjukkan bahawa tongkat yang lemah itu bertukar menjadi
Ular yang besar dan kuat, Ular yang besar dan kuat itu bertukar menjadi tongkat yang lemah, pelajaran disini bahawa kamu yang lemah akan Allah s.w.t jadikan kamu seorang yang gagah dan kuat sedangkan firaun yang gagah dan kuat akan dijadikan
lemah.
Setelah itu maka Musa a.s diperintahkan supaya berdakwah kepada firaun.Musa a.s merasa ragu kerana beliau teringat akan keluarganya yang ditinggal di kaki bukit
hanya dengan berselimut dengan kulit.
Allah s.w.t memeritahkan supaya Musa a.s memukul seketul batu,dan didalam batu
ada batu,pukul lagi didalamnya ada batu. Pukul lagi!!maka terlihatlah seekor
binatang sejenis ulat sedang makan daun daun yang segar. Sambil bertasbih: Maha suci Allah yang melihat aku,mendengar kalamku,mengetahui tempat
tinggalku ,memberi reziki kepadaku dan tidak melupakan aku.
Maka Allah s.w.t ingin mengajarkan Musa as. Bahawa seekor
ulat didalam batu pon mendapat rezeki apalagi isteri kamu,bahkan isteri seorang rasul dan nabi
.
Isteri Musa as telah bertemu oleh satu kafilah dan dibawa
kembali ke madyan.
Musa a.s dan Harun a.s pergi ke Istana firaun, didepan Istana mereka di larang masuk oleh pengawal pintu, tetapi kekuatan Allah s.w.t tak boleh di halang.Musa a.s berkata : Aku
datang bukan untuk meminta seperti yang lainnya tetapi aku datang untuk memberikan sesuatu kepada raja kamu . Pengawal itu pun memberi tahu kepada firaun dan akhirnya dengan izin Allah s.w.t firaun pun bertemu dengan Musa a.s
Ketika Musa a.s dan Harun a.s. sudah berada di hadapan firaun maka barulah firaun itu tahu bahawa yang berada di depannya adalah Musa a.s maka dia
katakan : Oh kamu Musa yang lari kerana membunuh.!
Tetapi Allah s.w.t telah menjadikan firuan tidak boleh melakukan apa-apa terhadap Musa a.s ketika itu:
Benar saya Musa tetapi kini saya datang sebagai utusan Allah s.w.t untuk mengajak
kamu beriman dan membebaskan Bani Israil.” Jadi Musa a.s diutus oleh Allah untuk firaun yang kafir dan Bani Israil yang beragama Islam
tetapi telah menjadi fasiq dan mereka juga Islam hanya pada nama sahaja.
Firaun pon berkata mana buktinya kamu Rasul.” Kata firaun. Akulah Tuhan yang
paling tinggi, firaun merendahkan Musa as kerana apa yang ada padanya kerajaan yang tidak ada pada Musa as. firaun tidak faham akan nilai seorang nabi dan rasul yang akan membawanya kepada
kebahagiaan yang hakiki dan menjadikan kerajaannya lebih hebat.
Musa pun mengeluarkan tongkatnya dan dia melemparkan tongkat itu dan ketika
dilemparkan tongkat itu maka bertukarlah menjadi ular besar yang membuka mulutnya didepan firaun. firaun yang ketakutan trus dia melompat turun dari singgahsananya sambil meminta Musa menghentikan Ular tersebut.
Sejak melihat Ular Musa a.s itu maka firauan yang bisanya ke tandas 40 hari sekali
menjadi 40 kali sehari dan terus diserang oleh penyakit jantung.
Itulah kekuatan dakwah jika sudah dibuat maka
akan menjadikan orang Musyrik terkejut :
“ terasa berat bagi orang musyrik apa yang kamu dakwah kepada mereka ( Surat Assyura 13)
“ terasa berat bagi orang musyrik apa yang kamu dakwah kepada mereka ( Surat Assyura 13)
Setelah itu firaun katakan: tahulah saya sekarang
bahawa selama sepuluh tahun kamu hilangkan diri rupanya kamu belajar sihir untuk ambil kekuasaanku.” Maka Firaun menceritakan kepada ahli sihirnya dan firaun menyuruh Musa a.s untuk berlawan dengan tukang sihir firaun yang berjumlah 70.000 orang. Firaun membayar biaya pertandingan dan sediakan jamuan, maka firaun metranformasikan tukang sihirnya dan dibuatkan pakaian yang sama dengan pakaian
Musa as untuk menghina Musa a.s. Tetapi asbab pakaian yang sama itulah Masyech mengatakan tukang sihir firaun mendapat hidayah”
Masing-masing tukang sihir firaun memegang tali dan tongkat
yang mana semua itu akan bertukar menjadi ular. Mereka berkata siapakah yang lebih dulu melempar?
Kamu atau kami?Musa katakan : Kamulah yang lebih dulu!!
Setelah tongkat dan tali tadi bertukar menjadi ular bayangkan sebanyak 140 000 ekor ular ada di padang yang luar biasa. Namun Musa as tidak terkesan sedikit pun kerana Musa a.s dan Harun a.s hanya melihat perintah Allah s.w.t sahaja.
Ketika Musa melemparkan tongkatnya maka muncullah seekor ular yang besar dan mulut ular
itu terbuka sangat besar dan memakan semua ular yang ada di padang itu. Mereka ahli sihir dapat membezakan yang mana sihir dan mana Mukjizat, setelah melihat mereka melihat kejadian itu mereka pun merasa takjub dan bersujud untuk beriman kepada Tuhan Musa a.s dan Harun a.s.
Alangkah marahnya firaun kerana telah mengeluarkan biaya yang
besar tetapi ahli sihirnya pula memihak kepada Musa as. maka firaun membuat keputusan untuk menyiksa ahli sihirnya dengan memotong tangan dan kaki mereka. Namun ahli sihirnya tidak goyah mereka semua rela mati
dalam pertahankan iman.
Ketika penyihir bersyahadah maka Asiah isteri firaun mendengar dan akhirnya
ikut beriman dan alangkah hebatnya Iman Asiah ini kerana ia melihat bagaimana
70.000 penyihir itu telah dipotong tetapi ia tetap zahirkan imannya sehingga firaun menjadi sangat murka, firaun telah membelah dada
Asiah. Itulah sebabnya nanti di Syurga asiah akan menjadi isteri Rasullah s.a.w.
Firaun tidak ada daya upaya untuk membunuh Musa.as walaupun memiliki
kerajaan dan tentera yang gagah perkasa,akhirnya Musa a.s hidup di kalangan Bani Israil dan mengajarkan kembali
mereka dengan agama mereka dan perintahkan mereka supaya mendirikan solah,jika mereka ada masalah
dengan orang-orang firaun misalnya kedai mereka di rampas, mereka diajarkan jangan lari kepada mahkamah firaun tetapi diperintahkan solah dan berdoa kepada Allah s.w.t .
Selama 40 tahun banyak sekali azab yang Allah s.w.t turunkan kepada firaun. taufan, katak yang ada dimana manapon dirumahnya di biliknya dan ditempat makan firaun dan
rakyatnya,kutu,belalang,dan darah sehingga firaun tidak boleh makan kerana setiap benda yang
disentuhnya akan bertukar menjadi darah dan dia makan dari bekas air minum dari mulut bani israil.
Setiap kali musibah datang maka firaun selalu minta pada Musa untuk dihilangkan
dan berjanji akan beriman,namun setelah hilang ia pun ingkar lagi dan mengatakan
: Aku selamanya tak akan beriman dan aku lah penipu para nabi nabi.”
Masyech kita katakan : Mana yang lebih jahat firaun dengan Abu Jahal dalam
menentang Nabi Nabi?
Firaun pernah menyatakan dirinya untuk
beriman walaupun dengan niat menipu tetapi ada juga dia mengatakan ingin beriman,sedangkan Abu Jahal ,tidak ada kalam sedikit pun dari mulutnya untuk beriman bahkan dia ada mengatakan jikalau”
Muhammad itu betul sekali pun maka biarlah aku yang binasa.”
Jadi Abu Jahal jauh lebih kufur dari firaun dalam menentang para nabi dan rasul.
Setelah sampai pada satu masa yang sudah
dikehendaki oleh Allah s.w.t maka Allah memerintahkan Musa a.s untuk membawa Kaumnya keluar dari Mesir. Pada waktu subuh mereka telah keluar dengan berjumlah 600.000 orang namun tersesat jalan menuju
laut. Firaun marah dan menyiapkan tentaranya untuk mengejar Musa a.s dan dia siapkan 1600.000 tentara. Bayangkan!!adakah
tentara sebesar itu umtuk keluar berperang?.
Kaum Musa a.s melihat maut dihadapan dengan laut yang luas dan dibelakang pula ada tentara firaun mereka katakan: kita akan di tangkap/binasa maka Musa katakan: sekali kali tidak, Tuhanku akan bersamaku dan akan tolong aku.
Kaum Musa a.s melihat maut dihadapan dengan laut yang luas dan dibelakang pula ada tentara firaun mereka katakan: kita akan di tangkap/binasa maka Musa katakan: sekali kali tidak, Tuhanku akan bersamaku dan akan tolong aku.
Kenapa Musa a.s tidak mengatakan seperti Rasulullah s.a.w katakan di Gua bersama Abu Bakar Thur ketika dikejar oleh musyikin mekah bahawa Allah s.w.t bersama kita bukan bersama saya ??
ini semua kerana kerja dakwah hanya dibuat oleh Musa a.s seorang diri dan bani israil tidak melakukan usaha dakwah,sedangkan Rasullah s.w.t dan Ummatnya sama-sama melakukan usaha dakwah .
Allah s.w.t memerintahkan kepada Musa a.s supaya memukul tongkatnya ke Laut, perkara ini tidak masuk akal sama sekali pada masa yang genting itu dan akan tetapi perintah Allah s.w.t bukan perkara yang main-main, kenapa Allah s.w.t tidak perintahkan Musa a.s supaya pukulkan saja tongkatnya itu ke kepala firaun bukankah ini lebih logik?.Inilah bukti
kudtratullah !
sesuatu perkara boleh terjadi apabila perkara itu sesuai dengan asbab tetapi kadang-kadang bertentangan asbab.
Laut merah itu pon terbelah menjadi 12 jalan dan laut
menjadi seperti dinding seolah-olah dalam cermin yang terbelah-belah. Kaum Musa a.s katakan wahai Musa
kami ingin lihat saudara kami yang lain di jalan mereka perlihatkanlah !! Maka
Musa berdoa kepada Alloh sehingga tembok yang berada dari air membentuk jendela
seperti kaca dan mereka dapat saling melihat.
Firaun melihat kaum Musa boleh menyeberangi laut diapun berkata: Mereka
yang hina saja boleh melalui jalan di laut apalagi kita yang mulia !!
BERSAMBUNG.....
BERSAMBUNG.....
Ulasan
Catat Ulasan